Gempar, ‘Rusuhan’ Di KLCC

KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini gempar apabila sekumpulan lelaki secara tiba-tiba ‘merusuh' serta mencetuskan kekecohan dengan membaling botol ke arah orang ramai yang berada di kawasan itu. Lebih 20 lelaki berpakaian hitam, bertopeng dan mengibar bendera merah berada di kawasan tumpuan pelancong itu kira-kira 10 pagi dan dilihat memaki hamun pihak polis serta pengawal keselamatan apabila diminta bersurai secara aman. Mereka turut bertindak merempuh dan Read more --->

Janda Cedera Tertusuk Diri Sendiri Selepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki 17 Tahun, Nekad Putuskan Hubungan

Alor Setar, 9 Julai - Seorang janda yang berusia 25 tahun cedera di pinggan belah kiri selepas dia tertikam dirinya sendiri dengan pisau ketika bertengkar dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun di rumahnya di Kubang Rotan, Alor Setar di sini. Pertengkaran itu dikatakan tercetus kerana cemburu. Dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi itu, lelaki itu cemburu selepas teman wanitanya itu menghubungi lelaki lain untuk meminta bantuan menghantarnya ke Pulau Pinang untuk melawat bapanya yang Read more --->

Jururawat Berhadapan Detik Cemas Temui Bom Dilekat Pada Kereta Saga Miliknya

Klang - Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi. Harian Metro melaporkan, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Read more --->

‘Kau bergurau apa ni s*al, sampai bini aku nak minta cerai!’

KUALA LUMPUR - Gurauan seorang lelaki ini membuatkan rumahtangga kawannya hampir hancur musnah. Mana tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba mangsa dituduh telah menghamilkan anak perempuan orang. "Nak bergurau ada batasnya. Walaupun cermin kereta dah pecah, tapi tak apalah sebab harta boleh dicari. Orang yang kita sayang tak dapat ditukar ganti," demikian tulis Kyrol Aszuky di Facebooknya semalam. Berdasarkan gambar screenshot perbualan WhatsApp yang dikonsikan, Kyrol dihubungi oleh seorang Read more --->

Pelajar Tingkatan 5 dirogol 2 remaja lelaki di pondok belakang sekolah

KOTA KINABALU, SABAH - Dua pelajar sekolah menengah masing-masing berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis, kira-kira jam 5 petang, Khamis lalu, lapor China Press. Dua remaja terbabit ditahan atas tuduhan merogol seorang pelajar rempuan berusia 17 tahun. Difahamkan kejadian rogol itu berlaku tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun, kejadian itu hanya diketahui selepas gambar yang dirakam dua remaja berkenaan tersebar.   Gambar-gambar yang tersebar itu juga akhirnya sampai ke tangan guru Read more --->

Sepatutnya suami tolong buatlah semua perkara bersama-sama, bukannya tahu marah dan arah sahaja

Semalam sebak melihat seorang wanita berjalan di parking membawa empat orang anaknya. Semuanya masih kecil lagi. Seorang sedang didukungnya. Suaminya laju ke depan dan memabwa satu plastik barang kecil sambil sebelah tangannya menatap telefon bimbit. Bila tengok dua anak tadi tidak memegang tangan ibunya dan biasalah anak-anak cuit-cuit dan bergurau dengan adik-beradiknya. Saya memberhentikan kenderaan dan menyuruh mereka melintas. Saya tunggu sampai mereka dekat dengan kereta dan masuk kereta. Suaminya Read more --->

Biarkan anak menangis, selagi tidak memudaratkan

Biarkan mereka menangis Bayi di bawah usia dua tahun memang akan menangis bila tidak mendapat apa yang dia mahukan. Sebab ini salah satu cara untuk dia berkomunikasi. Tetapi menjadi masalah bila kita secara tidak langsung mengajar anak untuk dapat semua apa yang dia mahukan demi tak nak anak menangis. Biarkan dia menangis, selagi tidak memudaratkan. Sebab semakin dia membesar, semakin susah untuk dibentuk. Contohnya apabila membeli mainan, bila kita dah biasa memberi apa yang dia mahukan seawal Read more --->

Remaja 14 tahun parah dibelasah perompak

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar tingkatan dua parah dibelasah perompak yang masuk rumah keluarganya di Kampung Masjid Bangi, Kajang, semalam, lapor Berita Harian. Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa, Syazana Amirah Asshaari, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Seri Putra, retak tengkorak kepala, patah rahang selain patah empat batang giginya dan juga lebam di pipi dan leher. Difahamkan, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).   Ketika Read more --->

TERKINI:(VIDEO)Myanmar Dihujani Kerikil Besar, 8 Orang Maut, 7500 Rumah Hancur, Ribuan Haiwan Ternakan Mati. Tentera ALLAH Dah Tiba! SEBARKAN! ALLAHUAKBAR!

Sayyid menulis laporan pada video yang telah beliau kongsi pada 26 julai 2016, bahawa peristiwa hujan batu ini sedang menimpa myanmar. tidak hanya hujan batu, dalam video yang berdurasi 2 : 42 menit itu pula nampak diiringi angin kencang. dikabarkan 8 orang maut dalam peristiwa itu, 7500 rumah musnah, dan juga ribuan haiwan ternakan mati! “hujan batu sebesar genggaman tangan diiringi angin kencang menimpa myanmar : 8 orang mati, 7500 tempat tinggal musnah, ribuan haiwan ternakan mati. apakah Read more --->

Isteri dicerai kerana tak pakai makeup walaupun ketika nak tidur malam

Perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Perlu ada toleransi dan terima pasangan kita seadanya. Dan janganlah minta perkara yang bukan-bukan dengan pasangan. Kalau dah pelik sangat tu, siapa yang tahan kan. Seperti kisah pasangan yang baru berkahwin ini. Akhirnya bercerai lepas tak sampai sebulan bernikah. Gara-gara suami nak isteri bermake up sepanjang masa. Sampaikan nak tidur malam pon disuruh si isteri make up. Haru betul.   Suami tak suka isteri tak pakai make up Takkan Read more --->