Janin tanpa kepala ditemui orang awam

SUNGAI PETANI - Satu janin tanpa kepala ditemui orang awam berdekatan sebuah kilang di Bakar Arang, Sungai Petani dalam kejadian Ahad lebih kurang 4.30 pagi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, janin dipercayai berjantina perempuan itu dijumpai di hadapan pintu pagar sebuah kilang sambil dikelilingi anjing liar. Menurutnya, pada jam 4.55 pagi, anggota bertugas di bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menerima panggilan kecemasan MERS 999 mengenai Read more --->

“Ajak Tidak Terasa Hati” – Shahrol (Shiro)

PELAWAK terkenal Shahrol dari kumpulan Shiro tidak memaklumkan kepada rakan sekumpulannya iaitu Ajak mengenai tawaran yang dia terima sebagai penyampai baharu Suria FM.Shahrol, 32, berkata dia tidak ada niat untuk merahsiakan daripada Ajak mengenai perkara itu memandangkan ia bukan perkara yang serius. “Saya memang tak beritahu sesiapa pun yang saya terima tawaran sebagai penyampai baharu Suria FM termasuklah Ajak. “Bukan nak berahsia dengan dia tapi benda ini bukan perkara yang besar. Read more --->

Allahyarham meninggal dunia disebabkan penyakit kencing tikus

PUTRAJAYA - Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11, yang dilaporkan meninggal dunia pada 26 April lalu di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru, adalah berpunca daripada penyakit kencing tikus (Leptospirosis), lapor Harian Metro. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin bukan meninggal dunia berpunca dari penyakit itu, bukannya trauma dan kecederaan. "Ia dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis dan pembentukan bekuan darah Read more --->

Seorang terkorban dan lima buah kenderaan hangus dijilat api

BINTULU, SARAWAK - Seorang lelaki dilaporkan rentung dijilat api selepas lori yang membawa muatan bahan api terbalik lalu terbakar, lapor Harian Metro. Dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi di Jalan Kidurong, lori yang membawa muatan bahan api itu dilaporkan terbalik lalu terbakar. Api kebakaran itu menyambar empat buah kenderaan berhampiran. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 pagi berhubung kejadian tersebut.   Sepasukan Read more --->

Apa salah Syazana Amirah?

  “SUNGGUH tidak berhati perut. Mengapa perlu mencederakan, apalah salah anak saya?” itu kata Siti Rafiah Mansor, 48, ibu kepada Syazana Amirah Asshaari, 14, yang retak tengkorak kepala dan patah rahang akibat dibelasah penyamun yang menceroboh rumah mereka di Kampung Masjid, Bangi, Jumaat. Syazana ditemui oleh Siti Rafiah dalam keadaan terbaring di atas katil berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi, ketika baru pulang dari bekerja sebagai Read more --->

Hilang Kaki Demi Warga Emas

CHENGDU: Seorang lelaki hilang kaki kanan selepas bertindak terjun dari kereta api bagi menyelamatkan seorang wanita warga emas yang melintas landasan di wilayah Sichuan di China. Xu Qiankai, 29, seorang konduktor kereta api menjadi wira pada Khamis lalu selepas menyelamatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mengalami masalah pendengaran. Media tempatan melaporkan Xu, yang bertugas ketika itu menarik brek kecemasan serta-merta sebaik mengesan wanita berkenaan.   Dia juga cuba Read more --->

Pelarian Syria jual pen sambil dukung anak di jalanan kini memiliki 3 buah kedai

BEIRUT, LEBANON - Abdul Halim al-Attar, 33, pelarian dan juga seorang bapa perlu menyara kehidupan keluarganya dengan menjual pen di jalanan di Beirut. Abdul Halim sebelum ini pernah bekerja di kilang coklat apabila dia ditempatkan di Kem Pelarian Palestin. Meskipun dia berasal dari Syria, Abdul Halim adalah orang Palestin dan dia tidak memiliki kerakyatan Syria. skip...   Gambar Abdul Halim menjual pen sambil mendukung anaknya di jalan raya, pernah viral di media sosial tahun 2015. Read more --->

‘Terima Bungkusan Berbau Wangi, Esoknya Bangun Aku Jadi Lemah Sangat..

Di zaman serba canggih ini, pelbagai maklumat peribadi boleh diperolehi dengan cara yang sangat senang. Tambah-tambah lagi jika korang sangat aktif di media sosial, pergi mana-mana mesti nak ‘check in’ location kan? Malang tidak berbau, korang seharusnya lebih berhati-hati dalam mendedahkan maklumat peribadi dan lokasi korang supaya tak jadi seperti kisah ini. Seram jugak kami baca, benda tak expect langsung. Terima bungkusan kosong, tapi wangi   ‘Aku hampir hilang Read more --->

Huk alohhh… [VIDEO]

“Anak menjemput penyanyi dikir yang juga kenalannya, namun kami tidak pula menyangka akan dipersembahkan dengan dikir gelek. "Sebelum majlis diadakan, pengurus kumpulan dikir itu ada memberitahu mahu membuat persembahan yang saya fikir biasa sahaja," kata Mohamad, 58, (bukan nama sebenar). Dia mengulas mengenai majlis menyambut menantu di rumahnya di Kampung Padang Tembusu, Tumpat malam semalam yang menjadi tular di laman sosial selepas dua penyanyi wanita berpakaian ketat bergelek mengikut Read more --->

Video ‘Jin Mengaku Gemar Dendangkan Lirik Lagu’ Kepada Mangsa Rasukannya Viral

Satu video yang memaparkan satu sesi ruqyah menjadi viral di laman media Twitter semalam. Video yang dimuat naik oleh akaun @BirdsOfJannah itu dipercayai merupakan sesi ruqyah yang dijalankan oleh seorang individu dari HasanatRuqya yang merakamkan seorang wanita yang dikatakan dirasuk oleh seekor jin. Hasil siasatan seterusnya mendapati video itu pada asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, Umm Abdullah al-Hasanat, yang menjelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku disebalik Read more --->