Abam Bocey Bakal Akhiri Zaman Bujang Pada 8 Disember Ini.

Pelawak popular dari kumpulan Bocey iaitu Abam akhirnya bakal mengikuti langkah Fad dan Achey.Abam akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Tarikh yang dipilih ialah 8 Disember, ya betul, bulan Disember depan, tidak sampai sebulan lagi.Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya denagn gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini.

Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak.Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

 

Tentang majlis, menrusi laporan BHarian,majlis pernikahan akan diadakan pada 8 Disember di rumah pengantin perempuan di Sabak Bernam.Selepas itu, majlis resepsi antara Abam dan pengantin perempuan akan diadakan pada keesokan harinya (9 Disember).

“Saya kumpul harta dulu sebelum kahwin. Kemudian saya akan bawa ibu dan bakal isteri tinggal ke rumah tersebut. Siapa lagi kalau nak harapkan untuk bahagiakan ibu selain anak sendiri”

Kemudiannya, majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada bulan januari tahun depan di Gombak. Abam memang pernah merancangan untuk akhiri zaman bujang sebelum berumur 30 tahun, dan akhirnya ianya akan tercapai bulan depan.

Sumber : Berita Harian.

-www.kakishare.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *