[VIDEO] Berbaloi Disengat 340 Ribu Lebah & Terima Malaysia Book Of Records

Hari ini menyaksikan sejarah dalam hidup pelawak Shuib Sepahtu dan Pablo Amirul tercipta apabila menerima sijil Malaysia Book Of Records dalam Program Cabaran Artis Malaysia sebagai ‘Bee Man’ dan melepasi 340,000 ekor lebah di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.

Bukan mudah untuk melepasi ujian ini. Memerlukan semangat dan keberanian yang kental. Tahniah kami ucapkan buat Shuib dan Pablo Amirul!

Sebelum disengat lebah

Dah kena sengat

Akhirnya berjaya juga

Foto penyerahan sijil

kredit: @KL MENJERIT

Sumber: Instagram Siti Sarah, Shuib Sepahtu

Suasana Tenang Di UiTM Puncak Alam Bertukar Cemas Apabila ‘Diserang’ Geng Jubah Hitam

Suatu masa dahulu, kecoh tentang kes geng jubah hitam yang dikatakan berjalan dari rumah ke rumah atau dari bilik ke bilik untuk menyebarkan ajaran sesat mereka di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia.

Terbaru, geng jubah hitam ini dikatakan menyerang semula pusat pengajian UITM di Puncak Alam waktu malam. Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @KogyBear telah memuat naik sebuah video yang menarik perhatian netizen.

Video yang dimuatnaik salah seorang pelajar di situ telah mendapat 7.3ribu retweet dan pelbagai respon. Ini antara status pelajar UiTM Puncak Alam menerusi laman Twitter.

Scene kejar-mengejar

Video itu merakamkan satu kumpulan yang dikenali sebagai geng jubah hitam dikejar oleh polis di kawasan kediaman kolej universiti tersebut. Dikatakan geng jubah hitam ini adalah sekumpulan lelaki yang cuba memasuki kolej kediaman perempuan.

Selalu datang UITM

Tetapi Berikutan Sumber Dari Harian Metro :

Mana ada geng jubah hitam

ORANG ramai digesa menghentikan penyebaran video atau isu berkaitan kumpulan atau individu memakai jubah hitam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Bahagian Keselamatan UiTM Cawangan Selangor berkata, dakwaan itu tidak benar.

“Melalui siasatan yang dijalankan oleh Polis Bantuan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan maklumat yang tular berkaitan kumpulan berkenaan adalah tidak tepat.

“Mohon kepada pihak yang terbabit untuk berhenti menularkan isu ini kerana perkara seperti ini boleh mengganggu kententeraman awam di dalam universiti.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiada kejadian seumpama itu berlaku di dalam kawasan UiTM.

“Persekitaran UiTM Kampus Puncak Alam dalam keadaan baik, tenteram dan harmoni pada masa ini,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, tular di media sosial isu sekumpulan atau individu yang memakai jubah berwarna hitam dan memakai purdah yang dikatakan berada di dalam UiTM Kampus Puncak Alam dan mensasarkan penuntut untuk menyebarkan dakyah sesat.

Turut tular rakaman video menunjukkan beberapa kereta polis dan anggota polis menyerbu sebuah bangunan asrama pada waktu malam.

Bagaimanapun, tidak diketahui di mana dan bila kejadian itu berlaku.

Video Player

Menurut komentar yang diberikan oleh netizen, mereka dikatakan bertindak ekstrimis dengan cara cuba untuk memukau  pelajar dan sebagainya. Tambah mereka juga, sejauh mana kebenaran ini tak dapat dipastikan kerana ada kemungkinan pihak lain sengaja mahu ambil kesempatan dengan menggunakan nama geng jubah hitam ini.

SUMBER : HMETRO, OHMYMEDIA, OHBULAN via KLV

Safiq tiada dalam radar

“Safiq Rahim tiada kaitan dengan kami.” Itu tegas Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd. Rashid, yang menolak spekulasi bekas ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan akan bersama mereka pada musim 2019.

JDT secara rasmi melepaskan Safiq untuk menghadapi musim depan melalui entri di Facebook milik Johor Southern Tigers, semalam.

Jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal, pada bulan lalu sempat mengesahkan kepada Nadi Arena bahawa Safiq tiada dalam perancangannya.

Namun, khabar angin terbaru sekali lagi mengaitkan Safiq dengan Semut Merah apabila dia difahamkan akan menyertai salah sebuah pasukan di Lembah Klang.

“Kami selaku kelab kecil berbesar hati dikaitkan dengan pemain yang mempunyai nama besar seperti Safiq Rahim.

“Namun, bagi pihak kami, saya sahkan tiada apa-apa rundingan dengan pihak Safiq Rahim,” kata Mahfizul.

Dengan pemotongan bajet kewangan pasukan hampir 40 peratus berbanding musim lalu, PKNS dijangka akan mempertaruhkan ramai bakat muda.

Antaranya, pertahanan bawah 19 tahun negara, Shivan Pillay Asokan, yang bakal diberi peluang berada dalam skuad senior selepas bermain dalam Piala Presiden musim ini.

“Shivan sememangnya dalam perancangan Rajagobal untuk musim depan.

“Dia mampu memberi sumbangan kepada pasukan senior pada masa akan datang,” katanya lagi.

Dua penumpang ‘sepi’ di belakang, pemandu teksi tak sangka mereka rakam p0rn0

POLIS kini sedang memburu satu pasangan yang didakwa merakamkan aksi mereka melakukan hubungan seks di dalam sebuah teksi di Bangkok dan berkongsi video tersebut dalam talian.

Kisah itu mendapat perhatian orang ramai pada Rabu apabila penerbit berita media sosial Taxi Report TH berkongsi paparan skrin video itu di laman Facebook mereka.

Enam gambar paparan skrin yang disiarkan menunjukkan seorang wanita yang memakai pakaian seragam pelajar sebuah universiti mendedahkan buah dadanya. Dia juga dilihat memakai korset hitam.

“Adakah orang Thai membongkok begitu rendah?,” tanya pengendali halaman Facebook tersebut.

-fotoTaxi Report TH

Khaosod melaporkan, ketika mereka mencari suspek, Jabatan Pengangkutan Darat (DLT) telah menyoal siasat pemandu teksi berkenaan yang hanya dikenal pasti oleh media tempatan sebagai Pradit.

Walaupun hanya seorang individu dilihat dalam gambar di Facebook, menurut pemandu teksi itu, wanita itu tidak keseorangan sebaliknya menaiki teksinya bersama seorang lelaki.

Insiden berlaku sekitar pukul 10 pagi Rabu dengan kedua-dua mereka masuk ke dalam kenderaannya di Bangkok Metropolitan Administration General Hospital.

Dia mendakwa penumpang hanya diam sepanjang perjalanan sehingga mereka diturunkan di stesen MRT Khlong Toei, jadi dia tidak mengesyaki apa-apa tindakan luar biasa dilakukan di belakang kerusinya.

DLT sejak itu telah mengeluarkan amaran kepada semua pemandu teksi, mengarahkan mereka untuk melaporkan aktiviti tidak senonoh kepada pihak berkuasa dan memberi amaran kepada penumpang jika terdapat kejadian yang mencurigakan. –MSN

Sumber: mstar

Kim Kardashian hanya pakai baju dalam untuk ‘halloween’

PENAMPILAN seksi Kim Kardashian di pentas peragaan jenama Victoria’s Secret mencuri tumpuan ramai.

Bertemakan ‘halloween’, Kim Kardashian hanya memakai pakaian dalam berserta sepasang sayap putih.

Menerusi muat naik di Instagram, Kim bergambar dengan posing memberi ciuman seksi dan menulis kapsyen Halloween 2018.

Foto tersebut menerima hampir tiga juta tanda suka dan hampir 20,000 komen pengikut.

Bintang sensasi ini turut memaklumkan kostum yang digayakan itu merupakan pakaian yang dipinjamkan oleh jenama tersebut.

“Terima kasih @VictoriaSecret beri kami pinjam pakaian dan sayap untuk runway ini,” tulisnya.

Sumber: mstar

TMJ umum

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah merangka pelan untuk memperbaiki mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) dengan mewujudkan Badan Bebas Pengadil (Independent Refereeing Body) bermula musim depan.

Langkah itu diambil oleh MFL bukan untuk memperlekehkan kemampuan pengadil tempatan, sebaliknya menggunakan kepakaran luar bagi meningkatkan standard pengadil tempatan.

Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengerusi MFL Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Twitter rasminya, HRH Crown Prince of Johor hari ini susulan kontroversi membabitkan beberapa keputusan pengadil perlawanan final Piala Malaysia, Suresh Jayaraman Sabtu lalu.

“MFL membuat keputusan untuk menubuhkan Badan Bebas Pengadil untuk meningkatkan standard pengadil. Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut berada dalam badan bebas itu yang akan berfungsi menjelang musim 2019,” katanya.

Ketika ini, FAM bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengadil Liga-M dan langkah terbaru MFL itu dilihat akan membentuk kerjasama antara pengadil tempatan dan luar negara termasuk dari Jepun serta Eropah.

“Kami juga akan menghantar 25 pengadil baharu ke Jepun untuk meningkatkan kualiti mereka. Pengadil tempatan dan pengadil asing dari Jepun, England dan negara lain antara yang turut terbabit dalam Badan Bebas Pengadil.

“Pengadil tempatan dan pengadil asing akan bekerjasama untuk meningkatkan standard. Kami juga merancang untuk mengadakan kursus pengadil yang dikendalikan oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris,” jelas Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM.

Tunku Ismail sebelum ini mengkritik mutu pengadilan Suresh dalam aksi final Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, MFL tidak terbabit dalam pemilihan Suresh yang diputuskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengadil FAM dan percaya sepatutnya penggunaan pengadil luar negara bagi perlawanan penting sudah lama dipraktikkan dalam Liga-M.

Durakovic kekal di Perak musim depan

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengesahkan jurulatih pasukan itu, Mehmet Durakovic kekal bersama Perak pada musim depan selepas kejayaan pasukan itu menjulang Piala Malaysia malam tadi.

Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada jurulatih berasal dari Australia itu sewaktu dia mengambil alih kepimpinan Pafa.

“Saya telah memberitahu beliau bahawa kontraknya akan disambung sekiranya berjaya membawa pasukan Perak memasuki peringkat akhir Piala Malaysia dan beliau telah pun melaksanakan tugas tersebut dengan baik.

“Kini beliau sekali lagi menunjukkan kecemerlangan membimbing pasukan selepas berjaya menjulang Piala Malaysia 2018,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan piala berprestij itu tiba di Stadium Perak di sini tengah hari tadi.

Menurut Hasnul Zulkarnain, Durakovic sendiri telah memberikan persetujuan lisan untuk terus mengemudi The Bos Gaurus pada musim akan datang.

“Pafa juga menafikan khabar angin bahawa gaji jurulatih akan dikurangkan.

“Mustahil untuk kita turunkan gaji beliau selepas berjaya membawa satu piala yang sangat diidamkan semua pasukan yang beraksi ini ke Perak,” katanya

Sementara itu, Hasnul Zulkarnain menjelaskan, insentif kejayaan kepada para pemain dan pengurusan pasukan akan diumumkan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu selepas beliau kembali bertugas pada Khamis ini selepas bercuti. – K! ONLINE

Terima kasih ‘otai’ PAFA

IPOH: Kepimpinan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) tidak pernah lupa sebaliknya menghargai sumbangan dilakukan oleh kepimpinan terdahulu yang membolehkan pasukan Perak The Bos Gaurus (TBG) berada pada prestasi terbaik sepanjang musim ini.

Selain menjulang Piala Malaysia menumpaskan Terengganu FC pada aksi final malam kelmarin, TBG juga berjaya menduduki tempat kedua di belakang Johor Darul Takzim (JDT) pada saingan Liga Super.

Justeru, Presiden PAFA, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, berkata kemenangan TBG sebenarnya adalah kemenangan bersama dan kejayaan pasukan itu bukan dilakukan dalam tempoh singkat dan mudah sebaliknya hasil kepimpinan pasukan dalam menghadapi pelbagai ranjau dan ujian.

“Kepimpinan PAFA ketika ini hanya meneruskan kesinambungan usaha dan kerja keras kepimpinan terdahulu.

“(Bekas Presiden PAFA) Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan (bekas Timbalan Presiden PAFA) Datuk Shahrul Zaman Yahya, antara insan yang paling gembira atas kejayaan ini. Saya tidak pernah lupa jasa yang mereka telah curahkan selama ini. Kami meraikan kemenangan ini bersama,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan dalam Facebook miliknya hari ini.

Abdul Puhat yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Shahrul Zaman yang juga bekas EXCO kerajaan negeri adalah Presiden dan Timbalan Presiden PAFA, sebelum jawatan kedua-duanya diambil alih berikutan perubahan politik dan teraju pentadbiran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Jun lalu.

Dalam Facebook berkenaan, Hasnul Zulkarnain turut memuat naik gambar yang dirakam ketika final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam yang menunjukkan beliau memeluk Abdul Puhat selain Abdul Puhat dan Shahrul Zaman memegang trofi Piala Malaysia serta gambar Shahrul Zaman menangis kegembiraan selepas tamat perlawanan.

sumber: HM

Hasnul Zulkarnain yang juga EXCO kerajaan negeri, berkata beliau sudah menegaskan sebelum ini bahawa dirinya tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa atau pasukan sebaik mengambil alih tampuk pemerintahan PAFA.

“Mana-mana kepimpinan yang memegang tampuk pemerintah persatuan tidak ada niat untuk menjatuhkan pasukan, sebaliknya punya matlamat sama iaitu mahu melihat kejayaan itu dicapai.

“Terima kasih kepada semua, iltizam kami ialah mahu melihat skuad Seladang terus berjaya dan mengekalkan prestasi yang ada. Ayuh kita raikan kejayaan ini,” katanya.

Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik [email protected] ditemui di perairan Indonesia

PESAWAT Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia.

Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.

Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari [email protected]@ di kawasan tersebut.

Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar [email protected]@ yang masih hidup dapat ditemui.

“Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat,” ujarnya ringkas.

Sumber:  mstar

Antara barangan dipercayai milik [email protected]@ penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.

Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.

Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.

Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.

Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.

Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.

Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.

“Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.

“Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia.

Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. – ABC.Net.Au

Malaysian Tigers tiga terbaik Asia!

KETANGKASAN Muhammad Hairi Abdul Rahman membolehkan Malaysian Tigers mengakhiri kempen Trofi Juara-Juara Asia 2018 Muscat, Oman dikedudukan tiga terbak selepas menewaskan Jepun 3-2 menerusi penentuan shoot out selepas terikat 2-2.

Penjaga gol negara itu berjaya menidakan tiga penentuan shoot out jentera Jepun pada masa sama dibantu tiga jaringan Nik Mohammad Aiman Nik Rozemi, Nursyafiq Sumantri, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil memastikan negara dalam kelompok tiga terbaik kejohanan.

Aksi Kompleks Sukan Sultan Qaboos itu menyaksikan skuad kendalian Roelant Oltmans berkenaan ketinggalan hasil jaringan Kenji Kitazato minit ke-18 sebelum pukulan sudut penalti Faizal Saari mengikat perlawanan pada minit ke-20

Skuad negara kembali di depan hasil jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Jalil sebelum jaringan Hirotaka Wakuri mengikat kedudukan 2-2 aksi penentuan ketiga keempat itu.