“Kami Akan Menurunkan Barisan Yang Terbaik”

PERTEMBUNGAN tiga penjuru antara kelab terkemuka di Asia Tenggara bakal berlangsung buat julung kaliya di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertengahan Januari ini.

Pasukan Kelantan yang mewakili Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi (Thailand) masing-masing akan merebut gelaran sulung dalam Piala Super Boost SportsFix – kejohanan sulung yang dipertandingkan di Stadium Nasional sejak venue berkenaan diubah suai untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), baru-baru ini.

Selain trofi, juara bagi edisi pertama juga akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM40,845).

“Saya difahamkan ini adalah perlawanan pertama selepas Sukan SEA di stadium ini,” kata Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Kamarudin Mohamad selepas majlis pengumuman kejohanan berkenaan, hari ini.

“Tentunya kami berasa bangga dan berterima kasih kepada SportsFix kerana memberi peluang ini.

“Kami tentunya akan menurunkan barisan terbaik untuk pertandingan ini,” kata Kamarudin.

Sementara itu, pemain pertahanan Persija Jakarta, Gunawan Dwi Cahyo berkata, kejohanan ini bakal digunakan pasukan sebagai persiapan awal mereka menghadapi musim Liga 1 yang akan datang.

“Kejohanan ini akan menjadi persiapan buat kami dan ia bagus buat kami bagi menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

“Kami harus mengambil peluang ini dengan sebaiknya dan mempamerkan mutu permainan yang terbaik.”

Tiket akan mula dijual pada 13 Disember ini bermula daripada RM10 untuk pelajar dan RM15 hingga RM120 (dewasa). Ia juga boleh didapati menerusi lawan web http://sportsfixcup.com.

sumber: HM

 

Bola Shebby: Vingada pengecut, tidak bermaruah NELO Vingada

Akhirnya, Nelo Vingada membuktikkan betapa pengecutnya beliau dengan meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Beliau langsung tidak bermaruah apabila mengambil langkah itu. Sekiranya Vingada menganggap diri beliau itu ‘jantan’ maka beliau harus menunggu sehingga dipecat dan bukannya meletakkan jawatan.

Dengan langkah yang diambil itu, maka beliau secara tidak langsung menyindir pemain, penyokong serta pentadbir yang kerap menyokong beliau walaupun jelas bahawa beliau adalah ‘professor ciplak’.

Begitu ramai bekas pemain yang turut menyokong supaya Vingada di kekalkan walaupun daalam perlawanan demi perlawanan jelas kelihatan kelemahan beliau sebagai jurulatih. Beliau disokong dengan alasan bahawa beliau memerlukan masa untuk mengenali pemain pasukan kebangsaan.

Berapa banyak masa yang perlu untuk beliau menganalisa kebolehan atau potensi seorang pemain?

Pada pendapat saya, secara peribadi saya hanya memerlukan dua minit untuk mengenali kebolehan semasa serta ramalan hala tuju potensi pemain individu dan tambahan dua minit lagi untuk memberi nasihat kepada pemain supaya bekerja lebih keras di dalam aspek tertentu.

Hanya dua minit yang perlu untuk mengenali bahawa Kiko Insa memang tiada kaliber beraksi di arena antarabangsa.

Saya yakin sekiranya ditawarkan menjadi jurulatih pasukan Timbuktu maka saya akan tiba dengan segala maklumat yang perlu mengenai eco-sistem bola sepak di situ. Sejarah serta latar belakang setiap pemain dan latar belakang setiap jurulatih di negara itu akan saya perolehi sebelum memulakan tugas.

Setiap perlawanan di bawah bimbingan Vingada pula menunjukkan kecetekkan pemahaman taktik oleh jurulatih yang digelar ‘Professor’. Seorang jurulatih yang mempunyai CV sepanjang lengan dan kaki tetapi buta taktik.

Apakah konsep permainan yang ingin ditekankan Vingada? Dalam perlawanan demi perlawanan kita melihat sebelas pemain diturunkan tanpa menghiraukan kebolehan individu untuk berfungsi sebagai sebuah pasukan.

Akibatnya, pemain pula yang menerima kutukan sebahagian penyokong serta bekas pemain.

Pemain kita tidak berkualiti menjadi sahutan separuh pihak. Pemain yang di atas padang pula keliru kerana jurulatih kurang bijak. Sesetengah pemain pula beraksi separuh kapasiti sebenar kerana jelas bahawa corak latihan langsung tidak membawa faedah.

Tetapi, Vingada tetap mendabik dada dengan kenyataan bahawa situasi beliau serta jawatan beliau terjamin. Adakala beliau cuba menipu separuh rakyat Malaysia bahawa perubahan sudah mula kelihatan di atas padang?

Bagaimanapun, ada sesetengah pentadbir serta jurulatih tempatan mempercayai kata kata beliau itu.

Sementara itu, pasukan kebangsaan sudah menjadi bahan ketawa tetapi Vingada tetap mendapat sokongan.

‘Beri Vingada masa’ – kalimat itu tetap menjadi laungan sesetengah pihak walaupun kempen kelayakan Piala Asia 2019 sudah menjadi debu!

Mungkin Vingada tidak menyedari bahawa bukan semua rakyat Malaysia boleh ditipu.

Akhir kata, ‘good riddance to bad rubbish.’

sumber: HM

 

Palestin lancar roket ketiga ke atas Israel

BAITULMAQDIS : Sebuah roket dilancarkan ke atas pekan Sderot, di selatan Israel dari Semenanjung Gaza, malam tadi, namun pihak tentera enggan memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Pengumuman oleh radio awam bagaimanapun menyebut bahawa roket itu gagal untuk meletup dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi seorang wanita berusia lingkungan 50an diberi rawatan ringan kerana mengalami kejutan.

Tembakan itu adalah yang ketiga setakat ini dan memasuki malam kedua selepas pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sementara itu di Gaza, dua penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang tercetus susulan pengumuman Trump.

Seorang lagi penduduk dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal selepas ditembak di bahagian kepala semasa pertempuran itu.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Gaza, 14 penduduk tercedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel bagi membalas tembakan roket berkenaan.

Tentera Israel mendakwa, kira-kira 4,500 rakyat Palestin terbabit dalam keganasan di enam lokasi di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.

– AFP / BH

 

“Terima Abam Bukan Sebab Popular” – Isteri

ISTERI kepada Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menyangkal tuduhan bahawa dia menerima lamaran pelawak tersebut kerana harta dan populariti.

Hidayah, 25, berkata dia menerima Abam sebagai suami kerana sifat peramah lelaki tersebut yang dikenali sejak empat tahun lalu.

“Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

“Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu.

Abam terpikat dengan kejujuran Hidayah sepanjang perkenalan mereka.

“Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada mStar Online.

Hidayah ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami dengan sekali lafaz.

Abam sudah mengenali Hidayah hampir empat tahun.

Sementara itu, Abam mengakui terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu ambil pusing dengan kata-kata tersebut.

“Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

Abam dan Hidayah mahu ramai anak.

“Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu.

“Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat,” ujarnya.

Sementara itu, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan hari ini di Sabak Bernam dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Sumber: mstar

De Paula janji aksi terbaik berganding dengan Indra Putra Mahyudin

PENYERANG Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berjanji akan mengutamakan kejayaan pasukan berbanding kemasyhuran peribadi apabila skuad warga kota itu bersaing dalam Liga Super musim depan.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2017 dengan 27 gol itu berkata, sasaran utamanya adalah memastikan Kuala Lumpur kekal dalam Liga Super walaupun tidak menafikan turut mengimpikan status penjaring terbanyak sekali lagi.

“Sebagai penyerang, saya memang sentiasa dahagakan jaringan serta mengidam untuk muncul sebagai penjaring terbanyak setiap musim.

“Tapi keutamaan saya tetap memastikan pencapaian pasukan terlebih dahulu berbanding peribadi. Ini kerana kejayaan pasukan lebih memberi kepuasan.

“Namun jika mencapai kedua-dua sasaran itu sudah tentu lebih bermakna seperti yang saya kecapi musim ini bila kami muncul juara Liga Perdana dan saya pula muncul penjaring terbanyak.

“Jadi sasaran saya tidak berubah musim depan yang mana saya mahu memastikan Kuala Lumpur kekal beraksi dalam Liga Super untuk selama-lamanya.

“Saya tidak mahu nasib yang dilalui beberapa pasukan menimpa kami, baru beberapa musim bermain dalam Liga Super, sudah tersingkir kembali ke Liga Perdana,” katanya.

Bagaimanapun, Guilherme yakin dengan persiapan rapi serta barisan pemain yang dimiliki skuad The Hawks musim depan, pasukan warga kota itu tidak tampil sekadar penumpang.

“Kami sedar Liga Super gelanggang berbeza kerana perlu bersaing dengan pasukan yang lebih berpengalaman seperti JDT (Johor Darul Ta’zim), Selangor, Kedah dan Pahang.

“Tapi jurulatih (Fabio Maciel) sudah membuat persiapan rapi dengan membawa masuk beberapa pemain berpengalaman seperti Indra (Putra Mahayuddin), Zaquan (Adha Radzak) dan Firdaus (Faudzi) untuk memperkukuhkan pasukan.

“Saya yakin dengan gabungan pemain yang kami ada kali ini, Kuala Lumpur bukan saja akan kekal dalam Liga Super malah menjadi pencabar utama serta berpotensi untuk meraih salah satu kejuaraan,” ujar Guilherme.

Sumber : HM

 

Kelantan Wakil Malaysia rebut piala Super Boost SportsFix

PERTEMBUNGAN tiga penjuru antara kelab terkemuka di Asia Tenggara bakal berlangsung buat julung kaliya di Stadium Nasional Bukit Jalil, pertengahan Januari ini.

Pasukan Kelantan yang mewakili Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi (Thailand) masing-masing akan merebut gelaran sulung dalam Piala Super Boost SportsFix – kejohanan sulung yang dipertandingkan di Stadium Nasional sejak venue berkenaan diubah suai untuk temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), baru-baru ini.

Selain trofi, juara bagi edisi pertama juga akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM40,845).

“Saya difahamkan ini adalah perlawanan pertama selepas Sukan SEA di stadium ini,” kata Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Kamarudin Mohamad selepas majlis pengumuman kejohanan berkenaan, hari ini.

“Tentunya kami berasa bangga dan berterima kasih kepada SportsFix kerana memberi peluang ini.

“Kami tentunya akan menurunkan barisan terbaik untuk pertandingan ini,” kata Kamarudin.

Sementara itu, pemain pertahanan Persija Jakarta, Gunawan Dwi Cahyo berkata, kejohanan ini bakal digunakan pasukan sebagai persiapan awal mereka menghadapi musim Liga 1 yang akan datang.

“Kejohanan ini akan menjadi persiapan buat kami dan ia bagus buat kami bagi menghadapi kejohanan lain pada masa akan datang,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

“Kami harus mengambil peluang ini dengan sebaiknya dan mempamerkan mutu permainan yang terbaik.”

Tiket akan mula dijual pada 13 Disember ini bermula daripada RM10 untuk pelajar dan RM15 hingga RM120 (dewasa). Ia juga boleh didapati menerusi lawan web http://sportsfixcup.com.

Kredit:- HM

 

Abam Bocey Selamat Bernikah (Video)

Kisah cinta pelawak terkenal, Abam Bocey bukan lagi rahsia apabila dia pernah memberitahu umum dia bakal berkahwin tahun ini. Dia akhirnya membuat pengakuan dan mengumumkan bahawa bakal mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menerusi live di Astro Gempak, Abam melangsungkan pernikahannya awal petang ini. Kehadiran keluarga kedua belah pihak, serta kenalan rapat memeriahkan lagi majlis itu. Tahniah buat Abam!

Abam sudah bernikah

Eklusif majlis pernikahan Abam Bocey dari Gempak! Tahniah Abam.

Posted by Astro Gempak on Friday, 8 December 2017

Memang pandai Abam menyimpan rahsia dan menyembunyikan hubungannya denagn gadis pilihan yang dikatakan berasal dari Sabak Bernam Selangor ini. Dari laporan BHarian, Abam Bocey sebelum ini pernah putus dengan gadis tersebut.

Katanya punca putus adalah ekoran kesibukan Abam yang sedang berada di puncak kariernya sebagai pelawak. Namun, kalau dah jodoh tak ke mana, akhirnya hubungan mereka kembali bertaut, malah mereka akhirnya merancang untuk disatukan dengan ikatan yang sah.

Ramai tumpang gembira

Sumber : Astro Gempak
kredit:- ohbulan

 

Jamal ‘Amuk’ Bawa Tukul Ke PWTC

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat kecoh apabila Datuk Seri Jamal Md Yunos ‘mengamuk’ sambil membawa tukul besar.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang berbaju Melayu hijau, lengkap bersamping dan songkok itu hadir bersama para penyokongnya membawa dua potongan kadbod menyerupai bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Ia sebagai simbolik kepada bantahan terhadap ahli DAP tersebut yang didakwa mengeluarkan kenyataan mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, baru-baru ini.

Jamal berkata, Sultan Selangor hanya memberi pandangan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari lalu tetapi Zaid telah mengguris hati baginda.

Ketua kumpulan baju merah itu turut mempersoalkan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana lambat mengambil tindakan terhadap Zaid.

“Kenapa ‘double standard’? Kalau saya…semalam cakap, hari ni dah kena tahan,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Jamal turut memberi amaran kepada polis dan SKMM supaya segera mengambil tindakan terhadap Zaid.

“Kalau polis dan SKMM tak ambil sebarang tindakan selewat-lewatnya esok (Sabtu) saya sendiri akan buru Zaid. Saya tahu dia di mana, saya tahu rumah dia di mana,” katanya.

Jamal dan kumpulan penyokongnya kemudian berarak di sekitar ruang legar PWTC dengan membawa dua kadbod yang tertera tulisan ‘pengkhianat, kurang ajar, biadab…’ dan meminta orang ramai ‘melepaskan kemarahan’ pada plakad berkenaan.

Dalam pada itu, Jamal turut mempersoalkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan barisan pentadbirannya yang hanya berdiam diri berhubung dakwaan Zaid.

“Mana Azmin Ali dan exco kerajaan negeri. Kenapa tak kutuk tindakan yang dibuat Zaid?.

“Azmin sebagai menteri besar sepatutnya mempertahankan Sultan Selangor,” soal Jamal.

Rabu lalu, Jamal bertindak membakar dua potongan kadbod yang menyerupai Zaid di luar perkarangan PWTC.

Zaid menerusi akaun Twitternya pada Selasa lalu mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur Dr Mahathir, berhubung kenyataan menghina Bugis.

Sumber: mstar

 

Terkini Gaza Tiba2 DISERANG Israel

Terkini Gaza Tiba2 DISERANG Israel. Puncanya Buat Ramai Umat Islam GERAM | Saya Luv Islam – Ekoran keangkuhan Trump pindah ibu negara Israel ke Baitulmaqdis, negara-negara Islam mula bantah. Tapi terkini Gaza tiba-tiba diserang Israel. Puncanya buat ramai umat Islam geram.. Allahu. Kongsikan.

GAZA MULA BERMANDI DARAH

Beberapa jam selepas Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menggesa dilancarkan intifada terbaharu menentang rejim Zionis, beberapa bandar di Palestin, termasuk Baitulmaqdis mula bermandikan api dan asap.

Ratusan pemuda Palestin mula bangkit memenuhi jalan raya di sekitar Semenanjung Gaza menentang keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar suci itu.

Selain melakukan tunjuk perasaan, pemuda Palestin turut membakar tayar dan membaling batu ke arah askar rejim Zionis, dan dibalas dengan tembakan, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 penunjuk perasaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, cedera.

GERAKAN INTIFADA HAMAS

Terdahulu pemimpin utama Hamas, Ismail Haniyeh menggesa rakyat Palestin melancarkan intifada sebagai menentang keputusan Trump itu.

“Polisi Zionis disokong oleh AS tidak boleh ditentang kecuali dengan menyalakan intifada baharu. Keputusan AS adalah satu pencerobohan, perisytiharan perang terhadap kita, terhadap umat Islam dan penganut Kristian di Palestin,” kata Haniyeh dalam ucapannya di Gaza.

Pasukan keselamatan rejim Israel turut menambah anggotanya di Semenanjung Gaza, termasuk di Baitulmaqdis, sebagai persiapan kemungkinan demonstrasi besar-besaran yang dijangka berlaku selepas solat Jumaat, esok.

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, juga akan mengadakan sidang tergempar esok, bagi membincangkan situasi di Baitulmaqdis. Sidang itu diminta diadakan oleh Britain dan tujuh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 17 penunjuk perasaan cedera selepas askar rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

RIBUAN PENDUDUK PALESTIN TUNJUK PERASAAN

Di Hebron dan Al-Bireh di Tebing Barat, ribuan penunjuk perasaan memenuhi jalan raya sambil melaungkan ‘Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin’. Sesetengah daripada mereka membaling batu ke arah askar Israel.

Seorang penunjuk perasaan cedera terkena tembakan peluru hidup, manakala 14 lagi terkena peluru getah, kata pasukan perubatan.

Di Semenanjung Gaza, penunjuk perasaan berkumpul berhampiran pagar sempadan Israel sambil membaling batu ke arah askar Zionis. Dua daripada mereka cedera parah selepas ditembak menggunakan peluru hidup.

Sementara itu, beberapa jam selepas Trump membuat pengumuman, semua kedutaan Amerika mengeluarkan amaran kepada rakyatnya.

“Pengumuman terbaharu Amerika Syarikat yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaan ke bandar itu akan mencetuskan tunjuk perasaan, yang sesetengahnya kemungkinan bertukar menjadi ganas,” kata amaran itu.

Penunjuk perasaan juga berkumpul di luar kedutaan AS di Jordan dan pejabat konsulat Amerika di Istanbul, bagi membantah keputusan Trump itu.

 

Laporan turut menyebut Filipina akan mengikut jejak langkah Amerika mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya ke bandar yang turut menempatkan masjid suci ketiga Islam – Masjidil Aqsa. – Agensi

kredit:- eraviral.com

 

Pemain Dari Jepun Kemudi Jentera Tengah

Bekas kapten pasukan Kanagawa University, Shunsuke Nakatake yang telah bermain untuk pasukan Liga Perdana, Kuantan FA bagi musim 2016 dan 2017 sah sertai pasukan PDRM untuk musim 2018.

Nakatake yang juga bekas pemain remaja Sendai FC, pernah menyertai pasukan S.League, Hougang United.

Beliau telah menandatangani kontrak dengan The Cops selama setahun bagi memperkasakan jentera tengah pasukan itu.

Nakatake (tengah) sah menjadi milik PDRM musim depan bersama jurulatih Zulhamizan (kanan). – Foto Asrol Awang/Berita Harian

Pemain tengah berusia 27 tahun ini, keluar dari Jepun untuk membina karier bola sepaknya sejak 5 tahun lalu, selepas menamatkan pengajian di Kanagawa University.

Beliau telah memilih Singapura sebagai destinasi pertama, namun gagal mendapat tempat dalam pasukan S.League.

Setelah mencuba nasib, akhirnya Nakatake berjaya menyertai pasukan Eunos Cresent FC, sebuah pasukan amatur yang bersaing dalam National League Football di Singapura.

Selepas mempamerkan aksi memberangsangkan bersama Eunos Cresent FC, beliau ditawarkan tempat bersama Hougang United pada musim 2014. 33 penapilan bersama Hougang United pada musim pertama dan menjaringkan 1 gol. Pada musim 2015, beliau merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan oleh pengurusan pasukan Hougang United.

Kuantan FA merupakan kelab ketiga Nakatake dalam karier diluar Jepun, dan menyimpan harapan untuk memberikan aksi terbaik dalam Liga Malaysia musim 2018 nanti.

Jurulatih PDRM, Zulhamizan Zakaria bercakap kepada berita harian, pengalaman yang dimiliki pemain kelahiran Hokkaido itu ketika bersama The Seagulls selama dua musim sejak 2016 diyakini mampu memberi kekuatan kepada pasukan.

Beliau juga sedang berusaha mendapatkan dua lagi pemain import, seorang penyerang dan seorang pemain tengah.

“Saya harap dengan melengkapkan empat pemain import, The Cops akan lebih bertenaga bersama 21 pemain tempatan dalam meraih kejayaan bermakna pada musim 2018.”

Baru-baru ini, The Cops mengesahkan pemain import dari Mali, Souleymane Konate kekal bersama pasukan itu dalam mengukuhkan jentera pertahanan.

Khidmat pertahanan berusia 28 itu yang menyertai The Cops sejak 2016 tetap ditagih dalam usaha mengukuhkan kubu skuad itu ketika kontrak tiga pemain import lain tidak dilanjutkan.

sumber: semuanyabola.com