Senarai pasukan layak Piala Dunia 2018

LONDON: Berikut senarai muktamad 32 pasukan yang layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia tahun depan selepas Peru meraih tiket terakhir hari ini:

EROPAH (14 negara)

Russia (tuan rumah), Perancis, Portugal, Jerman, Serbia, Poland, England, Sepanyol, Belgium, Iceland, Switzerland, Croatia, Sweden, Denmark

AMERIKA SELATAN (5)

Brazil, Uruguay, Argentina, Colombia, Peru

AFRIKA (5)

Nigeria, Mesir, Maghribi, Tunisia, Senegal

AMERIKA TENGAH, UTARA DAN CARIBBEAN (3)

Mexico, Costa Rica, Panama

ASIA (5)

Iran, Jepun, Korea Selatan, Arab Saudi, Australia

– Reuters

 

‘Masih dok pikiaq lagi tawaran JDT’

“SAYA belum buat keputusan, masih dok pikiaq (fikir) lagi.”

Begitulah jawapan penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad mengenai tawaran menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT), musim depan.

Syafiq yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara di Buriram, Thailand berkata, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

 

“Saya baru balik dari Thailand, nak berehat dulu. Belum ada kata putus antara saya dengan JDT, kami masih dalam peringkat perbincangan.

“Lagipun saya masih ada kontrak bersama Kedah hingga hujung bulan ini, jadi sebarang keputusan hanya akan saya buat selepas itu,” katanya.

Syafiq, 22, salah seorang tonggak yang membantu skuad negara layak ke Kejuaraan B-23 Asia di China, Januari depan, disebut antara pemain baru yang akan direkrut oleh JDT musim depan.

Dia mencetus kemarahan penyokong Kedah apabila gambar pertemuannya dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang FELDA United tersebar di media sosial.

Bagaimanapun Syafiq tidak membiarkan kontroversi itu mengganggu tumpuannya apabila membantu Kedah layak ke final Piala Malaysia menentang JDT pada 4 November lalu.

ADAM (kanan) turut dikaitkan dengan perpindahan ke JDT.

Selain Syafiq, beberapa orang pemain skuad B-23 seperti Adam Nor Azlin (Selangor), Syamel Kutty Abba (Pulau Pinang), Adib Zainuddin (FELCRA FC) dan Nor Azam Azih (Pahang) turut dikaitkan dengan perpindahan ke JDT.

Sementara itu Adam ketika ditanya mengenai spekulasi penghijrahannya ke JDT mengambil sikap mengunci mulut.

“Buat masa ini saya tidak mahu komen apa-apa. Memang ramai yang bertanya saya mengenai hal ini, tunggulah saya akan umumkan nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adam antara produk baru Selangor yang paling menonjol musim ini.

Bermula di posisi serangan, dia kemudian ditukarkan peranan sebagai pemain pertahanan oleh jurulatih P Maniam.

Selain menjadi pemain utama skuad B-23 kendalian Datuk Ong Kim Swee, dia turut mendapat kepercayaan jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada untuk mengemudi benteng pertahanan ketika menentang Korea Utara, Isnin lalu yang menyaksikan Malaysia kecundang 1-4.

Sumber:- HM

 

Pertimbang Naikkan BRIM Jika Harga Minyak Terus Naik – Menteri

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kerajaan boleh mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) tambahan jika kenaikkan harga minyak terus berlaku.

Beliau turut menambah bahawa dana untuk pertambahan BRIM boleh dipertimbangkan namun pengagihan perlu dilakukan secara tidak tetap.

“Ini mungkin..kalaulah peningkatan harga minyak ini boleh menyebabkan kerajaan dapat lebihan (pendapatan) yang boleh kita sumbangkan (semula) kepada masyarakat berpendapatan rendah yang menerima BR1M.


“Kemungkinan besar kita boleh pertimbangkan (pemberian) BR1M tambahan tapi (jumlahnya) tidak tetap iaitu apabila (harga minyak) jatuh kita kurangkan (jumlah) BR1M tambahan ini,” katanya lagi.

Beliau turut menambah bahawa kerajaan mendapat faedah pendapatan sekitar RM 300 juta bagi setiap peningkatan AS$ 1 (RM 4.20) harga minyak.

Kalaulah kita hari ini (yang ditetapkan dalam) bajet AS$52 setong, katakan purata (naik) AS$62, maknanya kita sudah ada AS$10 (RM42), jadi kerajaan ada tambahan pendapatan RM3 bilion,” katanya.

Sejak kerajaan melaksanakan sistem ampungan harga minyak yang kini ditetapkan secara mingguan, kerajaan menanggung kenaikkan satu sen setakat ini.

“Saya bagi sedikit maklumat, sejak kita apungkan harga minyak ini, kalau kita lihat, ada 12 kali turun dan lebih kurang 19 kali naik.

“Keseluruhan turun adalah RM0.74 sen. 19 kali naik (pula) iaitu RM0.75 sen. Kalau kita lihat impaknya adalah sebanyak satu sen kenaikan iaitu sejak apungan ini dilaksana,” katanya.

Katanya lagi, walaupun subsidi petrol dihapuskan, kerajaan bagaimanapun masih menyalurkan subsidi untuk diesel dan gas petroleum cecair (LPG) berjumlah RM 1.6 bilion.

“Namun subsisdi ini kita tidak bagi kepada pengguna secara langsung tetapi kepada kumpulan nelayan dan segmen komuniti yang terbabit untuk menggiatkan aktiviti ekonomi,”katanya.

Sumber : BH Online

 

Ajar Remaja Amalkan Seks Selamat, Pendapat Syed Saddiq Dikecam Netizen

Syed Sadiq merupakan seorang pendebat yang sering bijak dalam menyuarakan pendapat. Tidak hairalah, apa sahaja yang diucapnya sering mendapat perhatian netizen. Terbaru Syed Sadiq mengeluarkan pendapat mengenai isu pembuangan bayi dalam masyarakat kita hari ini.

Namun, pandanganya mengenai isu ini teruk dikritik netizen. Dia mencadangkan agar anak muda diajar mengenai seks selamat bagi menghalang mereka dari mengandung. Rata-rata menganggap Syed Sadiq bercakap seperti tiada pegangan agama.

Amalkan seks selamat

 

Syed Sadiq mengemukan 20 pendapat mengenai isu ini. Paling menarik perhatian netizen adalah perkara yang ke-13. Rata-rata tidak puas hati dengan tweet yang dibuat seolah-olah menggalakkan lagi seks bebas. Sebagai seorang Islam, kita dilarang mengamalkan seks bebas sebelum bernikah.

Seorang pengguna twitter yang dikenali sebagai Ashrull turut respon kepada kenyataan dibuat Syed Sadiq. Responnya mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong apa diperkatakan Ashrull.

Memberikan jalan mereka melempiaskan nafsu

Perlu diperbaiki adab dan akhlak

Netizen kecam Syed Sadiq

Ini respon Syed Sadiq

Sumber : Syed Sadiq

 

Bibi Ramjani Dedah Kaitan Watanya Wongopasi Dengan TRW

PETALING JAYA: Dek kerana memiliki rupa paras yang cantik dan berjaya mengurus skuad Bawah 23 tahun (B-23) Thailand memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu, nama Watanya Wongopasi mula menjadi sebutan di negara ini.

Terbaharu, Watanya atau lebih dikenali dengan jolokan “Madame Dear” turut dikaitkan bakal menerajui skuad The Red Warriors (TRW) bagi aksi Liga Malaysia 2018.

Malah khabar angin itu timbul selepas Watanya kini tidak lagi bersama skuad B-23 Thailand sejak 9 September lalu.

 

Nama Watanya hangat diperkatakan penyokong skuad Kijang itu di laman media sosial selepas sumber dalaman Kafa mendedahkan dua calon import kini dalam radar pasukan berkenaan.

Bagaimanapun, Bibi Ramjani Ilias Khan ketika dihubungi mStar Online menafikan khabar angin tersebut kerana wanita itu bukanlah seorang jurulatih tetapi hanya pengurus skuade B-23 Thailand.

“Tak benar. Kenyataan mengenai calon jurulatih hanyalah dari Presiden dan Timbalan Presiden sahaja… selain daripada itu tak betul,” katanya.

Pada Rabu, Watanya secara rasmi telah dilantik sebagai pengurus skuad B-21 Thailand.

Jelas Bibi, khabar angin itu mungkin timbul disebabkan harapan tinggi penyokong yang mahukan Kafa melakukan yang terbaik untuk TRW.

“Harapan penyokong terlalu tinggi tapi dia (Watanya) tak ada kaitan lagi dengan Kelantan setakat ini,” katanya.

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu itu berkata Kafa masih mempertimbangkan jurulatih sesuai untuk mengendali skuad TRW.

“Buat masa ini masih belum muktamad lagi,” katanya.

Sebelum ini, Kafa dilaporkan sedang mempertimbang seorang daripada tiga jurulatih yang berpotensi untuk mengemudi pasukan Kelantan.

Jelas sumber dalaman persatuan itu, daripada tiga calon yang disebut-sebut, dua merupakan jurulatih import manakala seorang lagi jurulatih tempatan.

“Setakat ini kita ada tiga calon, dua import… seorang tempatan. Namun ketiga-tiganya mempunyai rekod cemerlang bersama pasukan masing-masing,” katanya.

Pada pengumuman Sabtu lalu, Bibi mengesahkan Santhit Bensoh kekal sebagai pemangku jurulatih TRW sehingga Kafa menemui jurulatih yang sesuai.

Sumber:- mstar

 

Jenazah ibu timbul selepas sebulan [VIDEO]

HUJAN lebat dipercayai punca jenazah yang masih lengkap berkain kapan naik ke permukaan kubur yang menggemparkan penduduk di Pontianak, Indonesia, sejak Isnin lalu.

Jenazah berkenaan ditemui orang ramai di atas kubur di Pemakaman Umum Jalan Hasanudin, Kelurahan Sungai Jawi Luar, Pontianak Barat, Isnin lalu.

Menurut Jawa Pos, jenazah itu ditemui dalam posisi terlungkup di permukaan tanah dan berita penemuan jenazah berkain kapan itu merebak pantas, termasuk melalui media sosial menyebabkan orang ramai berpusu-pusu ke tanah perkuburan itu.

Seorang penduduk tempatan, Rio, berkata jenazah itu ditemui penduduk yang datang memotong rumput untuk makanan ternakan di kawasan perkuburan itu sebelum penemuan itu dilapor kepada polis.

Polis yang datang kemudian mengawal lokasi kejadian sehingga keluarga jenazah berkenaan datang.

Menurut penduduk, hujan lebat berlaku di Pontianak sejak beberaoa hari lalu dan peningkatkan paras air dalam tanah dipercayai menyebabkan jenazah berkenaan naik ke permukaan.

Ketua Polis Sektor Pontianak Barat, Komisioner Bermawis, berkata: “Siasatan mendapati jenazah itu dikebumikan sebulan yang lalu.

“Keluarga memberitahu ia adalah jenazah ibu mereka.”

Menurutnya, polis menjangka mayat itu timbul kerana air pasang dan bagi mengelak keadaan kecoh serta khabar angin tidak betul, jenazah berkenaan dikebumikan semula.

Sumber: HM

 

JDT cuba merisik pemain berdarah campuran Switzerland dan Thailand itu untuk menguatkan pasukan

***Bintang skuad kebangsaan **** Thailand, Charyl Chappuis menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke pasukan juara liga super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2018.

Laporan daripada media Thailand mengatakan JDT cuba merisik pemain berdarah campuran Switzerland dan Thailand itu untuk menguatkan pasukan mereka bagi menghadapi saingan Liga Super dan perlawanan play-off AFC Champions League 2018.

loading…

 

Bercakap kepada ESPN FC, Chappuis mendakwa beliau tidak tahu apa-apa tentang rundingan itu dan baru sahaja menyertai Muang Thong United pada bulan Jun lepas.

Pemain yang berusia 25 tahun itu yang pernah beraksi untuk pasukan Buriram United dan Suphanburi menjadi popular dalam kalangan peminat di Malaysia apabila menjaringkan 2 gol menentang skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF 2014.

Bekas pemain muda Switzerland hampir gantung but apabila mengalami kecederaan lutut yang memaksa beliau berehat selama 18 bulan selepas perlawanan akhir itu, tetapi beliau beransur sembuh dan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan kebangsaan Thailand baru-baru ini.

Chappuis berjaya mengembalikan semula prestasinya seperti dulu selepas pulih daripada kecederaan dan sekarang bermain di posisi tengah bertahan berbanding posisi tengah menyerang seperti yang kita lihat pada tahun 2014.

Kemampuan beliau membuat hantaran tepat dan menyempurnakan sepakan percuma akan menjadi asset berharga kepada JDT jika perpindahan itu menjadi kenyataan.

Memandangkan Buriram United kini dinobatkan sebagai juara Liga Thailand, Chappuis dan rakan sepasukannya sedang bersiap sedia utuk menghadapi perlawanan akhir Piala Liga menentang Chiang Rai United.

Muangthong menduduki tempat kedua Liga Thailand dan kemungkinan akan bertemu JDT pada perlawanan play-off pusingan kedua AFC Champions League Januari tahun depan.

JDT pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 tetapi mereka tewas melalui sepakan penalti.

Sumber:- semuanyabola.com

 

Piya Sah Perkuat TRW

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai masa depan Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya bersama skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2018 akhirnya terjawab.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan Piya bersetuju untuk terus komited bersama TRW bagi tempoh setahun lagi.

“Ya, Piya baru sahaja tandatangan kontrak baharu bersama Kelantan sebentar tadi. Dia akan kembali memperkuat pasukan musim depan,” katanya.

Sebelum ini, kapten Kelantan itu mengakui sudah menerima tawaran untuk kekal bersama pasukan tersebut tetapi masih belum menandatangani kontrak berkenaan.

Kata pemain berusia 34 tahun itu, dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya.

Pada masa sama, pemain paling senior dalam skuad Kelantan itu mengakui turut dilamar beberapa pasukan Liga Super termasuk Liga Perdana dengan bayaran agak tinggi.

Diminta mengulas mengenai kontrak tersebut, Bibi berkata, tawaran baharu itu diberikan kerana Kafa berterima kasih di atas jasa dan kesetiaan Piya terhadap skuad TRW selama ini.

“Sehingga hari ini kita berterima kasih kepadanya. Dia merupakan salah seorang pemain yang tidak pernah bermain dengan pasukan lain,” katanya.

Malah Bibi berharap agar Piya tidak menjadikan usia sebagai penghalang untuk kembali mempamerkan prestasi terbaiknya bersama skuad tersebut.

“Saya harap dia boleh cuba buat yang terbaik dan bermain bersungguh-sungguh demi negeri Kelantan,” katanya.

Sumber:- mstar

 

PERMOHONAN BARU/KEMASKINI BR1M 2018 BERMULA PADA..

**Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 Bermula Pada.. 27 NOV 2017 – 31 DIS 2017**

** Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP. **

1. Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

2. Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

3. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru.
-> tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

4. ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

5. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :

a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)

      b)9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG

c) 8.30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)

     d) 8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)

     e) 9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)

Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU

f) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)

    g) 00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi SABAH dan SARAWAK

f) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM

(MAULIDUR RASUL, HARI KRISMAS dan HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR (utk negeri Selangor sahaja))

update : https://ebr1m.hasil.gov.my

kredit:- budakkacamata.com

 

Pemain import ‘bunuh’ anak watan

“SELAGI ada pemain import, saya membayangkan skuad negara tidak akan berkembang maju dan terus berada di takuk lama,” kata bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Che Mat Jusoh (gambar).

Malah bekas presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berusia 68 tahun itu juga menyatakan kebanjiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) daripada dua kepada empat pemain dalam satu pasukan sebenarnya tidak dapat membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan sebaliknya boleh ‘membunuh’ karier mereka kerana pasukan terlalu percayakan pemain import.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas prestasi merudum pasukan bola sepak negara sejak kebelakangan ini termasuk terbaru tewas dua kali kepada Korea Utara 1-4 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand.

“Bohong jika anda kata kehadiran pemain import dari beberapa negara dan pelbagai posisi kecuali penjaga gol dalam Liga-M dapat membantu meningkatkan prestasi pemain tempatan.

“Hujah saya cukup mudah, jika pemain import yang sudah sekian lama beraksi dalam Liga-M betul-betul mengajar dan membantu kemahiran yang mereka ada kepada pemain kita, sudah pasti ada kejayaan yang boleh dibanggakan buat pasukan negara khususnya di peringkat Asia.

“Tapi yang berlaku sebaliknya, ini fakta dan bukannya cakap kosong, anda peminat boleh nilai dan lihat sendiri serta muhasabah prestasi semasa pasukan senior negara hingga ke hari ini masih gagal bersaing terutama di peringkat Asia, bagi saya skuad bawah 19 dan 23 tahun lagi bagus berbanding skuad senior.

“Jika dulu antara pesaing kita adalah Jepun dan Korea Selatan, sepatutnya kini kita sudah setaraf dengan pasukan itu terutama dengan kemasukan ramai pemain import, tapi yang berlaku sebaliknya dan sungguh mendukacitakan, sebab itu saya katakan selagi ada pemain import dalam kancah Liga-M, selagi itulah kita bercakap perkara yang sama setiap kali pasukan negara gagal mara kerana pemain import tidak banyak membantu sebaliknya lebih mementingkan periuk nasi sendiri daripada memberi tunjuk ajar kepada pemain tempatan.

“Malah jika diperhalusi sejak kebelakangan ini mana ada pemain kita menjadi pemain import di negara lain selain Safee Sali seorang, selebihnya pemain kita hanya gah di kampung sendiri tapi bila bersaing di peringkat Asia terus layu,” kata Che Mat.

Berdasarkan rekod pemain import dibenarkan beraksi bermula sekitar 1989 hingga 2008 dan disambung semula pada 2012 dengan dua pemain, bagaimanapun pada 2014 ditambah kepada tiga sebelum ditambah lagi menjadi empat pemain sejak 2015.

Sumber:- HN