Kampung Titingan berapi

 

KIRA-KIRA 80  rumah di Kampung Titingan, Tawau, musnah dalam kebakaran 12.40 tengah malam tadi.

Api merebak dengan pantas  berikutan kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain.

Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.55 tengah malam sebelum 31 anggota bomba bersama empat jentera dan empat utiliti dikerah ke lokasi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi lima minit kemudian berjaya mengawal api pada 2.28 pagi.

“Setakat ini, dianggarkan  80 rumah musnah dan operasi memadam sisa kebakaran masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

sumber:www.hmetro.com.my

 

Video Ini Buktikan Ular Kecil Mampu Menelan Ular Besar, Sangat Menakutkan

 

Kerala – Seekor ular beracun dijumpai sedang memangsa haiwan sejenisnya di ladang penternakan lembu di Kerala, India. Haiwan itu ditangkap kamera memuntahkan makanannya.

Dalam rakaman yang tersebar, seperti dipetik dari Daily Mail, Jumaat (1/9/2017), reptilia itu cuba menelan ular Green Vine atau Oxybelis Fulgidus yang jauh lebih besar berhampiran Kottiyoor Wildlife Sanctuary.

“Pekerja di ladang tenusu Nila yang melihat ular ketakutan, lalu menghubungi Jabatan Perhutanan untuk menyelamatkan reptilia itu. Setelah tiba di tempat itu, saya menemuinya sedang berlindung di semak-semak rimbun,” kata seorang sukarelawan penyelamat ular dari Jabatan Perhutanan di wilayah tersebut, Sujith Wayanad .

 

loading…

“Menggunakan sabit, saya membuat pembersihan kecil untuk melihat hujung ekor ular, dan menariknya keluar dengan ekornya.

“Saya kemudian melihat struktur tubuh ular melengkung, dan faham bahawa ia telah memakan ular bersaiz jauh lebih besar. Apabila mengukur panjang kedua-dua reptilia, didapati bahawa ular yang berwarna hijau sepanjang 140 cm, manakala jenis Indian Krait yang berbisa itu hanya 100 cm,” jelas Sujith .

“Ular jenis Indian Krait adalah spesies berbisa yang dijumpai di hutan, ular jenis Green Vine sedikit berbisa dan biasanya memakan katak dan cicak,” kata Sujith yang kemudian membebaskan reptilia Indian Krait di kawasan hutan berdekatan.

Tonton video di bawah ini:

Ular Makan Ular

Di Australia, fenomena ular yang memakan ular juga pernah dirakamkan dalam video yang kemudian tular.

Dua ular paling membunuh di Australia juga telah dirakamkan sedang bergelut dan saling menggigit. Reptilia coklat bersifat lebih kecil dan lebih agresif, manakala yang seekor lagi jenis Red-bellied Black yang begitu agresif.

Kejadian menakjubkan ular kanibal itu berlaku pada hari Sabtu 11 Februari 2017 di Myponga, Australia Selatan.

Sean Shaw yang memuat naik video itu berkata, dia melihat ular hitam berbintik-bintik hitam mengejar reptilia coklat di seberang jalan sebelum menyerang satu sama lain.

Dalam video yang dikongsi ke salah satu laman perkongsian video seperti dipetik dari Daily Mail pada 13 Februari 2017, ular kecil yang sangat berbisa itu berjuang mati-matian cuba membebaskan diri. Ia cuba menggigit pemangsa besar beberapa kali, tetapi gigitan itu sia-sia.

Reptilia kecil itu tidak dilepaskan dari rahang ular yang lebih besar, walaupun seluruh tubuhnya menggeliat ke sana dan ke sini.

Perjuangan itu dilihat berlangsung selama dua minit. Tidak lama kemudian dilihat ular coklat berada dalam kedudukan ditelan oleh pemangsa yang lebih besar.

Shaw memberitahu The Advertiser bahawa pertempuran sengit dua ekor ular itu berlangsung sekitar 30 minit. Sebelum ia menjadi hidangan oleh seekor lagi ular.

“Ketika kami pergi, ular coklat itu berada dalam kedudukan setengah badan ditelan dalam rahang ular besar!.

 

sumber:www.laicikang.com

 

Daripada Pemalu Jadi Seorang Pemimpin Paling Menakutkan Di Dunia, Ini Kisah Jong-un Yang Ramai Tak Tahu

 

Selama 50 tahun yang lalu, dunia seperti telah biasa mendengar ancaman dari Korea Utara yang tidak membawa ke mana-mana.

Tetapi ancaman telah sampai ke tahap yang sangat jelas dan lebih serius di bawah Kim Jong Un, Pemimpin Tertinggi ketiga negara tertutup itu.

Berikut disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari The Business Insider bagaimana Kim Jong Un membesar menjadi salah seorang pemimpin dunia yang paling dibimbangkan dalam dunia.

 

Kim Jong Un dilahirkan pada 8 Januari 1982, 1983, atau 1984

Ibu bapanya adalah diktator Korea Utara Kim Jong Il dan isterinya, Ko Young Hee. Dia mempunyai seorang abang bernama Kim Jong Chul dan kemudian mempunyai adik perempuan bernama Kim Yo Jong.

Walaupun tahun kelahiran rasmi Jong Un adalah 1982, pelbagai laporan menyatakan bahawa tahun itu telah diubah kerana sebab simbolik, termasuk ada yang menyatakan 70 tahun selepas kelahiran Kim Il Sung dan 40 tahun selepas kelahiran Jong Il.

Jong Un – di sini dengan ibunya – tinggal di rumah sebagai seorang kanak-kanak

Dalam tempoh ini, Korea Utara diperintah oleh “Pemimpin Besar” Kim Il Sung. Walaupun Jong Il adalah pewaris pemerintah yang jelas, jalan Jong Un untuk menjadi pemerintah adalah tidak begitu pasti.

Bersekolah di Switzerland dan peminat bola keranjang

Menurut laporan yang pertama kali diterbitkan dalam akhbar Jepun, dia bersekolah di Switzerland berhampiran Bern. Laporan pertama mendakwa beliau menghadiri Sekolah Antarabangsa Bahasa Inggeris swasta di Gümligen dengan nama “Chol-pak” atau “Pak-chol” dari 1993 hingga 1998.

Dia digambarkan sebagai pemalu, seorang pelajar yang baik yang berkawan dengan baik dengan rakan sekelasnya dan peminat bola keranjang. Dia ditemani oleh seorang pelajar yang lebih tua, yang dianggap sebagai pengawalnya.

“Dia seorang pemain yang hebat,” kata bekas rakan sekelas, Nikola Kovacevic kepada The Mirror.

“Dia benci kalah. Kemenangan sangat penting,” kata bekas rakan sekelas, Marco Imhof.

Setelah bersekolah di Switzerland, dia pulang untuk ke sekolah tentera

Setelah kembali ke Korea Utara, Jong Un menghadiri Kim Il Sung Military University dengan abangnya. Beberapa laporan mengatakan mereka mula menyertai bidang tentera bapanya sekitar tahun 2007.

Jong Un dinaikkan pangkat menjadi daejang, bersamaan dengan jeneral empat bintang di Amerika Syarikat walaupun kurang berpengalaman.

Dia dilantik timbalan pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Pekerja, dan ahli Jawatankuasa Pusat, menurut BBC.

Selepas bapanya meninggal, Jong Un segera diisytiharkan “Pemimpin Tertinggi” Korea Utara

Apabila Jong Il meninggal akibat serangan jantung pada 17 Disember 2011, Jong Un yang muda mewarisi tentera keempat terbesar dunia, senjata nuklear, dan kawalan mutlak ke atas Korea Utara.

Dia mengambil alih takhta walaupun abangnya iaitu Jong Chol masih ada, yang bapanya sifatkan sebagai seorang lemah. Abang tirinya, Jong Nam, pula dilihat bercakap perkara negatif tentang rejim, menurut The Australian.

Sekitar umur 30 ketika dia mengambil alih kuasa, Jong Un adalah ketua negara termuda di dunia.

Jong Un menghukum mati bapa saudaranya

Pada 12 Disember 2013, Kim Jong Un telah menghukum mati bapa saudaranya Sung Taek yang didakwa telah cuba mengambil alih Korea Utara menerusi rampasan kuasa tentera. Selepas itu, ada laporan bahawa Jong Un turut ‘membersihkan’ seluruh keluarga bapa saudaranya.

Tetapi Duta Besar Korea Utara ke UK menafikan bahawa keluarga Sung Taek juga dihukum. Sebaliknya, duta besar itu mendakwa bahawa hanya Sung Taek dibunuh oleh skuad menembak selepas perbicaraan.

Cubaan bunuh

Pada tahun 2013 dia dilaporkan sebagai sasaran cubaan bunuh. Perisik Korea Selatan percaya pemimpin muda itu disasarkan oleh “orang yang tidak puas hati di dalam Korea Utara” selepas dia menurunkan jeneral empat bintang, yang menyebabkan perebutan kuasa.

Mungkin sebagai cara mengawal, Jong Un telah menjadi sangat agresif dan bermusuhan, menutup semua hubungan dengan Korea Selatan dan mengancam perang termonuklear terhadap jirannya dan Amerika Syarikat. Bapa dan datuknya juga sering membuat ancaman-ancaman ini.

Jong Un terus berperang dengan Korea Selatan dan Barat sepanjang pemerintahannya

Korea Utara terus menguji peluru berpandu balistik dan peranti nuklear di bawah pemerintahan Jong Un, walaupun mendapat ancaman sekatan. Pada tahun 2012, negara itu melancarkan satelit pertama ke angkasa lepas. Dan sejak Jong Un ambil alih, negara itu terus meneruskan dengan pembinaan senjata balistik dan nuklear.

Pada tahun 2013, Korea Utara melakukan ujian nuklear ketiga dan yang pertama di bawah Jong Un. Dan pada bulan April 2015, seorang ketua AS terkemuka memberi amaran bahawa Korea Utara boleh membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu mencapai tepi barat AS.

sumber:www.laicikang.com

 

Umur Bukan Penghalang Untuk ‘Sweet’, Cucu Kongsi Gambar Tun M Jadikan Gambar Lucu Isterinya Sebagai Wallpaper Telefon

 

Umurnya yang sudah mencapai 92 tahun bukanlah penghalang kepadanya untuk terus menunjukkan rasa romantis kepada isterinya, semuanya ‘terbongkar’ selepas Ally Mukhriz yang merupakan cucu kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuatnaik sebuah gambar sweet datuknya itu.

Ally mellaui laman Instagram telah menarik perhatian netizen selepas memuatnaik gambar Tun M sedang menatap wajah lucu isterinya selepas menjadikan gambar Tun Dr Siti Hasmah sebagi wallpaper telefon pintar miliknya.

loading…

 

How cute/funny is this? #relationshipgoals

A post shared by Meera Alyanna Mukhriz 💫 (@ally.mukhriz) on

Menurut beliau, gambar ini telah diambil oleh beliau selepas tersedar tindakan datuknya itu yang sungguh romantis.

Rata-rata netizen memuji sikap Tun M berkenaan yang dianggap comel membuatkan mereka berdua dikagumi ramai kerana dilihat bagai pasangan yang baru bercinta.

Komen netizen
Pasangan ini sudah 61 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tujuh orang anak –

sumber:Siakapkeli.my

 

’11 kali kantoi, suami tak pernah sentuh saya selama setahun’ – Suamikantoi langgan pelacur, enggan ceraikan isteri

 

Viral di media sosial luahan kesal seorang wanita terhadap suaminya yang kerap kantoi makan luar. Apabila diminta untuk menceraikannya, lelaki itu enggan berbuat demikian tanpa diketahui apa alasannya. Namun lelaki itu kerap menyakitkan hati si isterinya.

Berdasarkan gambar-gambar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, lelaki itu dipercayai melanggan pelacur warga Indonesia di sebuah hotel di Kuala Terengganu.

“Salam admin KRT, tolong rahsiakan nama saya. Saya ingin meminta pendapat sahabat-sahabat dalam ruangan ini. Saya seorang isteri mempunyai dua orang anak. Saya seorang isteri yang tidak bekerja.

 

“Luluh hati saya apabila dekat 10 kali suami kantoi dan pagi tadi kantoi yang ini pula. Suami saya dah tak ada hati dengan saya dan dia tidak pernah menyentuh saya selama setahun.

“Saya seorang yang menjaga penampilan tetapi saya tidak faham mengapa suami saya masih mencari wanita yang lain di luar sana? Peritnya hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Bila diajak berbincang, saya sentiasa dipukul. Saya pernah meminta dia menceraikan saya, tetapi dia enggan berbuat demikian. Pada masa yang sama dia selalu menyakitkan hati saya,” katanya.


loading…

loading…

loading…

loading…


loading…

loading…


loading..

loading..

loading….


loading..

Menurut netizen, pelacur terbabit dipercayai menggunakan pas lawatan sosial ke Malaysia, tetapi melakukan aktiviti pelacuran di Malaysia.

“Kalau freelancer (FL) indon ni biasa panggil bakso. Pelacur kelas bawahan ni. Boleh dikatakan kaum ni mmg takda market dekat malaysia. Sebab kebersihan badan tak dijaga, dah longgar, senang buat main kat negara dia. Kat negara kita pun banyak angkut je kat kilang tu. Mahal tu Rm350.

 

“Biasa yang mahal ni jenis original warganegara malaysia yang jarang buat sex, jaga badan, fit, golongan bekerjaya proffesional seperti student melayu, cina. Kategori Milf melayu, cina, kategori professional melayu, cina.

“Kebanyakan perempuan Freelance ni sekadar suka-suka je buat kerja ni, pemuas nafsu dorang. Selain student mmg buat untuk duit jela. yang best, rare open offer jenis golongan bekerjaya. Ada yang aku kenal jenis kerja besar, pangkat tinggi dalam syarikat. Ada yang banker, nurse, doctor, steward, yang buat part time ni. Sekadar suka-suka je dorang buat.

“Apa yang membezakan pelacur kelas bawahan dan Freelancer (FL) ni adalah pelacur kelas bawahan yang senang dapat di kaki lima tu harga murah je standard RM50 ke seratus lebih jenis sehari berpuluh, beratus kali layan pelanggan dari pelbagai bangsa seperti melayu, cina, india, bangla, nepal, pakistan.

“Boleh buat macam-macam skill. Kalau Freelancer (FL) ni dorang jarang buat sex. Kadang-kadang sebulan sekali baru buat offer, 2-3 bulan baru buat offer, setahun sekali baru buat offer pun ada. Tambahan tak semua bangsa boleh melanggan. Dan tak semua skill boleh digunapakai kalau melanggan dorang ni,” kata netizen yang menggunakan identiti Helmet Garage di Facebook.

sumber:www.thereporter.my

 

Allahuakhbar!! Inilah Bukti Kekuasaaan Allah Terhadap Doa Seorang Ibu Kepada Anak

 

Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Faizal terlibat dalam kemalangan. Dia dilanggar oleh sebuah teksi di sebatang jalan raya.Akibat daripada kemalangan itu dia cedera parah. Kepalanya luka, tangannya patah dan perutnya terburai. Setelah dibawa ke hospital, doktor mendapati keadaannya terlalu teruk dan menjangkakan dia tidak ada harapan lagi untuk hidup. Ibunya, Jamilah segera dihubungi dan diberitahu tentang kemalangan yang menimpa anaknya.

Hampir pengsan Jamilah mendengar berita tentang anaknya itu. Dia segera bergegas ke hospital tempat anaknya dimasukkan.Berlinang air mata ibu melihat keadaan anaknya. Walaupun telah diberitahu bahawa anaknya sudah tiada harapan lagi untuk diselamatkan, Jamilah tetap tidak henti-henti berdoa dan bermohon kepada Allah agar anaknya itu selamat.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, keadaan Faizal tidak banyak berubah. Saban hari Jamilah akan datang menjenguk anaknya itu tanpa jemu. Saban malam pula Jamilah bangun untuk menunaikan solat malam bertahajjud kepada Allah memohon keselamatan anaknya. Dalam keheningan malam, sambil berlinangan air mata, Jamilah merintih meminta agar anaknya disembuhkan oleh Allah.

 

loading…

Ini adalah antara doa Jamilah untuk anaknya itu ;

”Ya Allah ya Tuhanku, kasihanilah aku dan kasihanilah anak aku. Susah payah aku membesarkannya, dengan susu aku yang Engkau kurniakan kepadaku, aku suapkan ke dalam mulutnya. Ya Allah, aku pasrah dengan apa jua keputusan-Mu! Aku redho dengan qada’ dan qadar Mu yaa Allah.”

”Yaa Allah, dengan air mataku ini, aku bermohon kepadaMu, Engkau sembuhkanlah anakku dan janganlah Engkau cabut nyawanya. Aku sangat sayang kepadanya. Aku sangat rindu kepadanya. Susah rasanya bagiku untuk hidup tanpa anakku ini. Terngiang-ngiang suaranya kedengaran di telingaku memanggil-manggil aku ibunya.”

“Ya Allah, tidak ada Tuhan melainkan hanya Engkau saja. Tunjukkanlah kuasa Mu ya Allah. Aku reda kalau anggota badanku dapat didermakan kepadanya agar dengannya dia dapat hidup sempurna kembali.”

“Ya Allah, aku redho nyawaku Engkau ambil sebagai ganti asalkan Engkau hidupkan anak kesayanganku. Engkaulah yang Maha segala hal, berkat kebesaran Mu ya Allah, terimalah doaku ini….aamiin”.

Keyakinan Jamilah terhadap kuasa Ilahi sangat kuat walaupun tubuh badan anaknya hancur cedera dan dikatakan sudah tiada ada harapan lagi untuk hidup. Namun, Allah benar-benar mahu menunjukkan kebesaran dan kekuasaanNya.

Setelah 5 bulan terlantar, akhirnya Faizal menampakkan tanda-tanda kesembuhan dan akhirnya dia sembuh sepenuhnya. Berkat doa seorang ibu yang ikhlas.

Faizal dapat meneruskan hidupnya hingga berumahtangga dan beranak-pinak. Ibunya, Jamilah semakin hari semakin tua dan uzur.

 

Suatu hari, Jamilah yang berusia hampir 75 tahun jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pada mulanya, Faizal masih melawat dan menjaga ibunya di hospital. Tetapi semakin hari semakin jarang dia datang menjenguk ibunya hinggalah pada suatu hari pihak hospital menghubunginya untuk memberitahu keadaan ibunya yang semakin teruk.

Faizal segera bergegas ke hospital. Di situ, Faizal dapati keadaan ibunya semakin lemah. Nafas ibunya turun naik. Doktor memberitahu bahawa ibunya sudah tidak ada masa yang lama untuk hidup. Ibunya akan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada bila-bila masa saja.

Melihat keadaan ibunya yang sedemikian dan kononnya beranggapan ibunya sedang terseksa, lantas Faizal terus menadah tangan dan berdoa seperti ini;

“ Yaa Allah, seandainya mati lebih baik untuk ibu, maka Engkau matikanlah ibuku! Aku tidak sanggup melihat penderitaannya. Yaa Allah, aku akan redho dengan pemergiannya…Aamin.”

Begitulah bezanya doa ibu terhadap anak dan doa anak terhadap orang tuanya. Apabila anak sakit, walau seteruk mana sekalipun, walau badan hancur sekalipun, walau anak tinggal nyawa-nyawa ikan sekalipun, namun ibu bapa akan tetap mendoakan semoga anaknya diselamatkan dan dipanjangkan umur.

Tetapi anak-anak yang dikatakan ‘baik’ pada hari ini akan mendoakan agar ibu atau bapanya yang sakit agar segera diambil oleh ALLAH, padahal ibu bapa itu baru saja sakit. Mereka meminta pada Allah agar segera mematikan ibu atau bapanya kerana kononnya sudah tidak tahan melihat ‘penderitaan’ ibu bapanya.

Anda bagaimana? Apa doa anda untuk ibu bapa anda?

sumber:suaramedia.org

 

5 Petua Mudah Guna Halba Yang Punyai Khasiat Pelbagai

 

Halba mungkin asing bagi sesetengah orang sedangkan ia biasa digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan terutama yang berasal dari Timur Tengah.

Selain ditambah dalam masakan untuk menambah keenakan hidangan, tidak ramai yang tahu manfaat halba dari sudut kesihatan. Tanaman ini tumbuh subur dan luas di India, Mesir dan negara Timur Tengah.

loading….

 

1. Diminum sebagai Teh
Melancarkan haid
Menghilangkan kembung, sebu dan senak
Pencuci perut
Menguatkan jantung
Menghilangkan lender tekak
Melegakan sakit kepala/ migraine
Membuang angin
Menyembuhkan buasir
Senggugut
Merangsang rahim
Kegemukan
Kurang berat badan
Mengawal kencing manis
Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
Kurangkan ketagihan rokok
Anemia

3. Untuk anak anak yang baligh
Kecergasan
Kekuatan badan
Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
Banyakkan air susu

5. Tambah nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara orang Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya :-

Goreng halba tanpa minyak – jangan pulak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dapat membantu.

 

sumber:www.abangterlajaklaris.my

 

‘Mohon viralkan muka peragut ini!’

 

KUALA LUMPUR – Video seorang lelaki yang meragut telefon bimbit serta beg duit milik mangsanya berhampiran sebuah masjid di Medan Idaman semalam, viral di media sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada pagi semalam, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid di Medan Idaman untuk menunaikan solat hari raya Aidiladha.

“Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini!”

 

Video berdurasi 1 minit 17 saat itu menunjukkan mangsa pada awalnya merakam video keadaan suasana sekeliling masjid berkenaan tanpa menyedari tindakannya itu menarik perhatian dua suspek yang memerhatikannya dari jauh.

Tidak beberapa lama kemudian, dua suspek berkenaan bertindak menghampiri mangsa dan terus meragut beg duit serta telefon bimbitnya sebelum memecut meninggalkan mangsa.

Bagaimanapun, suspek tidak menyedari bahawa mangsa sedang membuat rakaman video dan secara tidak langsung terakam wajah suspek kedua yang berkata,

“Kejarlah kalau berani. Sony jer dowh,” katanya.

Mohon viralkan muka peragut/penjenayah yg meragut hand phone serta beg duit hamba Allah yg sedang pergi ke masjid Medan ldaman KL utk menunaikan solat Hari Raya Aidil Adha..muka penyamun jelas nampak..tolong viralkan muka penyanggak ni..biar polis senang mengenalpasti saspek ini! #PDRM #TakdakPasaiPiCariBala

Posted by Belia Bangkit on Friday, 1 September 2017

Video yang dipercayai diperolehi dari aplikasi keselamatan telefon bimbit itu kemudian dimuat naik oleh mangsa di Facebook yang meminta orang ramai menyebarkan wajah salah seorang suspek berkenaan.

Orang ramai diingatkan sentiasa berhati-hati dan tidak ralit dengan telefon bimbit ketika berada di tepi jalan, di mana anda berpotensi menjadi mangsa ragut oleh golongan penjenayah yang tidak berguna ini.

sumber:www.thereporter.my

 

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!