B-18 benam Rusia

FUKUOKA, Japan – Skuad bawah 18 tahun (B18) negara berjaya menumpaskan wakil dari Rusia iaitu FC Izhorets-Inkon Youth 3-1 dalam perlawanan penentuan tempat ke-12 di Stadium Global Arena sebentar tadi.

Penyerang semakin meningkat naik, Hadi Fayyadh Abdul Razak meledak hatrik sekali gus memastikan Malaysia muncul pasukan jemputan terbaik pada edisi ke-16 ini.

Pada pentas tersebut, skuad kendalian Bojan Hodak mencatatkan tiga kemenangan dan tiga kekalahan pada Kejohanan Piala Sanix itu.

“Ini adalah satu pendedahan yang bagus buat pasukan (B18) negara kerana kualiti pasukan yang bertanding di kejohanan ini sangat berbeza berbanding kualiti pasukan yang ada di Asia Tenggara,” katanya sebentar tadi.

Sebanyak 16 pasukan mengambil bahagian pada kejohanan itu dan empat negara seperti Rusia, Taiwan dan Korea Selatan termasuk Malaysia turut menghantar pasukan terbaik mereka.

K! ONLINE 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *