Bila tarikh duit BR1M 2018 dapat dan masuk akaun ANDA

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2018) akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut kelompok atau kumpulan kepada pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan / kemaskini maklumat mereka itu telah diluluskan atau berjaya

Setiap permohonan dan maklumat kemaskini yang dikemukakan oleh pemohon baru dan penerima sedia ada, akan melalui peringkat semakan dengan beberapa agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi memastikan maklumat diberikan itu menepati syarat kelayakan dikehendaki

Maklumat pemohon akan disemak dengan agensi yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia seperti berikut

Bagi setiap pemohonan yang telah diluluskan / berjaya akan mendapat manfaat nilai atau jumlah bantuan kewangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2018 adalah seperti berikut : –

PENGKREDITAN DUIT BR1M 2018 DAN INFO BERKAITAN

1. Duit BR1M 2018 Masuk Dalam Akaun Penerima
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai tarikh yang dinyatakan menerusi akaun bank penerima berdasarkan maklumat nombor akaun simpanan diberikan oleh penerima semasa melengkapkan maklumat permohonan baru atau kemaskini
Kecepatan pengkreditan duit BR1M ke dalam akaun simpanan turut bergantung kepada sistem bank penerima

2. Duit BR1M 2018 Melalui Baucar
Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank

SUMBER: mysumber.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *