Bom perang jepun jadi punca letupan!

LETUPAN bom lama peninggalan Perang Dunia ke 2 dikenal pasti punca tragedi menyebabkan tiga pekerja parah dalam kejadian di tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia, dekat Sungai Besi jam 5 petang hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan kejadian itu selepas siasatan dilakukan Unit Polis Forensik di lokasi kejadian.

“Ia adalah bom lama ketika Perang Dunia Kedua dan meletup secara tiba-tiba sewaktu kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.

 

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

MyMetro sebelum ini melaporkan sekurang-kurangnya tiga pekerja tapak pembinaan MRT dekat Lapangan Terbang Sungai Besi, cedera parah dalam kejadian letupan petang tadi.

Difahamkan, dua daripada pekerja berkenaan terputus kaki.

MC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dalam satu kenyataan mengesahkan tiga pekerjanya yang parah berada dalam keadaan stabil di hospital.

Untuk rekod, Bandar Malaysia Selatan satu daripada 11 stesen bawah tanah membabitkan laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd adalah kontraktor bagi kerja-kerja bawah tanah.

 

Sumber:www.hmetro.com.my

 

Dua Anggota TLDM Maut Selepas Jalani Latihan Fizikal

Tentera Laut Diraja Malaysia mengesahkan hari ini bahawa dua anggotanya meninggal dunia semalam di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan.

Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, kedua-dua anggota TLDM itu sedang menjalani latihan fizikal mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Mangsa yang terlibat pada kejadian petang Jumaat  itu ialah LK I PNK Mohd Baihaqy Nik Mat dan LK I TLS Muhammad Lailatulman Mohd Sukri.

 

Kedua-dua mangsa mengadu kepenatan dan direhatkan ke bilik tahanan tersebut. Mereka mengalami muntah-muntah, keletihan dan sesak nafas. Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh petugas pusah tahanan dan seterusnya panggilan kecemasan telah dibuat.

Kedua-dua anggota itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba pada 3.15 petang. Hasil pemeriksaan awal doktor tidak menemui sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal.

Dalam kenyataan rasmi itu juga TLDM tidak menolak sebarang kemungkinan sebarang sebab sebenar kematian itu.

Punca kematian masih dalam siasatan pihak polis manakala pihak TLDM memberi kerjasama penuh dalam hal tersebut malah tidak akan berkompromi sekiranya wujud sebarang pelanggaran terhadap SOP mereka.

www.kakishare.tv

 

(Video) ”Kerajaan Kata Tak Ada Duit, Bajet Agensi Semua Kena Potong, Tapi Buat Agensi Baru,” Bos SPRM Bidas Menteri

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.

Dzulkifli berkata, menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.

 

Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?

Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?

Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.

Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?” kata Dzulkifli.

Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet,” katanya selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Madrasah Raiyah Islamiah di Balik Pulau, semalam.

loading…

Sumber:www.siakapkeli.my

 

Nak Larikan Diri Sangat, Penunggang Motosikal Dalam Video Tular Kini Diburu Polis

Semalam tular sebuah video rakaman yang berdurasi 29 saat di media sosial menunjukkan seorang wanita melintas jalan sebelum dilanggar penunggang motosikal.

Video rakaman tersebut menampakkan seorang penunggang motosikal melarikan diri selepas terlanggar seorang wanita yang melintas jalan dalam kejadian di Sungai Nibong, Georgetown.

Kerana sikap tidak bertanggungjawab itu, penunggang motosikal berkenaan kini telah menjadi buruan pihak polis.

 


Melalui rakaman video itu, wanita tersebut tercampak dan penunggang terbabit hanya melihat beberapa saat sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Pemandu-pemandu kereta yang berada di lokasi kejadian juga tidak membantu mangsa sebelum wanita itu bangun dan berjalan dalam keadaan kesakitan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181872 atau balai polis berhampiran.

Depan SJKC Kwang Hwa Sungai Nibong.Sumber: Penang Kini

Posted by Siakap Keli on Tuesday, 26 September 2017

Sumber : Harian Metro

Sumber:www.siakapkeli.my

 

Perginya pelajar terbaik SPM 2003 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

PELAJAR terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003, Dr Ahmad Atiq Abdul Hamid, 31, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh malam semalam akibat pendarahan otak selepas koma sejak Jumaat lalu.

Jenazah Dr Ahmad Atiq selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya Ipoh selepas Zohor hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada 10.10 malam di sisi ahli keluarga.

 

Allahyarham yang bertugas di Klinik Kesihatan Karai, Kuala Kangsar, mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Klang, Selangor, dan muncul pelajar terbaik SPM selepas memperoleh keputusan 15A pada 2003

Graduan University of Nottingham, United Kingdom itu juga adalah Presiden Ikram Health Perak dan aktif dalam aktiviti dakwah membantu masyarakat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Dr Mai Shahira Meor Hazizi serta dua anak.

Dr Mai Shahira berkata, suaminya mengadu sakit kepala yang teruk pada kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu.

“Suami kemudian mengalami muntah-muntah disusuli matanya tidak dapat melihat dan dikejarkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurutnya, arwah sebelum ini memang menghidapi penyakit berkaitan salur darah dalam otak.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Perak, Yahanis Yahya, ketika dihubungi berkata, jenazah disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Al-Muttaqin Taman Meru, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan petang tadi.

Katanya, dia sempat menziarah Dr Ahmad Atiq ketika dirawat di hospital dan arwah ketika masih tidak sedarkan diri.

“Pemergian arwah kehilangan besar bagi warga IKRAM kerana Dr Ahmad Atiq aktif dalam khidmat masyarakat.

“Arwah juga meminati Bahasa Arab dan tulisan Jawi. Dia sudah bersama IKRAM sejak belajar lagi.

“Saya serta warga IKRAM khususnya IKRAM Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya.

 

Sumber:www.hmetro.com.my

 

 

Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat Tiga Stesen Monorel Imbi

Seorang wanita berbangsa Vietnam dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga stesen tren monorail pada petang kelmarin.

Memetik laporan Oriental Daily News, kejadian tersebut berlaku di stesen tren monorail Imbi yang terletak di hadapan pusat membeli belah terkemuka Kuala Lumpur, Berjaya Times Square.

Menurut saksi yang ketika kejadian sedang berada di bawah jambatan tren monorail tersebut, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dan terkejut mendapati seorang wanita terbaring di belakangnya.

 

Tambahnya, ketika kejadian dia tidak mendengar sebarang pergaduhan, jadi kemungkinan besar wanita itu bukan ditolak dari atas. Ada saksi yang berkata mangsa terjatuh akibat hilang keseimbangan kerana ketika itu dikatakan dia sedang duduk di atas penghadang sambil main telefon bimbit.

Kepala wanita berkenaan mengalami kecederaan teruk dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebaik sahaja ambulan tiba. –

www.kakishare.tv

 

‘Bersyukurlah ada makanan’

PERLIS – Viral di media sosial status Facebook seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan makanan yang diberikan pada mangsa banjir, baru-baru ini.

“Ini adalah makanan untuk mangsa banjir, taugeh dan sardin untuk hari ini. Sedih sangat. Apa reaksi anda?” katanya dalam group Facebook Saya Anak Perlis.

Ramai netizen yang kesal dengan tindakan wanita terbabit yang dianggap tidak bersyukur dengan makanan yang diberikan, sedangkan dalam keadaan darurat seperti itu, tidak sewajarnya melemparkan kata-kata demikian.

 

“Bersyukurlah puan. Itu baru ujian sebab banjir yang tak seberapa. Kadang-kadang Allah turunkan musibah supaya hambaNya berfikir dan bersyukur. Tetapi itulah manusia, banyak yang tak bersyukur, Allah tarik nikmat,” kata Chempaka.

“Itu dah kira sedaplah, asal dapat makan. Saya dulu pun mangsa banjir juga. Duduk di sekolah rendah hampir seminggu pada tahun 2006. Masa itu banjir besar di Muar, Johor. Makan pagi lain, makan tengah hari lain, takkan setiap masa nak makan ay am daging ikan mahal-mahal? Nama pun banjir, makan saja apa yang ada. Untung ada dari tak ada,” kata Khairiah Safie Nur Kaseh.


Bagaimanapun, seorang sukarelawan di pusat banjir berkenaan, Syam Gema, memberi penjelasan mengapa hanya sardin dan taugeh sahaja yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Oleh kerana saya ada di tempat masak untuk mangsa banjir, saya nak tolong jkawab kenapa dia dapat sardin dan taugeh. Untuk pengetahuan kakak ini dan yang lain, menu tengah hari tadi adalah Gulai Ikan Nyoqnyoq dan taugeh itu. Oleh kerana ada permintaan tambahan, ikan nyoqnyoq habis. Nak pergi cari, takdan dah. Kedai runcit sebelah tempat masak ini saja. Jadi belilah sardin untuk ganti ikan nyoqnyoq itu.

“Untuk menu malam ini, ayam goreng dan sayur kubis. Apabila sayur kubis habis, mereka buat ayam masak kicap sebab nak bagi ada kuah. Dalam masa yang sama dapat makluman kawasan di Kampung Telok, Behor Gelam dan Alor Banat air naik disebabkan air pasang besar. Ada permintaan makanan lagi. Ayam dah habis, maka terpaksa guna sardin dan telur rebus untuk sedikit permintaan tambahan itu.

“Untuk makluman, Yayasan Pok Kassim adalah pusat operasi memasak untuk semua pusat dan penempatan banjir tak kira yang berpindah atau tidak berpindah. Untuk pusat pemindahan geng JKM datang ambil makanan. Manakala yang tidak berpindah, anggota JPAM pergi hantar di mana saya turut serta bersama. Kami hantar di khemah-khemah yang dibuat oleh JKKK di tepi jalan. Geng JKKK akan maklum kepada penduduk yang tidak berpindah untuk datang mengambil nasi di khemah tersebut.

“Ketua chef memasak adalah abang-abang askar Rejimen 504. Mereka bermalam dan tidur dalam kehmah di YPK ini. Setiap hari seawal jam 4 pagi mereka dah bangun untuk menyediakan sarapan pagi. Mereka dibantu oleh sukarelawan dari APM, pelajar Unimap, IKBN, UiTM dan sukarelawan YPK. Esok pagi menu bihun goreng ya. Sekian terima kasih,” katanya.

Susulan viral itu, Azizah Abdullah tampil memohon maaf di group Facebook yang sama dan menjelaskan bahawa dia tersilap menerima maklumat.

“Saya memohon maaf atas kesilapan info tadi dan saya sedar bahawa itu adalah kelemahan saya dan saya berterima kasih atas teguran yang diberikan. Ini menjadi pengajaran buat saya.

“Saya memohon maaf buat warga Saya Anak Perlis dan semua sukarelawan untuk mangsa banjir. Semoga hubungan yang baik ini dapat diteruskan untuk masa akan datang. InshaALlah.

“Semua manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita hanyalah manusia biasa. InshaAllah saya akan lebih berhati-hati dalam segala hal. Harap info ini dipadamkan untuk menjaga nama baik kita bersama, terima kasih,” katanya.

Sumber:www.thereporter.my

 

Kes Selipar Hotel Beralas Syahadah: Pihak MAIP Sudah Buat Rampasan, Berikut Adalah Penjelasan Dari Pihak Hotel

Perak, 20 Sep – Selipar-selipar hotel yang dikesan mengandungi kalimah arab termasuk juga kalimah Syahadah di sebuah hotel di sini telah pun diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Perak (MAIP).

Perkara itu dijelaskan oleh pihak hotel berkenaan ketika dihubungi oleh Siakap Keli sebentar tadi.

Ketika dihubungi, pihak hotel tersebut mengesahkan selipar-selipar terbabit dikesan di premisnya dan pihak MAIP telah datang untuk mengambil selipar-selipar terbabit.

 

“Jabatan agama Islam pagi tadi, memang dia datang untuk periksa dan memang ada (kalimah arab).

Bercerita lanjut, pihak hotel terbabit berkata mereka memang tidak tahu menahu tentang penggunakan kertas-kertas tersebut di dalam selipar berkenaan.

Tetapi dari pihak hotel, kita memang tak tahu kalimah-kalimah ini ada (di dalam selipar).” katanya. Perkara itu juga kerana mereka hanya mengambil dari pembekal selipar.

Selain itu, pihak hotel juga berkata mereka telah memberi kerjasama penuh kepada pihak MAIP dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ada menghubungi untuk pengesahan.

Difahamkan, pihak hotel juga telah memberi butiran-butiran yang diperlukan oleh KDN untuk tindakan lanjut.

Walaupun kita tidak terlibat secara langsung, tapi nama hotel kita dah terlibat. Jadi, pihak hotel dengan merendah diri memohon maaf atas masalah yang dihadapi biarpun selipar tersebut tidak dihasilkan oleh pihak hotel.” kata hotel berkenaan.

Menurut pihak hotel itu juga, mereka baru sahaja berurusan dengan pihak pembekal selipar berkenaan selama tiga bulan.

 

Sumber:www.siakapkeli.my

 

Isu Pesta Arak Belum Reda, Timbul Pula Pesta ‘Kunyit’ Terbesar Di Dunia Di Kuala Lumpur?

Walaupun penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kini timbul pula pesta muzik tarian gay yang bakal diadakan di ibu negara pada 30 September ini.

Memetik laman Ismaweb, berdasarkan poster dan laman web, pesta tarian ini adalah anjuran DivineBliss Malaysia.bParti muzik gay bertema ‘White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar di dunia.

loading…

 

🇲🇾 MALAYSIA… get your dancing shoes ready!! WHITE PARTY BANGKOK Warm-Up Party is happening in Kuala Lumpur on…

Posted by WHITE PARTY BANGKOK on Tuesday, 12 September 2017

Difahamkan, penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Acara ini terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas sahaja. Komuniti LGBT di negara ini sudah makin berani dan tidak malu untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya wujud di kalangan masyarakat.

Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri acara ini akan mempengaruhi minda anak-anak muda yang sekarang ini sudah ‘tenat’ dengan gejala sosial.

www.kakishare.tv

 

Tiada Lagi Warung Tepi Jalan Di Wilayah Menjelang Tahun 2020 – Menteri

Gerai ataupun warung di tepi jalan sama ada di luar bandar mahupun dikota-kota besar sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera ataupun mahu bertemu rakan-rakan dan berborak. Antara faktor gerai dan warung tepi jalan menjadi tumpuan orang awam adalah harga makanan yang berpatutan dan enak.

loading….

Namun, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui menterinya dalam satu kenyataan mengatakan bahawa mereka akan memastikan tiada lagi penjaja tepi jalan menjelang tahun 2020.

 

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, penjaja-penjaja di tepi jalan ini akan dipindahkan ke suatu tempat yang lain atau berniaga menggunakan kenderaan saji @ food truck.



Katanya lagi, kementerian juga akan turut memastikan tiada lagi peniaga yang memasak makanan di tepi jalan, sebaliknya mereka hendaklah memasak di tempat lain sebelum menjual di tempat yang disediakan.

“Ketika ini terdapat ribuan peniaga tepi jalan di Wilayah Persekutuan. Cadangan ini juga akan membabitkan penjaja yang menjual pisang goreng atau nasi lemak di tepi jalan yang akan dipindahkan.



“Kita akan naik taraf peniaga di tepi jalan ini kepada sistem yang berbeza selain akan menyediakan ruang berniaga yang khusus untuk mereka,” katanya lagi.

Keputusan ini dibuat berikutan gerai dan warung di tepi jalan boleh mengundang risiko kesihatan selain turut menghalang kelancaran lalu lintas.

Sumber : BH Online

Sumber:www.siakapkeli.my