Kanak-kanak pun dibedil tentera Bashar, Russia

SERANGAN udara terbaru semalam, yang dilancarkan rejim Presiden Bashar al-Assad dan Russia mengorbankan sekurang-kurangnya 100 penduduk bandar Hammuriyya timur Ghouta di pinggir ibu kota Damsyik, Syria.

Pengarah Pendidikan dan Misi Kemanusiaan Syria Muslim Care, Ustaz Nazmi Karim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada sukarelawan di sana terdapat mangsa terpaksa berlindung di dalam terowong selama tiga hari tanpa bekalan makanan dan minuman.

Menurutnya, serangan udara selama tiga tanpa henti itu dilaksanakan untuk menghancurkan Ghouta sebagaimana yang sudah terjadi di Halab.

“Saya turut menerima video menunjukkan deritanya golongan wanita di wilayah berkenaan yang terpaksa berlindung di dalam terowong yang dikorek untuk dijadikan tempat perlindungan tanpa bekalan makanan dan minuman.

“œSelain itu, paparan video yang dihantar wakil kami di Syria turut menunjukkan kesan kehancuran serta kemusnahan akibat serangan itu.

“€œLebih menyedihkan, bayi dan kanak-kanak malah janin dalam kandungan turut menjadi mangsa konflik kemanusiaan di kawasan bergolak yang masih belum berakhir hingga kini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di Kuala Lumpur, semalam.

Rakyat Malaysia boleh membantu meringankan beban pelarian Syria dengan menghulurkan sumbangan melalui Muslim Care ke akaun Maybank (564490413882); Bank Islam Malaysia Berhad (1401401014740) atau Bank Muamalat (14010007654717).

Maklumkan sumbangan dibuat “Untuk Bantuan Syria” dengan menghantar mesej kepada Zakaria Abd Latiff di talian 0126935938 atau Johari Ismail (0169978323).

sumber: HM

 

Peguam Trump Urus Bayaran Tutup Mulut Bintang Porno

WASHINGTON DC – Peguam peribadi Presiden Donald Trump menguruskan bayaran berjumlah AS$130,000 (RM517,063.08) kepada seorang bekas bintang lucah sebelum pilihan raya 2016.

Ini bagi menghalang aktres pornografi tersebut daripada cuba mendedahkan salah laku seksual pemimpin Amerika Syarikat (AS) itu, lapor akhbar The Wall Street Journalkelmarin.

Seorang pegawai Rumah Putih menafikan laporan di mana wanita dimaksudkan, Stephanie Clifford berkata, dia bertemu Trump dalam satu acara golf selebriti pada 2006, setahun selepas berkahwin dengan Melania.

Clifford atau nama pentasnya, Stormy Daniels, berkata, pertemuan itu berlaku beberapa ketika selepas itu, lapor akhbar, memetik sumber.

Peguam Trump, Michael Cohen menjadi orang tengah membuat pembayaran itu pada Oktober 2016, sebulan sebelum pilihan raya, di bawah perjanjian yang termasuk butiran tidak didedahkan, kata sumber.

“Ini adalah laporan lama yang dikitar semula, yang diterbitkan dan dinafikan sebelum pilihan raya,” kata seorang pegawai Rumah Putih.

Ketika kempen Presiden, satu pita video muncul mengenai Trump berbangga beliau boleh sewenang-wenangnya mencabul wanita tanpa didakwa.

Beberapa wanita menuduh pemimpin berusia 71 tahun itu melakukan salah laku seksual.

Trump menafikan semua tuduhan sebagai pembohongan dan malah mendakwa, ulasan pita itu dipalsukan.

Namun, bekas hos ‘Access Hollywood’, Billy Bush berkata, beliau dan tujuh yang lain menyaksikan Trump mengeluarkan kenyataan lucah itu.

– AFP , MYNEWSHUB.CC

 

“Saya tak sengaja tergigit ‘telur’ dia sampai putus!”

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal miliknya dalam satu kejadian di bandar Taichung, Taiwan, baru-baru ini.

Memetik sumber, mangsa yang dikenali sebagai Wang itu dilaporkan kehilangan testikel pada bahagian kanan akibat digigit hingga putus oleh isterinya, Hsieh ketika mereka sedang ‘bermadu kasih’.

Menurut Hsieh, kejadian tersebut sebenarnya adalah tidak disengajakan dan akui panik dengan keadaan itu dia segera menghubungi ambulans kira-kira jam 2 pagi.

“Saya tak sengaja tergigit ‘telur’ dia sampai putus!” katanya dengan nada panik.

Setibanya ambulans dan paramedik tiba di rumah pasangan berkenaan, mereka mendapati Wang yang memakai baju tidur sedang menahan sakit sambil memegang mangkuk yang mengandungi testikelnya yang sudah putus.

Wang kemudiannya segera dibawa ke Hospital Tungs bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Susulan itu, Penyelia Jabatan Kecemasan Hospital Tungs, Doktor Lu Li-hua berkata skrotum mangsa telah berjaya dijahit namun tekstikalnya tidak dimasukkan kerana bimbang dijangkiti kuman.

PENYELIA JABATAN KECEMASAN HOSPITAL TUNGS, DOKTOR LU LI-HUA.

“Kami bimbang yang testikelnya tidak dapat berfungsi kembali seperti normal, yang boleh menyebabkan ketidaksuburan di masa depan,” jelas beliau.

Tambahnya lagi, Wang juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui sama ada insiden tersebut bakal memberi kesan kepada kesuburan Wang ataupun tidak.

Sementara itu memetik sumber lagi, Hsieh sebenarnya mengalami masalah mental dan insiden berkenaan berlaku akibat daripada keterujaan yang melampau ketika itu.

MYNEWSHUB.CC/AGENSI/AM

 

Penggal Kepala Isteri, Simpan Dalam Peti Sejuk

SEORANG lelaki di Texas, Amerika Syarikat yang bertindak kejam kerana memenggal kepala isterinya dan menyimpan di dalam peti sejuk dijatuhi hukuman penjara lebih separuh abad.

Media Waco Tribune-Herald melaporkan lelaki dari Bellmead, Texas itu mengaku bersalah pada pagi Jumaat.

Davie Dauzat, 24, mengaku bersalah di hadapan Hakim George Allen di mahkamah daerah.

Dia disabitkan hukuman penjara sehingga 52 tahun kerana pembunuhan dan memenggal kepala isterinya.

Menerusi keterangan di mahkamah, tertuduh membunuh isterinya Natash di hadapan anak-anak mereka.

Dauzat mengakui bahawa dia mempengaruhi Natasha dengan dadah sebelum bertindak membunuh isterinya.

Dia diberitahu di mahkamah perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 26 tahun di penjara sebelum membuat permohonan parol iaitu menjalani hukuman di luar penjara. – Mirror.co.uk

Sumber: mstar

 

Paha Cedera Teruk, Zakar ‘Dimakan’ Gergaji

Mangsa yang merupakan seorang pekerja dikatakan telah mengalami kecederaan selepas zakarnya telah terpotong dengan sebuah gergaji dalam satu kejadian kemalangan industri.

Pihak polis dan pasukan paramedik bergegas ke tempat kejadian itu pada pukul 3.48 petang, Isnin lalu selepas dilaporkan oleh saudara terdekat mangsa.

Lelaki tersebut mengalami kecederaan agak serius dekat bahagian pangkal pahanya. Sejurus pasukan kecemasan udara sampai di tempat kejadian, mangsa dipindahkan ke hospital dengan ambulans.

Mangsa yang berasal dari Gloucester kemudian telah menjalani pembedahan kecemasan di Hospital Southmead selama lapan jam.

“Kami dihubungi oleh perkhidmatan ambulans kira-kira pukul 4.30 petang Isnin berhubung kejadian di Moreton Valence melibatkan seorang lelaki telah mengalami kecederaan serius.

“Pegawai dihantar dan kejadian itu dianggap sebagai tidak mencurigakan. Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan telah dimaklumkan serta menjalankan siasatan,” kata seorang jurucakap pihak polis.

Wakil jurucakap Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan juga mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian ngeri tersebut.

“Kami telah dimaklumkan tentang insiden ini oleh pihak polis, yang datang di tempat kejadian. Kami masih berbincang dengan pihak polis untuk menentukan sama ada HSE akan terlibat dalam kes ini,” katanya lagi dipetik daripada Metro UK.

MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

 

Gary Lineker ‘Diserang’ Aktivis Pro-Zionis Selepas Kongsi Video Sedih Ini Di Twitter

Jika ada satu perkara yang kita boleh bersetuju tentang layanan tentera Israel terhadap kanak-kanak Palestin, ia adalah menyedihkan.

Tak kiralah sama ada anda merupakan seorang individu yang menyokong pendudukan Israel di tanah Palestin (meskipun kebarangkalian individu ini wujud di Malaysia amat kecil) ataupun menentang polisi kerajaan Israel ini, layanan Israel Defence Forces (IDF) terhadap kanak-kanak Palestin yang bangkit mempertahankan tanah tumpah darah mereka tidak mematuhi hak asasi seorang manusia.

Gary Lineker adalah salah seorang selebriti yang berpendapat sama. Bagi pengacara rancangan BBC Match of The Day (MOTD) ini, hanya ada satu perkataan yang mampu ditulisnya di Twitter selepas melihat video layanan IDF terhadap kanak-kanak Palestin:

‘Sickening’ atau bermaksud seriau dalam bahasa Melayu (mengikut definisi Kamus Inggeris-Melayu Dewan) menggambarkan betapa terkejutnya reaksi Lineker selepas melihat sendiri video tersebut.

Video diterbitkan oleh organisasi Israel sendiri

Video yang dikongsi oleh Lineker di Twitter ini diterbitkan oleh B’Tselem – sebuah organisasi hak asasi kemanusiaan Israel yang berusaha memaparkan maklumat tepat dan bebas dari pengaruh politik mengenai kelakuan pendukung Zionism di Tebing Barat.

Video ini pada mulanya dimuat naik oleh Ben White, wartawan dan aktivis pro-Palestin kelahiran England yang sememangnya lantang menentang pendudukan haram Israel di Tebing Barat.

Dalam tweet tersebut, White turut menulis:

“Israel adalah satu-satunya negara di dunia yang telah menyabitkan kesalahan secara sistematik kepada 500 hingga 700 kanak-kanak di mahkamah tentera setiap tahun (sumber: Laporan DCI Palestine)

White turut menyokong data yang dikongsinya ini dengan kenyataan daripada ahli Kongres US (Parti Demokratik dari Minnesota) yang berbunyi:

“Kanak-kanak Palestin seawal 12 tahun telah diambil oleh tentera dan polis Israel dari katil mereka pada waktu malam. Mereka ditahan, ditutup matanya dan dibawa ke pusat tahanan.”

Pendapat White ini kemudiannya dikongsi semula oleh Gary Lineker kepada lebih 6.8 juta pengikutnya di Twitter.

Dengan 6.8 juta pengikut di Twitter, pengaruh media sosial Lineker amat tinggi. Maka tak hairanlah tweet beliau tentang video ini kemudiannya mengundang ‘serangan’ dari aktivis-aktivis pro-Zionis yang cuba menjustifikasi tindakan IDF terhadap kanak-kanak Palestin.

Aktivis pro-Zionis ‘panas’

Ketua media sosial IDF, Peter Lerner adalah antara orang pertama yang membangkang Lineker. Beliau menulis ‘Apabila kanak-kanak yang melontar batu, mereka menganggu ketenteraman awam.”

Lineker kemudiannya memberi respon bijak dengan mempersoalkan apakah wajar kanak-kanak dimasukkan dalam sangkar kecil – seperti binatang.

Arsen Ostrovsky adalah seorang lagi aktivis pro-Zionis yang mengkritik pendapat Lineker. Menurut peguam dan penganalisis politik Israel ini, ‘kanak-kanak Palestin terlibat dalam keganasan’. Sekali lagi, Lineker menangani hujah utilitarianism Ostrovsky dengan berkata ‘saya mengutuk segala bentuk keganasan’.

Pengkritik Lineker tak sedar satu perkara

Perselisihan pendapat mengenai tweet Lineker ini jelas telah membawa pengkritik Lineker menyimpang dari mesej sebenar yang cuba disampaikan oleh bekas penyerang England ini – IDF tidak menghormati hak asasi kanak-kanak Palestin.

Dalam video ini, kanak-kanak Palestin di Hebron tidak diberi peluang untuk menghubungi ibu-bapa mereka, dikasari secara fizikal, ditutup mata dan dikurung dalam sangkar kecil.

Video terbitan B’Tselem ini membuatkan kita mempersoalkan pendirian moral yang dibawa oleh IDF sepanjang penguasaan 50 tahun mereka terhadap kehidupan seharian rakyat Palestin.

Seperti kata B’Tselem. “insiden seperti video ini adalah perkara biasa.” Ia tidak enak untuk ditonton oleh mana-mana manusia yang menghormati hak asasi manusia. Seperti anda, kami juga lebih rela melihat video kompilasi gol-gol Lineker untuk Tottenham Hotspur dan Leicester City.

Tetapi itulah tujuan video ini diterbitkan. Ia adalah untuk mengejutkan kita. Ini kerana relaiti yang dihadapi oleh kanak-kanak Palestin setiap hari di tanah air mereka sangat mengejutkan.

Peristiwa ini adalah satu pengajaran buat kita.

Pada tahun 2015, aktivis dari Yachad (sebuah parti politik anti-Zionis dari Israel) telah membuat kempen kutipan derma sebanyak £30,000 untuk membayar servis seorang peguam yang mendedikasikan khidmatnya untuk mewakili kanak-kanak Palestin di mahkamah tentera IDF.

Kempen sebegini adalah penting untuk mengingatkan kita bahawa kunci kepada keamanan konflik Israel-Palestin bukanlah terletak kepada sentimen politik dan agama. Sebaliknya ia terletak kepada sentimen kemanusiaan – sesuatu yang sememangnya sudah menjadi teras agama Islam.

sumber: semuanyabola.com

 

Mahmoud korban pertama pertahan Baitulmaqdis

MAHMOUD al-Masri, 30, menjadi penduduk Palestine pertama maut ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Gaza, semalam, manakala seorang lagi kini kritikal selepas terkena tembakan di kepala.

Tentera Israel mengesahkan menembak dua ‘perusuh Palestin’ di Khan Yunis, Ghaza, selepas mengenal pasti mereka sebagai kettua kumpulan perusuh yang membakar tayar serta membaling batu ke arah pasukan keselmatan Israel.

Pertempuran antara penduduk Palestin berlaku di beberapa kawasan di Gaza dekat tembok sempadan Israel serta di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Polis Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata di Ramallah, Tebing Barat. Lebih 250 penduduk Palestin cedera akibat gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup. – Foto REUTERS/EPA

Menurut laporan pasuskan perubatan Palestin, lebih 250 orang cedera akibat terhidu gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup.

Tentera Israel menyatakan ‘rusuhan ganas’ berlaku di 30 lokasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat sahaja, 3,000 penduduk Palestinian terbabit dalam bantahan itu manakala di Gaza, ratusan bertempur dengan anggota keselamatan Israel.

sumber: HM

 

Palestin lancar roket ketiga ke atas Israel

BAITULMAQDIS : Sebuah roket dilancarkan ke atas pekan Sderot, di selatan Israel dari Semenanjung Gaza, malam tadi, namun pihak tentera enggan memberikan butiran lanjut mengenai kejadian itu.

Pengumuman oleh radio awam bagaimanapun menyebut bahawa roket itu gagal untuk meletup dan tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, tetapi seorang wanita berusia lingkungan 50an diberi rawatan ringan kerana mengalami kejutan.

Tembakan itu adalah yang ketiga setakat ini dan memasuki malam kedua selepas pengumuman oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sementara itu di Gaza, dua penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang tercetus susulan pengumuman Trump.

Seorang lagi penduduk dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal selepas ditembak di bahagian kepala semasa pertempuran itu.

Menurut kenyataan dari Kementerian Kesihatan Gaza, 14 penduduk tercedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel bagi membalas tembakan roket berkenaan.

Tentera Israel mendakwa, kira-kira 4,500 rakyat Palestin terbabit dalam keganasan di enam lokasi di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.

– AFP / BH

 

Tentera Myanmar rogol ramai wanita, gadis Rohingya

NEW YORK: Tentera Myanmar merogol wanita dan gadis Rohingya tidak terkira jumlahnya ketika kempen tentera yang menyaksikan ratusan ribu etnik itu lari ke Bangladesh, kata Human Rights Watch (HRW) hari ini.

Kumpulan hak asasi berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu dalam laporannya berkata, keganasan seksual dan pembunuhan lain dilakukan pasukan keselamatan Myanmar bersamaan jenayah ke atas kemanusiaan.

Berdasarkan wawancara dengan mangsa rogol yang terselamat, pertubuhan bantuan dan pihak berkuasa kesihatan Bangladesh, laporan itu memperincikan apa yang digelar kes rogol beramai-ramai di mana wanita Rohingya dikumpulkan dan diserang secara seksual oleh tentera Myanmar.

 

“Rogol menjadi ciri utama dan memusnahkan kempen pembersihan etnik tentera Burma ke atas Rohingya.

“Tindakan keganasan kejam tentera Myanmar menyebabkan wanita dan gadis tidak terkira jumlahnya terancam dan dalam keadaan trauma,” kata penyelidik HRW dan penulis laporan, Skye Wheeler.

Daripada 29 mangsa rogol yang diwawancara, kesemuanya kecuali seorang dirogol oleh dua atau lebih penjenayah. Dalam lapan kes, wanita dan gadis dilaporkan dirogol oleh lima atau lebih tentera.

Wanita menceritakan menyaksikan anak kecil mereka, pasangan dan ibu bapa dibunuh sebelum mereka sendiri dirogol.

Ramai mangsa terselamat berkata, mereka terpaksa berjalan berhari-hari dalam keadaan kesakitan dengan alat kelamin koyak dan bengkak semata-mata untuk sampai ke Bangladesh.

HRW mendokumenkan enam kes rogol beramai-ramai di mana tentera mengumpulkan wanita dalam kumpulan sebelum dipukul dan merogol mereka beramai-ramai.

Laporan memetik seorang mangsa, Mamtaz Yunis, 33, sebagai berkata, tentera mengurungnya dan 20 wanita lain di tepi bukit selepas mereka lari dari perkampungan sebelum merogol wanita terbabit di hadapan mereka.

Kumpulan hak asasi itu mewawancara 52 wanita dan gadis Rohingya termasuk 29 mangsa rogol yang terselamat, tiga daripadanya berusia bawah 18 tahun yang berasal dari 19 perkampungan di utara Rakhine.

Lebih 600,000 Muslim Rohingya lari dari negara majoriti Buddha itu sejak operasi tentera dilancarkan di Rakhine 25 Ogos lalu.

-AFP

 

Israel letup terowong dari Gaza

BANDAR GAZA: Ketegangan meningkat semalam selepas satu operasi Israel meletupkan terowong dari Semenanjung Gaza mengorbankan tujuh pejuang Palestin, dalam insiden terburuk sejak perang 2014.

Tujuh lelaki terbabit, daripada sayap senjata Hamas dan kumpulan sekutu Islamic Jihad, terbunuh kelmarin apabila Israel meletupkan terowong dikatakan melintasi wilayahnya dan bertujuan untuk serangan.

Jenazah mereka dikebumikan semalam di kejiranan di sini.

 

Pemimpin Hamas, Ismail Haniya hadir dalam majlis pengebumian itu di tengah Gaza dihadiri ribuan penduduk, kata saksi sementara individu kanan kumpulan itu, Khalil al-Hayya memberi ucapan di selatan semenanjung berkenaan.

“Hamas tahu bagaimana menguruskan konflik dengan musuh dan bagaimana membalas dendam serta melakukan serangan pada masa dan tempat yang menjejaskan musuh,” kata Hayya menerusi satu kenyataan.

Hamas dan Israel terbabit dalam tiga peperangan sejak 2008 dan konflik terakhir pada 2014 berkaitan terowong dari Gaza yang digunakan untuk melancarkan serangan.

Israel berkata, ia sedang memantau penggalian terowong yang panjangnya tidak diketahui ketika itu dan terpaksa bertindak selepas ‘pelanggaran terhadap kedaulatan Israel tidak boleh diterima.’

Ia berkata, operasi itu dijalankan di pihak Israel di sempadan dan menegaskan ia bukan bertujuan memburukkan ketegangan.

Tiada pembukaan terowong ditemui di pihak Israel. Tentera Israel berkata, terowong itu beroperasi dalam lingkungan bandar Khan Younis di Semenanjung Gaza.

Operasi itu berlaku pada masa sensitif dengan lawan serpihan Palestin Fatah dan Hamas meneruskan perjanjian penyatuan menyasar menamatkan perseteruan selama sedekad.

Hamas dijangka menyerahkan kawalan sempadan lingkungan itu kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) hari ini, di bawah perjanjian dibantu Mesir dan ditandatangani 12 Oktober lalu.

– AFP