8 Tips Putihkan Kasut Sekolah Yang Kekuningan & Semakin Kusam

“Sekolah tak sampai berapa bulan, tapi kasut yang baru beli dah macam belacan. Padahal tiap-tiap minggu memang dah suruh budah-budak ni basuh. Agaknya cara basuh kasut yang tak betul. Ada sabun special ke?”

Anak-anak memang lasak dan aktif. Jadi, tentu mencabar bagi ibu-ibu untuk menjaga kasut dan pakaian sekolah mereka supaya kekal putih dan bersih. Kadangkala, kasut sekolah yang kerap dicuci pun masih meninggalkan kesan kekuningan selepas dijemur, bukan?

Berikut adalah beberapa tips dan cara basuh kasut yang ingin dikongsikan untuk memudahkan anda.

8 CARA BASUH KASUT SEKOLAH AGAR LEBIH PUTIH. MACAM BARU!

Ada banyak cara basuh kasut sekolah yang dapat dipraktikkan bagi memutihkannya lagi hanya dengan bahan sedia ada di rumah.

1. ELAK MENCUCI LUMPUR KETIKA BASAH

Jika kasut kotor dan berlumpur, biarkan kasut kering terlebih dahulu. Kemudian, ambil tisu atau berus dan keluarkan lumpur dengan teknik kering. Cara ini lebih berkesan dan dapat mencegah kotoran daripada merebak ke kawasan  pada kasut.

Foto Kredit: youtube.com

2. LILINKAN

Lilin boleh digunakan untuk memelihara kasut daripada terkena kotoran. Dalam erti kata lain, ia boleh menjadikan kasut putih anda kalis air. Bila kasut basah, ia senang menyerap kotoran atau debu.

Jadi sebaiknya teknik ini anda lakukan apabila pertama kali memakai kasut, iaitu semasa kasut masih baru. Tapi, ia boleh juga dilakukan pada kasut yang baru dicuci. Caranya, ambil sebatang lilin dan gosokkan pada kasut. Kemudian, kenakan sedikit haba menggunakan hair dyer. Kalau nak tengok keberkesanannya, lalukan sedikit air di atas permukaan kasut tadi.

Boleh rujuk video di bawah ini kalau nak lebih jelas.

3. GUNA SABUN MANDI

Sebenarnya, pemilihan sabun juga memainkan peranan terhadap hasil basuhan kasut. Menurut sumber, sisa sabun yang tertinggal dan tidak dibilas bersih boleh menyebabkan fabrik putih bertukar warna. Selain itu, penggunaan sabun yang terlalu ‘kuat’ juga boleh menyebabkan bahan kimia tercerai lalu merosakkan kasut.

Oleh itu, cuba gunakan sabun yang mild saja. Antara yang berkesan adalah sabun mandi jenis ketul. Walaupun murah, sabun ini amat berkesan untuk memutihkan baju sekolah atau kasut sekolah. Rendamkan kasut bersama air hangat dan sabun mandi yang diparut. Biarkan beberapa minit. Gunakan berus gigi untuk mencuci bahagian kasut yang sukar dicapai. Kemudian, cuci dan bilas seperti biasa.
cara basuh kasut

Foto Kredit: wikihow.com

4. BAKING SODA + CUKA

Seperti yang kita tahu, baking soda bukan saja berfungsi sebagai agen penaik dalam makanan, tetapi ia adalah agen pembersih semulajadi yang sangat berkesan. Sifat keasidan semulajadi dalam cuka pula mampu menghindarkan daripada pembiakan kulat dan bakteria. Kedua-dua bahan ini turut menyerap bau dan memelihara fabrik dengan baik.

Ambil ½ cawan cuka ¼ cawan baking soda di dalam sebuah mangkuk. Kemudian, gunakan berus gigi untuk memberus kasut menggunakan pes campuran tadi. Kalau tak ada kedua-dua bahan ini, boleh gunakan salah satu saja.
cara basuh kasut

Foto Kredit: coolmaterial.com

5. PERAHAN LEMON

Lemon mempunyai sifat keasidan yang mirip seperti cuka. Menariknya, larutan lemon turut menjadikan kasut anda lebih wangi dan segar.

Caranya, ambil segelas air dan dua sudu jus lemon yang diperah. Rendamkan kasut dalam larutan ini atau terus gunakan baking soda bersama untuk mencucinya seperti biasa.

Foto Kredit: ai.ro

6. UBAT GIGI

Percaya tak, ubat gigi bukan sekadar boleh memelihara gigi, tetapi ia sangat berkesan memutihkan kasut anda dengan berkesan. Caranya adalah menggunakan ubat gigi sebagaimana anda menggunakan sabun untuk membasuh kasut.

Selain itu, ubat gigi ada banyak kegunaan lain seperti memutihkan lampu kereta dan mencuci barang kemas yang lama.

Foto Kredit: aziaminvatat.ro

7. BALUT DENGAN TISU SEMASA MENJEMUR

Sebelum menjemur, seeloknya tekapkan dahulu kasut basah dengan tuala yang bersih dan kering. Kemudian, ambil tisu (seeloknya tisu dapur yang tebal) untuk membalut sedikit kasut yang akan dijemur.

Cara ini akan melindungi kasut daripada terkena cahaya matahari secara langsung yang mungkin akan menyebabkan timbulnya kesan kekuningan. Bila kasut kering, ia akan nampak lebih putih. Kalau nak lebih cepat kering, masukkan beberapa helai tisu ke dalam kasut seperti gambar di bawah ini.
cara basuh kasut

Foto Kredit: rubrik7.com

8. PEMADAM

Oh ya, kalau anda dah sental habis-habisan tapi masih ada kotoran yang tidak tanggal pada bahagian getah kasut, ia sebenarnya boleh diputihkan lagi dengan pemadam pensel biasa.

Gosokkan saja pada kawasan tersebut semahunya dan anda akan lihat kesan yang serta merta.

Foto Kredit: notey.com

BERKESAN, CUBALAH!

Dengan cara basuh kasut yang dikongsikan ini, diharapkan dapat memudahkan anda mengekalkan keputihan yang berpanjangan. Tetap nampak macam baru walaupun dicuci berkali-kali.

Selamat mencuba.

sumber: sirplimau

 

Jangan Panik, Ini 7 Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan Yang Terlebih Garam

“Alamak, terlebih masin pulak lauk gulai aku ni. Nanti kalau tambah air tak bestlah sebab cair sangat. Apa petua kurangkan masin dalam masakan ye?”

Kalau resepi yang baru cuba memang sukar untuk mengagak banyak mana garam yang diperlukan sampai termasin. Kalau tambah air nanti cair pula kuahnya nanti dankurang rasa lemak. Bahan-bahan lain juga perlu ditambah apabila kuah cair untuk mendapatkan rasa yang betul.

Jangan risau, ada beberapa cara untuk anda selamatkan lauk tersebut dan membetulkan rasa masakan supaya tidak terlalu masin. Bahan-bahannya juga mudah untuk dicari di dapur.

7 PETUA KURANGKAN MASIN DALAM MASAKAN YANG TERLEBIH GARAM

Berikut adalah petua kurangkan masin dalam masakan yang boleh anda praktikkan dalam ‘kecemasan’.

1. PELEPAH / DAUN PISANG

Gunakan pelepah pisang untuk kurangkan rasa masin. Potong dalam kira-kira seinci, bersihkan dan masukkan dalam lauk dan didihkan bersama sehingga lauk masak. Kemudian buang pelepah tersebut bila nak dihidang.

Selain pelepah pisang, daun pisang juga boleh digunakan untuk kurangkan rasa masin. Caranya ialah dengan meletakkan koyakan daun pisang yang sudah dibersihkan ke dalam juadah yang siap dimasak. Biarkan selama 30 minit. Daun pisang juga dapat meyerap lebihan rasa masin pada lauk.

2. MASUKKAN KENTANG

Apabila lauk hampir siap dan terasa masin apabila dicuba, jangan panik. Jika tiada pelepah pisang, boleh masukkan sebiji kentang yang dipotong empat di dalam lauk dan biarkan sehingga mendidih. Kentang akan membantu menyerap kemasinan dalam lauk dan mengimbangi rasa masakan.

Boleh juga pakai sayur-sayuran yang tinggi kandungan air seperti terung dan timun yang dipotong secara memanjang untuk membetulkan rasa masin pada juadah.
hilangkan kesan gigitan nyamuk

Foto Kredit: exeterengineering.com

3. BERAS

Masukkan sedikit beras yang dah dibasuh ke dalam sehelai kain bersih yang jarang.  Ikatkan seperti bunjut dan masukkan ke dalam lauk yang terlebih masin.

Bunjut beras ini akan menyerap lebihan rasa masin dalam lauk. Bila lauk dah siap masak dan rasanya pun dah OK, bolehlah keluarkan bunjut beras tadi.

Foto Kredit: shutterstock.com

4. HAMPAS KELAPA

Dengan teknik yang sama seperti membuat bunjut beras, anda boleh ambil sejemput hampas kelapa ikatkan supaya menjadi bunjut. Masukkan bunjut kedalam lauk dan masak bersama dalam 15 ke 20 minit.

Bunjut hampas kelapa dapat membantu membuang rasa masin berlebihan dan turut memberi rasa lemak pada lauk. Kemudian, boleh keluarkan bunjut tadi dari lauk.

petua kurang masin dalam masakan5. CEBISAN ROTI

Bagi lauk yang berkuah pekat seperti sup cendawan atau stew, adalah lebih baik untuk mengekalkan kepekatannya supaya lebih enak. Daripada menambah air, terdapat cara yang lebih praktikal untuk membetulkan rasanya.

Ambil beberapa keping roti dan koyak kepada beberapa cebisan. Kemudian, masukkan ke dalam kuah supaya ia dapat menyerap rasa masin. Setelah roti terendam, keluarkan roti dan cuba rasa masih masin atau tidak. Jika masih masin, ulang beberapa kali sehingga rasanya memuaskan.
cara kurang masin

Foto Kredit: habitfresh.com

6. IMBANGKAN RASA MANIS & MASAM

Selain penggunaan barang dapur seperti sayuran dan roti, boleh juga gunakan perasa lain untuk meneutralkan kembali rasa makanan. Tambahkan sesudu gula, kacaukan dan kemudian tambahkan sesudu perasa masam seperti cuka atau perahan limau nipis. Boleh ulang beberapa kali sehingga mencapai rasa yang diinginkan.

Boleh juga cuba untuk memekatkan kuah lagi dengan cara menambah santan sehingga cukup rasa.

Foto Kredit: seriouseats.com

7. TEKNIK TUTUP PERIUK

Apabila rasa lauk agak masin, tutup lauk dengan tudung periuk dan didihkan beberapa minit. Biarkan seketika. Kemudian, angkat tutup periuk dan basuh dengan air paip. Biarkan basah dan tutup semula periuk tadi dan tunggu lagi 10 minit.

Ulangkan lagi dan alihkan tutup periuk apabila lauk dihidang. Lauk akan menjadi kurang masin dengan sendirinya.

Foto Kredit: masterfile.com

MUDAHKAN?

Memasak sendiri sebenarnya adalah cara terbaik untuk mengawal pemakanan dengan berkesan.  Pakar kesihatan mengesyorkan pengambilan garam dalam satu suku sudu teh sahaja dalam diet harian. Dengan memasak sendiri, kita dapat menyukat sendiri jumlah perencah dan perasa dalam lauk.

Jadi, jangan rasa down kalau masakan tak jadi atau tersilap sukatan. Semoga dengan petua kurangkan masin ini, anda masih dapat menyelamatkan rasa masakan dan menjadikannya lazat untuk dihidangkan!

sumber: siraplimau

 

Petua Simpan Sayur Tahan Lama. Lepas Seminggu Tetap Segar, Macam Baru Beli

“Begini cara Kak Feena simpan sayur dan bahan-bahan lain supaya tahan lama. Maklumlah, beli barang dapur 2 minggu sekali. Kak Feena rasa tips ini yang paling mudah dan bagus.”

Bila dah selalu sibuk, bukannya selalu dapat ke pasar dan top-up barang dapur. Tapi kalau kita beli sekali banyak, takut pula tak tahan lama, sekejap saja dah layu dan kurang segar. Untuk mengatasinya, inilah tips yang dikongsikan oleh Cikpuan Azlin Safena Azihar yang lebih mesra dengan panggilan Kak Feena. Ia telah mendapat lebih 4ribu share di laman sosial. Mari kita ikuti selengkapnya.

PETUA SIMPAN SAYUR & STOK BARANG DAPUR SUPAYA TAHAN LEBIH LAMA

 

1. CARA SIMPAN SAYURAN HIJAU

i) Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit. Kalau sayur kangkung atau bayam, seeloknya asingkan dengan sayur lain, sebab kedua-dua sayur ini sedikit berpasir. Tapi kalau konfiden memang dah basuh betul-betul bayam dan kangkung, bolehlah rendam sekali dengan sayur lain. Tak perlu potong akarnya ya, potong masa kita nak guna nanti.

ii) Campurkan sesudu garam / agak-agak ikut banyak mana sayur kita. Tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.

iii) Kemudian, toskan sayur sehingga kering.

iv) Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara / ziplock bag.

Insha Allah lepas seminggu sayur masih segar macam baru beli!

petua simpan sayur2. CARA SIMPAN SERAI, LENGKUAS, HALIA & KUNYIT HIDUP

Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air.

i) Isi air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas / serai dalamnya.

ii) Pastikan tutup balang dengan rapat ya.

iii) Tak perlu tukar air setiap hari, tukar 2 minggu sekali pun cukup.

Boleh buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup.

cara simpan lengkuas3. CARA SIMPAN DAUN SUP

Cara Kak Feena simpan daun sup begini, insha allah boleh bertahan sampai sebulan.

i) Akak simpan dalam botol air saja. Kalau tak ada botol macam ini, boleh guna botol air mineral yang dipotong dan diletak sedikit air pada hujung akar.

ii) Simpan dalam peti sejuk.

Pastikan hujung akar saja yang kena air ya. Kalau batangnya turut terendam dalam air, nanti cepat lembik dan rosak.

cara simpan daun sup4. CARA SIMPAN TOMATO

Bahagian tangkai tomato sebenarnya adalah kawasan yang paling sensitif. Bahagian inilah yang akan mula-mula sekali merosak.

Jadi kalau nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut mestilah menghala ke atas. Susun elok-elok, jangan main golek-golek. Kalau tak memang cepat rosak atau lembik.

5. CARA SIMPAN BAWANG

i) Jangan simpan bawang bersama kentang sebab gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak.

ii) Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.

6. CARA SIMPAN KENTANG

Tahu tak, kentang tak elok kena matahari directly sebab ia akan cepat rosak.

i) Maka, cara yang betul adalah dengan menyimpannya dekat tempat yang tak panas atau terlindung daripada cahaya matahari.

ii) Satu lagi petua adalah simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal. Tak percaya? Cubalah!

7. CARA SIMPAN CILI

i) Sebelum Kak Feena simpan cili merah dan cili hijau di dalam peti ais, Kak Feena akan cabut tangkainya terlebih dahulu. Kenapa Sebab tangkai inilah yang selalunya akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak.

ii) Lepas patahkan tangkai, Kak Feena akan balutkan cili dalam tisu atau surat khabar.

iii) Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama.

iv) Kalau nak guna beberapa batang cili saja, lapkan semula cili yang selebihnya untuk pastikan ia sentiasa kering. Barulah ia dapat kekal segar buat masa yang panjang.

SEMOGA BERMANFAAT

Tips ini bukan saja dapat memudahkan urusan di dapur dan mengelakkan pembaziran, ia juga menjimatkan masa sebab tak perlu lagi berulang-alik ke pasar. Sekali beli, boleh borong lebih-lebih sikit. Senanglah kan?

Mudah-mudahan ramai yang dapat mendapat manfaat daripada perkongsian petua ini.

Selamat mencuba!

*Perkongsian petua simpan sayur dan barang dapur ini dikongsikan oleh Cikpuan Azlin Safena Azihar dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian tips, petua, dan pertanyaan, boleh follow Facebook beliau di SINI. 

kredit:- siraplimau

 

6 Cara Untuk Disiplinkan Anak Tidur Awal Sejak Kecil, Ibubapa Boleh Tarik Nafas Lega!

“Dah pukul 11 malam ni, anak aku ni tak nak tidur lagi ke?”

Alamak! Esok pagi dah lah nak kena bangun pagi sebab nak ke kerja, malam ni pula anak tak mahu tidur sedangkan jam dah menunjukkan pukul 11 malam. Susah betul nak disiplinkan anak-anak untuk tidur awal.

Oleh itu, kalau anda sering mengalami situasi anak susah nak tidur awal, apa kata anda cuba amalkan teknik disiplinkan anak-anak supaya mudah tidur awal dari si ibu ini. Mesti berkesan!

 

TIPS ANAK MUDAH TIDUR AWAL

Selalu kawan-kawan aku tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak aku confirm akan tido setiap hari jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tau tips ni.. masa adam kecik-kecik dulu, selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan laki aku jadi zombie, dia sedap tidur pagi. Kitaorang? Kena kerja kan. So aku banyakla membaca tips-tips dari parents lain kat fb ni.. and aku apply and alhamdulillah membuahkan hasil. Dah berbulan-bulan anak aku disiplin tidur awal. Kitaorang laki bini pun dapat me-time lebih selalu.

INILAH CARANYA!

Okay caranya macam ini:

1) MAIN DENGAN ANAK

Korang balik kerja pukul 5/6 petang tu memang kena spend masa betul-betul dengan anak-anak. Tolak benda lain ketepi, ajak la dorang main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa-apa aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Ini untuk anak yang dah pandai berjalan.

2) MANDIKAN ANAK

Untuk baby macam Ayra (5months), aku try cara ni dan sangat sangat la berkesan. Sejam sebelum nak tidurkan dia, mandikan dulu dengan air suam, jangan lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Then,sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy-happy (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia). Aktiviti ni heavy untuk baby, bagi dia mcm ‘ahhhh penatnya hari i banyak gelak’.. haha so smpai masa dia akan tidur lena.

3) BAGI MAKAN KENYANG-KENYANG

Balik semula untuk anak umur macam Adam (1 y 11 month), bagi dia makan kenyang-kenyang dalam pukul 7 tu.. Ada masa anak tak nak makan kan? Benda ni akan effect masa tidur dia, sama ada dia tak boleh tidur sebab perut lapar atau dia tidur dulu then terbangun tengah malam. Kitaorang selalu dah kena benda ni, so kalau tetiba Adam tak nak makan malam, kitaorang bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan sampai esok (in between malam tu dia menyusu la)

4) KURANGKAN KELUAR RUMAH

Ibu dan ayah kena berkorban masa malam.. nak start benda ni bukan ‘papp’ boleh je displin. Nak biasakan anak-anak dengan 1 perkara ni makan masa, jadi kalau nak anak-anak tidur awal, malam ibu ayah tak payah la keluar rumah. Jenis macam kitaorang kalau balik rumah parents, ada masa nak dinner luar kitaorang pesan siap-siap kena keluar betul-betul lepas maghrib and balik awal sebab budak-budak tidur awal.  Alhamdulillah mak ayah ktorg memang very understanding bab-bab cucu ni.

5) PASANG BACAAN AL-QURAN KETIKA TIDUR

Oh satu lagi, masa tidur bukak surah Ruqyah (set repeat sampai esok pagi, korang bole beli mini radio yang ada surah banyak-banyak tu) ni boleh lindungi anak-anak korang dari gangguan tengah malam. Paham-paham jela kan, sebab aku pernah terbaca yang jika anak-anak bangun tengah malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.

6) TUTUP LAMPU

Make sure lampu tutup ye. Selagi lampu buka selagi tu dorang susah tidur. Untuk parents yang ada 2-3 anak, try tidurkan yang kecik dulu.. macam aku tidurkan Ayra dulu, then baru Adam. Masa aku tidurkan Ayra tu ayah sambung buat Adam penat, bagi dia lari-lari satu rumah. Ketawa-ketawa macam happy bebenau.

Boleh cuba ye ibu ayah semua. Training disiplin ni sebulan je lepas tu korang merdeka la malam memang korang yang punya. Dorg dah tido korang pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke.. Anak-anak kitaorang memang dah tune, pukul 8.30 dah kesat-kesat mata tu kira paling lambat dah la unless dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu-sepupu tu aku memang tak boleh halang. Sebulan sekali kan.

Bila dah ada anak ni mmg boleh dikatakan hampir seluruh hidup kita tertumpu pada dia. Tu kalau anak sorang, kalau 2,3,4 orang? Tapi, pentingnya kita tahu bahawa untuk suami isteri meluangkan masa bersama-sama berdua tu boleh membahagiakan rumah tangga. Hari-hari boleh dating depan tv kalau korg berjaya tips ni (acah2 tgk movie kat wayang)  Ni tips ikhlas dari pengalaman kami sendri . Tips ni kena kerjasama suami isteri ye.. Anak pun anak korg sama-sama kan? Tapi aku pesan awal, spesis anak yang tidur awal ni dorang akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dorang dah segar-bugar. Boleh cuba ! And share jika bermanfaat !

Sumber: Nuraisyah Abu Husin / siraplimau

 

7 Cara Untuk Sejukkan Rumah Ketika Cuaca Panas Walaupun Tak Ada ‘Aircond’

“Aduh, panasnya sejak dua menjak ni…”

Sejak dua menjak ini, cuaca di negara kita ni makin panas kan? Ini kerana Taufan Lan yang melanda Timur Filipina pada selasa lepas. Sebab itulah di sebelah Semenanjung cuacanya menjadi panas kerana kurang berawan dan di Sabah dan Sarawak lebih kerap hujan.

Suhu panas ini bukan sahaja dapat dirasakan pada waktu siang, malam pada waktu malam pun, bahang masih terasa. Takkan 24 jam nak kena duduk dalam bilik berhawa dingin saja kan? Lagipun bukan semua rumah orang ada penghawa dingin. Jadi, macam mana kita nak sejukkan rumah atau badan kita tanpa menggunakan penghawa dingin?

 

TIPS RUMAH/BILIK LEBIH SEJUK TANPA MENGGUNAKAN ‘AIRCOND’

1. Pastikan langsir rumah sentiasa tertutup

http://www.crescentpharma.com/

Menurut saranan dari Family Handman, kira-kira 30 peratus haba yang tidak dikehendaki oleh kita memasuki rumah melalui tingkap rumah yang tidak diturunkan langsirnya. Tahukah anda bahawa dengan menurunkan lamgsir, kira-kira 7 peratus haba dapat dikurangkan dan menurunkan haba. Ini bermakna suhu dalam rumah pun boleh jadi sejuk sikit bila kita tutup langsir kan?

2. Letak ketulan ais di hadapan kipas

www.pinterest.com

Haa, ini mungkin ‘trick’ yang baharu untuk anda. Selalu orang cakap mandi menggunakan ketul air saja kan, tapi ini dimana anda perlu meletakkan ketulan ais didalam mangkuk dan letakkan di hadapan kipas. Dengan cara ini, udara yang lebih sejuk dengan lebih mudah sampai ke badan anda. Cubalah, mudah saja ni.

3. Tukar cadar kepada material kain yang bersesuaian

http://www.mirror.co.uk/

Bila badan berpeluh pada waktu malam, cadar pun akan mudah berbau. Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah untuk menukar cadar yang baharu. Pilihan yang bijak untuk cadar ynag lebih sejuk adalah dari material cotton. Hal ini kerana, material kain ini dapat menyerap haba dan mengurangkan anda berpeluh. Kalau nak lagi kurangkan haba, bantal pun kenalah tukar yang menyerap peluh tu.

4. Letak besen berisi air di dalam bilik

sempoimedia.blogspot.my

Petua ini sudah biasa kita dengar kan? Salah satu cara yang ‘mujarab’ adalah dengan meletakkan sebesen air di dalam bilik. Melalui cara ini, bilik atau rumah kita pun akan kurang panas. Hal ini kerana, air dikatakan dapat menyerap segala haba panas. Jadi, untuk kesan yang lebih memuaskan adalah dengan menggunakan besen yang lebih luas permukaannya.

5. Buka ‘exhaust fan’ di dalam rumah

http://autoweek.com/

Kalau dah ‘renovate’ rumah besar-besar letak ‘exhaust fan’ tu apa lagi kegunaannya kan? Amat penting untuk anda memasang exhaust fan supaya dapat menyedut segala haba panas di dalam rumah. Tambah pula dalam keadaan cuaca panas sebegini, lagilah penting untuk anda membuka exhaust fan untuk menyedut segala haba panas.

6. Tidur bawah

http://www.mal-au-dos.be/

Kalau tidur atas katil panas, apa kata anda cuba tidur di bawah. Salah satu tips untuk mengurangkan rasa panas ketika tidur adalah untuk tidur berseorangan di bawah. Tapi, kalau ramai-ramai pun, tidur bawah ini memang akan mengurangkan rasa panas dan kalau dapat bawah kipas tu lagilah seronok. Mungkin ramai dalam kalangan anda yang dah cuba tips ini kan?

7. Tukar lampu yang kurang mengeluarkan haba

www.healthafter50.com

“Panaslah, tutup lampu jap”. Ini mesti kita selalu cakap kan? Haa, ini kerana lampu di dalam rumah kita mengeluarkan haba . Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourscent bulb’ yang mengeluarkan cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulb’ namun kurang habanya. Selain itu, lampu seperti ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga elektrik juga.

*Kuranglah sikit haba panas tu kan?

Sumber: siraplimau.com

 

Cara Seterika Baju Paling Cepat Dengan DIY Mudah

“Adui. Naik lenguh tangan aku nak seterika baju yang berbakul-bakul ni. Dahlah guna seterika berat ni. Nak beli seterika wap tu macam belum mampu lagi. Apa cara seterika baju dengan cepat dan mudah ya?”

Inilah antara keluhan mereka yang selalu gosok baju. Kalau ‘last minute’, ada harapan pula lambat ke tempat kerja. Takpun, terpaksalah pakai baju yang separa berkedut kerana tak cukup masa nak tunggu betul-betul lurus.

Menariknya menerusi tips gosok baju ini, anda akan dapat menggosok kedua-dua bahagian serentak! Tak perlu nak diterbalikkan lagi. Sebab itulah ia dapat siap dalam masa yang pantas. Tak perlu ‘upgrade’ seterika dan hanya menggunakan bahan yang murah!

 

Kami berbesar hati berkongsi cara seterika baju paling cepat dan mudah menggunakan trik DIY yang disumbangkan oleh Puan Afnee Baker. Siap ada ditunjukkan langkah demi langkah untuk anda ‘follow’.

Mari kita ikutinya.

Cara Seterika Baju Paling Cepat Dengan DIY Mudah

Berikut adalah bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan

Aluminium foil
Kain / Sarung seterika
Stapler / Double sided tape

*Saiznya bergantung kepada papan seterika (‘ironing board’) masing-masing

Cara-cara

Berikut adalah cara-caranya, langkah demi langkah.

1. Tetapkan Saiz Aluminium Foil 

Ambil ukuran papan seterika dan saizkannya mengikut aluminium foil yang perlu digunakan. Kebetulan, aluminium foil yang digunakan ini memang dah memang cukup saiznya. Jadi, senanglah!

tips-gosok-baju-1

2. Balutkan Aluminium Foil

Bila dah sama saiz, balutkan aluminium foil dan tampalkan dengan ‘double sided tape’. Guna aluminium foil bahagian yang berkilat di atasnya ya.

Kalau nak guna cara lain pun boleh, asalkan ianya melekat dengan kukuh.

tips-gosok-baju-2

3. Sarungkan Dengan Kain

Lepas dibalut dengan aluminium foil, balutkan pula dengan sehelai kain lain. Kalau nak mudah, gunalah sarung seterika yang dah sedia ada.

Kalau tak ada, carilah apa-apa kain untuk membalutnya. Piihan terbaik adalah kain cotton atau kain batik pun boleh. Menurut Puan Afnee, kain yang digunakannya ini cuma kain lebihan buat cadar semasa beliau di hostel dulu. Kemudian, stapler saja hujungnya untuk memperkemaskannya. Senang cerita!

cara seterika baju

4. Siap

Itu saja langkahnya. Sekarang bersedialah untuk anda melihat kesan magikalnya!
tips-gosok-baju-4

Siap!

Oleh kerana aluminium foil sangat berkesan menyerap haba, maka apabila gosok baju bahagian depan, bahagian belakang pun akan ‘tergosok’ sekali tanpa sengaja. Cuba tengok macam dalam gambar di bawah ini. Wah, hebat bukan?
cara seterika baju

Ini hasilnya. Sekali gosok saja, kedutan di kedua-dua belah permukaan akan hilang!

Selamat Mencuba!

Jimat masa, mudah, murah, dan sangat berkesan. Ramai dah mencubanya. Praktikal sungguh buat orang perempuan yang selalu menggosok pakaian, terutamanya suri rumah.

Sebagai seorang tukang jahit berkemahiran dan juga tenaga pengajar kelas aksesori dan jahitan kreatif yang diusahakannya sendiri, sudah tentu ia amat memudahkan tugas Puan Afnee. Beliau sendiri masih menggunakan papan seterika yang diubahsuai ini hingga sekarang – tahan lama dan ternyata berbaloi.

Walaubagaimanapun, Puan Afnee menasihatkan anda agar lebih berhati-hati kerana apabila adanya aluminium foil ini, tentulah akan cepat panas berbanding biasa. Jadi, kawallah suhu seterika anda dengan betul ya!

*Sumber asal dan perkongsian tips ini adalah melalui laman Facebook Puan Afnee Baker. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

kredit:siraplimau.com

 

5 Koleksi Resipi Bubur Nasi Yang Sesuai Untuk Hidangan Seisi Keluarga, Sedapnya!

“Bosannya asyik makan menu yang sama je, nak masak apa lagi eh?”

Bosan? Kalau dah setiap hari asyik makan nasi dengan menu yang sama saja, siapa yang tak bosan kan? Oleh itu, apa kata anda cuba variasikan menu harian dengan menu bubur. Tak ada idea? Jangan risau, kami senaraikan 5 jenis resipi bubur yang memang sedap belaka untuk panduan anda!

1. BUBUR OAT TOMYAM

 

http://myresipi.com/

Bubur oat? Sedap ke? Selalunya susah kalau orang nak makan makanan sihat macam ni kan, tapi berbeza dengan resipi bubur oat tomyam ini! Memang terbaiklah rasa pedas-pedas tomyam tu. Bukan itu sahaja, selain dari memberikan rasa yang enak kepada tekak kita, bubur oat ini juga sangat bagus untuk mengawal kadar kolestrol badan kita tau!

Resipi bubur oat tomyam : http://myresipi.com/recipes/bubur-oat-tomyam

2. BUBUR NASI PEDAS
http://myresipi.com/

Siapa yang pernah tak suka dengan bubur nasi pedas ini kan? Bukan lagi menu yang baharu, tetapi bubur nasi pedas ini sudah menjadi makanan kegemaran sejak zaman dahulu lagi, tambah pula waktu demam. Memang boleh sembuh terus demam tu! Dengan adanya resipi ini sebagai panduan untuk anda, mesti bubur nasi ini akan menjadi bertambah sedap dan anda juga boleh pelbagaikan isi dalam bubur tu juga ya!

Resipi bubur nasi pedas : http://myresipi.com/recipes/bubur-nasi-pedas

3. BUBUR NASI JAGUNG
http://myresipi.com/

Resipi bubur ini mungkin akan memberikan kelainan kepada resipi bubur yang anda tahu selama ini. Jarang kalau nak jumpa bubur nasi bersama jagung kan? Oleh itu, apa kata anda cuba resipi ini supaya dapat pelbagaikan menu untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anak-anak pun akan suka kalau bubur letak jagung ni.

Resipi bubur nasi jagung : http://myresipi.com/recipes/bubur-nasi-jagung

4. BUBUR BARLI
http://myresipi.com/

Selain dari bubur nasi, ada juga bubur yang boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. Jom kita cuba buat bubur barli untuk pencuci mulut selepas makan nasi. Bukan itu sahaja, bubur barli ini juga sesuai untuk menyejukkan badan. Bukan sahaja enak, tapi sesuai juga untuk kesihatan tau!

Resipi bubur barli: http://myresipi.com/recipes/bubur-barli

5. BUBUR AYAM SIHAT
http://myresipi.com/

Bubur ini sudah semestinya akan menjadi salah satu kegemaran seisi keluarga khususnya anak-anak. Bubur ayam sihat ini sangat sesuai untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja. Turut dimasukkan sedikit rempah kari, resipi bubur ayam ini ternyata akan menjadi lain dari yang lain! Cubalah!

Resipi bubur ayam sihat : http://myresipi.com/recipes/bubur-ayam-sihat

*Nampak menyelerakan betul! Apa tunggu lagi, jom kita cuba!

Sumber: MyResipi.com

 

3 Minggu Batuk & Demam, Akhirnya Petua Aunty Cina Ini Bantu Anak Saya Pulih

“Klinik dah pergi, ubat dah makan, air pun dah minum banyak. Tapi kalau dah lama sangat sakit, tentu rasa risau terutamanya anak-anak. Apa lagi petua rawat batuk yang selamat yang boleh kita ikhtiarkan?”

Kali ini, kami mendapatkan Puan Farid Farida yang berbesar hati untuk berkongsi petua rawat batuk yang beliau amalkan ketika anak-anaknya diserang batuk dan demam silih berganti.

Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya.

 

Petua Rawat Batuk Dengan Bawang Putih

Anak-anak batuk dah masuk minggu ke-3. Demam kebah, demam kebah, sampai 2 kali pergi emergency department sebab suhu tinggi sangat. Macam-macam antibiotik dan remedi lain yang saya dah buat, tapi belum ada rezeki nak sihat lagi.

Alhamdulillah, bila amalkan petua rawat batuk dengan bawang putih ini,batuk dah kurang, demam pun dah kebah.

Jadi, saya ingin kongsikan remedi ini yang saya dapat daripada sorang Aunty Cina yang masa tu kasihan tengok anak lelaki saya batuk tak henti-henti. Mudah-mudahan ia dapat memberi bermanfaat juga untuk orang ramai di luar sana.

hilangkan sakit gigiFoto Kredit: superselectos.com

Bahan-bahan

7 atau 9 ulas bawang putih
Air 1 1/2 cawan
Gula batu 4-5 biji

Cara-cara

Berikut adalah cara-caranya. Mudah saja.

1. Rebus

Rebus semua sehingga sehingga jadi suku cawan. Guna api yang paling perlahan.

2. Minum 3 Kali Sehari

Minum semasa air rebusan masih suam-suam. Amalkan 3 kali sehari. Saya buat sekali rebus untuk 2 kali minum.

Petua ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak setahun ke atas. Tapi menurut respon daripada post beliau, ada yang pernah buat untuk bayi yang kurang daripada umur 1 tahun, tapi tak menggunakan gula. Cuma rebusan bawang putih. Kuantiti yang diambil juga dikurangkan. Katanya sesuai dan berkesan.

petua rawat batukSemoga Membantu

Tak salah mencuba kerana bahan yang digunakan begitu mudah didapati di rumah. Apapun, jangan sesekali abaikan pemeriksaan doktor sekiranya demam dan batuk berterusan.

Petua rawat batuk ini diamalkan secara sampingan saja, sebagai ikhtiar selain rawatan yang dipreskripsikan doktor.

sumber:siraplimau.com

 

Cara Mudah Bersihkan Oven Tanpa Menyental, Semua Kerak Tanggal!

“Aduh, lupa nak bersihkan oven lepas bakar ayam semalam. Dahlah berbau rempah dengan pes ayam semua. Ingat kejap lagi nak buat kuih raya. Macam mana cara bersihkan oven yang dah berkerak macam ni ya?”

Menjelang perayaan inilah biasanya oven atau ketuhar masing-masing akan menjadi semakin aktif dengan pelbagai resipi pencuci mulut mahupun hidangan utama. Sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.

Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

 

Cara Bersihkan Oven Tanpa Menyental. Mudah, Semua Kerak Tanggal!

Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.
1. Gunakan Air
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan.
cara bersihkan ovenFoto Kredit: youtube.com

2. Cuka

Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.

Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.
petua halau semutFoto Kredit: tescoliving.com

2. Soda Bikarbonat

Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.

Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.
Foto Kredit: roxyonline.co.in

4. Lemon / Limau Nipis

Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
Foto Kredit: ai.ro

5. Spray Cuka

Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.

Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
cara hilangkan bau keretaFoto Kredit: eatboutique.com

Mudah & Berkesan

Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.

Sumber: siraplimau.com

 

Hanya Guna Sos Tomato, Kesan Hitam Bawah Kuali & Periuk Tanggal. Bersinar-sinar Hasilnya

“Puas aku sental kuali ni, susah betul nak tanggal kesan hitamnya. Pergi dapur Maria haritu tengok kuali dia semua berkilat. Apa petua nak bersihkan belakang kuali ni dengan mudah ya?”

Bagi yang biasa memasak, mesti faham bagaimana lama-kelamaan kesan hitam daripada jelaga akan terlekat pada bawah kuali hingga ia begitu sukar ditanggalkan. Selalunya kita dengar petua yang menggunakan baking soda, garam dan lemon, dan ada juga yang biasa pakai cuka.

Tapi, pernahkah anda dengar petua menanggalkan kesan degil pada kuali atau periuk menggunakan sos tomato?

 

Bagaimana Sos Tomato Berfungsi Menanggalkan Kesan Degil Pada Kuali & Periuk

Di Malaysia, mungkin ia kedengaran pelik. Tapi sebenarnya petua ini pernah viral di luar negara. Malah, sebuah akhbar Daily Mail pernah bereksperimen dengannya. Dan hasilnya? Memang tidak mengecewakan apabila diberi rating 5/5 untuk keberkesannya.

Secara teori, mereka menerangkan bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka pada sos tomato akan menyerang bahagian copper oxide, iaitu bahagian kehitaman periuk dan kuali. Tindakbalas inilah yang akan memberi hasil mengagumkan dalam membantu mengilatkan periuk dan kuali.

cara menyimpan makananFoto Kredit: zmescience.com

Cara Bersihkan Bawah Kuali & Periuk Dengan Sos Tomato

Dalam perkongsian ini, salah seorang pengguna media sosial, Tiara, telah berbesar hati untuk berkongsikan dengan kami bagaimana petua di atas telah dipraktikkannya. Menurutnya, ia sangat berkesan walaupun pertama kali mencuba.

Berikut adalah langkahnya.

1. Sapu Sos Tomato

Pertama sekali, sapukan sos tomato pada bahagian bawah kuali / periuk.

Pastikan kuali / periuk anda berada dalam keadaan yang kering.

2. Biarkan Seketika

Selepas diratakan pada semua bahagian, biarkan ia sekurang-kurangnya 30 minit. (Saya biarkan semalaman.)

3. Gosok Dengan Span

Keesokan paginya, saya gosok dengan span biasa. Saya gunakan bahagian yang hijau.

Oh ya, seeloknya gosokkan permukaan bawah kuali itu tanpa menambah air supaya kesan degil lebih mudah tertanggal. Kalau terlampau kesat dan susah untuk menggosok, barulah renjiskan sedikit air.

Memang berkesan, dah macam baru beli!

4. Bilas Seperti Biasa

Selepas itu, bolehlah bilaskan semula seperti biasa.

Lihat, inilah hasilnya.

Cuba bandingkan dengan gambar sebelum. Banyak beza, kan?

Wah, Memang Bersinar!

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan sos tomato, periuk dan kuali anda boleh kembali bersinar seperti baru dibeli.

Tak perlu berpeluh-peluh menyentalnya. Cuma gosok dengan span saja.

Selamat mencuba!

*Petua membersihkan bawah kuali dan periuk yang kehitaman ini dikongsikan oleh Cikpuan Tiara Clp. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Sumber: siraplimau.com