[VIDEO] Berbaloi Disengat 340 Ribu Lebah & Terima Malaysia Book Of Records

Hari ini menyaksikan sejarah dalam hidup pelawak Shuib Sepahtu dan Pablo Amirul tercipta apabila menerima sijil Malaysia Book Of Records dalam Program Cabaran Artis Malaysia sebagai ‘Bee Man’ dan melepasi 340,000 ekor lebah di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka.

Bukan mudah untuk melepasi ujian ini. Memerlukan semangat dan keberanian yang kental. Tahniah kami ucapkan buat Shuib dan Pablo Amirul!

Sebelum disengat lebah

Dah kena sengat

Akhirnya berjaya juga

Foto penyerahan sijil

kredit: @KL MENJERIT

Sumber: Instagram Siti Sarah, Shuib Sepahtu

Suasana Tenang Di UiTM Puncak Alam Bertukar Cemas Apabila ‘Diserang’ Geng Jubah Hitam

Suatu masa dahulu, kecoh tentang kes geng jubah hitam yang dikatakan berjalan dari rumah ke rumah atau dari bilik ke bilik untuk menyebarkan ajaran sesat mereka di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia.

Terbaru, geng jubah hitam ini dikatakan menyerang semula pusat pengajian UITM di Puncak Alam waktu malam. Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @KogyBear telah memuat naik sebuah video yang menarik perhatian netizen.

Video yang dimuatnaik salah seorang pelajar di situ telah mendapat 7.3ribu retweet dan pelbagai respon. Ini antara status pelajar UiTM Puncak Alam menerusi laman Twitter.

Scene kejar-mengejar

Video itu merakamkan satu kumpulan yang dikenali sebagai geng jubah hitam dikejar oleh polis di kawasan kediaman kolej universiti tersebut. Dikatakan geng jubah hitam ini adalah sekumpulan lelaki yang cuba memasuki kolej kediaman perempuan.

Selalu datang UITM

Tetapi Berikutan Sumber Dari Harian Metro :

Mana ada geng jubah hitam

ORANG ramai digesa menghentikan penyebaran video atau isu berkaitan kumpulan atau individu memakai jubah hitam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam yang menjadi tular sejak beberapa hari lalu.

Jurucakap Bahagian Keselamatan UiTM Cawangan Selangor berkata, dakwaan itu tidak benar.

“Melalui siasatan yang dijalankan oleh Polis Bantuan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan maklumat yang tular berkaitan kumpulan berkenaan adalah tidak tepat.

“Mohon kepada pihak yang terbabit untuk berhenti menularkan isu ini kerana perkara seperti ini boleh mengganggu kententeraman awam di dalam universiti.

“Jadilah pengguna media sosial yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tiada kejadian seumpama itu berlaku di dalam kawasan UiTM.

“Persekitaran UiTM Kampus Puncak Alam dalam keadaan baik, tenteram dan harmoni pada masa ini,” katanya.

Pada 31 Oktober lalu, tular di media sosial isu sekumpulan atau individu yang memakai jubah berwarna hitam dan memakai purdah yang dikatakan berada di dalam UiTM Kampus Puncak Alam dan mensasarkan penuntut untuk menyebarkan dakyah sesat.

Turut tular rakaman video menunjukkan beberapa kereta polis dan anggota polis menyerbu sebuah bangunan asrama pada waktu malam.

Bagaimanapun, tidak diketahui di mana dan bila kejadian itu berlaku.

Video Player

Menurut komentar yang diberikan oleh netizen, mereka dikatakan bertindak ekstrimis dengan cara cuba untuk memukau  pelajar dan sebagainya. Tambah mereka juga, sejauh mana kebenaran ini tak dapat dipastikan kerana ada kemungkinan pihak lain sengaja mahu ambil kesempatan dengan menggunakan nama geng jubah hitam ini.

SUMBER : HMETRO, OHMYMEDIA, OHBULAN via KLV

Serpihan pesawat Lion Air, barangan milik [email protected] ditemui di perairan Indonesia

PESAWAT Lion Air yang membawa 188 penumpang disahkan terhempas dalam laut, ujar agensi mencari dan menyelamat negara Indonesia.

Pihak berkenaan dilaporkan menemui serpihan seperti jaket keselamatan di perairan utara Jawa.

Pasukan penyelam juga dikatakan sedang bertungkus-lumus bagi mencari [email protected]@ di kawasan tersebut.

Muhammad Syaugi, ketua agensi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya berdoa agar [email protected]@ yang masih hidup dapat ditemui.

“Kami tak dapat pastikan lagi jika ada yang terselamat,” ujarnya ringkas.

Sumber:  mstar

Antara barangan dipercayai milik [email protected]@ penerbangan Lion Air yang ditemui di sekitar perairan Karawang.

Sementara itu, agensi bencana Indonesia turut memuat naik beberapa keping foto barangan seperti telefon, buku, bag dan bahagian pesawat yang dikutip oleh pasukan pencarian ke laman Twitter.

Yusuf Latif, jurucakap Lion Air berkata juruterbang pesawat malang itu melaporkan masalah teknikal sejurus berlepas, sebelum ia terputus hubungan 13 minit selepas itu.

Ujarnya lagi, krew sebuah kapal tunda turut melaporkan melihat pesawat itu terhempas.

Penerbangan Lion Air JT-610 itu berlepas pada pukul 6.20 pagi sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan pada 6.33 pagi.

Pesawat itu sepatutunya tiba di Pangkal Pinang, 7.20 pagi ini.

Ia kali terakhir direkodkan terbang pada ketinggian 3,650 kaki (1,113 meter) dan kelajuannya meningkat kepada 345 knot, menurut data yang dirakam laman web itu.

Tompokan minyak kelihatan di perairan Karawang dipercayai milik pesawat Lion Air.

Kedudukan terakhir pesawat itu adalah kira-kira 15 kilometer di utara pantai Indonesia, menurut rujukan Google Map mengenai kedudukan terakhir yang dilaporkan Flightradar24.

Menurut Flightradar 24, pesawat itu merupakan model Boeing 737 MAX 8.

Pesawat itu berlepas kira-kira pukul 6.20 pagi dan dijangkan mendarat di Bangka-Belitung pada pukul 7.20 pagi.

“Kami tidak boleh memberi sebarang komen ketika ini.

“Kami cuba mengumpul semua maklumat dan data,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Lion Air, Edward Sirait.

Lion Air merupakan salah sebuah syarikat penerbangan terbesar dan baharu di Indonesia.

Ia menghubungkan penumpang ke laluan domestik dan juga antarabangsa. – ABC.Net.Au

Darjah kebesaran Najib, Rosmah ditarik serta-merta

SEREMBAN: Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan pada Jumaat memutuskan pengurniaan darjah kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik dalam kenyataan di sini berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

Katanya mesyuarat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah itu juga memutuskan untuk menarik balik Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) yang dikurniakan kepada Rosmah pada tahun 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Razali. – BERNAMA

RM2.6 bilion: Ini jawapan Arab Saudi

MENTERI Luar Arab Saudi Adel Ahmed Al-Jubeir menyatakan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterima bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas menerima kunjungan Adel di Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.

Dalam pertemuan yang turut menyentuh mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion, Saifuddin berkata : “Beliau (Adel) menyatakan bahawa (derma RM2.6 bilion) tidak ada kena-mengena dengan kerajaan Arab Saudi.”

Menurutnya, ketika mereka bertemu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ke-73 di New York pada bulan lalu, Adel memberitahunya bahawa kerajaan Arab Saudi akan bekerjasama dalam siasatan 1MDB dan tiada kaitan dengan derma RM2.6 bilion.

“Hari ini ulangi sekali lagi bahawa itu tiada kaitan dengan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas turut hadir pada kunjungan hormat Adel terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perdana Putra di Putrajaya.

Pada 2016, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13 di Istanbul, Turki, Adel dilaporkan berkata sumbangan derma kepada Najib datang dari Arab Saudi.

“Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia sudah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

“Justeru, setahu kami, isu itu ditutup,” kata Adel seperti dilaporkan pada 2016.

Pada Januari 2016, Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan sudah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib. .

Dalam pada itu, Saifuddin berkata dalam pertemuan mereka itu, beliau turut menyampaikan keputusan Kabinet bahawa Malaysia tidak akan menganggotai gabungan tentera pimpinan Arab Saudi terhadap Yaman.

“Pada masa ini, semua askar kita sudah balik dan kita sudah tidak terbabit,” katanya.

Najib berang diasak isu berlian, derma RM2.6b ?

KUALA LUMPUR – Belum reda isu pelbagai pertuduhan dikenakan terhadapnya, terbaru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan gagal mengawal perasaan ketika ditemubual organisasi media antarabangsa.

Menurut Al-Jazeera, Najib beberapa kali gagal mengekalkan ketenangannya apabila menjawab soalan pengacara, Mary Ann Jolley dalam program 101 East, hari ini.

Al Jazeera berkata, antara soalan yang ditanya kepada Ahli Parlimen Pekan itu adalah perkara berkait dengan dirinya termasuk ‘berlian merah jambu’ dan ‘derma RM2.6 bilion’.

Tambahnya, Najib dikatakan kelihatan tidak begitu menyukai soalan berkaitan ‘berlian merah jambu’ yang diajukan kepadanya.

Malah, Najib juga mengakui secara terbuka bahawa beliau tidak menyesal mengusir pengacara rancangan tersebut (Mary Ann Jolley) dari Malaysia pada 2015.

“Baguslah kami usir anda. Anda hanya menyibuk. Di negara ini kami tiada toleransi terhadap (perbuatan) mereka-reka penipuan,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan BN pernah mengusir Jolley kerana membuat liputan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Beliau menerbitkan sebuah dokumentari yang cuba menjelaskan banyak persoalan tidak terjawab berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia itu.

Wawancara tersebut dijadual disiarkan esok (27 Oktober 2018) pada jam 11.30 pagi diikuti siaran ulangan pada Isnin dan Selasa

Rancangan itu juga boleh ditonton secara atas talian selepas ia disiarkan buat pertama kali esok.

Kisah terbaru melibatkan Najib itu pastinya mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Najib minta maaf gagal kawal emosi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak memohon maaf kerana gagal mengawal emosinya semasa diwawancara Al-Jazeera, pagi tadi.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau sedang memikirkan keadaan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya, Norashman dan Riza Aziz yang disoal siasat polis pada waktu yang sama.

Menurutnya, meskipun wawancara itu melangkaui jadual dan skop dipersetujui namun Najib menegaskan beliau gembira menjawa soalan-soalan tambahan yang diajukan.

“Ya, ada sesi wawancara bersama Al-Jazeera pagi ini bermula jam 10.30 pagi, waktu sama isteri, anak dan anak tiri saya disoal siasat polis,” katanya.

Menurut laporan portal itu lagi Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pengacara rancangan tersebut, Mary Ann Jolley bertegas membangkitkan perkara yang sudah beliau nafikan berulang kali sebelum ini.

“Topik yang saya telah nafikan penglibatan saya berulang kali sepanjang dekad lalu, satu pembunuhan yang telah melalui banyak pendengaran mahkamah.

“Dua minggu lalu, saya telah minta pembantu saya untuk membuat laporan kepada polis agar menyiasatnya semula untuk membersihkan nama saya.

“Saya harap Al-Jazeera mengambil kira perkara ini dan tidak lagi melibatkan nama saya terhadap kehilangan tragik seorang ibu muda.

“Tidak benar sama sekali saya terlibat walaupun dengan segala propaganda bermotifkan politik yang mengaitkan saya,”jelasnya.

Tambah Najib, kebimbangan memikirkan nasib keluarganya ditambah pula dengan soalan berkaitan topik berkenaan menyebabkan beliau gagal mengawal perasaan untuk seketika.

Begitupun, Najib berkata beliau tetap yakin dirinya telah berjaya menyatakan pandangan dan menyifatkannya sebagai satu sesi wawancara yang baik.

“Walaupun beberapa kali Mary Ann mengulang soalan terhadap saya walaupun saya telah memberi jawapan sebelum itu, secara keseluruhan saya percaya telah berjaya menyatakan pandangan sebenar mungkin.

“Saya anggap ia satu wawancara yang baik yang boleh membantu dunia untuk lebih memahami isu 1MDB daripada perspektif saya dan untuk membersihkan nama saya.

sumber: SH

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Al Jazeera untuk wawancara itu dan meminta maaf jika saya gagal kawal perasaan,” katanya.

Malah, beliau juga mengatakan kesediannya untuk diwawancara sekali lagi jika Al-Jazeera berminat untuk menemui beliau.

“Saya tidak akan ragu-ragu untuk bersetuju jika mereka ingin mewawancara saya lagi,” katanya.

MAT REMPIT TERKEJUT APABILA MENGETAHUI IDENTITI AWEK BARUNYA INI. KORANG JANGAN TERKEJUT

Saya dah tiga kali keluar dengan dia bang,” keluh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dengan wajah merah padam menahan malu. Remaja 19 tahun itu ditahan dalam satu operasi membanteras samseng jalanan di Stulang Laut, Johor Bahru awal pagi tadi.

Kira-kira jam 3 pagi tadi, remaja bermotosikal itu didapati tidak memiliki lesen memandu dan ketika ditahan didapati seorang remaja perempuan lengkap bertudung membonceng bersamanya.

Selepas dibawa ke Cawangan Trafik Ibupejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, remaja perempuan berkali-kali disoal anggota trafik akan nama serta dminta ditunjukkan kad pengenalannya untuk diperiksa. “Adik, nama siapa? Cuba cakap nama. Keluarkan kad pengenalan,” pinta seorang anggota polis trafik kepada remaja perempuan itu namun gadis itu hanya menundukkan wajahnya, diam seribu bahasa.

Putus asa dengan tindakan gadis itu mendiamkan diri, anggota polis itu beredar dan seorang lagi anggota menghampirinya bagi mendapatkan kad pengenalan gadis itu. Dia terus berdiam. Langsung tidak diangkatnya wajahnya. Tudung dipakai kemas bersama blouse berlengan pendek dipadankan dengan skirt panjang. Manis gadis ini kata aku.

Pada pandangan mata kasar, gadis ini dalam lingkungan belasan tahun. Mungkin 18 tahun. Aku cuba meneka. Aku juga cuba bertanya dengan gadis ini, langsung tidak diendahkan. Sepatah pun tidak terkeluar dari mulutnya.

Dia hanya tertunduk dan ternampak bulu matanya yang panjang. Mesti minat Che Ta ni, detik hati aku.

Sejam kemudian, seorang lelaki berusia lingkungan 40an tiba di perkarangan cawangan trafik IPD Johor Bahru Selatan ini. Aku terlihat dia menghampiri seorang anggota Rela. “Anak aku kena tahanlah,” katanya kepada anggota Rela itu.

Difahamkan, anggota Rela itu berjiran dengan lelaki itu. “Mana ada anak kau. Bukan aku tak kenal semua anak kau. Mana ada. Kalau dia kena tahan mesti aku tahu,” sambut anggota Rela itu.

Aku terus beredar kerana ia satu pandangan biasa setiap kali operasi terhadap mat rempit dilakukan. Mulalah balai trafik dikerumuni ibubapa mencari anak-anak mereka. Tak lama kemudian, terdengar jeritan suara lelaki seperti dalam kemarahan.

“Apa kau nak jadik ni? Bukak semua ni. Bukak. Kalau tahu mak kau, nahas kau. Bukak!” terdengar jeritan seorang lelaki.

Bila dijenguk, rupa-rupanya lelaki tadi yang datang ke balai mencari anaknya sedang merentap tudung seorang gadis. Aku lihat semua mata tertumpu kepadanya.

Bila didekati, rupanya lelaki itu sudah menemui anaknya. Tetapi anaknya adalah lelaki. Yang ditemui, anaknya berpakaian seperti wanita. Siap bertudung. “Umur dia 17 tahun, dah berhenti sekolah, kerja kat car wash,” jelas lelaki itu.

Sebaik ditarik tudung anaknya itu, kelihatan anak tudung hitam. “Ini anak tudung mak kau. Nahas kau kalau mak kau tahu ni,” terdengar jelas kekecewaan si bapa itu.

Semua yang berada di perkarangan balai itu terutama penunggang motosikal yang sudah ditahan ternganga seketika menonton drama kehidupan ini.

Seketika kemudian ada yang tak dapat menahan ketawa namun ditegur anggota sukarelawan polis. “Dia ni encik, sejak dua tiga bulan lepas ni, asyik bercampur dengan pondan. Dulu tak macam ni. Saya pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Ini tudung mak dia,” kata bapa remaja ini.

Remaja yang menunggang motosikal bersama budak ini dipanggil. Merah padam mukanya. Terbeliak matanya seperti baru melihat hantu. Tak lekang matanya ke arah remaja yang dibawanya sebelum ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis trafik.

Tak tahu pandangannya itu geram marah atau geram sebab sudah dibuka ‘aurat’ ‘aweknya’ itu. Tak tahulah. “Saya tak tahu dia lelaki kak, dah tiga kali saya keluar dengan dia,” keluh remaja itu kepada seorang anggota sukarelawan polis wanita.

“Takkanlah awak tak tahu sebab dia kan naik motor dengan awak,” tanya seorang anggota polis. Terdiam si remaja itu.

Dilihat pada ‘gadis’ itu, mungkin dia memperdaya ‘teman lelakinya’ kerana ternampak tali bra tersingkap sedikit di bahu ‘gadis’ itu. Mungkin ketika remaja lelaki itu membrek, terasalah pakaian dalam ‘teman wanitanya’ itu.

Mungkinlah. “Patutlah bila saya telefon dia, suara dia berbisik macam cakap dalam kelambu,” kata si remaja lelaki yang sudah ditipu bulat-bulat ‘gadis’ yang diminatinya. Lain tonasi dia. Bunyi macam kecewa ada, bunyi macam marah pun ada. Perasaan dia mungkin keliru masa tu.

‘Gadis’ ini bagaimanapun tidak terus ditahan dan dibenarkan pulang bersama bapanya. Semua yang berada di balai menghantar keduanya dengan pandangan. Bukan untuk melihat sama ada ‘gadis’ itu melenggok. Tidak. Semua masih kehairanan.
Manakala si lelaki yang membawa keluar ‘gadis’ ini terus dikerumuni penunggang motosikal lain yang turut ditahan. Ada yang agak berani sikit, ketawa terbahak bahak. Nasib baik si lelaki tu masih cool.

Apapun, bagaimanalah agaknya tidur dia selepas ini. Bagaimana agaknya cara dia melihat wanita selepas ini. Macam manalah agaknya si remaja lelaki tu nak berdepan dengan kawan-kawannya selepas ini.

“Bro, awek kau bertudung itu hari mana?”
Apa agaknya jawapan brader kita tu nanti. Kesian dia. Kita doakan dia mendapat jodoh dengan wanita sejati, segera.

KREDIT HAZREY.COM., redempire03

(Video) Pasangan buang mayat bayi macam buang sampah

[email protected] seorang bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah di Pasar Wakaf Zin, Tawang, Bachok, Kelantan, malam tadi, lapor Harian Metro.

[email protected] [email protected] itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan dibungkus dengan kain kuning pada jam 11.45 malam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ada saksi ternampak seorang lelaki dan wanita bertengkar di kawasan itu sebelum dia mendekati mereka.

Bagaimanapun, pasangan itu bergegas melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi berwarna gelap.

Mayat bayi ditemui di tempat buang sampahVideoBACHOK: Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat ditemui di tempat pembuangan sampah di Pasar Wakaf Zin, Tawang, di sini, malam tadi.Dalam kejadian jam 11.45 malam, mayat bayi berkenaan yang dibungkus dengan kain kuning ditemui seorang penduduk kampung.Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata lelaki berkenaan mendakwa melihat seorang lelaki dan wanita bertengkar di kawasan pembuangan sampah sebelum dia mendekati pasangan itu.Katanya, saksi memberitahu kedua-dua mereka kemudian bergegas melarikan diri dengan menaiki Perodua Myvi berwarna gelap.“Saksi kemudian melihat satu bungkusan besar dengan kain kuning serta mengesyaki sesuatu sebelum membuka bungkusan dan terkejut apabila melihat mayat bayi perempuan cukup sifat.“Polis dapati bayi itu masih bertali pusat dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Klinik Kesihatan Bachok,” katanya ketika dihubungi hari ini.Mayat bayi berkenaan di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.Nik Aminuddin berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menyalurkan ke pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau menghubungi Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222.#BH

Posted by Kelate Kito on Tuesday, 23 October 2018

Curiga melihat bungkusan besar dengan kain kuning, saksi kemudian membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati terdapat [email protected] bayi perempuan yang cukup sifatnya di dalam.

“Polis mendapati bayi itu masih bertali pusat dan disahkan [email protected] [email protected] oleh petugas Klinik Kesihatan Bachok,” katanya.

[email protected] bayi [email protected] itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah S3ksyen 318 Kanun Kes3ksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok atau menghubungi Inspektor Nor Afidah Mohd Ariffin di talian 09-7788222.

sumber: thereporter

VIDEO – SUDAH TUNAI HAJI TAPI PAKAI S3KSI

Pelakon Indonesia iaitu Nia Ramadhani telah mencetuskan kontroversi apabila menari lagu Black Pink menerusi video yang dimuat naik rakannya di Instagram menerima kecaman netizen.

Skrol ke bawah untuk lihat video

Dalam video itu Nia bersama rakan-rakannya iaitu Jessica Iskandar, Sally Adelia Soraya, dan Hertika Putri lincah mengikut rentak lagu Ddu du ddu du itu dianggap tidak wajar.

Rata-rata netizen turut berpendapat baju yang dipakai pelakon itu terlalu s3ksi sehingga menampakkan bahagian perutnya.

Pelakon yang baharu saja menunaikan ibadah haji itu diminta menjaga tingkah laku dan pemakaian supaya lebih sopan.

“Gagal fokus, Masya Allah sudah tunaikan haji berpakaian s3ksi, mudah-mudahan diberi hidayah,” ujar salah seorang netizen.

Bagaimanapun, segelintir netizen pula memuji bentuk badan wanita itu yang kekal langsing biarpun sudah memiliki tiga cahaya mata.

Jom baca apa komen netizen Indonesia di bawah

1) mungkin sebahagian yang berkomentar pedas itu, ingin yang terbaik aja buat mba nia .tapu jangan juga keterlaluan berkomentarnya, kita do’a in aja, semoga mba nia bisa Hijrah & menutup auratnya kedepannya, Aminnn..

2) namanya idola pasti di belain say sampai titik darah penghabisan lagian kalau di bilang haji kenapa ya gak di aminin aja bls nya ya gak perlu bilang julid segala

3) Bibir sama jarinya bwt yg baik² sja . . kalian yg gk suka gk usa nyinyirin orang . nyinyir jgn dijadikan hobii

4) mba, yang bener haji dan umroh.. haji dilaksanakan hanya diwaktu haji aja, selepas itu kita bebas mau melaksanakan umroh.. jadi org yang berhaji pasti melaksanakan umroh juga..

Sumber: ohbulan , ohgebang