VIDEO “Saya tahu akan jadi isu kerana nampak paha” – Zahirah MacWilson

PELAKON Zahirah MacWilson menjelaskan pemakaiannya mengikut fesyen Harajuku yang dikecam agak s3ksi adalah atas urusan kerja.

Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 23, berkata, dia bukan sengaja berpakaian sedemikian.

“Apa yang saya pakai itu adalah sebahagian daripada kerja dan bukan saja-saja.

“Pakaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu menerima kritikan apabila memuat naik foto berpakaian fesyen dan budaya terkenal di Jepun awal Oktober lalu.

Dia memakai skirt singkat dengan baju berlengan panjang menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Sumber: mstar

Dalam pada itu, Zahirah berkata, dia sedar dan menjangka perkara tersebut bakal menjadi isu dalam kalangan netizen.

“Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan s3ksi isu yang sensitif di Malaysia.

“Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis,” ujarnya..

Isu tersebut menjadi besar apabila foto berkenaan dimuat naik blog hiburan tempatan yang menimbulkan fitnah.

“Ada blog yang ambil dan tulis saya sedang bercuti, walhal saya ke sana atas sebab kerja. Netizen pula mula memberi komen negatif,” ujarnya

Netizen digesa henti kecam video cucu Zahid, “Dia terlalu muda untuk faham apa yang berlaku”

PETALING JAYA: Rata-rata netizen mempertahankan cucu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular menerusi sebuah video, baru-baru ini.

Menerusi rakaman tersebut, cucu perempuan Zahid yang berusia sembilan tahun seolah-olah memberi amaran terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam penahanan bekas timbalan perdana menteri itu.

Video tersebut pada asalnya dimuat naik ke laman Instagram pada Sabtu.

Sejurus itu, ia tular menerusi platform media sosial yang lain sehingga kanak-kanak itu dihujani pelbagai komen jelik yang melampau termasuklah menerusi ruangan komen di sebuah portal berita.

Video di portal itu bagaimanapun dipadam selepas mendapat teguran Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Hannah Yeoh menerusi laman Twitter berkata, ibu-bapa seharusnya melindungi anak mereka, bukannya membiarkan video sebegitu dimuat naik ke Internet.

Sumber: mstar

“Saya rasa kita patut hentikan perkongsian video sebegini. Dia terlalu muda untuk memahami apa yang berlaku.

“Ianya satu benda yang normal untuk seorang kanak-kanak mempertahankan datuk mereka.

“Orang dewasa sepatutnya lebih tahu dan tidak memanipulasi perasaan kanak-kanak. Dia tidak bersalah,” tulis Ahli Parlimen Segambut itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwat turut senada dengan kenyataan Hannah Yeoh dan meminta orang ramai menghentikan gejala buli.

“Biarkan kanak-kanak itu, simpan kata-kata itu untuk anda,” ujarnya.

Aktivis Hak Kanak-Kanak, Dr Hartini Zainudin turut mengkritik segelintir netizen yang menyerang kanak-kanak itu hanya kerana tidak bersetuju dengan ideologi politik keluarganya.

Nazim tidak sengaja pegang

PELAKON baharu Aprena Manrose menyedari tindakan Nazim Othman yang secara tidak sengaja memegang bahunya itu memberi persepsi buruk terhadap statusnya sebagai isteri.

Aprena, 25, berkata dia menerima teguran positif namun berasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka menambahkan cerita negatif mengenai perkara itu.

“Saya menyedari perkara itu tidak elok. Yang mana positif, saya ambil tapi yang negatif tu saya baca dan gelak sahaja.

“Sebab sudah jelas dalam video itu Nazim tidak sengaja memegang bahu saya. Yang saya hairan netizen yang suka mengada-adakan cerita yang negatif,” katanya kepada mStar Online.

Aprena ditemui ketika majlis pelancaran produk Irisa Cosmetic di Black Box, Publika, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Video Nazim tidak sengaja memegang bahu Aprena menerima kecaman.

Sebelum ini, video yang dimuat naik di laman Instagram Aprena pada awal Oktober mendapat kecaman netizen.

Rata-rata mereka menegur Nazim yang dilihat seakan sengaja memegang bahu Aprena dan menganggap tindakan tersebut tidak menghormati pelakon itu yang sudah berkahwin.

Tambah Aprena, dia enggan mengambil peduli kata-kata negatif memandangkan suaminya, Mohd. Afiq Hazman mengetahui perkara tersebut dan tidak pernah marah.

“Suami saya mengetahui perkara itu. Jadi, kenapa saya perlu dengar kata orang lain sedangkan suami saya sendiri tak marah.

“Dia pun tahu yang perkara itu tidak sengaja. Lagipun, saya tak akan berkongsi apa-apa di laman sosial tanpa kebenaran suami,” ujarnya.

Aprena bersyukur suami seorang yang memahami dan sentiasa menyokongnya.

Sumber:  mstar

Dalam pada itu, anak bongsu penyanyi dangdut terkenal Iwan ini hanya akan fokus pada satu tawaran sekiranya mendapat watak utama.

“Kalau dapat watak utama, saya akan fokus pada satu sahaja sebab bukan senang dan hari-hari nak kena jalani penggambaran.

“Manakala kalau watak sampingan atau watak kedua utama, saya akan selit tawaran lain. Selagi mana boleh kerja, saya akan kerja.

“Sebab saya masih baru dan perlu banyak lagi belajar dalam bidang lakonan,” katanya.

Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura

SINGAPURA: Mohamad Sabu atau Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura. Kali ini di Restoran Al Jasra, Changi Rd.

Kejadian berlaku ketika Menteri Pertahanan itu singgah di restoran itu semalam selepas temu bual bersama Bernama di Changi Naval Base sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Mat Sabu berada di sini selama tiga hari sejak 18 Oktober dalam rangka lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari hingga 20 Oktober.

Menteri itu pernah ‘dikepung’ pada Jun lalu di Singapura ketika singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat.

Beliau turut ‘dikepung’ oleh pekerja-pekerja hotel termasuk Chef tempat beliau menginap ketika di republik itu.

Semalam, beliau tidak ‘dilepaskan’ sekali lagi untuk beberapa ketika oleh orang awam.

Ia memberi sedikit tekanan dan kegelisahan di wajah pegawai pengiring Singapura yang bertugas menjaga keselamatannya.

Rata-rata pengunjung di restoran itu mengenali Mat Sabu dan ‘mengepung’ beliau bertujuan hanya untuk berswafoto bersama seorang daripada pemimpin utama Pakatan Harapan itu.

sumber: BH

Mat Sabu seperti biasa tidak menolak dan bersalaman bersama orang awam yang menyapanya.

Ketika melintas jalan bersama Mat Sabu, Bernama turut menyaksikan seorang pemandu van tergesa-gesa menurunkan cermin tingkap dan memanggil “YB Mat Sabuu.!”

Mat Sabu dengan bersahaja menyahut “Ya.. Dari mana..?” Dan dijawab pemandu tersebut “Dari Penang…”

Walaupun berjaga-jaga, pegawai keselamatan Singapura tetap memberi ruang untuk orang awam mendekati Mat Sabu.

Mereka tetap mengiringi Mat Sabu walaupun ketika beliau memilih lauk dan membasuh tangan di sinki.

Mungkin sedikit berlainan bagi mereka ‘mengiringi’ pemimpin bernama Mat Sabu ini kerana beliau tidak kekok untuk makan bukan di restoran lima bintang dan bertemu orang awam tanpa protokol. – BERNAMA

Mana budi bahasa? – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pemandu teksi, ‘angkat kaki’ meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu GRAB disifatkan sebagai tiada budi bahasa.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, ketika menyelar sikap dicerminkan golongan yang sebelum ini diberi jolokan ‘duta kecil negara’ itu berkata tidak mungkin sesuatu penjelasan atau maklum balas berupaya memuaskan hati semua pihak.

“Kepada pemandu teksi yang biadab dalam sesi dialog tadi, mana budi bahasa anda? Ayahanda @chedetofficial (Dr Mahathir), dont be sad and please dont give up on us (jangan bersedih dan berputus asa terhadap kami),” katanya menerusi akaun Instagram rasminya @syedsaddiq, hari ini.

Dr Mahathir ketika menghadiri Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, hari ini dilaporkan berkata beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan keluar meninggalkan majlis berikutan enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

sumber: BH

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali dalam pentadbiran kerajaan selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan… saya pun tak boleh tolong. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara… Orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata kejayaan akhirnya akan ditempa dengan berbekalkan niat dan usaha.

“Selagi niat dan usaha di tempat yang betul, insya-Allah kita akan berjaya bersama,” katanya dipercayai cuba ‘memujuk’ Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU selepas kelihatan hampa dengan sikap ditunjukkan segelintir pemandu teksi berkenaan.

[VIDEO] “Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi, yang kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta selepas ditahan dengan 45 jenis pertuduhan itu dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa berada bersamanya

Salah seorang ahli keluarganya merupakan cucu perempuan berusia 9 tahun yang bernama Sofee.

Baru-baru ini, dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee memberitahu pihak lawan datuknya bahawa “saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman.”

Dalam klip berdurasi 28 saat itu kelihatan bahawa ibu kepada cucu perempuan presiden UMNO itu telah melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur ‘ugutan’ bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi.

sumber: says.com

Lihat klip penuh video tersebut di bawah:

"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi

"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi

Posted by Media Sentap on Saturday, 20 October 2018

“You can lock my grandpa up, but not his soul and his fighting spirit. We are his family and we will never stop praying for him.

“I will make your life un-peaceful (sic). I will make you regret your life. Remember – I am only nine years old and I am my country’s future.”

BAHASA:

“Anda boleh menahan atuk saya, tetapi bukan jiwanya dan semangat juangnya. Kami adalah keluarganya dan kami tidak akan berhenti berdoa untuknya.

“Saya akan membuat hidup anda tidak aman, saya akan membuat anda menyesali hidup anda. Ingat – Saya berusia sembilan tahun dan saya adalah masa depan negara saya.”

Mahathir luah hasrat mahu letak jawatan

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasrat mahu meletak jawatan Perdana Menteri pada majlis dialog bersama pemandu teksi di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri menyatakan hasratnya itu selepas kecewa dengan tindakan sekumpulan pemandu teksi bertindak keluar dewan pada majlis dialog itu.

Pemandu teksi tersebut keluar dewan tersebut selepas dipercayai mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai isu perkhidmatan e-hailing membabitkan Grab.

“Saya akan letak jawatan kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara, dah orang panggil balik. “Saya hari ni letak jawatan, tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau berusaha untuk membantu semua pihak termasuk pemandu teksi. “Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga,” katanya.

Seramai 200 pemandu teksi di pulau peranginan itu hadir pada majlis dialog tersebut. – K! ONLINE

VIDEO – NETIZEN KECAM UCAPAN ELLY SURIATI YANG TERJERIT JERIT DIKHALAYAK RAMAI..

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara ke atas 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Nurulhidayah Zahid bersama ahli UMNO semalam telah berkumpul di hadapan pejabat SPRM melakukan soladiriti buat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut kelihatan pelakon Elly Suriati yang bersemangat memberi ucapan perjuangannya demi parti itu.

Ucapan semangat Elly Suriati

Katanya Ucapan Elly Suriati Malam Tadi….Bersemangat Betul…. Ngeri Pon Ade… 😅😅😅

Posted by Viral Media Johor on Thursday, 18 October 2018

Dalam video berdurasi 3:48 minit ini, Elly Suriati memberi ucapan penuh emosi demi pemimpin-pemimpin UMNO. Dia melaungkan kata-kata semangat buat parti yang dakwanya dijatuhkan dengan perang persepsi terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambahnya, semangat juang mereka besar, mereka tidak takut sama sekali. Banyak yang telah UMNO lakukan, dan tiada siapa bisa menjatuhkan UMNO. Elly dengan tegas mengatakan ‘kamu’ tidak boleh menjatuhkan rakyat, tapi rakyat boleh menjatuhkan ‘kamu’.

Respon netizen

Sumber : Viral Media Johor via OhBulan

Sultan Johor kurniakan 60 hektar tanah untuk rakyat

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 60 hektar untuk mendirikan 1000 unit rumah mampu milik di negeri ini.

Khabar gembira itu disampaikan anakandanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasminya, sebentar tadi.

“Minggu depan, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Sultan Johor, ia selepas baginda berkenaan mengurniakan tanah untuk membina rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000.

“Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat,” katanya.

Tunku Ismail berkata, sumbangan tersebut direalisasikan setelah dirinya sendiri turun padang dan mendengar sendiri rintihan rakyat menerusi beberapa lawatan yang dilakukan.

Katanya, sumbangan diberikan kepada rakyat itu juga tidak berniat apa-apa malah dianggap sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebagai Tunku Mahkota Johor dan kerabat diraja.

“Sumbangan keluarga diraja Johor kepada rakyat bukan baru minggu lepas tetapi sejak zaman nenek moyang saya lagi iaitu pada tahun 1885. Saya cuma meneruskan legasi almarhum-alamarhum Sultan Johor dan juga ayahanda saya.

“Suka saya nyatakan kepada mereka ini bahawa ini bukan tindakan yang aneh tetapi ia adalah tugas, amanah dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor. Saya melakukan kerja ini ikhlas demi kesejahteraan rakyat saya,” katanya.

Budak 12 tahun raba wanita dalam bas, kakak minta

PETALING JAYA: Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki mengundang kemarahan pelayar media sosial.

Menerusi satu posting yang ditularkan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya yang hampir [email protected] dalam sebuah bas baru-baru ini.

Wanita berkenaan, Nuraishah Laziman, 26, dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Putrajaya sebelum tersedar sekitar 2.30 pagi akibat percubaan ‘liar’ kanak-kanak itu.

“Sewaktu sedang nyenyak tidur, saya rasa macam ada orang sentuh sekitar leher. Rupanya lelaki tu sedang masukkan tangan melalui kolar baju saya.

“Saya buka mata, nampak dia sedang berdiri dari kerusi hadapan dan membongkokkan badannya merapati saya.

“Memang terkejut dan menggigil masa tu, dia pun terus tarik tangan dan kembali duduk di kerusinya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dia yang mesra disapa Sha bagaimanapun hanya berdiam diri pada waktu itu dan tidak mahu menimbulkan kekecohan kerana semua penumpang lain sedang nyenyak tidur.

Malah, dia juga menyangka si pelaku merupakan seorang lelaki dewasa berdasarkan fizikalnya yang tinggi.

Sekitar sejam selepas kejadian itu, dia yang tidak dapat melelapkan mata terlihat lelaki itu seolah-olah sedang mendekati kerusi seorang penumpang lain, berkemungkinan untuk mencuri barangan peribadi miliknya.

“Saya terus suluhkan lampu telefon ke bahagian kepala dia dan tanya apa yang sedang dilakukan.

Posting Sha yang tular di media sosial.

“Wanita bersebelahannya yang sedang tidur pun saya kejutkan. Rupanya dia kakak kepada lelaki itu.

“Setelah disoal, dia mengaku lelaki itu merupakan adik kandungnya yang baru berusia 12 tahun,” ujar Sha yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar si pelaku.

Menurut Sha lagi, wanita itu kemudian memohon maaf bagi pihak adiknya setelah dia menceritakan apa yang berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur.

“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu, dia minta settle dan tak nak besarkan kes ini.

“Yang saya geram, adik dia buat muka tak bersalah je. Ikut hati memang rasa marah, tapi saya kesian pada kakaknya. Bila fikir balik, menyesal tak lempang muka dia,” katanya lagi.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah menziarahi datuk mereka yang sedang sakit.

Sumber:  mstar

Sementara itu, Sha yang tidak membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu mengakui serik untuk menggunakan perkhidmatan bas pada masa akan datang.

Tambahnya, biarpun kejadian berlaku pada Isnin lalu, perasaan trauma masih menebal dan gambaran peristiwa itu juga masih terbayang jelas di mindanya.

Perkongsian Sha di laman Facebook turut menerima reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengaku terkejut dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Like what? Baru 12 tahun, eeee jijiknya perangai. Baju pun parents belikan lagi ada hati nak meraba orang. Patut bagi tamparan maut je, baru tahu tinggi rendah langit tu… ishh geram pulak rasa,” tulis Tyra Mohamad.

“Allahu.. ingat orang besar (dewasa), sekali budak lagi. Kesian ada, nak marah pun ada,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.