Tak tahan setiap pagi dengar bunyi s3ks, jiran beri pengajaran!

SEORANG wanita yang tidak tahan dengan jirannya yang sering mengejutkannya setiap pagi dengan ‘bunyi s3 ks’ memutuskan berkongsi bunyi itu dengan seluruh dunia di Facebook.

Ternyata perkongsiannya itu tular!

“Kamu, dia dan keresahan saya,” demikian tajuk posting yang ditulis pengguna Facebook Mukjariya Chuaynoi, Isnin.

Postingnya itu kini telah dikongsi lebih dari 13,000 kali.

“Setiap pagi. Dah berterusan selama sebulan. Bunyinya sangat kuat dan kadang kala saya terbangun sebelum penggera berbunyi,” tulis Mukjariya.

Sumber:  mstar

Dalam salah satu daripada tiga klip yang dimuat naik, Mukjariya berjalan dan turun tangga ke lobi apartmen, namun bunyi itu masih boleh didengari dari bawah.

“Mereka macam mahu menunjuk-nunjuk. Haha,” katanya.

Wanita yang dilaporkan tinggal di wilayah Surat Thani itu memberitahu Amarin TV bahawa dia mahu menghantar satu mesej kepada penyewa apartmen lain supaya jangan bising sehingga mengganggu jiran lain.

Walaupun Mukjariya berkata dia berkongsi video itu untuk tujuan suka-suka, dia tetap berharap jirannya melihat rakaman tular itu dan mereka akan mula memperlahankan bunyi yang tidak suka didengarinya itu.

Hantu kapten ‘Titanic’ melintas di belakang pasangan suami isteri ?

SEPASANG suami isteri ketakutan selepas mempercayai gambar mereka merakamkan kelibat hantu kapten kapal Titanic ketika berkunjung di sebuah pub lama yang dikaitkan dengan kapal karam tersebut.

Cheryl dan Luke Arkless menyedari sesuatu yang kabur berada di belakang mereka (dalam gambar tersebut) dan mendakwa berasa seram sejuk.

Pasangan tersebut yang kedua-duanya berusia 34 tahun bercuti ke Belfast di Northern Ireland ketika mereka berkunjung ke pub Robinson itu.

Mereka berdua mempercayai kelibat itu adalah jelmaan kapten kapal, Edward John Smith.

Pembuat kek, Cheryl berkata: “Ibu mentua saya mengambil tiga gambar saya dan suami, semuanya dirakam selang beberapa saat.

“Rasa macam sejuk di belakang kami, tapi kami tidak nampak apa-apa atau menyedari ada sesiapa di belakang kami.

“Hanya selepas kami pulang ke England dan melihat semula gambar itu, saya perasan ada sesuatu yang kabur.

Smith.

“Saya panggil suami dan dia kata mungkin ada orang berjalan dengan laju di belakang kami.

“Tapi, saya berasa skeptikal pada awalnya dan sekarang saya rasa ia memang nampak seperti seorang lelaki.

Gambar itu baru dikeluarkan untuk pertama kalinya selepas Cheryl menyenaraikan kumpulan pemburu hantu, Paranormal Investigations UK untuk mengesahkan ia adalah ‘tulen’.

“Apabila saya mendapat laporan daripada Paranormal Investigations UK, saya terkejut kerana mereka berkata gambar itu 100 peratus tidak dapat dijelaskan.

“Selepas menonton filem itu (Titanic), anak perempuan saya, Yasmin menunjukkan wajahnya dalam gambar dan berkata ‘ibu lihat, ia adalah kapten itu’.

“Bulu roma saya naik kerana saya tidak beritahu anak-anak yang kelibat itu kelihatan seperti seperti kapten tersebut,” katanya. – Mirror UK , mstar

Syed Saddiq mahu ambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementerian berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu.

Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘Riben Kuning’ yang dilaksanakan kementeriannya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.

“Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak ‘expect’ pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Penjara Sungai Buloh di sini, Jumaat.

Program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri serta badan-badan bukan kerajaan bertujuan mengadakan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sistem sokongan terhadap bekas banduan.

Syed Saddiq berkata jika bekas banduan tersebut dapat berkhidmat dengan baik di pejabatnya, ia akan membuktikan bahawa masyarakat juga boleh menerima mereka dan memberi sokongan kepada mereka.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh penghuni belia Penjara Sungai Buloh, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan daripada kerajaan dan swasta bagi mencari mekanisme lebih baik untuk bekas banduan belia menjalani kehidupan selepas tamat hukuman.

Katanya, adalah tidak adil apabila golongan belia yang melakukan satu kesilapan dipinggirkan selepas keluar dari penjara sedangkan mereka mempunyai masa depan yang panjang dan perlu dibantu bagi mengelak melakukan kesilapan berulang. – Bernama

Sumber: mstar