Guru Disyaki Cabul Pelajar Ditahan

KUCHING: Seorang guru disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua pelajarnya akan dihadapkan ke Mahkamah Serian pagi Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Datuk Dev Kumar, suspek yang berusia 37 tahun itu mengajar di sebuah sekolah di daerah Serian disyaki melakukan seksual fizikal terhadap dua murid lelakinya yang masing-masing berumur 10 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

 

Menurut Dev, mangsa pertama dicabul pada Mei 2017 di dalam pejabat Hal Ehwal Murid manakala bagi mangsa kedua, kejadian berlaku pada Ogos 2017 di dalam stor sekolah berkenaan, bagaimanapun murid itu berjaya melepaskan diri.

Katanya, keluarga kedua-dua mangsa mendakwa mereka telah mengadu kepada pihak sekolah tetapi tidak ada tindakan atau maklum balas daripada pihak sekolah dan ini telah memaksa mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian pada Isnin.

Menurut Dev, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Serian menahan suspek petang Isnin ketika dia datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serian. – Bernama

Sumber:www.mstar.com.my

 

SEDIH! Inilah Perbualan TERAKHIR Whatsapp Anggota TLDM Dgn Isteri Sentuh Hati Netizen !!!

Nur Liya Asmira, isteri kepada Laskar Kelas 1, Muhammad LailatuIman Mohd Shukri, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Unit Sungai Wangi, Sitiawan, banyak mendiamkan diri sebaik menerima berita kematian suaminya petang semalam.

Abang ipar Muhammad LailatuIman yang enggan dikenali berkata, Nur Liya Asmira hanya berdiam diri dan kerap menangis selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6 petang semalam.

“Nur Liya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur banyak mendiamkan diri sejurus menerima berita itu.

 

“Dia lebih banyak menyendiri dan tidak selera makan serta kerap menangis sejak semalam,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Beliau berkata, Nur Liya tinggal bersama anak perempuan mereka berusia enam bulan di Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya.

Katanya, Allahyarham sering pulang pada hujung minggu untuk bertemu isteri dan anaknya.

“Saya hanya mahukan pembelaan terhadap kematian suami,” kata Nur Liya Asmira Yahya, 24, isteri Allahyarham Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.

Suaminya meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh, kelmarin.

Nur Liya Asmira yang enggan mengulas lanjut kerana masih bersedih dengan kejadian itu mengakui terkilan sebaik mendapat tahu punca sebenar kematian suami tersayang.

Nur Liya Asmira yang ditemui di kediamannya di Kampung Bagus menangis setiap kali orang ramai yang hadir bertanyakan kejadian menimpa suaminya dan hanya memeluk anak bongsunya, Aisyah Humaira yang berusia empat bulan.

Dia turut meminta pihak media memberi ruang kepadanya kerana masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka sekeluarga.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Lailatulman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Rantau Panjang, di sini, pada jam 9.30 pagi tadi.

Sementara itu, Pegawai Memerintah KD Lekir, Kapten Mahadzir Mokhtar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hadir sama berjumpa keluarga Allahyarham dan memberi sumbangan wang tunai kepada bapa dan isteri Allahyarham.

Semalam, TLDM menubuhkan satu Lembaga Siasatan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) susulan dua anggotanya termasuk Laskar Muda Kelas 1, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, meninggal dunia ketika menjalani latihan fizikal, Jumaat lalu.

Berikut merupakan perbualan terakhir anatara Liya dan Suaminya semasa suaminya ditahan

 

 

Kredit : AmazingNara

 

(Video) Terkini: Lebih 50 Maut Dalam Serangan Bersenjata di Las Vegas, Paling Dasyat Dalam Sejarah AS

Amerika – Lebih 50 terbunuh dan 200 cedera dalam satu serangan bersenjata di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas dalam kejadian hari ini.

Kejadian itu menjadikannya sebagai insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah A.S. moden.

Menurut beberapa video dari saksi yang dimuat naik ke media sosial, dapat didengar tembakan tanpa henti dilepaskan oleh penembak yang disifatkan sebagai ‘lone wolf’ oleh pihak berkuasa.

 

Dapat dilihat orang ramai bertempiaran lari apabila tembakan dilepaskan.

loading…

Penembak itu dikenali sebagai Stephen Paddock, seorang penduduk di Mesquite, Nevada yang berusia 64 tahun.

Insiden itu mengambil tempat ketika penyanyi Jason Aldean sedang membuat persembahan di atas pentas di kawasan berkenaan.

Menurut Telegrahp, lelaki itu ‘menyembur’ peluru dari tingkat 32 di Mandalay Bay sehinggakan ada pengunjung yang menyangka ianya persembahan bunga api. Motif kejadian masih belum diketahui.

 

Sumber:www.siakapkeli.my

 

 

(Video) Pegawai Pengiring Najib Hampir Jatuh Kena ‘Tolak’ Dengan Krew Formula 1 Ferrari Di Litar Sepang

Sejak semalam tular di laman sosial sebuah video sebuah kejadian yang menjadi bualan ramai netizen di mana ianya berlaku semasa berlangsungnya perlawanan Formula 1 di litar Antarabangsa Sepang.

Video yang tersebar itu menunjukkan kelibat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pegawai pengiringnya melalui sekitar kawasan perlumbaan, kemungkinan Pit Stop.

Semasa melalui kawasan itu, dilihat seorang krew pasukan Scuderia Ferrari telah bertindak menolak pegawai ke tepi apabila sebuah kereta mereka sedang ditolak memasuki kawasan berkenaan.

 

Lelaki itu sebenarnya cuba mengelakkan para pegawai itu dari dilanggar kereta Formula 1 tersebut, caranya mungkin dilihat agak kasar, tetapi mungkin kerana tidak mahu berlaku sebarang kecederaan kepada orang sekitar kawasan berkenaan.

Scuderia Ferrari merupakan pasukan utama dalam dunia Formula 1 di mana jentera mereka dipandu oleh Sebastian VETTEL dan Kimi RAIKKONNEN.

Apa pun krew tu tolak sebab dia tak mahu kejadian tidak diingini terjadi. –

 

Siakapkeli.my

 

Tukar Nama FB Pula

PETALING JAYA: Selepas menutup laman Facebook gara-gara dikecam netizen, penganjur Ekpo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017, Jobsifu.com Malaysia kini didakwa menukar nama laman media sosial tersebut.

Netizen yang berang dengan tindakan penganjur expo kerjaya yang menawarkan lebih 5,000 jawatan melibatkan syarikat terkemuka negara itu berkongsi paparan skrin yang menunjukkan laman Facebook Jobsifu.com Malaysia ditukar kepada Cuti Cuti Malaysia.

@ Nasir Al-Helmy berkata:”Setelah mengaut wang dari siswazah dan anak muda yang tidak bekerja. Kini mereka mengajak pergi bercuti.”

 

@ Mohd Farhan Madzlan berkata:”Sudahla kita susah, ditipu pula kita.”

@ Aishah Azmi berkata:”Jobsifu.com Malaysia tukaq jadi cuti-cuti Malaysia noh.”

Terdahulu, Jobsifu.com Malaysia dikecam selepas seorang gadis mendedahkan pengalamannya umpama indah khabar dari rupa semasa menghadiri ekpo tersebut.

Gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Awin mendakwa kunjungannya ke expo sebenarnya sesuatu yang sia-sia dan tidak seperti yang diharapkan.

Posting Awin yang menjadi tular di media sosial.

Tindakan penganjur yang menjual borang permohonan kerja yang berharga RM10 setiap satu kepada graduan yang hadir disifatkan sebagai penipuan yang dilakukan secara halus demi mengaut keuntungan.

Jika pada Sabtu, hotel di Alor Setar, Kedah menjadi lokasi penganjuran ekpo tersebut yang dibanjiri ribuan graduan, berbeza pula situasinya pada Ahad.

Menurut Facebook Aduan Rakyat Kedah, jalan masuk ke persimpangan hotel tersebut bertukar lenggang pada Ahad.

“Jika tengahari Sabtu untuk masuk ke simpang ** Hotel pun sesak panjang, hari ini (Ahad) nampaknya lenggang. Untuk rekod Expo Kerjaya anjuran Jobsifu.com Malaysia berlangsung dua hari iaitu pada 30 September dan 1 Oktober,” tulisnya.

Sehingga berita ini ditulis, usaha mStar Online untuk mendapatkan reaksi balas pihak penganjur ekpo tersebut tidak berhasil.

Panggilan ke nombor telefon bimbit yang disediakan pada iklan promosi ekpo tersebut dan mesej pesanan menerusi WhatsApp juga tidak dijawab.

Sumber:www.mstar.com.my

 

Pegang Lelaki Bogel Sebagai Persembahan Seni

SATU persembahan yang diadakan oleh seorang lelaki yang berbogel di muzium seni di Sao Paulo telah mencetuskan kontroversi selepas seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dibenarkan menyentuh badan lelaki itu.
Kanak-kanak berkenaan menyentuh kaki dan tangan lelaki itu, Wagner Schwartz yang sedang berbaring di atas lantai.

Sementara ibu kanak-kanak terbabit hanya melihat dan turut memberikan sokongan kepada anaknya.

 

Ia menyebabkan orang ramai dan pemimpin politik mendesak tindakan diambil ke atas Schwartz.

Mereka menyifatkan ia sebagai menjijikkan dan tidak boleh diterima kerana ia dipenuhi dengan unsur erotik, paedophilia dan lucah.

Schwartz, yang telah mengadakan persembahan bogel sejak beberapa tahun lalu menggelar hasil kerjanya sebagai `La Bete’.

“Ketika saya berbogel, saya membenarkan penonton untuk berinteraksi dengan badan saya. Mereka dijemput untuk memegang atau memanupulasi badan saya dalam gerakan berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, penganjur persembahan itu, Museum of Modern Art (MAM) menafikan persembahan itu berunsur erotik sebaliknya memberitahu ia dijalankan dalam persekitaran tertutup.

“Kanak-kanak itu bersama dengan ibunya yang juga seorang artis. Anaknya meminta untuk melihat persembahan itu dan telah diberikan penjelasan mengenainya.

“Kanak-kanak itu mahu mengambil bahagian dan dengan pemantauan ibunya, dia dibenarkan melihat persembahan bogel itu,” kata penganjur.

MYNEWSHUB.CC

 

Ketat Sampai Nampak Seluar Dalam? Netizen Doa Ainul Aishah Diberi Hidayah

Memang tak dinafikan sebagai artis kena jaga penampilan setiap kali menghadiri majlis. Dan bagi pelakon Ainul Aishah ini juga nampak semakin berseri-seri Ainul Aishah, lebih-lebih lagi bila sekarang ini dia sedang hangat bercinta dengan kekasih barunya yang dikenali sebagai Khalid Redzuan.

Sebelum ini, Ainul pernah terpalit dengan kontoversi gara-gara gaun seksi sehingga menjadi kecaman netizen, kali ini Ainul menjadi bualan lagi disebabkan perkara yang sama.

Melalui gambar-gambar yang dimuat naik di Istagram, pelakon yang sekarang ini turut bergelar penyanyi itu dilihat menghadiri sebuah majlis kosmetik antarabangsa, Lancome.

 

Bukan itu yang menjadi perhatian, sebaliknya Ainul hadir dengan penampilan yang dianggap terlampau seksi. Dia mengenakan gaun berwarna nude dan agak ketat sampai menampakkan bentuk seluar dalamnya.

Nampak manja di sebelah teman lelaki, Ainul dilihat selesa dengan imej sebegitu. Walaupun sebenarnya ramai yang kurang senang, namun ramai pengikutnya memuji-muji bentuk badan Ainul yang cantik.

Tak hairanlah sebab pelakon ini memang selalu pergi ke gym untuk bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan. Gambar-gambar seksi Ainul ini memang buat mana-mana lelaki pun terasa panas.




 

www.kakishare.tv

 

Lima Senjata Rahsia Kim Jong-un Yang Dunia Perlu Berwaspada

Korea Utara sedang menghadapi “perang saraf” dengan Amerika Syarikat. Ujian nuklear dan peluru berpandu Kim Jong-un dianggap sebagai ancaman kepada negara-negara lain.

Sejak Jong-un memimpin, media antarabangsa menyiarkan tentang berita armada perang dan senjata milik Korea Utara.

Editor RealClearDefense, Harry J. Kazianis, menyebut lima senjata rahsia milik Korea Utara yang mesti diketahui oleh dunia. Dipetik dari laman National Interest, kata Harry, Korea Utara mempunyai bom dengan kuasa letupan dahsyat.

 

Bom boleh digunakan untuk memusnahkan lima bandar yang padat penduduknya di Korea Selatan.

Korea Utara juga dikatakan mempunyai senjata kimia yang dapat mengurangkan populasi manusia. Senjata kimia pembunuh ini didakwa dibangunkan dengan masa yang lama.

Dalam tulisannya, Harry juga menyebut peluru berpandu jarak jauh Korea Utara boleh mengundang bahaya yang besar. Peluru berpandu Korea Utara pernah dilancarkan melintasi langit Jepun. Ancaman ini menjadi kebimbangan rakyat Jepun dan dunia.

Amerika Syarikat adalah sasaran utama peluru berpandu jarak jauh yang dibuat oleh Kim Jong-un.

Harry mengatakan dunia perlu tahu tentang ancaman artileri berat Korea Utara. Menurutnya, artileri berat itu akan digunakan untuk menyerang Seoul, Korea Selatan.

Walaupun masih sekadar andaian, dunia harus berwaspada oleh pemilikan artileri berat Korea Utara.

Satu lagi senjata yang dimiliki oleh Korea Utara ialah serangan siber. Dalam artikelnya, Harry meminta penduduk dunia untuk menyedari keupayaan pegawai penggodam yang dikatakan dari Korea Utara.

 

Sumber:www.laicikang.com

 

“Konon Expo Kerjaya Paling Besar..Rupanya Menipu Siswazah”

Ramai di kalangan siswazah hari ini banyak menganggur kerana peluang pekerjaan yang tidak banyak. Oleh itu, apabila ada ekspo pekerjaan yang dianjurkan oleh agensi pekerjaan sudah pasti beribu siswazah akan mencuba nasib.

Tetapi, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dalam kesempitan siswazah ini mencari pekerjaan. Sebuah agensi pekerjaan telah membuat satu ekspo pekerjaan dengan menawarkan lebih 5000 peluang pekerjaan.

Namun, ianya hanyalah janji bulan dan bintang apabila ramai siswazah yang hadir dikatakan harus membayar sejumlah wang untuk mendapatkan borang sahaja. Ikuti perkongsian dari lelaki ini yang merasakan ditipu oleh syarikat tersebut.

 

Hari neyh aku nak kongsi kejadian yg aku rasa paling tak patut dan malang buat ribuan pencari kerja. Seperti sedia…

Posted by Muhd Hafizul Zikri on Saturday, 30 September 2017

Mengikut seorang lagi netizen, laman Facebook syarikat yang menganjurkan expo kerjaya itu telah ditutup. Pihak berkuasa perlu bertindak agar orang ramai tidak terpedaya dengan syarikat yang mengambil kesempatan kepada anak muda.

Tambahnya lagi, syarikat tersebut menipu siswazah dengan menggunakan modus operandi.

1. Syarikat ini akan memberi pilihan 5 Syarikat kepada mereka yang hadir dengan cara kononnya melihat potensi seseorang melalui cara mereka menjawab soalan-soalan ketika di temuduga. ( Walhal semua dalam skrip, boleh rujuk gambar)

2. Mereka yang hadir untuk temuduga dikehendaki membayar RM 10.00 untuk satu borang Aplikasi untuk memohon setiap Syarikat. Bermakna yang hadir temuduga perlu membayar RM 50.00.

2. Mereka yang jalankan temuduga bukan dari mana-mana syarikat seperti dalam poster tersebut (boleh rujuk gambar), tetapi hanyalah staf Jobsifu.com Malaysia.

3. Aangkah terkejutnya mereka yang hadir untuk temuduga Job Fair tersebut apabila masuk ke dewan untuk memilih kerjaya, kerana di dalam dewan yang ada hanyalah Booth produk jualan dan hanya 2 syarikat menjalankan temuduga namun tidak memerlukan borang Aplikasi yang di beli dengan harga RM 10.00 untuk setiap syarikat.



www.kakishare.tv

 

Kilafairy Dapat Habuan Kerana Foto Melentik

PELAKON Kilafairy menerima komen berbaur lucah  gara-gara dia berkongsi foto badan melentik dan menonjolkan ‘asetnya’.

Kilafairy, 25, telah memuat naik foto tersebut di laman Instagram miliknya yang menarik perhatian netizen pada bahagian dada dan pinggulnya.

Selain kritikan ada juga segelintir yang memuji kecantikan bentuk badan Kilafairy yang kelihatan langsing.

 

“Badan awak memang dah cantik dari dulu,” kata peminat.

Kilafairy sememangnya memiliki potongan bentuk badan yang menarik dan langsing sehingga sentiasa menarik perhatian.

Foto yang dimuat naik Kilafairy yang membuatkan netizen meninggalkan komen berbaur lucah.

Malah, dia berani tampil seksi dan sering memuat naik foto-fotonya yang mempamerkan bentuk badannya di laman sosial.

Bagaimanapun, Kilafairy dilihat tidak melatah dan hanya membiarkan sahaja netizen memenuhi ruang komen tersebut.

Menerusi kapsyen yang ditulis, foto tersebut bertujuan untuk mempromosikan produk pelangsingan badan yang dipegangnya.

Sebelum ini selebriti Wak Doyok juga pernah meninggalkan komen yang berbaur lucah di Instagram aktres itu sehingga menjadi perbualan hangat netizen.

Sumber:www.mstar.com.my