Senarai Lagu Konsert Pertama: Peminat Tak Sabar Tunggu Persembahan Bintang GV4

Seramai 12 bintang GegarVaganza musim keempat (GV4) bakal berentap di konsert pertama yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil malam ini.

Bintang-bintang tersebut adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert minggu pertama ini menyaksikan 12 bintang berkenaan membawakan lagu popular mereka sendiri.

 

Berikut merupakan senarai lagu bintang GV4 minggu ini:

1. Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga

2. Syura – Nazam Berkasih

3. Raja Azura – Hati Terkunci

4. Aqasha – Embun

5. Tia Jimbara – Farhana

6. Hazami – Mungkir Bahagia

7. Ferhad – Kasih Berubah

8. Elyana – Tak Tercapai Akal Mu

9. Aishah – Janji Manismu

10. Firman Siagian – Kehilangan

11. Lan Kristal – Seragam Hitam

12. Haida – Zapin Usik – Mengusik

Dalam pada itu, peminat mula menyatakan rasa teruja melalui platform media sosial dengan menggunakan ‘mention’ GegarVaganza dan juga bintang kesayangan masing-masing.

Rata-ratanya memberitahu tidak sabar untuk menonton persembahan hebat mereka malam ini.

“Guys jangan lupa tengok GegarVaganza. Hahaha aku excited terlebih sebab nak tengok Aqasha dan sekutunye. Hehehe,” – @haziqahRF

“GegarVaganza musim ke 4 ni ramai artis yang hebat-habt dan lama tak nampak, can’t wait! Taktau nak team siapa,” – @kakpiee

“GegarVaganza nak start dah. Nak tengok Firman nyanyi lagu Kehilangan. Suara serius power,” – @ahmademir

“GegarVaganza pun boleh tahan power. Aishah, Aqasha, Raja Azura, Lan Kristal, Liza Hanim, Ferhad, Hazami, Elyana etc,” – @einanana

“Balik sebab nak tengok temperature of love tapi ibu nak tengok GegarVaganza pulak,” -@mrzsyzwna

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Mya Amri / gempak

 

Patung Seks Jadi Kegilaan Masyarakat Kini Jadi Tular

Cina mempunyai populasi 50 milion lelaki dan perempuan. Industri sex di Cina sangat meningkat kerana dasar kerajaan ‘One Child Policy Demographic’.Kilang ini membuat patung perempuan dari silicone dan ianya sempurna.

Video ini merupakan laporan dari Thomas Morton iaitu wartawan yang membuat dokumentari tentang china untuk rancangan VICE di HBO.Kami sudah cuba mencari gambar untuk kilang ini tetapi gagal,tak apalah tengok video pun kira ok.

loading…

 

-www.kakishare.tv

 

Hasrat Datuk Seri Vida ‘Sponsor’ Pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Ke Tanah Suci Tercapai.

Siapa yang tidak mengenali pegasas Syarikat produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd,Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali DSV yang sentiasa mencuri perhatian dalam apa jua yang dilakukannya.

Malah,sebelum ni beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk membawa 18 pelajar yang terbabit dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung beberapa bulan yang lalu.

loading…

 


Kini,hasrat telah tercapai.Menerusi sebuah entri di Instagram miliknya,DSV mangakui dia telah lama menyimpan hasrat itu dan beberapa kali rancangannya teregndala akibat mengalami beberapa masalah.

Rata-rata pengikutnya mengakui kagum dengan sikap baik yang ditunjukkan jutawan itu.Perkongsian pelantun lagu I Am Me itu telah menerima lebih daripada 82,000 tontonan setakat ianya dimuat naik lima jam lalu.Ada juga yang berharap agar lebih ramai jutawan bersikap seperti DSV.

Bagaimanapun,Selain pakej umrah itu,beliau juga bercadang untuk membawa semua mangsa untuk bercuti bagi merawat trauma mereka.

-www.kakishare.tv

 

PPIM jangan lagak samseng – Ridzuan

KAJANG – Ahli-ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu belajar menggunakan pendekatan yang lebih harmoni menangani sesuatu isu tanpa perlu berlagak ‘samseng’.

Itu pesanan Presiden Parti Ekonomi Rakyat Malaysia (Pekira), Mohd. Ridzuan Abdullah kepada NGO tersebut yang didakwa mula menyalahkan kerajaan dalam beberapa perkara selepas dikenakan tindakan perundangan selepas membela nasib pengguna yang menjadi mangsa penipuan.

Menurutnya, sikap sesetengah anggota badan bukan kerajaan itu yang cuba mengambil alih tugas pihak berkuasa meskipun mempunyai niat murni dalam membela nasib mereka yang ditindas tetapi cara yang digunakan tidak betul.

 

“Hari ini kita lihat ada tiga kategori NGO iaitu NGO terpelajar, NGO baru nak belajar dan NGO kurang ajar.

“Kerajaan perlu kaji NGO macam ini. Saya sebagai presiden sebuah parti politik sebelum ini pernah terlibat dalam pertubuhan NGO tetapi saya tidak buat perkara diluar batasan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di sini malam ini.

Mohd. Ridzuan berkata demikian mengulas mengenai tindakan berani Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi dan Ketua Operasi Unit Tindakan Khas PPIM, Ali Salimin yang didakwa di mahkamah kerana menceroboh sebuah stor di Kajang pada Julai lalu.

Pada Selasa lepas, Yusuf dan Ali didakwa di Mahkamah Kajang atas dua pertuduhan kerana menceroboh premis AGR Trade Sdn. Bhd. di Kajang.

Mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan RM5,000 dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.

Dalam pada itu Mohd Ridzuan menggesa, pihak yang mengawal pengoperasian NGO di pejabat perdana menteri supaya bertindak tegas terhadap NGO-NGO

“Kalau NGO ni kurang ajar panggil mereka, tanya apa masalah dia. Bukan biarkan begitu sahaja. Mesti ada sebab mereka begitu.

“Kalau NGO tu pro kerajaan panggil mereka kalau mereka meragam. Macam Ikhlas Yang Aamat Berhormat pernah bantu beberapa kali untuk program usahawan-usahawan dan sebagainya.

“Pegawai di Jabatan Perdana Menteri kena lihat, mungkin PPIM jadi macam ini sebab tak dapat dana atau peruntukan dalam bentuk geran NGO dan sebagainya,” katanya juga merupakan Presiden Pertubuhan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas).

MalaysiaGazette

 

(Video) Wanita Menggigil Lihat Lelaki Tidak Dikenali Buka Zip Seluar Buat Perkara Tak Senonoh Belakang Rumah

Seorang wanita nyata terkejut hingga menggigil apabila menjadi saksi kepada perbuatan seorang lelaki melakukan onani di belakang rumahnya di Taman Utama di Klang, Selangor.

Ketika kejadian yang belaku pada jam 2.20 petang, Aziyana Sudin, 32, yang mahu membasuh pinggan melihat kelibat seorang lelaki melalui tingkap dapur rumahnya yang sengaja dibuka untuk mengeluarkan bau masakan.

Ketika lelaki itu lalu di belakang rumahnya, Aziyana melihat lelaki itu menutup zip seluar yang disangkanya mungkin membuang air kecil.

 


“Tidak lama kemudian lelaki terbabit sekali lagi lalu di belakang rumah menyebabkan saya mulai rasa tidak sedap hati lalu membuka pintu, namun terkejut selepas melihat dia melakukan perkara tidak senonoh.




“Saya terus memarahinya, namun dia buat tak tahu. Selepas saya berkata mahu menghubungi polis, baru dia beredar,” katanya yang bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam.

Ujarnya lagi, dia baru berpindah sejak tiga minggu lalu ke kawasan perumahan tersebut dan pernah melihat kelibat lelaki itu di belakang rumahnya, namun tiada kejadian yang tidak diduga berlaku sebelum ini.

Insiden tersebut mendapat perhatian netizen apabila video serta gambar kejadian tersebut dimuat naik ke laman sosial olehnya.

Aziyana bagaimanapun mengakui tindakannya itu menerima kecaman daripada sesetengah netizen namun berkata tindakan memuat naik status itu kerana mahu mengingatkan suri rumah lain serta kanak-kanak supaya berhati-hati.

“Saya minta kejadian seperti ini dijadikan iktibar untuk wanita di luar sana. Kunci pintu belakang rumah dan jangan biarkan anak-anak bermain sendirian di luar rumah,” katanya.

Manakala Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan mengesahkan menerima laporan yang dibuat Aziyana.

Sumber : myMetro

 

Kerajaan Mansuh Kutipan Tol Di 4 Laluan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau, Selangor mulai 1 Januari 2018.

Demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata kerajaan juga akan memansuhkan kutipan tol di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan tol Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan perkara itu ketika ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Kutipan tol bagi kenderaan Kelas 1 di Plaza Tol Batu Tiga ialah sebanyak RM1.10 manakala RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau.

Sebelum ini, beberapa pihak telah mendesak supaya kutipan tol di kedua-dua kawasan yang telah beroperasi sejak November 1993, dimansuhkan.

EDL, yang sepanjang 8.1 kilometer, mula beroperasi pada April 2012.

– BERNAMA

 

Suami seronok like gambar wanita (cantik/seksi) lain, suami seperti itu sebenarnya tak hormat isteri

Kebiasaannya, hubungan rumah tangga hanya hangat di peringkat awal. Namun bila lama kelamaan, ada segelintir suami yang mulai bosan melihat isterinya setiap hari. Ditambah pula dengan ahli group WhatsApp yang entah apa-apa, sering menghantar gambar wanita cantik/seksi membuatkan si suami merasakan isterinya semakin banyak kekurangan.

Nampak remeh, tetapi perkara-perkara kecil sebegini boleh meruntuhkan rumah tangga jika si suami tidak pandai mengawal dan termakan ‘hasutan-hasutan’ kecil ini yang akhirnya menyebabkan berlakunya perpisahan. Jadi, mahukan anda terus melukai hati pasangan anda? Berubah sementara masa ada masa. Semoga perkongsian dari Akhtar Syamir ini bermanfaat.

ISK!! Makin lama makin lemau aku tengok isteri aku ini,” kata si suami dalam hatinya.

 

Handphone dibelek-belek, membuka WhatsApp group rakan-rakan. Ada yang berkongsi gambar wanita-wanita cantik berserta caption ‘Selamat pagi abang-abang dalam group nie’. Cair si suami melihatnya.

Tidak kurang juga yang sering berkongsi mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Yang peliknya, yang berkongsi bahan-bahan berkenaan adalah suami orang. Anak pun dah berderet, berkongsi pula dengan rakan-rakan yang sudah berkeluarga dan kadang-kadang tanpa segan silu berkongsi dengan group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga. Yang paling menyedihkan, group keluarga/keturunan pun ada yang berkongsi perkara sebegini. Malu betul bila cucu/anak saudara/mak saudara/sepupu sepapat lain melihat kenakalan mereka.

Bila masuk ke media sosial, si suami seronok ‘like’ gambar-gambar wanita cantik dan seksi. Seperti satu kepuasan bagi mereka apabila dapat ‘berinteraksi’ kononnya dengan tuan empunya gambar. Yang menariknya perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain yang mungkin mengenali si suami.

Bila buat benda-benda sebegini, terus terang saya katakan si suami sebenarnya tidak menghormati isterinya. Orang yang dikahwini di atas nama cinta dan sayang. Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati tetapi si suami ada beribu wanita di mata.

“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.

“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus menjadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun dah lalu. Lemau saja rasanya. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun mengelebeh sana sini. Tak ada selera langsung dah.

“Dua minggu sekali, itu pun sebab terdesak. Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia. Kelihatan seperti makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah aku tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap saja mata memandang. Kalaulah isteri aku macam tu,” kata suami.

Kalau si suami ada perasaan seperti ini, amatlah menyedihkan. Kenapa isteri tak cantik? Isteri itu di bawah jagaan siapa? Seperti anak, isteri juga perlu dibentuk oleh suami. Awak mahu isteri awak cantik tetapi awak yang tidak menjaganya. Macam mana nak cantik? Rambut dia serabai, gugur sana sini, awak nak salahkan dia? Syampu pun awak malas nak belikan. Kalau beli pun cap ayam, yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka isteri tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi saja. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain. Silap-silap foundation pun awak tak tahu.

Badan dah menggelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badannya. Orang rumah ajak pergi taman, jalan-jalan saja pun awak dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai? Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semuanya perempuan.

“Duduk rumah je jaga anak. Buat kerja-kerja rumah tu kan berpeluh?” – Suami

Awak nak bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online, awak tak bagi. Membazirlah, takut kena tipulah bagai. Nak harapkan awak beli?

“Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak membazir, nak cantik-cantik ni nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberikan alasan yang selepas itu nak kecoh bila pakaian isteri tak menarik.

Make up pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak make up macam mana bang. Abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak nak pakai dah. Dia nak beli di Guardian, Watson, awak kata membazir, mahal. Padahal make up itu boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada berdaftar dengan KKM tak? Zzz….

Dan akhir sekali, cinta dan hormat. Di mana cinta kita kpeada isteri? Di mana pula hormat terhadap isteri? Jika awak cinta dan hormat isteri, awak takkan buat perkara-perkara pelik itu. Awak juga takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri awak.

Rasa tercabar kan? Mesti ada yang rasa macam saya ini poyo gila. Macam dia seorang saja yang best. Jika awak berfikiran sebegini, saya tidak dapat membantu awak. Tahap pemikiran awak tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Saya minta maaf, posting ini tidak ditujukan kepada awak.

Namun jika awak terkesan dengan posting ini, tataplah isteri awak. Minta maaf kepada dia kerana telah mengabaikan dia selama ini. Berubahlah, berbincanglah dengan isteri tentang apa yang dia perlukan. Kadang-kadang mereka lebih suka mendiamkan diri dari meminta. Apa yang saya harapkan ialah supaya mata dan hati awak kembali kepada isteri tercinta. Jika awak bersetuju dengan saya, sila tag pasangan awak dan ucapkanlah kata-kata indah kepada mereka.

Jika awak rasa posting ini bermanfaat dan ingin memberi manfaat kepada orang lain, kongsilah dengan semua.

Sumber: Akhtar Syamir

 

Habuan RM1,500 Penjawat Awam

PETALING JAYA: Penjawat awam bakal menerima bayaran khas sebanyak RM1,500 pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  berkata, bayaran itu adalah bagi menyanjung tinggi kesetiaan penjawat awam dalam mendukung kemajuan negara.

“Bayaran ini akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 oada awal Januari 2018, dan RM500 lagi akan diberikan menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan,” katanya.

 

Najib yang juga Menteri Kewangan membuat pengumuman itu pada pembentangan Bajet 2018 yang berlangsung pada petang Jumaat.
 
Manfaat sama turut diterima pesara kerajaan apabila bakal menerima RM750 iaitu diagihkan secara berperingkat iaitu bayaran RM500 untuk Januari 2018 dan RM250 lagi menjelang Aidilfitri.

Sumber:www.mstar.com.my

 

Cara Daftar Nikah Di Pejabat Agama, Panduan Bagi Pasangan Bakal Berkahwin

Bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, penting untuk tahu prosedur mendaftar pernikahan di Pejabat Agama. Bukan apa, kalau kita faham langkahnya, mudahlah nak merancang apa yang diperlukan dalam jangka masa yang ditetapkan. Kalau tanya dengan Mak-mak kita, mungkin prosesnya berbeza sebab sekarang dah menggunakan sistem baru / online.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati menyiarkan perkongsian Cik Nur Madihah. Selama menjalani praktikal di Pejabat Agama, memang kerjanya hari-hari berkaitan dengan borang-borang nikah kahwin. Sampai kena buat nota dan tempek di dinding kaunter untuk ingat semua proses ini.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memudahkan anda yang bakal berkahwin. Mari kita semak prosesnya.

 

8 Prosedur Daftar Nikah Di Pejabat Agama, Panduan Bagi Pasangan Bakal Berkahwin

1. Layari Laman Web SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online  melalui www.sppim.gov.my setakat 2017 ini meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan.

Bagi negeri yang tidak disebutkan, bolehlah terus membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Bila dah ke laman web SPPIM, anda akan nampak paparan begini di halaman utama.

cara daftar nikah

Seterusnya klik pada ikon Benar Nikah Online dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.

Bila dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari laman web ini.
Nombor rujukan ini penting sebab akan digunakan setiap kali log in.
Borang boleh dikemaskini dan diperbetulkan selagi belum diproses oleh Pejabat Agama.

2. Periksa Pasangan Lelaki Tinggal Di Daerah Mana

Daerah Sama:

Jika pasangan lelaki tinggal di daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki dan perempuan kena hantar borang nikah online tadi ke Pejabat Agama dalam tempoh 30hari / sebulan sebelum tarikh akad nikah.

Daerah / Negeri Berbeza :

Tapi kalau daerah / negeri lelaki berbeza dengan perempuan, bakal pengantin lelaki mesti menghantar borang nikah ke Pejabat Agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

3. Hantar Borang

Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh Imam Masjid Kariah dan ada cop. Kemudian, bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
Boleh rujuk gambar kat bawah.

Bagi lelaki:

Bagi perempuan:

Kalau di negeri Kedah, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain saya tak pasti pula macam mana.
Lepas dah settle, kena bayar RM15 (seorang) untuk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 ya.
Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing-masing.

4. Bagi Borang Kebenaran Pada Pihak Perempuan

Selepas seminggu, boleh minta pihak lelaki ambilkan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan. Ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.

Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dengan pihak perempuan, boleh terus bagi kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

5. Bagi Pihak Perempuan Yang Berbeza Daerah

Berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawa borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh Pejabat Agama tadi ke Pejabat Agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.

Lepas seminggu, Pejabat Agama akan bagi borang kebenaran nikah untuk pihak perempuan.
Seterusnya, bawa pulak borang ini kepada Imam Masjid Kariah untuk akad nikah.

6. Akad Nikah

Masa akad nikah, Tok Kadi / Tok Imam akan bagi Surat Nikah Sementara.

Pasangan wajib semak maklumat dalam Surat Nikah Sementara ini. Pastikan nombor IC semua betul, ejaan nama tiada kesilapan, dan sebagainya. (PENTING sebab maklumat dalam dokumen ini akan digunakan untuk buat Sijil Nikah.)

Kemudian bawa Surat Nikah Sementara ke Pejabat Agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat Sijil Nikah. Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah.

7. Proses Memohon Sijil Nikah

Untuk memohon Sijil Nikah,

Bawa surat nikah sementara (asal + salinan)
IC sendiri, IC pasangan & IC wali
Bayar RM20 untuk sijil nikah.
Tempoh siap biasanya sebulan atau kurang. Bergantung kepada negeri masing-masing.

Seeloknya, fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet. Sijil Nikah asal boleh simpan dalam fail. Bukan apa, manalah tahu kalau kena serbu dengan Pegawai Agama, adalah bukti Sijil Nikah yang sentiasa dibawa bersama. Sebab masa ini Kad Kahwin belum dapat lagi.

8. Proses Memohon Kad Kahwin

Akhir sekali, bila dah dapat Sijil Nikah, eloklah buat Kad Kahwin pula. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan anda membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Sediakan bayaran RM40 untuk sepasang pasangan. Nanti Pejabat Agama akan bagi senarai dokumen yang perlu dibawa untuk mohon Kad Kahwin.

Alhamdulillah, Selesai…

Tidaklah rumit sangat kan? Apapun, sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016. Tahun ini mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan.

Boleh call Pejabat Agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian, sebab sistem di setiap Pejabat Agama berbeza mengikut negeri.
Dipersilakan share bagi meringankan kerungsingan semua.

Selamat berkahwin!

*Perkongsian ini disumbangkan oleh Cik Nur Madihah dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh rujuk post asal di SINI. 

kredit:siraplimau.com

 

“Kenapa Abg Buat Macam Ni Bang..Kenapa Abang Sanggup Zina Dengan Dia??”

tak tau macam mana nak luah..kisahnya macam ni..saya dah berkahwin masuk 3 tahun hujung tahun ni..sekarang tengah pregnant anak kedua..bulan depan due..suami saya ni baik orangnya familynya semua pun dikalangan orang yg baik2..

bab agama 99% dijaga..kalau balik rumah mentua atau rumah mana2 ipar..solat memang tak tinggal..family sebelah suami semua sayang saya..sebab suami anak bongsu. Kiranya saya lah menantu terakhir..

selama ni sampai sekarang la..hubungan kami suami isteri memang takda msalah..suami takda curang,suami takda perempuan lain..taktau la sejak beberapa hari ni..suami banyak stress ditempat kerja..

 

tapi taknak cerita dengan saya..balik rumah main dengan anak makan mandi lepas tu masuk bilik main game..kitaorang bercerita pun masa dia tengah makan je..sebab dia tau saya penat layan kerenah anak jadi taknak tambahkan lagi stress saya bila dia cerita masalah kerja..suami banyak hilangkan stress dengan game ja la..

diofis suami saya..ada kawan kerja dia suami/isteri sama2 kerja company yg sama..wife orang filipin husband dia orang cina..husband dia 2 bulan yg lalu meninggal sebabkan strok..so sekarang wife dia diberhentikan kerja..sebab pas masuk dia dari filipin ke sabah tamat tempoh dah..

so boss diorang taknak tanggung dah sebab dorang banyak hutang duit dengan company..sekarang wife dia tinggal sendiri di sabah rumah sewa takda kerja..ada hari tu dia pinjam cd dengan husban..so hari jumaat tu husband datang lah tempat dia hantar cd..tak sangka pula dia ajak husband masuk rumah minum dan smoking sambil cerita2..pasal kehidupan dia..padahal masa tu husband kejar masa nak pergi solat jumaat 😢😢😢 ..

husband datang niat sebab nak hantar cd tu ja..sebab dorang dalam ofis memang rapat semua staff2..tak sangka pula husband boleh buat maksiat dengan dia..yg saya sedih 😭😭😭😭😭😭 sangat kemarin pagi saya buka hp husband sebab kebiasaan anak suka tengok kartun..

saya ternampak video dorang bersama..mula2 saya ingat kawan2 husband send video2 lucah dalam wasap..tapi tak tau tiba2 rasa nak play balik video tu..tengok perempuan tu macam saya kenal..ya allah rasa macam nak pengsan bila tengok husband rakam aksi diorang bersama..

saya nampak lengan baju tu..saya kenalll sangat..saya tengok jari2 yg tengah meraba2 perempuan tu..saya kenal tu tangan suami saya..ya allah..saya bergegar2 masa tu..saya nak nangis pun saya taktau masa tu..macam2 dalam fikiran..masa tu husband keluar beli barang..

bila husband balik saya tanya dia..pasal video tu..saya tengok husband dah tak tau nak cakap apa..tiba2 dia menangis..mula2 tu dia taknak ngaku..bila saya tunjukkan dia lengan baju tu..adalah dia baru dia ngaku..dia nangis macam nak mampus dah min..

dia minta maaf beribu kali dengan saya..dia peluk saya..masa tu saya tak nangis..sebab saya tak nak baby dalam kandungan ada apa2..saya suruh dia cerita semuanya a-z…dia kata dia pun tak tau macam mana benda tu boleh terjadi dalam sekelip mata ja..dalam pada masa yg sama dia lupakan anak isteri dia yg selalu mendoakan dia hari2 bila pergi kerja..

dia mengaku dia buat kesilapan yg besar..dia mengaku dia jarang solat dah..sebab beberapa bulan ni dia ot lebih masa..disebabkan kerja yg kena disiapkan..husband kerja designer..dia mengaku dia jadi macam tu sebab dia tak jaga solat.. sebab stress…

kelmarin 1 hari 1 malam kami menangis..tengah solat pun dia nangis..hari ni masuk hari kedua dah..saya rasa kena gangguan emosi yg sangat2 sakit..kejap2 saya menangis..saya ketawa pun pasal layan anak ja..lepas tu senyap automatik menangis..😭😭😭😭 semalam saya nangis sendiri2 hujung katil..sebab saya takmau suami nampak dan dengar..

tapi tiba2 suami terbangun..datang tempat saya..peluk saya terus menangis..semalam banyak yg kami bincangkan..tabahnya saya rasa..sebab saya taklah macam akak2 yg ada msalah rumah tangga suami curang..terus nak cerai..

saya pun tak tau kenapa sampai suami boleh rakam video tu..dan simpan macam tu ja..tak fikir pun kalau video tu boleh buat rumah tangga kami hancur..saya sayang husb saya..sayang family kecil saya ni..semalam suami sampai nak kol mak dia..nak ngaku perbuatan keji dia..sebab dia rasa bersalah sangat..dia rasa dan malu dengan perbuatan dia..

yg saya sendiri nampak..sakitnya tu tak boleh nak cakap..saya taknak siapa2 pun tau masalah ni..sayaa pendam sorang2..saya tak tau nak luah dengan siapa..saya menangis sendiri2..saya solat saya berdoa dengan allah..supaya kuatkan hati saya..

saya balik2 tanya suami kenapa..buat saya macam ni..kenapa sebelum buat tak fikir dosa..kenaapaa kenapaaa..sekarang tengah2 menaip ni pun saya berair mata..sebab teringat2 video tu..macam2 dah suami pujuk saya..dia minta maaf..dia janji takkan ulangi lagi..

dia pun dah solat taubat juga..saya pun dah maafkan dia juga..sekarang ni dia 24jam dengan saya sebab dia taknak sy menangis lagi..nanti anak dalam kandungan ikut stress..1malam baby mengeras..ikut sedih juga..

ni sekarang husband mandi dengan anak..masa2 ni lah saya meluah dengan warga krt..sya tak tau..nak luah dengan kak ipar ka tidak..sebab kak ipar ustazah..selalu bagi nasihat dengan suami..

masalah sekarang ni..apa saya nak buat..nak pendam sendiri2 memang sakit..nak luah dengan kak ipar takut pula jadi besar hal ni..apa pndapat warga krt semua ya..confirm malam nanti saya akan nangis lagi..macam kematian keluarga ja..

Sumber:kisahrumahtangga69