Ujian getir buat Fadhli Shas

Johor Bahru: Aksi konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini membolehkan Fadhli Shas kekal selaku tonggak utama benteng Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pertembungan menentang Pahang pada suku akhir pertama Piala FA bagaikan ujian besar buat pemain itu.

Malah, Fadhli menyifatkan pertembungan menentang skuad kendalian Dollah Salleh ibarat pentas ‘final’ walaupun ia aksi suku akhir dan keazaman mengekalkan corak permainan konsisten begitu menebal andai diturunkan pada aksi di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Bekas pemain Harimau Muda itu tidak menolak betapa kekuatan fizikal dan mental memainkan peranan penting buat dia dan rakan sepasukan untuk berdepan barisan pemain skuad Tok Gajah yang pasti menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencatat kemenangan.

“Aksi menentang Pahang, sama seperti skrip musim lalu. Namun ketika itu kita tewas dengan agregat 3-4 dan pastinya saya dan rakan sepasukan berazam tidak mahu kekecewaan sama berulang malah persiapan kami untuk berdepan mereka tampak lebih mantap.

“Kami belum berjumpa Pahang dalam saingan Liga Super dan aksi suku akhir Piala FA bagaikan ujian buat kami bukan saja untuk menebus kekalahan musim lalu malah ia dianggap pertembungan buku dengan ruas, kami harus tenang dan tidak boleh tertekan pada perlawanan itu nanti.

“Kita beraksi di tempat lawan, jadi kekuatan mental memainkan peranan penting pada perlawanan itu dan saya sendiri sebagai pemain tidak kira sama ada diturunkan atau sebaliknya harus menyiapkan diri dan sentiasa positif untuk beraksi,” katanya.

Fadhli menegaskan tidak kira ia perlawanan suku akhir Piala FA atau saingan Liga Super, dia harus memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan kerana jika hilang fokus walaupun sesaat, ia pasti mengundang bahaya tatkala pasukan lawan pantas mengambil kesempatan untuk merobek gawang skuad Harimau Selatan.

Malah, dia menganggap barisan serangan skuad Tok Gajah masih berbahaya walaupun tanpa kelibat Francis Forkey Doe yang cedera kerana pasukan itu memiliki Mohamadou Sumareh dan Norsharul Idlan Talaha yang mampu melenyapkan impian JDT memburu kemenangan.

Katanya, bukan sekadar 100 peratus bersedia pada perlawanan itu tetapi prestasi harus berada dalam keadaan 120 peratus untuk beraksi dengan taktikal dibentuk jurulatih, Raul Longhi sepanjang latihan ketika saingan Liga M berehat.

“Kita harus serap tekanan kerana aksi pertama kita bermain di tempat lawan, sepanjang 90 minit perlawanan kita tidak boleh leka malah perlu lihat segala aspek kekuatan Pahang, kita ada 11 pemain dan mereka juga 11 pemain.

“Apa yang kami lakukan adalah untuk fokus memburu keputusan positif dan mengelak gawang dibolosi kerana dengan kemenangan ia pasti melonjak keyakinan untuk mengharungi aksi suku akhir kedua di Larkin, kelak,” kata Fadhli.

sumber: HM

 

Live Streaming Pahang vs JDT FC Piala FA Malaysia 6 April 2018

NANTIKAN perlawanan hebat antara Pahang menentang JDT FC pada 6 April 2018, hari Jumaat jam 9 malam di Stadium Darul Makmur untuk Suku Akhir 1 Piala FA Malaysia 2018. Ada live disediakan secara langsung di aplikasi Hypp TV. Berikut dikongsikan link streaming Pahang vs JDT FC dibawah!

Live Streaming Pahang vs JDT FC Piala FA Malaysia 6 April 2018

🏆 | Piala FA Malaysia 2018
⚽ | PAHANG VS JDT FC
📆 | 6 April 2018 (Jumaat)
⏰ | 9 malam
🏟 | Stadium Darul Makmur
Link Streaming:

SERVER FB: 👉 *Akan dikemaskini sebelum game berlangsung

*Klik LINK disediakan di atas untuk
tontonan secara online 👆👆👆

Keputusan Perlawanan Pahang vs JDT FC

PAHANG ( ) – ( ) JDT FC ⚽

*Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

sumber: myinfosukan.com

“Beratur panjang, cuaca panas dan bersesak demi pasukan”

KIRA-kira 3,000 penyokong setia skuad Tok Gajah tidak melepaskan peluang berbaris seawal jam 12 tengah hari untuk mendapatkan tiket perlawanan suku akhir pertama Piala FA di kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Makmur, di sini, hari ini.

Rata-rata peminat skuad bola sepak Pahang itu sanggup beratur dalam cuaca panas serta berbaris panjang sejauh 400 meter bagi mendapatkan tiket yang mula dijual pada jam 2 petang.

Pelajar kolej swasta, Scha Musa, 24, berkata, dia mula berbaris seawal jam 1 tengah hari bersama sepupu dan rakannya bagi membeli tiga tiket Grand Stand.

“Beratur panjang, cuaca panas dan bersesak hendak dapatkan tiket itu perkara biasa. Lagipun perlawanan ini sangat istimewa kerana menemukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT),” katanya.

Gadis berasal dari Indera Mahkota itu berharap skuad bimbingan Dollah Salleh dapat mempamerkan aksi bermutu tinggi sekali gus mencari bekalan gol selesa untuk dibawa ke perlawanan suku akhir kedua di Larkin.

Tinjauan NSTP pada jam 2.30 petang hingga 4 petang mendapati sebahagian besar penyokong tidak melepaskan peluang untuk membeli tiket dalam kuantiti maksimun iaitu sebanyak empat tiket seorang.

Kakitangan swasta, Mohd Iqbal Jaafar Sidek, 29, dia bersama sembilan lagi rakannya mula memenuhi pekarangan kaunter tiket pada jam 12 tengah hari.

“Kami beli empat tiket seorang kerana ada kawan yang kirim. Perlawanan menentang JDT sangat istimewa kerana ia bukan sahaja menentukan maruah pasukan malah melihat sejauh mana Pahang boleh melangkah dalam saingan Piala FA ini,” katanya.

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dalam kenyataan media semalam memaklumkan memperuntukkan 28,000 tiket yang mula dijual hari ini dan pada hari perlawanan, esok.

Sebanyak empat tiket dihadkan seorang dengan kaunter dibuka jam 2 petang hingga 6.30 petang hari ini dan 9 pagi hingga 12 tengah hari, Jumaat, menurut kenyataan itu.

kredit:- HM

“Guna Wang Peribadi Bantu Pasukan Kelantan”

BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyumbang wang peribadi RM320,000 kepada persatuan itu untuk pembayaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).

Menerusi entri terbaru di Facebooknya, Annuar memaklumkan RM320,000 sudah diserahkan kepada badan induk itu untuk kegunaan pembayaran KWSP dan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan.

“(Saya) maklumkan kepada Puan Bibi Ramjani (presiden) sumbangan RM320,000 (diserahkan) untuk KAFA menjelaskan bayaran kepada KWSP,” katanya dalam entri terbabit, hari ini.

Annuar yang memegang jawatan Presiden KAFA pada 2008 sehingga 2016 menjulang Kelantan muncul juara ‘treble’ selepas memenangi Piala FA, Piala Malaysia dan mempertahankan kedudukan pertama Liga Super pada 2011.

Pada entri sama, Annuar juga memberitahu beliau berusaha membantu pasukan itu selagi termampu.

“Saya akan terus berusaha membantu sekadar mampu, semoga maju jaya kepada The Red Warriors (TRW),” katanya.

KAFA dikenakan hukuman denda RM500,000 daripada Malaysia Football League (MFL) apabila gagal melengkapkan dokumen pendaftaran pasukan mereka musim ini. Kelantan kini juga sedang giat melakukan rombakan pemain selepas kedatangan ketua jurulatih, Fajer Ebrahim dalam pasukan yang mahukan pemain sesuai dengan corak permainannya.

kredit:- HM

 

“Dendam Tahun Lepas JDT”

JOHOR BAHRU: Aksi konsisten sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini membolehkan Fadhli Shas kekal selaku tonggak utama benteng Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pertembungan menentang Pahang pada suku akhir pertama Piala FA bagaikan ujian besar buat pemain itu.

Malah Fadhli menyifatkan pertembungan menentang skuad kendalian Dollah Salleh ibarat pentas `final’ walaupun ia aksi suku akhir dan keazaman mengekalkan corak permainan konsisten begitu menebal seandai diturunkan pada aksi di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Bekas pemain Harimau Muda itu tidak menolak betapa kekuatan fizikal dan mental memainkan peranan penting buat dia dan rakan sepasukan untuk berdepan barisan pemain skuad Tok Gajah yang pasti menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri untuk mencatat kemenangan.

“Aksi menentang Pahang, sama seperti skrip musim lalu. Namun ketika itu kita tewas dengan agregat 3-4 dan pastinya saya dan rakan sepasukan berazam tidak mahu kekecewaan sama berulang malah persiapan kami untuk berdepan mereka tampak lebih mantap.

“Kami belum berjumpa Pahang dalam saingan Liga Super dan aksi suku akhir Piala FA bagaikan ujian buat kami bukan sahaja menebus kekalahan musim lalu malah ia dianggap pertembungan buku dengan ruas, kami harus tenang dan tidak boleh tertekan pada perlawanan itu nanti.

“Kita beraksi di tempat lawan, jadi kekuatan mental memainkan peranan penting pada perlawanan itu dan saya sendiri sebagai pemain tidak kira sama ada diturunkan atau sebaliknya harus menyiapkan diri dan sentiasa positif untuk beraksi nanti,” katanya.

Fadlhi menegaskan tidak kira ia perlawanan suku akhir Piala FA atau saingan Liga Super dia harus memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan kerana jika hilang fokus walaupun sesaat, ia pasti mengundang bahaya tatkala pasukan lawan pantas mengambil kesempatan untuk merobek gawang skuad Harimau Selatan.

Malah dia menganggap barisan serangan skuad Tok Gajah masih berbahaya walaupun tanpa kelibat Francis Forkey Doe yang cedera kerana pasukan itu memiliki Mohamadou Sumareh dan Norsharul Idlan Talaha yang mampu melenyapkan impian JDT memburu kemenangan.

Katanya, bukan sekadar 100 peratus bersedia pada perlawanan itu tetapi prestasi harus berada dalam keadaan 120 peratus untuk beraksi dengan taktikal dibentuk jurulatih, Raul Longhi sepanjang latihan ketika saingan Liga M berehat.

“Kita harus serap tekanan kerana aksi pertama kita bermain di tempat lawan, sepanjang 90 minit perlawanan kita tidak boleh leka malah perlu lihat segala aspek kekuatan Pahang, kita ada 11 pemain dan mereka juga 11 pemain.

“Apa yang kami lakukan adalah untuk fokus memburu keputusan positif dan mengelak gawang dibolosi kerana dengan kemenangan ia pasti melonjak keyakinan untuk mengharungi aksi suku akhir kedua di Larkin, kelak,” kata Fadhli.

sumber:- BH

 

“Jaga -Jaga Dengan Terengganu”

Bruno Suzuki dinaikkan pangkat ke pasukan Terengganu FC oleh Irfan Bakti untuk memperkuat barisan serangan Terengganu. Besar kemungkinan Bruno akan digandingkan dengan Captain Fantastic, Kipre Tchetche dan Lee Andrew Tuck di bahagian serangan. Jika benar, jaga-jaga dengan barisan serangan Terengganu FC!

Kipre Tchetche dan Lee Tuck membentuk satu gandingan baik di bahagian serangan sebelum ini. Kedua-dua pemain ini berganding bahu dalam menjaringkan gol dalam saingan Liga setakat ini. Hanya saja dalam dua perlawanan terakhir ketika tewas kepada Johor Darul Ta’zim dan Selangor, Tuck dan juga Kipre dilihat agak bergelut.

Apabila Irfan Bakti melihat dua pemain serangan beliau sedikit bergelut, Irfan tidak berfikir panjang apabila terus menaikkan pangkat Bruno Suzuki daripada pasukan simpanan untuk menyertai pasukan utama. Kita sudah sedia maklum dengan prestasi Bruno musim lalu dimana beliau beraksi dengan baik bersama pasukan Negeri Sembilan. Ketajaman beliau di hadapan gol memang tidak dapat dinafikan.

Kami berpendapat Irfan akan menggabungkan ketiga-tiga pemain ini untuk menjadi penggempur utama pasukan. Beliau mahukan ada pemain yang boleh membantu Kipre sebagai peledak utama sementara Lee Tuck ada di belakang mereka untuk memberikan umpanan berbahaya.

 

Kami merasakan kenaikan pangkat Bruno Suzuki ini adalah satu perkara yang baik buat beliau. Sayang untuk kita melihat penyerang seperti Bruno beraksi dalam saingan Liga Perdana. Kebolehan yang dimiliki oleh Bruno seharusnya digunakan dalam saingan Liga Super.

Apa yang pasti, Terengganu FC nampaknya tidak main-main dalam perebutan mahkota Liga Super musim ini. Meskipun mereka baru saja kembali ke saingan Liga Super, mereka mahu menjadi pencabar kepada pasukan Pahang dan juga JDT untuk kejuaraan musim ini.

Apa pendapat anda mengenai kehadiran Bruno Suzuki dalam barisan serangan pasukan Terengganu FC ? Adakah dengan kehadiran beliau, pasukan Terengganu menjadi pasukan pilihan untuk menjadi pencabar utama bagi mahkota Liga Super musim ini ? Atau kehadiran Bruno hanya untuk menjadi backup kepada Kipre dan Lee Tuck sekaligus beliau memanaskan bangku simpanan ?

kredit:- Penulis InikanBola

JDT sedia cabar Pahang

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak bersedia untuk memberi cabaran apabila berdepan Pahang pada suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Jumaat ini.

Jurulatih Harimau Selatan, Raul Longhi menegaskan semua pemain berada di tahap kecergasan yang memuaskan dan memberi sepenuh komitmen terhadap latihan fizikal dan taktikal sepanjang tempoh rehat saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bagaimanapun, Longhi berkata, S Kunanlan mungkin tidak dapat diturunkan selepas mengalami kecederaan di buku lali dan tahap kecergasan pemain itu dipantau oleh pegawai fisioterapi untuk memastikan dia pulih sepenuhnya.

“Jika Kunanlan tidak dapat diturunkan, kami masih ada pemain gantian yang boleh mengisi posisi pertahanan kanan dan senario itu tidak menggusarkan saya kerana pemain simpanan memiliki kualiti setanding.

“Saya akui pertembungan dengan skuad kendalian Dollah Salleh tampak sukar kerana mereka pasti mahu menggunakan kesempatan beraksi di laman sediri tapi kami tetap bersedia untuk menang pada aksi itu dan harus memperagakan corak permainan bijak.

“Falsafah dalam JDT mengutamakan mentaliti positif dan sentiasa beraksi konsisten kerana ia penting untuk memburu kemenangan.

“Suku akhir dijalankan secara timbal balik dan kami perlu memberi lebih 100 peratus pada aksi pertama dan mengekalkan momentum pada baki 90 minit di Larkin selepas ini,” katanya.

Perancangan taktikal Longhi bukan untuk bertahan apabila bertandang ke Kuantan, Jumaat ini, sebaliknya tetap dengan percaturan memburu kemenangan tatkala beliau tampak mahu menebus kekalahan 3-4 musim lalu yang menyebabkan JDT gagal ke separuh akhir.

Longhi berkata, pemain memahami perancangan formasi yang dibentuk dan mereka mampu mengubah mengikut kesesuaian rentak permainan dan keutamaan adalah memperagakan aksi konsisten selain tidak melakukan kesilapan mudah.

sumber: BH

‘Tolong selamatkan kami!’

KUALA TERENGGANU: “Selamatkan pemain dan pasukan kami daripada tutup kedai dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” kata ketua jurulatih Kuantan FA, Ismail Zakaria.

Beliau berkata demikian selepas ramai pemain tonggaknya yang mulai hilang sabar sudah meninggalkan pasukan dan membawa haluan masing-masing selepas kecewa gaji mereka tidak dibayar hingga saat ini.

“Kini tidak sampai 20 pemain masih menjalani latihan bersama saya dan sebahagian besar mereka adalah pemain muda berbakat manakala tonggak utama sudah meninggalkan pasukan.

“Malah saya difahamkan ada lagi beberapa pemain yang akan turut serta meninggalkan pasukan.

“Saya bimbang jika situasi ini berterusan, pertemuan dengan Pulau Pinang pada 9 April ini tidak dapat dilangsungkan kerana mungkin hanya tinggal beberapa pemain saja.

“Oleh itu kami berharap dan memohon jasa baik pihak pengurusan supaya segera menyelesaikan masalah tunggakan gaji itu sekali gus pemain dapat memberi fokus 100 peratus bagi aksi selepas ini,” kata Ismail.

Berdasarkan rekod, bukan hanya gaji pemain dan pegawai tidak dibayar bermula Januari lalu hingga kini, malah elaun yang sepatutnya diterima pemain Disember lalu juga tidak dibayar hingga kini.

Lebih menyedihkan pemain menyatakan pengurusan sudah berjanji lebih tujuh kali untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji, namun ia hanya tinggal janji.

Ismail berkata, hingga kini beliau masih boleh bersabar walaupun pengurusan terus berdiam diri.

“Tapi saya sedih kerana mereka menganiaya pemain dan jurulatih yang kini bagaikan hidup mengemis selepas tidak menerima gaji lebih tiga bulan lalu.”

sumber: BH

 

KAFA lepas tiga pemain

PEMAIN import dari Brazil, Bruno Lopes bersama tiga pemain tempatan S Veenod, Rozaimi Azwar dan Faizol Nazlin Sayuti tidak lagi beraksi bersama Kelantan dalam saingan Liga Super musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya membuat keputusan untuk melepaskan empat pemain itu selepas mengambil kira beberapa faktor.

“Ya, kami lepaskan mereka dan meminta mereka mencari pasukan baharu menjelang jendela perpindahan kedua bulan depan.

“Kami membuat keputusan ini berdasarkan beberapa faktor… banyak perkara kami teliti sebelum memutuskannya dan ia wajar dilakukan demi masa depan pasukan.

“Bagaimanapun, KAFA mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada empat pemain ini atas sumbangan dan bakti mereka terhadap pasukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, persatuan bola sepak negeri itu melepaskan enam pemain mereka musim ini termasuk pemain import dari Indonesia, Ferdinand Sinaga; penyerang Norfarhan Muhamad; bekas pemain PKNP, Sukri Abd Hamid, Shafiq Ab Rahman; bekas pemain Negeri Sembilan, Tengku Qayyum Ubaidillah dan pemain berketurunan Siam-Kedah, Hattaphon Bun An.

sumber: HM

 

Keputusan Liga Juara-Juara

PARIS: Berikut keputusan perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara:

Liverpool (ENG) 3 (Salah m12, Chamberlain m20, Mane m31) Man City (ENG) 0

Barcelona (SEP) 4 (Rossi m38 – gs, Manolas m55 – gs, Pique m59, Suarez m87) Roma (ITA) 1 (Dzeko m80)

– AFP , BH