“Pemindahan Skill, Bukan Tak Nak Turunkan”

Ketika perlawanan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah dalam perlawanan Piala Sumbangsih minggu lalu, bermacam perkara yang dibangkitkan oleh penyokong. Antara isu yang dibangkitkan adalah dimana keempat-empat pemain bawah 23 tahun iaitu Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Syafiq Ahmad dan Haziq Nadzli.

Mengapa mereka tidak diturunkan ? Seorang penulis, Ibnu Rezza Al-Jawari telah memberi sebab kenapa empat pemain bawah 23 tahun yang disebutkan tidak diturunkan. Ia ada berkaitan dengan “skill”.

Ibnu Rezza menjelaskan bahawa sebab mereka tidak diturunkan ialah pasukan JDT mahukan keempat-empat pemain ini untuk belajar daripada pemain senior yang diturunkan ketika perlawanan tersebut.

Sebagai contoh. Syafiq Ahmad tidak diturunkan adalah kerana JDT mahu Syafiq untuk belajar daripada Luciano Figueroa. Perkara ini menurut beliau lebih dikenali sebagai “pemindahan skill”.

Perkara ni bukan saja ditujukan kepada Syafiq Ahmad, malah penyerang tempatan yang lain seperti Hazwan Bakri, Daren Lok dan Hadi Fayyadh.

Menurut beliau lagi, perkara ini sudah lama dipraktikan di luar negara. Tetapi mengapa Malaysia tidak mempraktikan perkara yang sama sebelum ini ? Ini kerana komuniti bola sepak di Malasyia tak suka buat perkara yang susah seperti memerhati dan menganalisis.

Mereka tiada kesabaran dan lebih suka jalan pintas. Satu lagi contoh yang disebutkan oleh Rezza ialah Fazly Mazlan. Mengapa pertahanan kiri terbaik yang Malaysia ada ketika ini diturunkan ke JDT II ? Ini kerana Fazly masih lagi mempunya kelemahan yang perlu diperbaiki.

Saudara Rezza mengambil contoh ketika perlawanan JDT menentang Gamba Osaka tahun lalu. Kelemahan Fazly mudah didedahkan oleh pemain-pemain Gamba Osaka. Kerana itulah JDT memutuskan untuk membawa masuk La’Vere Corbin-Ong untuk Fazly belajar daripada beliau.

Itulah sedikit kupasan daripada kenyataan yang dikeluarkan Saudara Ibnu Rezza Al-Jawari. Daripada kenyataan yang dikeluarkan ini, kami mempunyai persoalan.

Adakah “pemerhatian” yang harus dilalui oleh empat pemain bawah 23 tahun ini akan berterusan sehingga hujung musim ? Dan satu lagi pertanyaan adalah perlukah pemain import tersebut hanya menunjukkan “skill” mereka ketika ketika perlawanan sebenar dan bukannya ketika waktu latihan ? Kalau begitu, apa tujuan membawa masuk mereka ? Pada pandangan kami sepatutnya ketika sesi latihan mereka belajar benda baru dan “implement” benda yang dah belajar tu waktu perlawanan sebenar.

Tetapi itu hanya persoalan yang berlegar di fikiran kami. Di sini kami juga mengucapkan syabas kepada pasukan JDT kerana mereka berfikiran lebih jauh berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia.

Kami melihat kaedah “pemindahan skill” ini adalah satu inisiatif yang baru dalam Liga kita.

sumber: inikanbola

 

Liga Super 2018: Negeri Sembilan Atau Kuala Lumpur ?

Dua pasukan yang mengalami kekalahan pada perlawanan pertama Liga Super 2018, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur akan berentap malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam aksi minggu kedua Liga Super 2018. Minggu lepas Negeri Sembilan seperti tidak bermaya apabila mereka ditewaskan PKNP FC di Stadium Batu Kawan.

Bagi Kuala Lumpur pula, mereka tewas kepada seteru Lembah Klang mereka iaitu pasukan Selangor. Memang perit nasib kedua-dua pasukan ni! Di sini kami nak berikan previu kami tentang perlawanan malam ini. Enjoy!

Pemain Penting:
Ketika perlawanan menentang PKNP FC, Negeri Sembilan banyak bergantung kepada oenyerang tunggal mereka, Nicolas Velez. Bagi Kuala Lumpur pula, mereka mengharapkan Guilherme De Paula untuk merobek gawang Selangor pada perlawanan minggu lepas.

Jadi untuk pemain penting bagi kedua-dua pasukan untuk perlawanan malam ni, kami memilih Nicolas Velez dan Guilherme De Paula. Menarik untuk kita saksikan bagaimana kedua-dua penyerang ini merobek gawang lawan!

Kesebelasan Utama Pilihan Inikan Bola

Kuala Lumpur:
1. Kamarul Effandi
2. Hafiz Johar
3. Achmad Juriyanto
4. Buborjon Akbharov (Kapten)
5. Syazwan Andik
6. Irfan Zakaria
7. Paulo Josue
8. Junior Apparecido
9. Ashri Chucu
10. Zahfri Yahya
11. Guilherde De Paula

Negeri Sembilan:
1. Syihan Hazmi
2. L.Kalaiharasan
3. Nasriq Baharum
4. Renars Rode
5. Aizulridzwan Razali
6. Kim Do-heon
7. Flavio Beck Junior
8. Nicolas Velez
9. Prak Mony Udom
10. Faizal Abu Bakar
11. N.Thanabalan

Kedua-dua pasukan sudah pasti mahukan 3 mata pertama untuk musim 2018 ini. Menarik juga untuk kita saksikan mampukah Nicolas Velez membawa beban sebagai satu-satunya penyerang import dalam pasukan.

Bagi Kuala Lumpur pula, kegagalan untuk memasuki barisan pertahanan seperti minggu lalu diharapkan tidak akan terjadi lagi malam ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada musim lalu. Namun pentas tahun lalu ialah Liga Perdana. Kali ini, pentas Liga Super.

Ramalan Kami: Negeri Sembilan 1-1 Kuala Lumpur

sumber: inikanbola

 

Conte terlepas hukuman….

LONDON: Antonio Conte tidak akan dipecat selaku pengurus Chelsea dalam tempoh terdekat selepas dibenarkan terus kekal di kelab itu oleh Roman Abramovich, demikian menurut laporan media hari ini.

Masa depan Conte dengan juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu terus menjadi perhatian semalam selepas tewas 1-4 di tangan Watford.

Chelsea yang menduduki tangga keempat kini ketinggalan 19 mata berbanding pendahulu Manchester City dalam kempen bermasalah yang diburukkan lagi oleh perselisihannya dengan kelab itu berhubung polisi perpindahan pemain.

Pemilik kelab Abramovic tidak pernah teragak-agak memecat pengurus yang tidak cemerlang dan ia menjadi topik perbualan di Vicarage Road, di mana selepas kekalahan kepada Bournemouth ke laman sendiri, mungkin membawa kepada pemecatan Conte.

Namun laporan di media Britain hari ini mendakwa bekas pengurus Juventus dan Itali itu dijangka terus mengendalikan perlawanan menentang West Bromwich Albion Isnin depan.

Biarpun beberapa mesyuarat diadakan di antara ahli lembaga Chelsea hari ini namun ia difahamkan ia tiada kaitan dengan bola sepak, membabitkan isu korporat dan komersial, malah masa depan pengurus berkenaan tiada dalam agenda mesyuarat terbabit.

Bekas jurulatih Barcelona, Luis Enrique adalah antara nama besar yang dikaitkan dengan jawatan di Chelsea namun Conte enggan memikirkan untuk meletak jawatan selepas berkhidmat kurang daripada dua tahun di Stamford Bridge.

Sementara itu pertahanan Chelsea Gary Cahill mengakui skuad itu perlu bertanggungjawab atas aksi mereka ketika berdepan Watford.

“Apa saja yang diputuskan, pemain perlu bertanggungjawab. Pengurus sudah melakukan tugasnya dengan luar biasa,” kata Cahill.

“Ini kekalahan terburuk pernah saya rasai dalam tempoh yang lama. Dari aspek prestasi, kami bagaikan hilang identiti.”

– AFP

Masih belum pasti..

Alor Setar: Keputusan sama ada pemain import pertahanan Kedah Alvaro Silva dapat diturunkan atau tidak, hanya akan diketahui pada hari perlawanan Kedah menentang Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, hari ini.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote, beliau masih belum dapat memutuskan status pemain kelahiran Sepanyol itu untuk beraksi malam ini kerana perlu membuat penilaian sewajarnya.

“Kita sedar kita sangat perlukan khidmat Alvaro dimana kita terlepas peluang dan tidak dapat menggunakan khidmatnya pada perlawanan yang lepas sewaktu menentang JDT dimana kita tewas pada aksi pertama di Larkin.”

“Kini selepas menjalani rawatan dan tempoh pemulihan saya berharap dia kembali pulih dan bersedia untuk bersama pasukan dalam masa terdekat, cuma saya belum boleh memastikan keputusan samada beliau boleh diturunkan atau tidak dan ianya bergantung pada hari perlawanan iaitu esok (hari ini).”

“Saya juga tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk menurunkannya jika belum bersedia, namun jika sudah besedia beraksi, pastinya kehadirannya akan memperkukuhkan benteng di samping dapat menambahkan keceriaan buat penyokong Kedah yang mahu melihat aksinya di Stadium Darul Aman.”

Berkaitan corak permainan yang diamalkan pasukan Kedah, Marcote berkata mereka tetap akan mengamalkan corak permain sepertimana yang telah lama diterapkan iaitu ‘ball possesion’ dan yakin peningkatan yang sedang dilakukan akan memberi keputusan yang lebih baik secara keseluruhan perlawanan nanti.

“Kita harus bermain cara yang telah kita amalkan iaitu penguasaan bola dan melakukan gerakan yang lebih pantas dan tajam melalui jentera serangan.”

“Saya mahu pemain berasa selesa dengan cara permainan yang kita terapkan di dalam padang dan yakin dengan setiap pergerakan dalam misi memburu kemenangan kali ini.”

“Kita perlukan kemenangan pertama untuk menaikkan semangat dan menyuntik motivasi pasukan serta penyokong yang sentiasa mahu melihat perubahan dan peningkatan pasukan Kedah musim ini.”

sumber: HM

 

Andik Vermansah Pemain Import Kelima Helang Merah?

Bekas pemain Selangor, Andik Vermansah mengakui ada menerima tawaran daripada beberapa kelab yang serius untuk mendapatkan khidmatnya.

Namun, pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia itu masih belum membuat keputusan mengenai hala tujunya setelah kontraknya bersama Selangor berakhir.

Menurut laporan daripada media Indonesia, antara kelab yang berminat untuk memancing Andik ialah 3 kelab dari Liga Indonesia iaitu Madura United, Bali United, Persib Bandung dan juara Piala FA 2017, Kedah.

“Banyak tawaran yang serius. Namun sampai sekarang saya belum membuat keputusan lagi,” kata Andik kepada JawaPos.com.

Minggu lalu, bekas jurulatih JDT, Mario Gomez meluahkan hasrat untuk membawa Andik ke pasukan Persib Bandung.

Jurulatih yang berasal dari Argentina itu mengakui kualiti yang dimiliki oleh Andik Vermansah. Beliau yang pernah mengendalikan pasukan JDT, telah pun melihat corak permainan Andik ketika dalam saingan Liga Malaysia.

Aksi Andik ketika menentang JDT dalam saingan Liga Super 2015.

Sementara itu, pengurus peribadi Andik Vermansah, Muly Munial enggan mengulas lanjut mengenai kelab yang akan disertai oleh pemain itu.

”Andik? Kalian tanya sendiri kepada tuan punya badan,” kata Muly kepada BolaSport.com

”Yang pasti, saya percaya dengan Andik kalau setiap keputusannya pasti positif.” jelasnya.

Walaupun Muly dan Andik berdiam diri mengenai identiti kelab itu, tetapi media dari Indonesia memberi petanda Andik akan kembali ke Malaysia sebelum pintu perpindahan Liga M ditutup sepenuhnya.

Laporan akhbar tempatan tahun lepas turut menyebut Andik enggan pulang beraksi dalam saingan Liga Indonesia dan mahu terus beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya setelah kontraknya bersama Selangor sudah berakhir.

Hal ini kerana beliau masih trauma dengan apa yang terjadi dalam bola sepak Indonesia.

Konflik pepecahan yang berlaku dalam skuad Persebaya masih menghantuinya. Beliau dan keluarganya pernah menjadi sasaran orang yang tidak dikenali melalui surat ugutan yang mengancam keselamatan keluarganya.

Walaupun konflik itu sudah berakhir, Andik masih tidak yakin dengan keadaan bola sepak Liga Indonesia.

“Saya kira semua orang sudah tahu bagaimana keadaan bola sepak Indonesia. Setiap musim selalu ada macam-macam masalah yang boleh mengganggu perjalanan liga.

“Tetapi bukan bererti saya tidak akan kembali, setelah saya berasa yakin barulah saya akan pulang ke Indonesia.

“Bagi saya, isu tidak ditawarkan kontrak adalah perkara biasa dalam dunia bola sepak profesional dan saya menerima jika itu yang berlaku.

“Namun, pulang ke Indonesia bukanlah pilihan utama saya buat masa ini kerana saya mahu terus beraksi di negara ini pada musim akan datang,” jelasnya.

Kedah kini diperkuatkan oleh 4 pemain import iaitu Liridon Krasniqi, Sandro Mendonca, Pablo Pallares, dan Alvaro Morata. Slot pemain import Asean pasukan itu masih belum terisi sekaligus menguatkan khabar angin mengenai kemasukan Andik ke pasukan itu.

Selain Andik, penyerang berpengalaman skuad kebangsaan Indonesia, Boaz Salossa juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Helang Merah.

Jika khabar angin ini menjadi kenyataan, Andik atau Boaz menjadi pemain kelima dari Indonesia yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini selain Ferdinand Sinaga (Kelantan), Achmad Jufriyanto (Kuala Lumpur), Evan Dimas (Selangor) dan Ilham Udin Armayn (Selangor).

sumber: semuanyabola

 

NS tekad bangkit buru kemenangan sulung

SEREMBAN: Skuad Negeri Sembilan yang tewas pada aksi pertama Liga Super, bakal tampil dengan persembahan lebih baik ketika menerima kunjungan Kuala Lumpur pada perlawanan kedua, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Penjaga gol utama pasukan itu, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya percaya rakan sepasukan sudah sedia untuk memperagakan aksi lebih mantap bagi merealisasikan kemenangan.

Dia yang tidak beraksi pada perlawanan pertama yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang, Sabtu lalu, berkata kekalahan kepada PKNP FC, wajar ditebus pada pertembungan dengan Kuala Lumpur, malam esok.

“Perlawanan ini sangat penting untuk pasukan memandangkan ini aksi kedua dalam liga yang memerlukan kemenangan. Saya percaya, rakan sepasukan mempunyai motivasi yang tinggi dan bersedia mempamerkan aksi lebih mantap.

“Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, kami tidak boleh mensesia-siakan peluang, sebaliknya perlu memanfaatkan sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata, untuk membolehkan pasukan dapat terus bersaing,” katanya di sini, hari ini.

Kaharuddin adalah pemain paling lama dalam skuad Hobin Jang Hobin iaitu memasuki tahun ke tujuh dan kelibatnya sudah pasti ditagih rakan sepasukan bagi mempertahankan kubu pasukan.

Pada aksi pertama tempohari, penjaga gol muda Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menggalas tugas itu, namun dia terpaksa akur melepaskan satu gol hasil jaringan pemain import PKNP, Sokpheng.

Kaharuddin berjanji untuk memberikan persembahan terbaik andai menjadi pilihan ketua jurulatih, Jorg Peter Steinnebrunner untuk membarisi kesebelasan utama pasukan itu.

“Saya bersedia untuk diturunkan dan berjanji akan memberikan komitmen 100 peratus sepanjang tempoh permainan bagi mempertahankan kubu pasukan dari dibolosi lawan,” katanya.

Dalam pada itu, dia tidak menafikan kekuatan yang ada pada skuad bimbingan Fabio Maciel itu, yang pasti akan memberikan tentangan sengit untuk memburu mata.

“Kuala Lumpur bukan lawan yang mudah kerana mereka memiliki kekuatan tersendiri terutama di bahagian serangan. Malah, mereka juga dalam misi memburu kemenangan pertama selepas tewas kepada Selangor.

“Justeru, kami perlu lebih fokus dan sentiasa berhati-hati serta tidak boleh melakukan kesilapan mudah yang boleh membawa padah,” katanya.

sumber: BH

 

JDT Meneruskan Rekod Tanpa Kalah

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rekod tanpa kalah di laman sendiri selepas menang selesa 3-0 ke atas pasukan kelab PKNP FC pada aksi kedua liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Selasa malam.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan yang merupakan juara Piala Sumbangsih 2018, kekal mendahului carta Liga Super dengan kutipan enam mata selepas beraksi dua perlawanan.

Tiga gol pasukan JDT pada perlawanan berkenaan dijaringkan oleh Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-43, Mohd Fadhli Mohd Shas minit ke-57 dan Natxo Insa pada penghujung babak perlawanan.

Dalam pada itu, Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 berdepan pasukan jiran, Terengganu FC I (TFC I) pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan hasil jaringan Tchetche Hermann Brice Kipre seawal minit pertama sebelum pemain import dari Korea Selatan, Do Dong-hyun menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-38 selepas Nik Mohd Shahrul Azim Nik Abdul Halim dijatuhkan oleh pemain pelawat di dalam kotak penalti.-Bernama

Sumber: mstar

Thanabalan terlepas aksi jumpa KL

KUALA LUMPUR: Jika Kuala Lumpur kehilangan khidmat Zaquan Adha Radzak, lawannya malam esok, Negeri Sembilan pula terpaksa melupakan khidmat ayam tambatannya, N Thanabalan.

Thanabalan mengesahkan dia tidak akan beraksi pada perlawanan kedua Liga Super itu gara-gara masih dibelenggu kecederaan hamstring yang dialami ketika tugasan bersama skuad muda negara pada Kejohanan B-23 AFC di China, bulan lalu.

Dia turut terlepas aksi sulung Negeri Sembilan, Sabtu lalu, yang menyaksikan skuad bimbingan Jorg Steinebrunner itu tewas 0-1 kepada PKNP FC di Stadium Negeri, Batu Kawan.

“Kecederaan ini agak mengecewakan kerana saya memang begitu teruja untuk beraksi dalam Liga Super. Tapi saya perlu akur serta menerima hakikat ia asam garam dalam bola sepak.

“Saya perlu menunggu lagi untuk aksi pertama, mungkin hanya dapat bermain dalam perlawanan ketiga menentang Melaka United, Ahad ini.

“Saya yakin bersedia 100 peratus untuk perlawanan itu serta mampu memberi sumbangan kepada pasukan. Bagaimanapun ia bergantung kepada jurulatih, sama ada mahu menurunkan saya atau tidak,” katanya.

Mengenai perlawanan malam esok, Thanabalan menganggap pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, bagai menemukan dua harimau luka selepas kedua-dua pasukan tewas dalam perlawanan sulung masing-masing.

“Kuala Lumpur yang tewas (0-2) kepada Selangor sudah pasti mahu mengelak ia berulang di Paroi. Begitu juga Negeri Sembilan, apatah lagi bermain di tempat sendiri. Perlawanan ini saya jangkakan sengit.

“Kami harus menggunakan kesempatan bermain di gelanggang sendiri sebagai satu kelebihan untuk meraih tiga mata. Saya yakin rakan sepasukan mampu melakukannya,” tegas Thanabalan.

sumber: BH

 

Mahrez ‘Hilang’ Lagi

RIYAD Mahrez terus ‘menghilangkan diri’ selepas tidak hadir menyertai latihan pasukan Leicester City pada Selasa.

Kelab itu cuba menyelesaikan isu dengan Mahrez dan ejennya dalam usaha untuk membawa pemain itu kembali ke skuad di bawah pengurus, Claude Puel.

Bagaimanapun sumber memberitahu Sportsmail bahawa Mahrez tidak hadir di kompleks Belvoir Drive di Leicester, seminggu selepas pemain kelahiran Algeria itu tidak menghadiri latihan buat pertama kali.

Ketika itu Mahrez dalam cubaan untuk berpindah ke Manchester City.

Kini timbul tanda tanya sama ada penyerang berusia 26 tahun akan muncul dalam perlawanan Leicester yang akan datang, menentang Manchester City pada Sabtu. – Mail Online

Sumber: mstar

Siaran langsung JDT, PKNP dibatalkan

KUALA LUMPUR: Siaran langsung perlawanan Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang PKNP FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin yang sepatutnya disiarkan menerusi siaran TVi pada jam 9 malam ini terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal.

Perkara itu disahkan oleh pihak RTM yang menjelaskan bahawa rakaman video yang dibekalkan kepada mereka hanya sesuai untuk ‘streaming’ dan bukannya untuk siaran televisyen.

sumber: BH