Serangan Isu tunggakan gaji TFC

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menafikan pemain Terengganu FC (TFC) terpalit dengan isu tunggakan gaji menjelang saingan final Piala Malaysia bertemu Perak pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, isu berkenaan tidak timbul apatah lagi skuad TFC kini sedang melakukan persiapan rapi sebelum turun beraksi.

Beliau berkata, mungkin perkara itu sengaja diadakan pihak tertentu yang mahu ‘menyerang’ TFC yang kini berada dalam keadaan tenang dan bersiap-sedia.

“Setakat ini skuad Terengganu tidak ada masalah berkaitan gaji pemain, yang ada masalah tunggakan gaji sebelum ini ialah Terengganu City FC (TCFC) yang tidak berada di bawah Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), ” kata Wan Sukairi yang kesal dengan dakwaan itu.

PENJAGA gol TFC, Mohd Suffian Ab Rahman gigih berlatih.

TFC yang mara ke final selepas mengetepikan gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat separuh akhir dengan agregat 3-2 berpeluang mencipta sejarah kali kedua merangkul piala berprestij itu selepas kali pertama menjuarainya pada 2001 selepas menumpaskan Perak 2-1.

Mengulas lanjut, Wan Sukairi percaya prestasi pemain skuad Penyu itu tidak akan tergugat biarpun isu itu berlaku beberapa hari sebelum aksi final.

sumber:- HM

“Isu ini tidak akan melemahkan semangat pemain malah makin kuat dalam misi membawa pulang trofi berprestij itu,” katanya.

Neymar tak akan kembali

PRESIDEN kelab Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan pihaknya tidak berniat untuk membeli semula Neymar untuk bermain dalam pasukannya.

Menerusi laporan yang dikelaurkan baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan Barcelona akan membeli semula binyang itu selepas dia berpindah ke Paris Saint-German (PSG) pada Ogos 2017.

“Neymar? Dia tinggalkan pasukan ini, kami tak ada rancangan untuk bawa dia masuk balik.

“Kami tidak merancang untuk mengambil mana-mana pemain pada Januari ini. Ianya skuad yang kecil sebab kami ada juga ada pasukan B,” ujar Bartomeu dalam satu wawancara bersama Catalunya Radio.

Kenyataan itu sekaligus menepis dakwaan yang bertiup kencang mengenai hasrat untuk membawa Neymar kembali beraksi dalam pasukan itu.

Pemain berusia 26 tahun itu setakat ini sudah menjaringkan 39 gol menerusi 41 penampilan sejak menyertai PSG.

Musim ini sahaja, dia berjaya mencatat 11 jaringan menerusi 11 perlawanan yang disertainya.-Yahoo Sports.

Safiq Rahim Tidak Lagi Dipanggil

Setelah Safiq Rahim tidak lagi dipanggil bagi menjadi arkitek utama pasukan negara, ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe telah memanggil Nazmi Faiz Mansor bagi mengisi posisi tersebut dan bekas pemain Selangor ini telah menjalankan tugas dengan baik setakat ini.

Namun, pada dua perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan Kyrgyzstan, Cheng Hoe tidak memanggil Nazmi dan ketiadaan Nazmi di bahagian tengah sedikit-sebanyak memberi masalah kepada corak permainan pasukan negara.

Ramai pihak yang berpendapat pasukan negara tidak akan menghadapi masalah di bahagian tengah pada dua perlawanan terakhir jika Azam diturunkan dalam kesebelasan utama. Dengan kualiti yang dimiliki oleh beliau, Azam mampu untuk membantu bahagian serangan dalam merancanakan serangan.

Sebelum beraksi pada perlawanan pertama kumpulan A Piala AFF Suzuki, skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan dengan menentang pasukan Maldives. Pada perlawanan ini, Cheng Hoe boleh menyenaraikan Azam bagi menilai prestasi bersama pasukan senior.

Dengan adanya Nazmi Faiz dan juga Nor Azam, maka Cheng Hoe akan memiliki lebih banyak pilihan bagi diturunkan sebagai watak utama dalam merencanakan gerakan serangan pasukan negara. Nazmi dan Azam merupakan pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini.

Apa yang pasti, beraksi dalam saingan merupakan peluang terbaik buat Azam untuk membuktikan bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dengan beraksi bersama pasukan senior. Dengan adanya pemain yang pernah beraksi bersama beliau dalam skuad bawah 23 tahun sebelum ini, perkara ini akan memudahkan lagi tugas Azam.

Seperkara lagi, Harimau Malaya perlu membawa pemain terbaik bagi mencabar trofi yang kali terakhir dibawa pulang ke bumi Malaysia pada edisi 2010 lalu.

Sumber : inikanbola.my

Perak tepati ramalan ke final

KOTA KINABALU: Perak menepati ramalan mara ke final Piala Malaysia apabila menang dengan agregat 7-2 walaupun sekadar seri 2-2 berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Walaupun memiliki bekalan lima gol, Perak terlebih dulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi Gilmar Jose Da Silva Filho, namun cubaannya diselamatkan penjaga gol, Rozaimie Rohim dalam keadaan satu lawan satu.

Rozaimie sekali lagi menjadi penyelamat tuan rumah apabila menghalang cubaan Muhammad Firdaus Saiyadi, juga dalam keadaan satu lawan satu.

Pada minit ke-34, Sabri Sahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pertama untuk pasukannya hasil penyudah baik dalam kotak penalti selepas satu sepakan sudut daripada Elias Sulaiman bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Gol itu mencetuskan semangat Sabah untuk terus memburu jaringan dan hampir memperolehnya pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Elias, bagaimanapun ia diselamatkan penjaga gol lawan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula separuh masa kedua, Sabah terus berusaha menambah gol dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-67, namun tandukan Rodoljub Paunovic tidak menepati sasaran.

Pada minit ke-74, Gilmar menambah kesukaran Sabah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dijatuhkan Rozaimie di dalam kotak penalti.

Gilmar kemudian menambah derita Sabah apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 hasil satu penyudah baik selepas memperdayakan penjaga gol Sabah bagi menjadikan kedudukan berpihak kepada mereka 2-1.

Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil kemudian  menyelamatkan pasukannya daripada kecundang di gelanggang sendiri apabila menanduk gol penyamaan pada minit ke-85 bagi menjadikan kedudukan 2-2 dan kedudukan itu kekal hingga penamat.

VIDEO – Terengganu FC (TFC) Malukan JDT Di Larkin

JOHOR BAHRU: Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia berkecai selepas seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) dan pasukan pelawat layak ke final dengan agregat 3-2 selepas aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kemenangan TFC itu cukup bermakna buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang akan berdepan sama ada Perak atau Sabah tatkala kali terakhir skuad Penyu mara ke pentas final ialah pada 2011 namun tewas kepada Negeri Sembilan 1-2.

Perubahan taktikal dilakukan gandingan Luciano Figueroa dan Benjamin Mora yang membimbing JDT apabila membariskan Fernando Marquez dalam kesebelasan utama sambil mengubah posisi Gonzalo Cabrera beraksi di bahagian serangan manakala Syafiq Ahmad bergerak di posisi sayap kiri.

Ketika JDT ghairah mengasak ke kubu TFC, serangan balas anak didik Irfan Bakti pada minit ke-11 mencemaskan gawang tuan rumah apabila Shahrul Aizad Zulkifli yang tidak dikawal merembat bola leret namun penjaga gol, Farizal Marlias sempat menghalang dengan kaki.

Penguasaan jelas milik JDT apabila sering mengasak ke kubu pelawat, malah pada minit ke-27 bola umpanan Safawi Rasid gagal diterjemah dengan jaringan apabila sekadar merembat bola lemah mudah buat penjaga gol, Mohd Sufian Rahman.

Tindakan Adib Aizuddin Latif mengasari Safawi di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil, Mohd Nazri Nasaruddin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-40 dan Marquez mudah melaksanakannya dan meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 sekali gus mengikat agregat 1-1.

Bersambung babak, kedua-dua pasukan mula mengatur gerak untuk memburu gol dengan TFC terlebih dulu mengancam kubu tuan rumah apabila kapten, Kipre Tchetche memiliki peluang pada minit ke-46 namun sempat dihalang Farizal.

Bermula daripada bola tandukan Marquez hasil sepakan lintang Corbin Ong yang terkena palang pada minit ke-62, bola disambar Safawi yang mengumpan ke belakang untuk Cabrera dan pantas melencong bola tepat ke penjuru kiri seterusnya tuan rumah mendahului 2-0 dan 2-1 secara agregat.

Bagaimanapun, jaringan tuan rumah tidak bertahan lama selepas Tchetche bangkit menjaringkan gol pada minit ke-68 apabila merembat kencang menewaskan Farizal untuk mengikat agregat 2-2 tatkala kelebihan memihak pelawat yang memiliki gol di tempat lawan.

Tchetche melenyapkan sisa perjuangan tuan rumah apabila mencetak gol kedua peribadi pada minit terakhir perlawanan untuk memastikan TFC mara ke final dengan keputusan agregat 3-2.

Johor DT vs Terengganu FC 2-2 Aggregate (2-3)

Johor DT vs Terengganu FC 2-2 Aggregate (2-3) | Highlight Separuh Akhir Piala Malaysia 2018.kredit: iskandar mukmin

Posted by Setia Viral TV on Saturday, 20 October 2018

Jangan sangka ‘ikan bilis’ senang diratah !

KUALA LUMPUR: Dianggap sebagai pasukan ‘ikan bilis’ pada Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) (B-19) di Indonesia, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat skuad muda negara yang bertekad untuk melakar kejutan pada aksi pertama menentang Arab Saudi di Bekasi, petang esok.

Menurut pengendali Bojan Hodak, beliau tidak mengambil endah berhubung status ‘underdog’ yang diberikan terhadap anak buahnya, apatah lagi bersaing dalam Kumpulan D yang turut disertai China dan Tajikistan.

Hodak berkata, perkara lebih penting adalah keinginan kuat untuk menang dalam kalangan pemainnya selepas menjalani persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan itu.

“Apa yang bagusnya kami adalah ‘underdog’, yang mana tak ramai meletakkan harapan tinggi kepada kami.

“Jadi kami akan ambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan ia difahami pemain dengan jelas sekali. Apa pun, saya tetap mahu pemain memberikan aksi terbaik sepanjang kempen,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Kemenangan ke atas Arab Saudi cukup penting buat skuad negara bagi memulakan saingan dengan langkah kanan sebelum mencongak peluang berdepan Tajikistan dan China.

Di atas kertas, Arab Saudi yang juga juara dua kali (1986, 1992) memiliki kelebihan tersendiri namun kejayaan skuad Hodak menjulang mahkota B-19 AFF Julai lalu perlu diberi perhatian dan tidak mustahil kejutan mampu dilakar.

sumber: HM

“Ya (juara Piala AFF), itu yang saya katakan, status underdog boleh memberi kebaikan kepada kami. Pada saingan di AFF tempoh hari, kami bukan pasukan pilihan dengan Indonesia, Thailand dan Myanmar calon juara.

“Tapi sebaliknya berlaku apabila kami melangkah ke final sekali gus menjuarainya buat kali pertama. Jadi tak mustahil sekiranya perkara sama boleh berlaku pada aksi pertama bertemu Arab Saudi esok,” katanya.

Pada Kejohanan AFF di Indonesia Julai lalu, Malaysia mengejutkan tuan rumah pada separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar sebelum membuat kejutan kedua dengan menumbangkan Myanmar 4-3 di final.

Juara 7 kali, juara bertahan jadi calon pilihan ke final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Juara tujuh kali, Perak dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mempunyai kelebihan untuk mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia, musim ini.

Bekas pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan menyifatkan kedua-dua pasukan mampu melangkah ke final walaupun berdepan situasi yang berbeza.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Perak mengatasi Sabah 5-0 di laman sendiri  manakala   Terengganu FC (TFC) pula menang tipis 1-0 ke atas JDT, juga di laman sendiri.

“Aksi timbal balik di antara JDT dan TFC adalah satu perlawanan yang dijangka sengit, namun saya lihat JDT adalah sedikit kelebihan kerana mereka beraksi sebagai satu unit yang mantap selain kebanyakan pemain mereka mempunyai skil individu yang terbaik di negara ini ,” katanya kepada Bernama, Jumaat.

Sumber:  mstar

Nada sama turut disuarakan pengendali MIFA, K. Devan yang melihat JDT dan Perak mempunyai kelebihan untuk mara ke final.

“Perak berpeluang cerah ke final berdasarkan kelebihan agregat yang mereka miliki manakala JDT mempunyai peluang ke final berdasarkan statistik cemerlang mereka dalam saingan awal Piala Malaysia,” kata Devan yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengendali pasukan PKNP FC, Abu Bakar Fadzim sebaliknya berpandangan Terengganu FC dan Perak menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia berdasarkan prestasi cemerlang yang dilakar kedua-dua pasukan berkenaan sepanjang pusingan awal.

Beliau bagaimapun mengakui kehadiran penyokong yang ramai dan rekod cemerlang di laman sendiri menjadi kelebihan kepada JDT untuk memberikan saingan sengit kepada TFC.

Sabah Menang Besar

Pengendali Sabah, Jelius Ating, tidak menafikan kekalahan besar 0-5 kepada Perak dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, 7 Oktober lalu, masih meninggalkan kesan kepada anak didiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap agar pemain mengatasi situasi berkenaan dengan segera dan fokus untuk perlawanan kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Ahad ini.

“Kekalahan itu memang sukar dilupakan tetapi saya berkata kepada pemain bahawa mereka masih mempunyai 90 minit untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Saya masih percaya dengan ungkapan bola itu bulat dan dalam bola sepak, apapun boleh berlaku. Pasukan gergasi seperti Brazil pun boleh kalah 7-1 di gelanggang sendiri, begitu juga dengan kelab-kelab besar yang pernah mengalami nasib serupa tetapi bangkit semula selepas itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bekas pemain berusia 47 tahun itu berkata beliau bukannya mahu memberi alasan dengan memberi contoh situasi pasukan serta kelab dari luar negara tetapi ingin pemainnya mengambil semangat seperti itu untuk menghadapi Perak nanti.

“Alang-alang kami sudah sampai ke tahap ini (separuh akhir Piala Malaysia), saya mahu pemain menamatkannya dengan satu prestasi baik kerana kami masih ada 90 minit walaupun ketinggalan lima gol.

“Sekarang ini terpulang kepada pemain untuk membuktikannya. Kalau pun kami tidak dapat pergi lebih jauh (final), sekurang-kurangnya pemain mempamekan aksi terbaik mereka, lebih-lebih di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Tambah Jelius, mereka kini menjalani latihan seperti biasa selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan, Tawau, yang juga juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018, Sabtu lalu.

Perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau itu menyaksikan Sabah menang besar 9-0.

Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu bakal berdepan misi sukar bertemu Perak di gelanggang sendiri nanti apabila perlu mendapat sekurang-kurangnya lima gol selain harus mengelak daripada dibolosi.

Sumber : SA