CCTV Rakam Suspek Ragut

PETALING JAYA: Kegiatan meragut berlaku tanpa mengira lokasi dan mangsa dan terkini insiden itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Tasik Jaya, Senawang telah tular sejak malam Sabtu lalu.

Video tersebut menunjukkan seorang wanita dalam lingkungan 20-an diragut seorang penunggang motosikal berwarna jingga pada pukul 4.10 petang hari berkenaan.

Ketika kejadian, kelihatan seorang wanita yang dipercayai sedang merakam gambar mangsa, manakala dua lagi wanita dalam video tersebut berdiri di pintu tempat duduk penumpang bahagian depan dan belakang.

 

Menerusi rakaman CCTV itu, suspek dipercayai sudah meninjau keadaan sekeliling kawasan itu apabila dia bertindak berpatah balik dalam tempoh 12 saat sahaja untuk meragut mangsa.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis barang yang diragut suspek kerana rakaman berkenaan terlindung oleh badan mangsa.

Posted by Omar Ahmad on Saturday, 15 July 2017

Berdasarkan rakaman tersebut, mangsa kelihatan terkejut kerana disentak dengan kuat.

Pemilik akaun Facebook, Omar Ahmad mendakwa, kejadian terbabit merupakan insiden kedua yang berlaku di kawasan kejiranannya.

“Pada hari raya ketiga yang lalu berlaku (kejadian ragut) di depan rumah saya pada waktu malam.

“Kini, berlaku di depan rumah jiran saya. Peragut ini dikatakan pernah dilihat berkeliaran di Hentian Komuter Senawang.

“Sesiapa ada maklumat, segera laporkan kepada polis,” tulisnya.

Setakat ini, video itu sudah ditonton sebanyak 40,536 kali dan dikongsikan sebanyak 162 kali.

sumber :mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *