Dua Maut Kemalangan Libatkan Treler, Alza

LAHAD DATU: Kemalangan melibatkan lori treler dan sebuah kereta di Batu 11 Jalan Segama mengakibatkan seorang lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta jenis Perodua Alza maut dalam kejadian pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa itu belum dapat dikenalpasti dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 11.47 pagi.

Menurut kenyataan itu, enam anggota dan sebuah jentera serta kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada lori treler yang telah menghimpit kereta dinaiki dua mangsa itu, kata kenyataan itu.

–¬†Bernama

mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *