“Enam Jahanam” Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Zulfarhan

Pada Mei lalu, negara digemparkan dengan pembunuhan tragis Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman. Pelbagai spekulasi timbul mengenai kes pembunuhan tersebut.

Dalam perkembangan terkini kes itu, enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah bersubahat dan membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu, lapor BERNAMA.

Pengakuan itu dibuat Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakim Mohd Ali, masing-masing  21, di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah, hari ini.

 

Lima daripada mereka kecuali Abdoul Hakim, didakwa membunuh Zulfarhan Osman, 21, di Bilik 04-10, Blok penginapan asrama Jebat UPNM, Kem Perdana Sungai Besi, Cheras, antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei lalu.

Mahkamah mendakwa mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Mereka berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Abdoul Hakim didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan lima rakannya mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman serupa. Mahkamah menetapkan 13 November untuk sebutan semula kes.

– www.kakishare.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *