Hantu kapten ‘Titanic’ melintas di belakang pasangan suami isteri ?

SEPASANG suami isteri ketakutan selepas mempercayai gambar mereka merakamkan kelibat hantu kapten kapal Titanic ketika berkunjung di sebuah pub lama yang dikaitkan dengan kapal karam tersebut.

Cheryl dan Luke Arkless menyedari sesuatu yang kabur berada di belakang mereka (dalam gambar tersebut) dan mendakwa berasa seram sejuk.

Pasangan tersebut yang kedua-duanya berusia 34 tahun bercuti ke Belfast di Northern Ireland ketika mereka berkunjung ke pub Robinson itu.

Mereka berdua mempercayai kelibat itu adalah jelmaan kapten kapal, Edward John Smith.

Pembuat kek, Cheryl berkata: “Ibu mentua saya mengambil tiga gambar saya dan suami, semuanya dirakam selang beberapa saat.

“Rasa macam sejuk di belakang kami, tapi kami tidak nampak apa-apa atau menyedari ada sesiapa di belakang kami.

“Hanya selepas kami pulang ke England dan melihat semula gambar itu, saya perasan ada sesuatu yang kabur.

Smith.

“Saya panggil suami dan dia kata mungkin ada orang berjalan dengan laju di belakang kami.

“Tapi, saya berasa skeptikal pada awalnya dan sekarang saya rasa ia memang nampak seperti seorang lelaki.

Gambar itu baru dikeluarkan untuk pertama kalinya selepas Cheryl menyenaraikan kumpulan pemburu hantu, Paranormal Investigations UK untuk mengesahkan ia adalah ‘tulen’.

“Apabila saya mendapat laporan daripada Paranormal Investigations UK, saya terkejut kerana mereka berkata gambar itu 100 peratus tidak dapat dijelaskan.

“Selepas menonton filem itu (Titanic), anak perempuan saya, Yasmin menunjukkan wajahnya dalam gambar dan berkata ‘ibu lihat, ia adalah kapten itu’.

“Bulu roma saya naik kerana saya tidak beritahu anak-anak yang kelibat itu kelihatan seperti seperti kapten tersebut,” katanya. – Mirror UK , mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *