Ibu Main Telefon Bimbit, Anak Disuruh Kencing Dalam Mangkuk Restoran

Kemana sahaja kita pergi sudah pasti telefon bimbit menjadi peneman setia. Aktiviti harian pula lebih banyak dihabiskan dengan media sosial.

Kejadian pelik dan menjijikkan ini dilaporkan berlaku di Beijing, China apabila sebuah video menerusi media sosial popular Weibo mengenai tindakan seorang wanita yang membiarkan anaknya membuang air kecil di dalam mangkuk restoran hanya kerana leka dengan telefon bimbitnya.

Wanita tersebut tidak menghiraukan permintaan anaknya yang masih kecil untuk ke tandas sebaliknya mengambil langkah mudah dengan menyuruh anaknya kencing di dalam mangkuk sup kosong yang terdapat di atas meja tersebut.

 

Akibat tindakannya itu, wanita itu dikecam kerana tidak menjaga kebersihan dan tidak menghormati pelanggan lain.

Tetapi, wanita itu dengan angkuh menyatakan mangkuk yang digunakan anaknya itu memang mangkuk kotor dan akan dibasuh.

“Ia tidak menjadi masalah kerana mangkuk tersebut akan dibasuh juga oleh pekerja restoran itu,” katanya dipetik laporan Daily Mail.

Pengurusan restoran itu terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan wanita itu. Malah, seorang pelayan restoran yang bekerja di sana menyatakan dia tidak pernah lihat insiden seperti ini dalam tempoh 10 tahun.

Disebabkan faktor kebersihan, pengurusan restoran berkenaan mengambil keputusan untuk membuang kesemua pinggan mangkuk yang telah digunakan wanita tersebut.

“Saya tidak faham apa yang difikirkan wanita itu. Kami menyediakan tandas di setiap tingkat untuk kegunaan pelanggan,” ujarnya.

www.kakishare.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *