Kampung Lepau, Kampung Pasir Skudai banjir

JOHOR BAHRU: Kampung Lepau, Kota Tinggi dilanda banjir kilat, jam 5.20 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata punca banjir kilat itu adalah disebabkan limpahan air dari tadahan air di tapak projek Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), dekat sini.

“Satu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor digerakkan ke sana untuk tindakan pemantauan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

 

Terdahulu, kawasan di Kampung Pasir Skudai, di sini, dilanda banjir kilat, dalam kejadian jam 4.30 petang tadi.

Ayub berkata, punca banjir kilat itu disebabkan air pasang dan taburan hujan yang lebat, selain paras air berada pada bawah lutut.

“Bagaimanapun, sehingga kini, tiada pusat pemindahan yang dibuka,” katanya.

Sumber:- BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *