Kelantan Pertaruhkan Pemain Muda Hadapi Saingan Liga Super 2018

Skuad The Red Warriors bakal berwajah baru musim depan dengan mempertaruhkan sebahagian besar pemain muda yang mempunyai bakat besar.

Semalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) turut mengesahkan hanya 20 peratus pemain senior dikekalkan bagi membantu barisan muda dari skuad Piala Presiden.

Antara barisan pemain muda yang bakal memperkuatkan pasukan itu pada musim depan ialah Fakrul Zaman Abdullah Zawawi, Mohd Nasrihan Rosid, Shafiq Rahman, Azwan Aripin, Mohd Fadhilah, Faris Shah Rosli, Mohd Ramadhan Abdul Hamid, Mohd Shahrul Akim dan Mohd Amir Zikri.

 

Lima pemain Piala Presiden yang dinaik pangkat beraksi bersama pasukan senior ialah Mohd Daniel Asyraf Abdullah, Nik Azli Nik Alias, Mohd Imran Samso, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhd Saiful Alias.

Pemain senior yang dikekalkan KAFA ialah Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Faizol Nazlin Sayuti dan Mohd Rozaimi Azwar.

Gambar : Utusan Malaysia

Sementara itu, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, senarai pemain yang diumumkan itu adalah sebagai persiapan awal pasukan dan latihan pertama akan bermula pada 20 November.

Walaubagaimanapun, bagi pemain baharu termasuk import yang bakal dibawa masuk, Bibi berkata, pihaknya masih lagi dalam proses rundingan.

Namun spekulasi Ghaddar bakal kembali menyarung jersi Kelantan turut dinafikan oleh Bibi Ramjani Ilias Khan. Jelas Bibi, gaji Ghaddar adalah diluar kemampuan KAFA.

“Pemain yang diumumkan (semalam) termasuk empat pemain senior adalah pemain yang masih mempunyai baki kontrak dan bersetuju meneruskan khidmat bersama TRW.

“Manakala bagi nama-nama yang tidak disebut, ada antaranya sudah dilepaskan untuk beraksi dengan pasukan baharu dan masih ada pemain senior yang sedang dalam rundingan seperti Mohd Badhri Radzi, Norfarhan Mohamad dan Indra Putra Mahyuddin,” katanya yang turut mengekalkan Santhit Bensoh sebagai Pemangku Jurulatih TRW.

Difahamkan pemain yang disahkan meninggalkan Kelantan ialah Daudsu Jamaludin, Qayyum Marjoni, Hasmizan Kamarodin, Sharizan Ismail, Aziz Ismail, Syihan Azmi, S. Subramaniam, Zairul Fitree Ishak, Norhafiz Zamani Misbah dan Khairul Iszuan Rosli.

Mereka juga masih menilaikan 3 calon jurulatih iaitu 2 calon jurulatih asing dan seorang calon jurulatih tempatan. Setakat ini, hanya Velizar Popov yang menolak tawaran untuk membimbing Kelantan musim depan kerana dikatakan tidak mencapai persetujuan dengan KAFA.

Sumber:- semuanyabola.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *