Kim Kardashian hanya pakai baju dalam untuk ‘halloween’

PENAMPILAN seksi Kim Kardashian di pentas peragaan jenama Victoria’s Secret mencuri tumpuan ramai.

Bertemakan ‘halloween’, Kim Kardashian hanya memakai pakaian dalam berserta sepasang sayap putih.

Menerusi muat naik di Instagram, Kim bergambar dengan posing memberi ciuman seksi dan menulis kapsyen Halloween 2018.

Foto tersebut menerima hampir tiga juta tanda suka dan hampir 20,000 komen pengikut.

Bintang sensasi ini turut memaklumkan kostum yang digayakan itu merupakan pakaian yang dipinjamkan oleh jenama tersebut.

“Terima kasih @VictoriaSecret beri kami pinjam pakaian dan sayap untuk runway ini,” tulisnya.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *