Lapan pemain akan meninggalkan pasukan Pahang

Untuk musim 2018 nampak nya Pahang telah sah melepaskan lapan tonggak utama pemain mereka. Bagi kami agak drastik untuk melepaskan pemain ini kerana kebanyakan mereka merupakan kesebelasan utama pasukan yang membawa mereka menjadi naib juara Liga Super 2017.

Terima kasih atas segala keringat dan semangat anda untuk skuad Tok Gajah selama ini.Pihak pengurusan, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan anda terus berjaya.

Posted by Pahang FA on Wednesday, 8 November 2017

Lapan pemain tersebut yang akan meninggalkan pasukan Pahang ialah:

Wan Azraie Wan Teh (Penjaga Gol)
Saifulnizam Miswan (Pertahanan)
Heo Jaewon (Pertahanan)
Nordin Alias (Pertahanan)
Syamim Yahya (Tengah)
Joseph Kallang Tie (Tengah)
Nurridzuan Abu Hassan (Tengah)
Ashari Samsuddin (Penyerang)

Setakat ini hanya Wan Azraie Wan Teh yang telah mengesahkan akan menyertai kembali pasukan Terengganu untuk bersama dengan Irfan Bakti. Selain dari itu, belum dapat dipastikan lagi pemain ini akan berpindah ke mana.

Dengan pengesahan itu, skuad Tok Gajah mengekalkan 19 pemain musim ini, termasuk tiga pemain import iaitu Matheus Alves dari Brazil, Mohamadou Sumareh (Gambia) dan Yamil Romero (Argentina).

Pemain lain yang dikekalkan adalah Helmi Heliza Elias, Matthew Davies, R Dinesh, Christie Jayaseelan, Faisal Halim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Kiko Insa, Mohd Faisal Rosli, Afif Amiruddin, Nor Azam Azih, Zubir Azmi, Saufi Muhammad, Salomon Raj, Muslim Ahmad, R Kogileswaran dan Ashar Al Aafiz.

Menerusi kenyataan itu juga, pihak pengurusan PBNP, kejurulatihan dan seluruh warga Pahang mendoakan semoga lapan pemain berkenaan berjaya bersama pasukan baharu.

Musim ini, Pahang melakukan rombakan besar-besaran dengan menyenaraikan barisan pemain berpengalaman untuk mengembalikan status pasukan yang digeruni pada musim sebelum ini.

Namun, skuad kendalian Dollah Salleh itu gagal untuk mengucup sebarang piala berprestij musim ini.

Berdasarkan pencapaian musim ini, skuad Tok Gajah sekadar bergelar naib juara Piala FA selepas tewas kepada Kedah di perlawanan akhir, tempat kedua Liga Super di belakang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) , layak ke suku akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada pasukan Perak di peringkat ini.

Tetapi, pencapaian itu jauh lebih baik berbanding prestasi skuad itu pada musim 2016 yang hampir tersingkir ke Liga Perdana.

sumber: thesportivo.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *