Liverpool Lebur Rekod 19 Tahun Milik United

LIVERPOOL berjaya meleburkan rekod musuh utama, Manchester United di pentas Liga Juara-Juara selepas menang besar 7-0 ke atas Spartak Moscow pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, awal pagi Khamis.

Perlawanan itu menyaksikan Philippe Coutinho meledak hatrik manakala Sadio Mane dua gol manakala Mohamad Salah dan Roberto Firmino masing-masing menjaringkan satu gol.

Dengan kemenangan itu, Liverpool menamatkan saingan peringkat Kumpulan H dengan 23 gol dalam enam perlawanan, jaringan paling banyak pernah direkodkan kelab Inggeris dalam sejarah Liga Juara-Juara.Rekod terdahulu dicipta Manchester United pada 1998 ketika dibawah kendalian Sir Alex Ferguson dengan 20 gol.

United turut memenangi trofi kejuaraan itu pada tahun yang sama.

Malangnya Liverpool gagal memecah rekod sepanjang zaman untuk gol paling banyak dijaringkan pada saingan peringkat kumpulan.

Paris Saint-Germain (PSG) berjaya mencipta rekod tersebut apabila menjaringkan 25 gol dalam saingan peringkat kumpulan yang turut dibarisi Bayern Munich, Celtic dan Anderlecht.

Sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *