Mourinho Yakin Dapat Sambar Rose

JOSE Mourinho yakin Manchester United akan memuktamadkan perpindahan Danny Rose bernilai 50 juta pound sterling dari Tottenham Hotspur pada Januari depan.

Pengendali dari Portugal itu begitu terdesak untuk memperkukuhkan skuadnya dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

United hampir mendapatkan khidmat Rose pada musim panas lalu tetapi rundingan gagal dimuktamadkan memandangkan pemain itu masih bergelut dengan kecederaan.

Malah pada masa sama, Pengurus Spurs Mauricio Pochettino enggan melepaskan pemain pertahanan itu.

Spurs sudah melepaskan Kyle Walker ke Manchester City dan Pochettino mahu mengekalkan Rose bersama kelab itu.

Namun pemain berusia 27 tahun itu jarang diturunkan dalam skuad utama musim ini selepas mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai struktur gaji kelab dalam satu temubual bersama The Sun.

mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *