Padah Keluar Jam 4 Pagi, Gadis 16 Tahun Kena ‘Ratah’, Pukul Dan Dibuang Dalam Hutan

Kejam! Seorang remaja bukan sahaja telah dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki kelmarin, malah dipukul dan ditinggalkan di dalam hutan.

Mangsa yang berusia 16 tahun, dikatakan melepak dan berborak dengan teman lelaki  serta dua suspek pada 4 pagi sebelum dibawa ke sebuah rumah di Bandar Baru Bangi.

Ketika mereka tiba, ada seorang lagi lelaki di premis itu yang terletak di Seksyen 4, lapor Harian Metro.

“Ketika mereka sedang berborak, seorang lelaki memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan merogolnya.

“Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara yang sama. Mangsa merayu dihantar pulang namun tidak diendahkan,” ujar sumber.

Menurut sumber lagi, mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya dibawa ke kawasan hutan sebelum dipukul di muka.

“Suspek meminta mangsa menyerahkan barangan peribadi miliknya. Mangsa yang enggan ditendang keluar dari kenderaan oleh suspek,” kata sumber lagi. Mangsa ditemui oleh anggota Rela dan membawanya pulang. Suspek kini diburu polis.

– www.kakishare.tv

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *