[VIDEO] Neelofa Menari Gelek Di Malam Gala Naelofar Hijab. Meriahnya!

Malam tadi telah berlangsungnya Malam Gala Naelofar Hijab buat kali pertama. Majlis itu khabarnya hanya dihadiri kenalan rapat dan ahli keluarga pelakon jelita Neelofa. Bertemakan konsep ala arab, majlis tersebut dikatakan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Paling menarik perhatian ramai adalah tarian Neelofa. Amboi meriahnya! Memang comel betullah dia siap gelek-gelek.  Tak sangka Neelofa ada bakat terpendam. Apa apa pun tahniah buat Neelofa kerana berjaya dalam kerjayanya!

Menari meriahnya

Neelofa di malam gala

part 2

part 3

Part 4

Comel

Sumber : Littlemisskhan / ohbulan

DNA Bola Sepak Malaysia, Akhirnya Akan Dicipta?

Jika anda masih ingat, kami pernah menerbitkan satu artikel tentang penjelasan apa itu DNA taktikal dalam bola sepak.

Anda boleh luangkan masa membaca artikel kami bertajuk: DNA Bola Sepak Yang Perlu Dicari, Diperinci Dan Difahami

Semalam dalam satu sesi bersama dengan penyokong bola sepak Malaysia, Presiden FAM menggariskan isu keseragaman taktikal dan cara bermain dalam skuad kebangsaan di semua peringkat.

Kami membuat andaian bahawa, apa yang sedang diikhtiarkan oleh FAM adalah DNA bola sepak. Jadi, baginda menyatakan langkah pertama yang diambil oleh FAM adalah dengan menggunakan kepakaran Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

De Roo akan cuba menganalisis segala jenis data yang berkaitan dan mencari satu formula untuk membentuk DNA bola sepak Malaysia.

Jadi, kesemua jurulatih kebangsaan termasuk Tan Cheng Hoe (Harimau Malaya), Datuk Ong Kim Swee (B-23), Bojan Hodak (B-19) dan Lim Teong Kim (PPBN) perlu mengikut perancangan dan strategi taktikal yang dirangka Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

Dipetik dari sumber Mstar Online, baginda berkata kepada peminat bola sepak Malaysia yang hadir:

“Peter akan menganalisis cara permainan yang sesuai dengan fizikal pemain pasukan kita untuk memastikan semua pasukan mempunyai cara permainan sama.”

“Semua jurulatih perlu duduk semeja dengan Peter untuk berbincang mengenai perancangan dan status skuad masing-masing pada setiap minggu.”

Pandangan semuanyaBOLA

Ini bukan perkara yang mudah. Tetapi jika ia benar-benar dipandang serius, ia akan membantu dalam membentuk sebuah pasukan yang memiliki satu hubung kait yang baik.

Jadi, promosi kepada pemain daripada peringkat bawah ke peringkat tertinggi akan lebih lancar.

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya tentang perkara ini.

sumber: semuanyabola.com

 

Lelaki ‘Tak Takut Mati’ Meninggal Dunia

BEIJING: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ‘pemanjat bumbung pertama di China’, Wu Yongzhu dilaporkan telah meninggal dunia pada 8 Disember lalu.

Menurut Shanghaiist, berita kematian lelaki berusia 26 tahun itu disahkan teman wanitanya menerusi Weibo.

“Hari ini 8 Disember. Ia membuatkan saya fikirkan 8 November, hari anda meninggalkan kami dan juga dunia ini,” tulisnya.

Namun teman wanitanya tidak mendedahkan punca sebenar kematian Yongzhu.

Yongzhu kerap memuatnaik gambar dan video menunjukkan aksi merbahaya ala ‘daredevil’ tanpa menggunakan kelengkapan keselamatan di laman media sosialnya.

Namun apabila dia tidak lagi memuatnaik video ke media sosialnya, pengikutnya percaya sesuatu yang buruk telah menimpa Yongzhu.

Kali terakhir Yongzhu mengemaskini status di media sosialnya adalah pada 8 November lalu.

Netizen percaya kematiannya ada kaitan dengan aksi ngeri yang dilakukannya.

Sumber: mstar

 

Sikap besar kepala rosakkan bola sepak negara

KUALA LUMPUR: Sikap pemain senior yang beranggapan mereka lebih besar daripada pasukan menjadi ‘virus jahat’ buat bola sepak negara sehingga boleh merosakkan kualiti permainan seterusnya menjejaskan sesebuah pasukan.

Ia diakui sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim betapa bola sepak di negara ini tidak terkecuali daripada sikap negatif berkenaan.

“Semua pasukan berdepan perkara sama. Tidak kiralah berapa ramai pemain muda yang kita ada, apabila menyertai pasukan senior, sama ada bersama kelab ataupun negara, mereka akan dipengaruhi kumpulan ini (pemain senior).

“Tidak guna kita lantik Carlo Ancelotti sekali pun, tetapi kalau ada tujuh atau lapan pemain senior mogok, yang lain-lain juga ikut,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO FAM, hari ini.

Justeru, Tunku Ismail bertegas tugas untuk mengatasi permasalahan itu tidak hanya tertumpu kepada FAM sebaliknya harus dipikul bersama persatuan negeri ataupun kelab.

Tunku Ismail berkata, sikap itu harus segera diatasi dan sekiranya situasi itu sekadar dipandang remeh, ia berisiko merosakkan industri bola sepak di negara ini termasuk menjejaskan skuad kebangsaan.

“Pemain seperti ini sudah pun wujud dalam sistem. Ini juga tugas pasukan negeri dan kelab untuk kenalpasti dan kawal” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan apa yang berlaku sekarang adalah hasil acuan daripada sistem terdahulu.

“Ini masalah bola sepak kita. Kita ‘tidur’ sejak 10 tahun lalu ketika Thailand sudah pun memulakan langkah permulaan”.

sumber: BH

 

”Jangan Sampai Peluru Aku Sampai Kat Kau”, Fathia Latiff Trauma Dakwa Diugut Lelaki Berkepala Botak

Pelakon yang dihimpit kontroversi kebelakangan ini, Fathia Latiff mendakwa diserang oleh seorang lelaki yang digambarkanya berkepala botak melalui kemas kini terbarunya di laman sosial Twitter.

Ujar pelakon itu lagi, lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian rupa kepadanya walaupun anak lelaki tersebut ada bersamanya ketika kejadian.

‘I was just being attack by someoneBald head, selamat ada parang belakang kereta.Guys, please be careful.

”Siap baling rantai and hit my shoulder! Ada anak kat belakang pun boleh buat perangai samseng. Entah apa dia ajar anak dia,” katanya lagi.

Fathia turut mendakwa bahawa dia mengenali nama lelaki tersebut namun tidak ingin mendedahkanya selain meminta lelaki tersebut bersikap lebih bertanggungjawab seperti sepatutnya.

Ujarnya lagi, lelaki tersebut turut menghamburkan kata-kata berbau ugutan kepadanya hingga menimbulkan rasa trauma dalam dirinya.

He even provoked me by saying ‘jangan sampai peluru aku sampai kat kau’,” ujar pelakon itu lagi.

Fathia bagaimanapun memberitahu tidak akan membuat laporan polis kerana menganggap bahawa ia akan memakan masa yang lama jika tindakan ingin diambil.

Selain itu, pelakon tersebut turut mendakwa bahawa perbuatan lelaki tersebut turut disaksikan oleh pengawal keselamatan yang derada di lokasi kejadian namun tiada sebarang tindakan diambil.

Perkongsiannya tersebut turut mendapat respon pengikutnya yang rata-rata terkejut dan mengecam perbuatan lelaki tersebut.

Nama Fathia Latiff mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat apabila seringkali memuat naik status berbau politik dan menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan pengikut parti politik tertentu.


Sumber : Twitter Fathia Latif / siakapkeli

Mahmoud korban pertama pertahan Baitulmaqdis

MAHMOUD al-Masri, 30, menjadi penduduk Palestine pertama maut ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Gaza, semalam, manakala seorang lagi kini kritikal selepas terkena tembakan di kepala.

Tentera Israel mengesahkan menembak dua ‘perusuh Palestin’ di Khan Yunis, Ghaza, selepas mengenal pasti mereka sebagai kettua kumpulan perusuh yang membakar tayar serta membaling batu ke arah pasukan keselmatan Israel.

Pertempuran antara penduduk Palestin berlaku di beberapa kawasan di Gaza dekat tembok sempadan Israel serta di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Polis Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata di Ramallah, Tebing Barat. Lebih 250 penduduk Palestin cedera akibat gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup. – Foto REUTERS/EPA

Menurut laporan pasuskan perubatan Palestin, lebih 250 orang cedera akibat terhidu gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup.

Tentera Israel menyatakan ‘rusuhan ganas’ berlaku di 30 lokasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat sahaja, 3,000 penduduk Palestinian terbabit dalam bantahan itu manakala di Gaza, ratusan bertempur dengan anggota keselamatan Israel.

sumber: HM

 

‘Tak guna lantik Ancelotti’

SIKAP pemain senior yang beranggapan mereka lebih besar daripada pasukan menjadi ‘virus jahat’ buat bola sepak negara sehingga boleh merosakkan kualiti permainan seterusnya menjejaskan sesebuah pasukan.

Ia diakui sendiri Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim betapa bola sepak di negara ini tidak terkecuali daripada sikap negatif berkenaan.

“Semua pasukan berdepan perkara sama. Tidak kiralah berapa ramai pemain muda yang kita ada, apabila menyertai pasukan senior, sama ada bersama kelab ataupun negara, mereka akan dipengaruhi kumpulan ini (pemain senior).

“Tidak guna kita lantik Carlo Ancelotti sekali pun, tetapi kalau ada tujuh atau lapan pemain senior mogok, yang lain-lain juga ikut,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO FAM, hari ini.

Justeru, Tunku Ismail bertegas tugas untuk mengatasi permasalahan itu tidak hanya tertumpu kepada FAM sebaliknya harus dipikul bersama persatuan negeri ataupun kelab.

Tunku Ismail berkata, sikap itu harus segera diatasi dan sekiranya situasi itu sekadar dipandang remeh, ia berisiko merosakkan industri bola sepak di negara ini termasuk menjejaskan skuad kebangsaan.

“Pemain seperti ini sudah pun wujud dalam sistem. Ini juga tugas pasukan negeri dan kelab untuk kenalpasti dan kawal” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail menjelaskan apa yang berlaku sekarang adalah hasil acuan daripada sistem terdahulu.

“Ini masalah bola sepak kita. Kita ‘tidur’ sejak 10 tahun lalu ketika Thailand sudah pun memulakan langkah permulaan”.

sumber: HM

 

[VIDEO] ‘Pelbagai Onak Ranjau Yang Kami Tempuh’ – Akhirnya Berkahwin, Tauke Jambu Menitiskan Air Mata

Selepas Abam dari kumpulan Bocey, hari ini Tauke dari kumpulan Jambu pula menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan Nadia Mohd Affendi. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang akhirnya sah bergelar suami isteri setelah enam tahun bercinta.

Ini sekitar kemeriahan majlis nikah yang berlangsung sebentar tadi. Cantik betul isteri Tauke.

Selamat pengantin baru Tauke

Majlis pernikahan Tauke Jambu Eksklusif dari Gempak! Selamat Pengantin Baru Tauke.

Posted by Astro Gempak on Friday, 8 December 2017

Menerusi sesi live Astro Gempak, Tauke dan isteri sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Tauke juga menitiskan air mata gembira kerana akhirnya setelah 6 tahun bercinta mereka disatukan. Tauke mengakui terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuh dan berterima kasih kepada isteri yang sangat tabah.

Akhir sekali, Tauke mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir. Terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kebahagiaan mereka. Menurut Tauke, bukan mudah untuk menjaga amanah dan tanggungjawab sebagai suami isteri. Diharapkan perhubungan kali ini kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Sekitar majlis

Alhamdulilah, sebak betul kami melihat Tauke terlalu sebak sehingga menitiskan air mata. InsyaAllah semoga perkahwinan ini kekal bahagia untuk selama-lamanya.

sumber : Astro Gempak / ohbulan

 

Cheng Hoe Bebas Pilih – TMJ

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu diberi kebebasan untuk memilih barisan pembantunya, demikian jelas Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menjelaskan, Tan Cheng Hoe adalah individu yang paling layak buat masa ini memegang jawatan utama dalam skuad kebangsaan ini.

“Terpulang kepada Tan Cheng Hoe siapa yang dia pilih untuk menjadi pembantunya. Kita tidak patut ganggu dan beri kebebasan kepada dia.

“Saya akan memberi sokongan penuh kepadanya,” jelas Tunku Ismail selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Ke-3 di Wisma FAM pada Sabtu.

Jelas Tunku Ismail, tiada kontrak baharu untuk Cheng Hoe memandangkan bekas pembantu Nelo Vingada itu masih mempunyai baki kontrak dua tahun sejak dilantik (pembantu jurulatih)  pada April lalu.

“Berdasarkan situasi sekarang dia adalah individu yang paling sesuai. Saya harap dia melakukan yang terbaik.

“Kami tidak meletakkan sasaran yang tinggi. Tetapi sasaran utama adalah ‘winning mentality’. Kita juga perlu menukar pemikiran bahawa mewakili negara bukan satu beban.

“Cuba perbaiki apa sahaja kelemahan yang ada. Buat masa sekarang pelabgai masalah dalaman dan saya tidak mahu jelaskan lebih lagi setakat ini.

“Dan selepas itu kita akan lihat apa yang boleh dilakukan pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu Tunku Ismail turut mendedahkan masalah utama bola sepak negara adalah program pembangunan akar umbi.

“Apabila kita mengkaji semua masalah yang timbul adalah berpunca daripada pendidikan, pembangunan, hal-hal asas. Apa sahaja yang timbul hari ini adalah berpunca daripada itu.

“Inilah yang perlu kami fokus dan perbaiki,” jelas Tunku Ismail.

Selain itu, Tunku Ismail turut menjelaskan beberapa keputusan yang telah dibuat ketika mesyuarat berlangsung.

“Antaranya inisiatif-inisiatif yang akan dilakukan pada tahun depan dan memperkemaskan sruktur bagi kejohanan Liga 4 dan 5 yang akan diadakan.

“Turut dibincangkan perancangan untuk memperbaiki pasukan kebangsaan, program akar umbi, peranan dan pemikiran pemain muda, pemain senior dalam skuad kebangsaan.

“Semua pihak dan pasukan serta kelab memainkan peranan utama dalam memastikan agenda sama dengan kita bagi memperbaiki kelemahan bola sepak tanah air,” ujarnya.

Untuk rekod, Cheng Hoe dilantik secara rasmi sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya, Khamis lalu menggantikan Nelo Vingada yang meletak jawatan selepas tujuh bulan membimbing skuad kebangsaan,

Sumber: mstar