Usain Bolt Indonesia ke kelantan?

RAMAI dibicarakan diminati klub Kroasia, nama Terens Puhiri makin melambung dan dikenal banyak orang. Bahkan berita tersebut sampai menjadi viral di media sosial nusantara. Tapi ternyata bukan klub Kroasia yang serius memburu tanda tangan pemain berdarah Papua tersebut, melainkan klub Malaysia Kelantan FA.

Presiden Klub Borneo FC Nabil Husein Said Amin mengatakan, selama ini memang ada beberapa klub yang mengontak dirinya untuk membawa Terens. Mulai dari klub Kroasia, Thailand dan Malaysia, tetapi hingga saat ini yang cukup serius mendapatkan Terens hanya klub dari Malaysia. “Hanya saja sejauh ini belum ada kata sepakat. Hanya yang paling serius adalah klub Malaysia,” ujar Nabil.

Bahkan pembicaraan sudah menginjak pada persoalan harga transfer pemilik nomor punggung 28 itu ke Kelantan. Untuk urusan gaji dan nilai kontrak hal itu juga belum dibahas lebih jauh lagi. “Jadi saat ini kami masih nego soal harga pembeliannya,” imbuh Nabil.

Meski Terens merupakan pemain tak tergantikan di Borneo FC musim ini, Nabil menyatakan tidak masalah jika Terens pergi dari Stadion Segiri. Menurut Nabil, kepergian Terens sangat penting bagi karir si pemain, jika memang bisa berkembang Pesut Etam siap mencari pengganti. “Demi masa depan dia, kemungkinan besar akan saya bawa keluar dari Indonesia,” tuturnya.

Sedangkan untuk klub lain di Kroasia dan Liga Thailand, jika tak ada kelanjutan untuk merekrut Terens Puhiri, mungkin pihaknya akan membatalkan upaya negosiasi tersebut. Pasalnya, ia ingin klub yang benar-benar serius saja yang bisa mendaratkan Terens. “Jadi kami mau sabar dulu, yang pasti yang baik akan dapat,” tutup Nabil.

Sebagai informasi, Terens mulai mencuri perhatian sepak bola dunia setelah aksi solo run fantastis kala mencetak gol ke gawang Mitra Kukar pada laga lanjutan Liga 1, 23 Oktober lalu. Buntutnya, pemuda 22 tahun itu langsung menjadi pembahasan dan dipantau sejumlah media internasional.

sumber:- TRW

 

Charyl Chappuis ke JDT?

JDT cuba merisik pemain berdarah campuran Switzerland dan Thailand itu untuk menguatkan pasukan

***Bintang skuad kebangsaan **** Thailand, Charyl Chappuis menafikan khabar angin yang mengaitkan beliau dengan perpindahan ke pasukan juara liga super 4 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk musim 2018.

Laporan daripada media Thailand mengatakan JDT cuba merisik pemain berdarah campuran Switzerland dan Thailand itu untuk menguatkan pasukan mereka bagi menghadapi saingan Liga Super dan perlawanan play-off AFC Champions League 2018.

 

loading…

Bercakap kepada ESPN FC, Chappuis mendakwa beliau tidak tahu apa-apa tentang rundingan itu dan baru sahaja menyertai Muang Thong United pada bulan Jun lepas.

Pemain yang berusia 25 tahun itu yang pernah beraksi untuk pasukan Buriram United dan Suphanburi menjadi popular dalam kalangan peminat di Malaysia apabila menjaringkan 2 gol menentang skuad Harimau Malaya pada perlawanan akhir Piala AFF 2014.

Bekas pemain muda Switzerland hampir gantung but apabila mengalami kecederaan lutut yang memaksa beliau berehat selama 18 bulan selepas perlawanan akhir itu, tetapi beliau beransur sembuh dan kembali membarisi kesebelasan utama pasukan kebangsaan Thailand baru-baru ini.

Chappuis berjaya mengembalikan semula prestasinya seperti dulu selepas pulih daripada kecederaan dan sekarang bermain di posisi tengah bertahan berbanding posisi tengah menyerang seperti yang kita lihat pada tahun 2014.

Kemampuan beliau membuat hantaran tepat dan menyempurnakan sepakan percuma akan menjadi asset berharga kepada JDT jika perpindahan itu menjadi kenyataan.

Memandangkan Buriram United kini dinobatkan sebagai juara Liga Thailand, Chappuis dan rakan sepasukannya sedang bersiap sedia utuk menghadapi perlawanan akhir Piala Liga menentang Chiang Rai United.

Muangthong menduduki tempat kedua Liga Thailand dan kemungkinan akan bertemu JDT pada perlawanan play-off pusingan kedua AFC Champions League Januari tahun depan.

JDT pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 tetapi mereka tewas melalui sepakan penalti.

Sumber:- semuanyabola.com

 

Terjumpa kondom dalam poket seluar, isteri tikam suami 10 kali sampai mati

Seorang wanita berusia 22 tahun mengaku telah membunuh suaminya dengan menikam mangsa beberapa kali sehingga mati.

Dalam kejadian Rabu lalu, Nittaya Saengdeuan, 22, dari Udon Thani, Thailand, didakwa menikam Amnuay Wensila, 62 sehingga mati di kediaman mereka selepas berlaku pergaduhan yang difahamkan berpunca dari kondom yang ditemui dalam poket seluar mangsa.

Saengdeuan percaya, penemuan kondom itu sudah cukup membuktikan bahawa suaminya curang dan dia berasa tertipu.

 

Pasangan itu kemudian bertengkar dan Saengdeuan mengambil pisau untuk menikam suaminya. Mangsa berlari keluar dari rumah, namun sempat ditikam sebanyak 10 kali dan mati di tempat kejadian.

“Selepas mendapati suami telah mati, saya heret mayatnya dan sembunyikan di dalam tangki septik,” katanya.



Lapor Daily News, Saengdeuan kemudian menghubungi polis dan mereka cerita kononnya dia menemui mayat suaminy di dalam tangki septik itu.

Bagaimanapun setelah disiasat, Saengdeuan akhirnya mengaku bahawa dia telah menikam suaminya sehingga mati kerana cemburu selepas menemui kondom di dalam poket seluar mangsa.

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan Saengdeuan dan didakwa kerana membunuh dan menyembunyi mayat mangsa.

sumber:- thereporter

 

Kafa Beri Kata Putus Kepada Indra Putra

PETALING JAYA: Hasrat penyokong The Red Warriors (TRW) untuk menyaksikan pemain otai, Indra Putra Mahayuddin kekal memperkasa pasukan itu pada aksi Liga Malaysia 2018 nampaknya tidak kesampaian.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pihaknya telah membuat keputusan untuk melupakan khidmat pemain tengah berusia 36 tahun itu.

“Kita buat keputusan untuk lepaskan dia. Kita dah tak boleh tunggu lagi. Lagipun tempoh yang diberikan sudah cukup lama. Kita perlu memperkemaskan pasukan dan membuat persiapan awal untuk saingan musim depan,” katanya kepada mStar Online.

 

Jelas Bibi, kontrak Indra bersama TRW akan berakhir pada hujung bulan ini dan dia kini berhak untuk bermain bersama pasukan lain andai itu keputusannya.

“Tempoh hari dia janji nak beritahu keputusan sebab mahu berbincang mengenai gaji. Namun sampai sekarang belum beri jawapan. Kalau hatinya masih mahu bersama Kelantan, rasanya dia tidak perlukan masa yang begitu lama,” katanya.

Bibi mengakui keputusan tersebut sukar dilakukan tetapi ia terpaksa diambil demi kebaikan kedua-dua pihak.

“Kita dah tunggu lama. Jadi kita ambil jalan tengah… lepaskan dia untuk kebaikan kedua-dua pihak,” katanya.

Pada masa sama, Bibi turut menghargai sumbangan Indra kepada Kelantan selama ini.

“Terima kasih kepada Indra dan juga pemain lain yang telah menabur bakti bersama TRW selama ini,” katanya.

Nor Farhan Muhammad.

Sementara itu, ditanya mengenai status Nor Farhan Muhammad, Bibi berkata penyerang berusia 32 tahun itu masih belum memberikan keputusan berhubung tawaran kontrak baharu yang dikemukakan Kafa.

“Farhan juga masih dalam rundingan dan belum beri kata putus. Kita masih menunggu jawapannya,” kata Bibi.

Namun Bibi berkata andai Farhan ada menerima tawaran yang lebih baik, Kafa sedia menerima apa jua keputusannya.

“Kafa memberi peluang kepadanya untuk berhijrah andai ada tawaran yang lebih baik,” katanya.

Pada petang Rabu, Bibi mengesahkan Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya bersetuju melanjutkan kontraknya bersama TRW untuk tempoh semusim lagi.

Sumber:- mstar

 

Al-Quds Travel taja Kelantan

KOTA BHARU: Syarikat Pengendali Umrah, Al-Quds Travel Sdn Bhd kini bergelar antara penaja pasukan The Red Warriors (TRW) musim depan.

Menerusi entri terbaru dalam laman sosial rasmi pasukan, TRWFC melaporkan syarikat itu sudah bersetuju menjadi sebahagian penaja sekali gus membantu mengukuhkan kewangan Kelantan bagi berdepan cabaran Liga Super musim hadapan.

Pada masa sama, laman sosial rasmi pasukan turut memaklumkan, selain tajaan berbentuk kewangan, Al-Quds turut menyediakan keperluan logistik bagi pasukan.

 

“Al-Quds Travel Sdn Bhd bersetuju menjadi sebahagian daripada penaja Kelantan FA musim 2018.

“Selain tajaan wang tunai, Al-Quds juga akan mengendalikan keperluan logistik yang merangkumi keperluan penerbangan, pengangkutan darat dan penginapan untuk pasukan ketika beraksi di gelanggang lawan pada musim 2018,” katanya.

Pada entri sama, TRWFC turut menyatakan, Al-Quds menawarkan pakej umrah kepada pemain pasukan termasuk penyokong dengan harga istimewa.

“Al-Quds juga bakal menawarkan pakej umrah menarik bersama pemain pasukan Kelantan untuk semua penyokong yang berminat,” katanya.

Al-Quds Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang mengendalikan pakej pelancongan, ziarah dan umrah.

Dengan pengesahan terbaru itu, TRW sudah menerima dua tajaan setakat ini.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bahawa bakal sudah menerima tajaan jersi daripada Al-Ikhsan untuk skuad Liga Super, Piala Presiden, Piala Belia dan pasukan bola sepak wanita musim 2018.

Sumber: BH

 

‘Usah ganggu pemain muda’

JURULATIH skuad bawah 19 tahun (B-19), Bojan Hodak (gambar) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mendedahkan pemain muda dengan aksi tahap senior dengan alasan anak buahnya itu belum sedia untuk mengubah nasib skuad kebangsaan.

Selepas kekalahan 1-4 kepada Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019, beberapa pengkritik menganggap pemain muda mampu memulihkan prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.

Mereka beranggapan beberapa pemain bawah 19 tahun (B-19) termasuk Hadi Fayyadh Razak dan Akhyar Rashid harus diberi peluang untuk beraksi di bawah jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada tetapi Hodak menyifatkan ia sebagai langkah yang terlalu drastik.

 

“Ia seperti terlalu awal untuk ke arah itu kerana mana-mana manusia di dunia ini perlu bergerak dari satu langkah ke satu langkah,” kata Hodak, hari ini.

“Perkembangan normal adalah dengan menyertai skuad B-23, bukannya terus kepada pasukan senior. Tahap pasukan senior terlalu tinggi untuk pemain bawah 19 tahun.”

Malah, Hodak menyamakan tindakan menaikkan pangkat pemain B-19 ke pasukan senior seperti pelajar yang lulus di peringkat sekolah rendah terus ke universiti.

“Mungkin pemain boleh dipanggil ke kem latihan pusat dan melihat apa teknik latihan yang mereka boleh dapat daripada pasukan senior,” katanya.

“Tetapi kita tidak boleh menurunkannya pada perlawanan antarabangsa tanpa pengalaman yang diperlukan. Anda tidak boleh bergerak dari sekolah rendah terus ke universiti.

“Lebih baik bagi mereka pengalaman bermain bersama skuad B-23 terlebih dulu dan seterusnya mereka boleh buktikan kemampuan sebelum dipertimbangkan.

“Perkara yang baik mengenai pemain muda adalah mereka boleh menyesuaikan dengan cepat dan selepas enam bulan kita sudah dapat melihat tahap mana mereka berada.”

Sumber: HM

 

Saya marah sebab sayang dia – Mas Idayu

KUALA LUMPUR: ‘Saya marah kerana sayangkan dia… Saya tahu potensi dirinya dan sudah beri segala-galanya sebelum persembahan.’

Begitulah penjelasan ratu dangdut, Mas Idayu yang sejak beberapa hari lalu, ‘panas’ apabila video yang memaparkan dirinya memarahi Baby Shima, peserta negara dalam program realiti, D’Academy Asia di Jakarta, Indonesia, hangat diperkatakan netizen.

Memberitahu BH Online, Mas Idayu berkata, dia tidak berniat memalukan Shima ketika mengulas persembahannya, sebaliknya kesal dan kecewa dengan aksi yang ditunjukkan.

 

“Siapa yang kenal saya tahu sikap tegas saya dalam mendidik. Ini kerana bagi saya, dia (Shima) seperti anak saya sendiri. Pasti saya berharap dia memberikan yang terbaik.

“Peminat tidak tahu, saya bersama Shima bersengkang mata sehingga jam 3 pagi sebelum konsert diadakan pada sebelah malam. Kami sama-sama berlatih untuk memberi persembahan terbaik sebagai wakil Malaysia,” katanya.

Dalam insiden itu, Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, dimarahi Mas Idayu selepas mendendangkan lagu Wulan Merindu pada konsert minggu ketiga pertandingan yang membariskan peserta dari Asia itu.

Selain Shima, Malaysia diwakili seorang lagi peserta iaitu ahli kumpulan Forteen, One.

Mas Idayu yang popular dengan lagu Sengol-Sengolan Cubit-Cubitan itu berkata, dia tidak dapat berkompromi dengan apa yang disifatkannya sebagai persembahan ‘tidak menjadi’ Shima pada malam itu.

Tambahnya, duduk di kerusi hakim bersama juri dari negara lain membuatkan dirinya malu dan kecewa dengan persembahan Shima.

“Kita kena sedar peserta dari negara lain memberi persembahan yang sangat bagus dan ada kualiti tersendiri.

“Saya mahu Malaysia mampu memberi saingan dan tidak lemah,” katanya.

Mas Idayu berkata, dia marah kerana Shima mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dan berpotensi pergi lebih jauh jika dia lebih fokus dalam kerjaya nyanyiannya.

Akui Mas Idayu, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan peserta Malaysia, namun apakan daya, Shima gagal memberikan persembahan yang baik.

“Saya sedih kerana Shima seolah-olah tidak beroleh ilmu yang saya ajar. Kalau saya sanggup bersengkang mata, dia juga perlu sama-sama menghargainya dan mampu memberi persembahan terbaik,” katanya.

Mengenai kritikan netizen terhadapnya, Mas Idayu enggan mengambil kisah dan menganggap peminat tidak tahu cerita di sebalik insiden itu.

“Tidak mengapalah… Mereka tak tahu apa yang berlaku dan ini membantu Shima popular. Pada masa sama, ia juga memperkuatkan karektor saya sebagai juri.

“Kritikan dan hentaman mereka menguatkan lagi saya sebagai juri dan misi membawa nama negara,” katanya.

Sumber:- BH

 

‘Penyewa lari, tengok-tengok rumah dah jadi begini dan kepala paip pun dirembat’

Bila penyewa mesej mereka nak keluar rumah macam itu saja. Mereka mesej kata kunci rumah diletak dalam rumah, kemudian mereka block nombor telefon saya.

Rasa tak sedap hati terus pergi ke rumah. Bila tengok rumah, aduhai. Orang jenis apa yang duduk di rumah ini?

Selama ini kalau penyewa lain yang sewa, bila mereka keluar, kami suami isteri boleh saja cuci rumah sendiri. Tetapi kali ini saya mengalah. Tak selera saya tengok toilet begini. Penyewa ini jenis tak basuh toilet ke? Dah berkahwin dan dah ada anak, takkan perangai kotor begini?

 


Toilet satu hal, sinki boleh bengkok apa cerita? Apa yang awak buat sampai sinki pun bengkok begini? Mozek di dinding pun banyak tercabut.

Kami memang tak pernah nak periksa rumah sebab mahu menjaga privasi penyewa. Tengok-tengok rumah dah jadi begini. Sudahlah rumah sewa sebelum ini kami cat lawa-lawa. Tak kisahlah tinggal rumah kotor sebab kita faham takkan selepas angkut barang, awak nak kemas barang? Tapi bila barang-barang rumah banyak rosak, itu yang menyakitkan hati.

Seperkara lagi. Bang oii, kepala paip pun nak bawa lari ke?




Dahlah si suami baik hati tak pernah nak menaikkan kadar sewa rumah. Deposit pun ambil satu bulan saja sebab tak mahu membebankan penyewa. Tengok-tengok orang buat kami begini, memang rasa nak marah. Duit deposit rumah yang ada pun tak dapat nak tanggung kerosakan yang mereka tinggalkan.

Sekarang masalahnya penyewa sudah lari dan tidak dapati dicari. Kalau esok dia masih berdiam diri walaupun kami sudah menghubungi dia melalui mesej, tindakan susulan akan diambil sebab semua perjanjian ada.


Akaun Facebook penyewa pun kami dah jumpa. Harap penyewa ini keluar dari lubang tikus dan tampil untuk bertanggungjawab.

Sumber: Ziera Rahman / thereporter

 

Tentera Myanmar rogol ramai wanita, gadis Rohingya

NEW YORK: Tentera Myanmar merogol wanita dan gadis Rohingya tidak terkira jumlahnya ketika kempen tentera yang menyaksikan ratusan ribu etnik itu lari ke Bangladesh, kata Human Rights Watch (HRW) hari ini.

Kumpulan hak asasi berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu dalam laporannya berkata, keganasan seksual dan pembunuhan lain dilakukan pasukan keselamatan Myanmar bersamaan jenayah ke atas kemanusiaan.

Berdasarkan wawancara dengan mangsa rogol yang terselamat, pertubuhan bantuan dan pihak berkuasa kesihatan Bangladesh, laporan itu memperincikan apa yang digelar kes rogol beramai-ramai di mana wanita Rohingya dikumpulkan dan diserang secara seksual oleh tentera Myanmar.

 

“Rogol menjadi ciri utama dan memusnahkan kempen pembersihan etnik tentera Burma ke atas Rohingya.

“Tindakan keganasan kejam tentera Myanmar menyebabkan wanita dan gadis tidak terkira jumlahnya terancam dan dalam keadaan trauma,” kata penyelidik HRW dan penulis laporan, Skye Wheeler.

Daripada 29 mangsa rogol yang diwawancara, kesemuanya kecuali seorang dirogol oleh dua atau lebih penjenayah. Dalam lapan kes, wanita dan gadis dilaporkan dirogol oleh lima atau lebih tentera.

Wanita menceritakan menyaksikan anak kecil mereka, pasangan dan ibu bapa dibunuh sebelum mereka sendiri dirogol.

Ramai mangsa terselamat berkata, mereka terpaksa berjalan berhari-hari dalam keadaan kesakitan dengan alat kelamin koyak dan bengkak semata-mata untuk sampai ke Bangladesh.

HRW mendokumenkan enam kes rogol beramai-ramai di mana tentera mengumpulkan wanita dalam kumpulan sebelum dipukul dan merogol mereka beramai-ramai.

Laporan memetik seorang mangsa, Mamtaz Yunis, 33, sebagai berkata, tentera mengurungnya dan 20 wanita lain di tepi bukit selepas mereka lari dari perkampungan sebelum merogol wanita terbabit di hadapan mereka.

Kumpulan hak asasi itu mewawancara 52 wanita dan gadis Rohingya termasuk 29 mangsa rogol yang terselamat, tiga daripadanya berusia bawah 18 tahun yang berasal dari 19 perkampungan di utara Rakhine.

Lebih 600,000 Muslim Rohingya lari dari negara majoriti Buddha itu sejak operasi tentera dilancarkan di Rakhine 25 Ogos lalu.

-AFP

 

‘Kenapa tidak turunkan pemain JDT?’

“MAAF cakap, pasukan kebangsaan sekarang dah macam sarkas. Cuma sarkas ini tak buat kita gelak, tapi buat kita marah lebih-lebih dengan persembahan yang diberikan. Jadi ketua persembahan itu kenalah buang, ganti dengan orang yang lebih baik.”

Demikian metafora yang diberikan bekas penyerang lincah skuad kebangsaan, Hassan Sani apabila membandingkan skuad Harimau Malaya ketika ini umpama satu pentas sarkas yang gagal menggembirakan peminatnya berikutan persembahan hambar ahli sarkas.

Jelas legenda bola sepak negara itu, beliau hampir hilang kata-kata apabila melihat permainan mereka di Buriram, Thailand yang menyaksikan skuad kendalian Nelo Vingada tumbang sebanyak dua kali kepada Korea Utara dengan jaringan 1-4 dalam aksi Kumpulan B kelayakan Piala Asia 2019.

 

Apa yang lebih mengundang persoalan mengenai keputusan Vingada yang langsung tidak membariskan pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua itu, sedangkan mereka adalah tonggak harapan untuk membantu pasukan memburu kemenangan.

“Macam sarkaslah… Saya tak percaya beliau (Vingada) tidak mahu turunkan pemain JDT kerana kita tahu kelompok pemain bintang tempatan semuanya ada di sana.

“Kalau saya jurulatih, sudah tentu saya akan turunkan mereka. Jika ada yang mengalami kecederaan, bukan semuakan. Itulah saya kata tadi, pasukan kita macam sarkas.

“Walau apa pun, benda dah jadi dan jurulatih perlu bertanggungjawab dengan keputusan itu dengan beliau harus berundur,” katanya yang terkenal dengan jolokan ‘Lipas Kudung’ kerana kelincahan dan kepantasannya di tengah padang.

Perjuangan Malaysia dalam saingan kelayakan Piala Asia 2019 berkubur selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Korea Utara yang menyaksikan pasukan negara kekal di tangga tercorot kumpulan dengan mengumpul satu mata selepas lima perlawanan.

Skuad kebangsaan akan melengkapkan aksi terakhir kumpulan berdepan Lubnan di gelanggang lawan pada 27 Mac depan.

Sumber: HM