Inilah Cara Israel Membantu Myanmar Membunuh Umat Islam Rohingya

 

Beratus-ratus umat Islam Rohingya telah dibunuh oleh tentera Myanmar pada minggu lalu, dengan kanak-kanak dilaporkan dipenggal dan dibakar hidup-hidup – dan tidak mengejutkan bahawa Israel juga ada tangan di dalamnya.

Menurut Middle East Eye (MEE), syarikat Israel telah menjual senjata ke Myanmar dan mengambil bahagian dalam melatih pasukan khasnya di negara Rakhine, di mana kebanyakan kekerasan berlaku.

“Kerajaan Israel secara berterusan telah menjual senjata kepada pemerintahan diktator tentera di Burma selama bertahun-tahun,” aktivis hak asasi manusia Ofer Neiman memberitahu MEE.

 

“Dasar ini sangat berkaitan dengan penindasan dan pengusiran Israel terhadap rakyat Palestin. Senjata yang digunakan melawan rakyat Palestin dijual sebagai ‘tempat menguji’ oleh beberapa rejim terburuk di planet ini.”

Memetik kumpulan hak asasi manusia dan pegawai Burma, MEE melaporkan bahawa Israel telah membekalkan rejim Myanmar dengan lebih 100 kereta kebal, senjata, dan bot untuk menjaga sempadan negara.

Di samping itu, syarikat-syarikat senjata Israel dilaporkan telah melatih pasukan khas Burma di Negeri Rakhine.

Sebagai contoh, TAR Ideal Concepts, diketuai oleh bekas Pesuruhjaya Polis Israel Shlomo Aharonishki, dipercayai telah mengarahkan “anggota pasukan khas Burma mengenai taktik pertempuran dan cara menggunakan senjata tertentu,” menurut Haaretz, akhbar sayap kiri Israel.

Memandangkan kedua-dua negara melakukan perdagangan, Min Aung Hlaing, Ketua Komander Angkatan Bersenjata Myanmar, melawat Israel pada bulan September 2015 dalam “perjalanan membeli-belah” senjata Israel.

Direktorat Kerjasama Pertahanan Antarabangsa Kementerian Pertahanan, Michel Ben-Baruch, menuju ke Myanmar pada musim panas yang sama. Perjalanannya menyaksikan ketua junta membeli bot peronda Super Dvora Israel, bersama-sama peralatan ketenteraan lain.

Petisyen untuk mengharamkan perdagangan senjata dengan Myanmar

Aktivis hak asasi manusia di Israel telah melancarkan petisyen yang menggesa Mahkamah Tinggi Israel untuk menguatkuasakan pengharaman eksport senjata ke Myanmar.

 

Kementerian Pertahanan Israel enggan menghentikan penjualan senjata dan berpendapat bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mengenai perkara itu, mendakwa bahawa ia “secara jelas diplomatik”.

Mahkamah Keadilan Tinggi menetapkan untuk mengeluarkan keputusan pada akhir September.

Apa yang berlaku di Myanmar?

Myanmar yang dahulunya dipanggil Burma, telah menyaksikan apa yang digelar oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai pembersihan etnik terhadap minoriti Muslim di negara itu.

Masyarakat Muslim Rohingya hidup dalam kemiskinan yang dahsyat dan menghadapi diskriminasi dan penganiayaan berterusan dari populasi majoriti Buddha. Puluhan ribu telah melarikan diri sebagai pelarian, terutamanya ke Bangladesh.

Masyarakat ini telah mengalami penganiayaan selama berabad-abad, namun gelombang keganasan baru-baru ini bermula pada bulan Oktober 2016, selepas sembilan anggota polis Myanmar terbunuh dalam serangan terhadap pos keselamatan berhampiran sempadan Bangladesh.

Polis berkata anggota kumpulan Rohingya bersenjata berada di sebalik serangan.

Keganasan sedang berlaku di Negeri Rakhine, yang menempatkan kira-kira 1.1 juta penduduk Rohingya. Sementara pihak berkuasa di Myanmar mengatakan jumlah kematian adalah kira-kira 100, aktivis pula mengatakan sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh.

Secara rasmi, pihak tentera mengatakan operasi itu bertujuan untuk memerangi keganasan, tetapi pembunuhan sewenang-wenangnya yang dilakukan itu menunjukkan sebaliknya.

Kerajaan Myanmar tidak memberikan pengiktirafan sah kepada masyarakat minoriti Muslim, dengan mendakwa mereka menjadi pendatang tanpa izin walaupun pada hakikatnya mereka telah tinggal di negara itu selama beberapa generasi.

 

sumber:www.laicikang.com

 

 

Misteri Wanita Dukung Anak Di Kem Batu 5, Mentakab Pahang

 

Perkara ini berlaku kira kira pada tahun 1984 yang lalu. Suami saya merupakan seorang pegawai tentera yang ditugaskan di Kem Batalion 2 Melayu DiRaja Malaysia. Ketika itu, saya dan suami duduk di sebuah Kem di Batu Lima, Mentakab Pahang. Kalau tak silap saya kem itu masih lagi wujud namun Batalion 2 Melayu DiRaja telah pun dibubarkan.

 

Pada waktu itu, komunis masih lagi bertapak di Malaysia. Maka selalunya anggota Batalion 2 Melayu ini akan ditugaskan untuk menjaga kawasan Hutan Lanchang, kawasan Mancis dan juga sekitar kawasan Bukit Mas, Pahang serta banyak lagi tempat yang lain. Para anggota perlu membuat rondaan memandangkan saki-baki komunis ada di kawasan tersebut.

Namun kali ni suami saya tidak terlibat dengan operasi membanteras saki-baki komunis yang berada di sekitar hutan di negeri Pahang. Suami saya berada di barisan belakang dengan seorang pegawai doktor, tugas mereka adalah untuk menjaga kem, kebajikan isteri dan anak-anak anggota yang ditinggalkan suami kerana terlibat dalam operasi membanteras saki-baki komunis. Sebenarnya kami hidup dalam ketakutan kerana komunis ada di kawasan berdekatan tetapi anggota kami sentiasa siap-sedia sebilang masa.

 

Rumah pegawai dan rumah anggota lain-lain pangkat diasingkan. Disebabkan suami saya seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda pada waktu itu, kami ditempatkan di sebuah rumah jenis banglo. Manakala anggota lain-lain pangkat pula ditempatkan di rumah flat dan ada yang duduk di rumah kayu kita panggil rumah hijau atau rumah papan. Rumah itu adalah peninggalan tentera British dahulu.

Suami saya tidak boleh meninggalkan kem begitu juga dengan pegawai doktor yang berpangkat Mejar itu tadi. Dipendekkan cerita, si doktor ini baru saja berkahwin, isterinya pula masih belajar di sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka hidup secara berasingan. Jadi dia terpaksa menjemput isterinya menumpang di rumah saya, sewaktu itu saya sedang mengandung 2 bulan, doktor menginap di rumah saya ketika itu.

Pada awalnya dia merancang mahu menumpang selama seminggu tetapi tak jadi kerana pada keesokan harinya, isteri doktor mahu balik ke Kuala Lumpur sebab ketakutan. Sebab kenapa beliau ketakutan, saya akan ceritakan di sini. Pada satu malam, kebetulan pula malam itu adalah hari Khamis malam Jumaat. Kami berempat sedang makan malam, saya, suami, doktor dan isteri doktor. Selepas makan kami bersantai sambil menonton televisyen.

Tiba-tiba datang sebuah Landrover tentera di hadapan rumah, saya membuka tingkap nak tengok siapa yang datang. Rumah saya ini jenis banyak tingkap, bayangkan saja rumah banglo peninggalan tentera British. Rumah kami berjauhan antara satu rumah dengan rumah yang lain dalam lebih kurang 100 meter ke 300 meter. Bukan itu sahaja, rumah saya juga terasing dengan rumah orang lain kerana di belakang rumah saya terdapat anak sungai kecil yang memisahkan rumah kami dengan gudang peluru.

 

Berbalik kepada cerita tadi, saya mendengar suara anggota memberi salam dan saya menjawab salam tersebut. Kemudian seorang anggota berpangkat sarjan bertanya, “Assamualaikum puan, ini rumah Tuan A ke?”. Saya jawab ya. Suami saya kemudiannya menghampiri tingkap dan bercakap sendiri dengan sarjan berkenaan. Anggota itu berkata, “Tuan kami difahamkan bahawa Doktor K, ada kat rumah tuan”. Suami saya mengiakan pertanyaan tersebut.

Mendengar namanya disebut, doktor menghampiri suami saya di tingkap dan terus bertanya, “Ada apa hal sarjan?”. Sarjan itu menjawab, “Saya baru saja meronda kawasan dan kami berdua terjumpa seorang isteri anggota bersama anak kecil”. Doktor tanya, “Pimpin atau dukung?”. Jawab sarjan, “Dukung. Kami tanya nak ke mana, dia kata nak datang ke sini ke rumah Tuan A”.

Saya, suami dan isteri doktor memandang antara satu sama lain. Doktor berkata lagi, “Jadi dia bukan cari saya la ye?”. Sarjan menjawab, “Saya ada tanya dia doktor, dia kata dia nak jumpa doktor. Dia kata dia tahu doktor ada kat rumah Tuan A”. Doktor memberi arahan kepada sarjan dan pemandu untuk pergi ambil perempuan tadi dan bawa ke resat (klinik), nanti dia akan menyusul kemudian.

 

Jadi anggota tadi pergi semula ke tempat yang dia bertemu dengan perempuan tadi. Iaitu di pondok menunggu bas. Tidak berapa lama kemudian, sarjan tadi menelefon rumah saya untuk bercakap dengan doktor, suami saya jawab doktor sudah bergerak ke klinik. Suami saya sempat bertanya pada sarjan tadi tentang perempuan bersama anak kecil itu tapi sarjan jawab dia tak tahu perempuan itu sudah pergi ke mana.

 

Dia ada cari juga di sekitar kawasan pondok menunggu bas namun tidak jumpa. Hairan dia macam-mana perempuan boleh berjalan cepat sangat sambil bawa anak kecil, waktu malam pula tu. Kalau dia jalan dah tentu kita di sini nampak, sarjan beritahu pada suami takkan dia jalan ikut hutan kerana ini satu-satunya jalan yang ada.

Sebenarnya saya dah pernah mendengar cerita tentang perempuan kendong anak sedang menunggu di pondok bas dan berjalan pada waktu malam. Selalu anggota yang bertugas malam terserempak dengan perempuan berkenaan. Tetapi saya takut nak beritahu pada suami dan isteri doktor ketika itu, sebabnya malam itu ialah malam jumaat tambahan pula saya sedang mengandung masuk 2 bulan anak pertama.

Sebenarnya suami saya pun tahu tentang cerita itu tetapi dia sengaja buat macam biasa sebab rumah kami ada tetamu. Tidak berapa lama selepas itu, kami mendengar bunyi kereta doktor masuk ke kawasan laman rumah, dia masuk saja ke rumah terus kami bertanya, “Macam-mana doktor, ada ke perempuan yang sarjan bagitau tadi?”. Doktor berkata, “Tak ada, tapi tak apa dah pesan kat budak-budak tadi tu kalau ada terus telefon saya”.

Selepas itu, suami saya pun membuka cerita tentang perempuan kendong anak berkenaan. Alangkah terperanjatnya doktor apabila mendengar cerita itu. Doktor terus bertanya suami saya, “Memang betul ke ada benda itu kat sini?”. Suami saya menjawab, “Aku pun tidak tahu sebenarnya betul ke tidak tapi aku ada dengar. Bukan sorang je yang bercerita pasal itu. Tapi yang aku peliknya, macam mana dia tahu kau ada kat sini?”.

“Itulah yang aku fikirkan dari tadi sebab isteri aku tengah mengandung tu,” kata doktor. Sekarang, saya dah rasa seram sangat kerana isteri doktor rupa-rupanya baru sahaja mengandung. Usia kandungannya baru masuk sebulan. Kami kemudiannya membuat keputusan batalkan menonton filem di televisyen yang kami sedang tengok. Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk tidur. Sedang kami tidur, kira-kira dalam anggaran pukul 2 lebih pagi rumah saya mula diganggu.

Mula-mula bunyi telefon berdering, suami saya bangun pergi ke ruang tamu untuk angkat telefon. Namun selepas telefon itu diangkat, tidak ada suara yang menjawab. Selepas itu, suami saya meletak telefon dan masuk ke bilik semula. Tidak lama kemudian, telefon itu berdering lagi tapi kali ini doktor pula yang angkat telefon. Seperti tadi juga, tidak ada orang pun yang bersuara di sebalik panggilan telefon itu.

Saya berbisik kepada suami, “Agaknya benda itu?”. Tetapi suami saya cuba menafikan, katanya dah nak masuk waktu subuh ni mana ada. Tak berapa lama selepas itu, ada yng mengetuk pintu rumah saya. Pintu rumah saya jenis besar ada cermin dan berbingkai kayu. Jadi kami terpaksa gantung langsir supaya tidak nampak orang di bahagian luar pintu rumah. Suami saya bangun lalu dia mengendap dari daun pintu bilik kami. Dia curi-curi tengok di sebalik kain langsir pintu. Suami saya kata dia nampak seorang perempuan bertudung kain batik di kepala, tetapi tak nampak mukanya sebab perempuan itu menghadapkan mukanya ke tempat rak kasut.

 

Suami saya kata memang confirm benda itu. Mungkin kerana tidak ada yang membuka pintu, tidak berapa lama selepas itu, mahkluk itu seolah-olah marah. Rumah kami yang dikelilingi dengan pokok mangga tiba-tiba macam ada angin kencang. Tingkap merata-rata macam ada orang ketuk. Tingkap rumah kami diketuk kuat dari satu tingkap ke satu tingkap. Rumah saya dahlah banyak tingkap, semua tingkap kaca bingkai kayu jenis lama. Kami yang berada di dalam rumah ketakutan dan masing-masing hanya diam membisu.

Yang paling takut, kami dengar di mana-mana, kami sendiri tidak pasti sama ada di depan rumah atau di belakang rumah atau mungkin di atas pokok ada suara perempuan menjerit menangis-nangis, diselang-seli dengan suara bayi yang menangis dengan kuat. Kami berempat terus mendiamkan diri sambil berdoa dan membaca apa-apa ayat yang kami ingat sampailah hilang bunyi itu.

Pada keesokan paginya, kami membuka pintu rumah dengan tujuan nak tengok apa yang dah jadi kat luar sebab malam tadi kami dengar dengan jelas pokok yang bergoncang kuat akibat angin yang kencang. Kami juga turut mendengar penutup tong sampah melayang-layang, tapi rupa-rupanya tidak ada apa-apa pun yang berlaku di luar rumah. Selepas itu, rumah kami didatangi oleh dua orang anggota pengawal gudang senjata dan menceritakan bahawa mereka berdua diganggu di dalam gudang tersebut. Sudahnya, mereka berdua terpaksa keluar duduk jauh dari gudang senjata.

Suami saya bertanya, “Kamu berlindung di mana?”. Anggota tersebut menjawab, “Kami berdua duduk di dalam sungai kecil di belakang rumah tuan”. Kemudian suami saya pergi melawat gudang menyimpan senjata tersebut kerana dikhuatiri ada yang hilang atau rosak. Kesudahan ceritanya, isteri doktor pulang ke Kuala Lumpur manakala saya pula balik ke Melaka dengan menaiki sebuah bas express , kerana terdapat seorang ustaz yang menasihat suami saya supaya saya di hantar ke kampung untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Suami saya pun tidak duduk di rumah banglo itu lagi. Dia berpindah ke barrack bujang. Kami mendapat maklumat dari anggota awam yang dah lama bertugas di situ, kata mereka ada kejadian berdarah pernah berlaku di situ. Di mana seorang isteri anggota tentera sudah mengandung, sedangkan waktu itu suami dia tidak ada di Malaysia kerana bertugas di Kongo, Africa. Ketika suaminya bertugas di luar negara, si isteri ini berselingkuh dengan orang putih yang bertugas di situ. Perkara ini berlaku selepas kemerdekaan Malaysia.

Kerana perselingkuhan dengan orang putih itu, dia mengandung tanpa suami di sisi. Akibatnya wanita itu tertekan dan merasa malu dengan masyarakat sekeliling lalu menyebabkannya mengambil jalan singkat dengan membunuh diri bersama dengan anak di dalam kandungannya di tepi jambatan berdekatan pondok bas. Di pondok bas itulah selalu orang ternampak kelibat seorang wanita yang mendukung anak kecilnya.

Cerita yang saya alami itu benar-benar berlaku tetapi kisah tentang wanita mengandung yang membunuh diri itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran dari kisah tersebut agar kita tidak melakukan perbuatan dosa yang akhirnya akan merugikan diri sendiri.

 

sumber:selendangmaya.com

 

2 Bulan Koma, Apa Yang Dilihat Lelaki Ini Dalam Koma Mendorongnya Memeluk Islam

 

Diazab dengan api panas, tangan sebelah digantung di bawah bara api, manusia saling menggigit badan dan melompat daripada tebing tinggi merupakan azab api neraka yang ‘disaksikan’ mualaf ini sebelum menganut agama Islam sewaktu koma selama dua bulan.

Lelaki yang bernama Ahmad Danniel Alhafiz Aduka itu, 25, graduan Universiti Malaya (UM) tidak menduga peristiwa dia tidak sedarkan diri secara tiba-tiba pada tahun lalu merupakan petanda dia akan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

“Saya masih ingat peristiwa tahun lalu apabila tiba-tiba pengsan ketika di asrama UM tanpa masalah kesihatan.

“Kemudian, saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan koma selama dua bulan, tetapi saya rasakan seperti tiga hari saja ketika berada di ‘alam barzakh’,” katanya kepada Harian Metro.

Dia ditemui dalam Program Majlis Ibadah Korban Perkim Kebangsaan bersama saudara Muslim, minoriti Islam Rohingya dan Melayu Champa dihadiri Setiausaha Kehormat Perkim Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor bersama penolongnya Datuk Hasbullah Esa.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, ketika berada ‘di sana’ dia dapat rasakan badan panas membakar dan berada seperti di gaung yang di bawahnya terdapat bara api.

“Ketika itu saya melihat pelbagai seksaan dan jeritan manusia meminta tolong. Ada antara mereka yang menggigit badan sesama sendiri, digantung sebelah tangan dan diseksa dengan sadis sekali.

“Susah untuk saya gambarkan ketakutan dan kesakitan dilalui, saya kemudian menjerit ‘tolong Tuhan’ berulang kali sebelum terdengar laungan Allahuakbar,” katanya.

Ahmad Danniel berkata, dia tersedar daripada koma dan dibenarkan keluar wad sebelum bergegas berjumpa seorang pensyarah.

“Pensyarah membawa berjumpa seorang ustaz yang kemudian mengislamkan saya pada 15 Jun tahun lalu, ketika itu saya dapat rasakan ketenangan yang sukar digambarkan.

“Bagaimanapun, dalam tempoh itu saya merahsiakan mengenai agama baru yang dianuti daripada keluarga berikutan bapa adalah paderi di Sarawak dan keluarga saya sangat kuat pegangan agama itu,” katanya.

Katanya, semuanya terbongkar pada hari konvokesyen apabila di skrin layar tertera nama Islamnya dan bukan Cassey Feranandess Aduka.

“Perasaan saya berdebar bagaimana untuk menjelaskan kepada keluarga, setibanya di hotel tempat kami menginap ibu bapa merampas dan membakar ijazah diterima, mengambil kad pengenalan dan dompet serta menghalau saya sehelai sepinggang,” katanya.

“Saya kemudian menjadi gelandangan dengan tidur di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selama tiga bulan. Dalam tempoh itu, saya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di restoran mamak untuk meneruskan hidup,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian berjumpa ustaz yang mengislamkannya sebelum dia dihantar ke Pusat Transit Gelandangan di Jalan Pahang selama tiga bulan.

“Dalam tempoh itu, saya mula bekerja dengan menjadi pembantu kedai sebelum mula ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat kad pengenalan baru.

“Setiap hari saya berdoa supaya ibu bapa dan adik-beradik lain diberikan hidayah memasuki Islam. Doakan juga pengakhiran yang baik untuk hubungan kami kerana sehingga hari ini mereka masih tidak boleh menerima saya,” katanya, memetik laporan Harian Metro (5/9/17).

 

sumber:www.laicikang.com

 

Inilah 5 Usaha Hacker Anonymous Untuk Menyelamatkan Manusia

 

Anonymous adalah sekumpulan penggodam yang ahlinya dilengkapi dengan kemahiran hacking yang dahsyat. Percaya atau tidak, ahli Anonymous boleh melumpuhkan banyak laman web yang dilengkapi dengan keselamatan yang tinggi. Maka tidak hairanlah majalah Time menyenaraikan nama Anonymous sebagai orang yang paling berpengaruh pada tahun 2011.

Kumpulan penggodam ini pada dasarnya mempunyai tujuan untuk menentang larangan internet yang dikenakan oleh kerajaan, mempromosikan ucapan bebas, dan menyerang pemerintah yang suka melakukan sewenang-wenangnya. Walaupun Anonymous kedengaran sangat berbahaya kerana mereka boleh memecah masuk ke dalam pelayan, laman web, dan maklumat yang bocor di ruang siber, tetapi ada ketikanya mereka melakukan tindakan yang baik untuk menyelamatkan umat manusia.

Terdapat banyak perkara yang baik yang dilakukan Anonymous untuk mempertahankan manusia dari kejahatan. Berikut adalah lima cerita kumpulan penggodam Anonymous dalam menyelamatkan umat manusia,

 

1. Membongkar penglibatan tentera China dalam serangan siber terhadap AS

(Foto: listverse.com)

Kumpulan penggodam Anonymous pernah mendedahkan penglibatan tentera China dalam rentetan serangan terhadap syarikat, organisasi dan agensi kerajaan AS pada 2011. Pegawai keselamatan AS sebelum ini mengesyaki bahawa China berada di belakang serangan siber di Amerika Syarikat pada tahun 2011, tetapi tidak ada bukti menyokong tuduhan itu. China bahkan menafikan dakwaan kerana kekurangan bukti.

Sehingga akhirnya kumpulan Anonymous campur tangan dan memberikan bukti kukuh bahawa tentera China adalah dalang di belakang serangan siber. Kerajaan China juga berasa malu dan segera menghentikan serangan siber yang mereka lancarkan.

2. Menentang rasuah Kerajaan Nigeria

(Foto: listverse.com)

Pada 2016, Anonymous mengisytiharkan perang siber kepada kerajaan Nigeria untuk memerangi rasuah oleh pegawai kerajaan di sana. Dalam masa beberapa jam, Anonymous berjaya memasuki laman web Kementerian Kewangan Nigeria, dan laman web penting yang lain.

Anonymous mendedahkan data-data rasuah yang dilakukan pegawai Kerajaan Nigeria, saat kebanyakan rakyatnya menderita. Kumpulan Anonymous juga berjanji untuk kembali menyerang Kerajaan Nigeria jika mereka masih korup.

3. Menentang eksploitasi kanak-kanak dan pornografi

(Foto: listverse.com)

Salah satu pencapaian Anonymous yang paling terkenal ialah mereka membantu memerangi eksploitasi dan pornografi kanak-kanak di bawah umur. Salah satu cara yang Anonymous lakukan untuk menentang mereka adalah dengan mendedahkan syarikat yang berhubung kait dengan jenayah ini. Anonymous telah memusnahkan Freedom Hosting yang menyokong pornografi kanak-kanak dan juga menyediakan jalan untuk pedofilia untuk menculik, menyeksa dan merogol kanak-kanak.

Kemudian pada bulan Disember 2007, Anonymous juga membantu menahan Chris Forcand, seorang penjenayah pedofilia. Anonymous kemudian mengemukakan bukti kukuh bahawa Chris Forcand adalah penjenayah pedofilia yang bahaya kepada penguatkuasa undang-undang.

 

Dan salah satu perbuatan yang paling menunjukkan kepahlawanan yang dilakukan oleh Anonymous ialah serangan terhadap Lolita City, sebuah laman web yang membolehkan pedofilia melihat kanak-kanak yang didera. Anonymous juga menerbitkan 1,500 nama pengguna laman web tersebut. Bukan itu saja, Anonymous juga membantu memusnahkan laman web lain yang sama seperti Lolita City.

4. Menyerang Korea Utara

(Foto: listverse.com)

Korea Utara pada kebelakangan ini sering menjadi pengacau dengan menjalankan eksperimen peluru berpandu nuklear. Tidak hairan jika negara yang diketuai oleh Kim Jong un ini boleh membuat kumpulan Anonymous marah. Sehingga akhirnya Anonymous memutuskan untuk melakukan serangan siber terhadap Korea Utara.

Salah satu serangan siber Anonymous didorong oleh pelancaran satelit Korea Utara yang berlaku pada Februari 2016. Beberapa jam selepas pelancaran itu, tiga laman web penting Korea Utara ditutup oleh Anonymous. Kemudian pada hari-hari berikutnya, Anonymous terus menyerang laman web kepunyaan Korea Utara. Matlamatnya adalah untuk menurunkan moral kepemimpinan Korea Utara yang sewenang-wenangnya bertindak.

Pada 2013, Anonymous juga melakukan serangan siber terhadap Korea Utara kerana negara ini melarang penggunaan Internet kepada penduduknya.

5. Mengisytiharkan perang melawan ISIS

(Foto: listverse.com)

Selepas ISIS melakukan serangan di Paris, Anonymous mengisytiharkan perang terhadap ISIS dan pengikutnya. Tidak lama kemudian, Anonymous berjaya menutup 2,000 akaun media sosial ISIS dan juga puluhan ribu akaun media sosial yang pro-ISIS.

Serangan di Brussels yang dilakukan oleh ISIS juga mencetuskan kemarahan Anonymous. Mereka melakukan serangan siber terhadap ISIS dengan menyekat laman web yang dikendalikan oleh ISIS. Akibatnya ISIS kehilangan sejumlah besar mata wang digital kerana serangan siber.

Berikutan serangan di Nice, Anonymous juga mengeluarkan video yang mengecam serangan itu dan berjanji untuk membalas dendam. Sejak ia pertama kali mengisytiharkan perang terhadap organisasi pengganas, Anonymous telah menghalang kemampuan ISIS untuk beroperasi secara dalam talian.

sumber:www.laicikang.com

 

(Video & Gambar) Jamal Berang, Hentak Meja Sidang Media Dengan Tukul Besar Sampai Hancur

 

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dalam sidang media telah menunjukkan keberangannya apabila telah memukul meja sidang media sehingga hancur.

Tindakan dilakukannya itu adalah kerana marah melihat perniagaan judi masih lagi berleluasa dan beroperasi di sekitar Selangor.

Beliau dalam sidang media itu turut mendakwa pusat perniagaan judi dijadikan hasil untuk pihak berkuasa tempatan dan majlis perbandaran, tanpa menghiraukan gejala sosial yang berlaku di kalangan belia akibat kegiatan tersebut.

 

loading….


loading…

Siakapkeli.my

 

Betul Ker Suami Tak Ada Feel Semasa ‘Bersama’ Selepas Saluran Peranakan Diikat? Ikuti Penjelasan Pakar Ini

 

Setiap pasangan yang sudah berkahwin sudah pasti inginkan cahaya mata. Namun bagaimana pula dengan pasangan yang sudah miliki cahaya mata dan ingin merancang keluarga? Anak yang ramai itu adalah rezeki tetapi pada ekonomi sekarang ini, sudah pasti agak sukar bukan?

Tahukah anda akan BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau bahasa kampungnya IKAT adalah salah satu cara merancang keluarga.  Ramai pihak menyatakan takut untuk ikat kerana bila sudah ikat sudah tidak sensasi seperti dulu. Ikuti perkongsian info daripada seorang jururawat Bel Nawhen mengenai BTL, dan kesan jika tida merancang keluarga dengan sempurna.

*****
Seseorang pernah berbisik kepada saya menanyakan soalan berkaitan BTL (Bilateral Tubal Ligation) atau IKAT.

 

“Adik, awak misi kan. Akak nak tanya. Betul ke kalau ikat, muda2 lagi ni nanti hat bawah tu kering. Nak bersama takde feel. Nanti suami tinggal”. Terkedu juga saya dengan soalannya.

Rata-rata mereka yang pernah melakukan procedure itu TIDAK pernah pula complain perkara yang sama. Malahan hubungan suami isteri ada yang bertambah erat kerana tidak perlu lagi gusar terexcident sampai mengandung. Nak2 diusia yang dikategorikan bahaya jika hamil.

BTL ini hanya satu procedure mengikat salur peranakan agar tidak berlaku persenyawaan antara sperma dengan ovum yang boleh menyebabkan kehamilan. BTL merupakan kaedah memotong, mengikat atau memutuskan tiub fallopian dari bersambung dengan rahim. Ia dilakukan sama ada bersama dengan procedure Caesarean atau secara laparoscopic (insisi kecil dengan procedure dimonitor melalui screen monitor) dan procedure dilakukan menggunakan alatan khas.




Sebab untuk BTL:
• Tidak mahukan zuriat atau sudah complete family sebagai contoh pasangan yang telah lengkap keluarganya terutama ibu berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak.

• Atas sebab perubatan/kesihatan seperti selepas 2 pembedahan caesarean sebelumnya.

• Grandmultipara (kehamilan yang banyak) dengan sejarah kehamilan semasa kandungan lepas seperti pregnancy induced hypertension (PIH), sakit jantung, kencing manis yang memerlukan suntikan insulin dan lain-lain.

• Ibu yang sentiasa mendapat komplikasi selepas bersalin seperti postpartum hemorrhage,retained placenta dan lain-lain.

** Alasan untuk melakukan BTL kerana letih dan penat menguruskan rumahtangga bukanlah alasan yang boleh diterima.

** BTL BOLEH dilakukan serentak dengan pembedahan melahirkan.

 

** BTL memerlukan persetujuan kedua-dua pihak. Kerana isteri TIDAK boleh hamil lagi dengan 99% keberkesanan.

** Suami dan isteri perlu menandatangani borang persetujuan pemandulan sebelum procedure dibuat.
Boleh rujuk  Fatwa Berkaitan Kemandulan




Ada beberapa kaedah untuk merancang antaranya:
1) Teknik azal iaitu tarik keluar dan memancutkan air mani diluar.

2) Menggunakan kondom.

3) Penggunaan pil perancang keluarga yang dibekalkan oleh klinik kesihatan atau dibeli di farmasi
berdaftar. Perlu patuh kepada cycle pengambilan ubatan.

4) Injection Depo Provera yang perlu diambil setiap 3 bulan.
• Ia mengandungi hormon progesterone.
• Fungsi tambah kepekatan lendir serviks dan dapat cegah kehamilan.

5) Alat Perancang dalam rahim, IUD (Intra Uterine Device).
• Sejenis alat yang berbentuk T.
• Dimasukkan di bahagian rahim.
• Mempunyai tempoh masa tertentu 3tahun atau 5tahun.

 

6) Implanon.
• Ia akan ditanam dibawah kulit untuk tempoh masa 3tahun atau 5 tahun.

Antara kesan tidak merancang keluarga dengan sempurna:
1. Gangguan Psikologi pada ibu, bila ibu itu tidak BERSEDIA untuk hamil dalam tempoh terdekat.

2. Ibu berisiko untuk mendapat anemia apabila menjalani proses bersalin yang kerap dan menyebabkan kehilangan darah yang banyak.

3. Prolaps Uterus ataupun rahim jatuh. Keadaan ini boleh mengganggu organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan faraj. Masalah rahim jatuh ini ada dikaitkan dengan bilangan kelahiran seseorang. Semakin kerap melahirkan bayi, semakin tinggi risiko ibu menghadapi keadaan ini. Rujukan-NCBI

4. Menjejaskan Tulang bilamana bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses tumbesaran.
• Bayi akan mengambil kalsium daripada ibu dengan ini keperluan kalsium ibu hamil sangat tinggi berbanding biasa.
• Begitu juga selepas melahirkan, ibu memerlukan kalsium yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika ibu kurang mengambil kalsium, dia berisiko untuk mendapat masalah tulang.

Bayangkan kalau ibu itu mengandung rapat?

5. Hormon tak seimbang disebabkan jarak kehamilan yang rapat. Ketidakseimbangan kandungan hormon terutama estrogen di dalam badan akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.
** Estrogen penting untuk penyerapan kalsium.
** Gangguan pada hormon pula akan mengganggu struktur tulang.

6. Masalah rahim pecah pula terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean dan mengandung lagi dalam tempoh terdekat.
• Ibu berisiko tinggi untuk menghadapi masalah uterine rupture atau rahim pecah.
** Kebarangkaliannya adalah kecil tetapi jika berlaku ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi, malah boleh meragut nyawa keduanya.

Oleh itu:
• BTL menyebabkan miss V kering merupakan #mitos.
• BTL mengurangkan performance anda sebagai isteri juga merupakan #mitoskelaut.
• Jika hubungan intim anda terganggu, jumpa doktor bagi mendapatkan penyelesaian.
• Perubahan emosi selepas pemandulan merupakan reaksi hormon yang selepas procedure. Rujuk doktor bagi penerangan lanjut.
• Keputusan bagi pemandulan merupakan keputusan kedua2 pihak. Maka kedua-dua perlu bertanggungjawab.

Nota kaki:
Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata orang. Kewanitaan kita bukan bergantung kepada rahim yang sihat atau fungsi kewanitaan yang hebat.

Sumber-Bel Nawhen

sumber:www.siakapkeli.my

 

Pegawai polis dikecam netizen kerana mengasari wanita dan bayinya

 

SHANGHAI, CHINA – Seorang pegawai polis dikenakan tindakan tatatertib selepas video tindakannya mengasari seorang wanita dan bayi perempuannya tersebar di media sosial.

Dalam kejadian Jumaat lalu, di Daerah Songjiang, pegawai polis berkenaan dikecam netizen kerana tindakannya menjatuhkan wanita berkenaan dengan kasar sehingga menyebabkan bayi wanita itu juga terjatuh dan mukanya terhempap ke lantai.

Berdasarkan video tersebut, wanita berkenaan dilihat bertikam lidah dengan pegawai terbabit dan sesekali berundur daripada terus dihampiri pegawai berkenaan.

 

loading…


Kemudian wanita itu dilihat mula menolak badan pegawai berkenaan sebelum dia dijatuhkan dengan kasar atas dakwaan telah memukul dan menampar pegawai berkenaan.


Wanita berkenaan dan anaknya telah dibawa ke hospital susulan kejadian itu. Doktor mengesahkan wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan lehernya, manakala bayinya hanya mengalami calar di tangan.

Menurut jurucakap polis, kejadian itu berpunca tindakan wanita itu yang mengoyakkan kertas saman parking yang dikenakan terhadapnya, sebelum dia cuba menghalang pegawai berkenaan dari berlalu pergi dengan menahan kereta mereka sambil bertelagah mengenai saman tersebut.

Video kejadian itu viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan pegawai polis berkenaan.

Susulan video viral itu, Biro Keselamatan Awam Shanghai telah mengantung pegawai berkenaan untuk membantu siasatan.

ICYMI: Woman with child in her arms shoves Shanghai police officer over parking ticket, so he body slams her to the ground along with the kid.👉 http://shst.me/fki

Posted by Shanghaiist on Friday, 1 September 2017

Pada Sabtu lalu, Polis Shanghai telah mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai berkenaan telah dikenakan tindakan tatatertib di atas kejadian itu.

Lapor Shine, tindakan tatatertib yang dikenakan itu akan menyebabkan pegawai polis bernama Zhu itu tidak akan diberi kenaikan pangkat atau gajinya kenaikan gaji lebih 18 bulan.

Sementara itu, wanita berkenaan pula diberikan amaran tegas kerana telah menghalang pegawai polis menjalankan tugas.

sumber:www.thereporter.my

 

Wanita Meninggal Dunia Akibat Di Santau Melalui Gambar Yang Di ‘Upload’ Di Media Sosial..

 

Aku rasa aku nak share apa yang aku hadap dengan arwah tunang aku. Bukan untuk buka aib, tetapi mahu kalian mengambil iktibar dari kisah aku.

Aku kenal dengan tunang aku masa zaman matrik lagi. Berkawan bertahun-tahun sampai kami ambil keputusan untuk bertunang pada 26 Disember 2015. Masa itu pun, aku dah final year. Ikut perancangan, nak ikat setahun. InshaAllah 25 Disember 2016 kami akan berkahwin.

Di awal pertunangan, tiada masalah. Masing-masing sediakan apa yang patut. Setahun bukan sekejap, masing-masing pula memang sedang sibuk dengan fyp segala tok nenek dia.

 

Tetapi bermula pada bulan Mei, perangai dia berubah sedikit demi sedikit. Dia menjadi panas baran. Salah sikit, nak melenting. Lambat reply chat, nak maki hamun. Maki hamun itu memang teruk sebab sepanjang perkenalan kami, tak perlu lagi aku atau dia mencarut pada masing-masing walau bodoh sekalipun.

Bukan acah baik atau suci, sebab dia paling pantang orang mencarut ini. Aku pernah kena sound setepek bila terlepas sebut sial. Sejak dari itu, aku menjadi lelaki yang tidak mencarut di depan tunang. Tetapi di belakang, aku bantai sebut saja semua itu. Hahaha!

Bila dia dah mula mencarut, memang aku sound dia balik. Tetapi aku kena maki balik. Pelik itu memang pelik tetapi aku fikir,

“Oh, inilah agaknya dengan apa yang dimaksudkan ujian bertunang…”

Mungkin dia sengaja mahu menguji aku sanggup atau tidak melayan kerenah dia. Sayang punya pasal, aku cuba untuk redha kena maki dengan dia. Bukan bodoh rela kena maki. Aku tahu dia akan berubah nanti, inshaAllah. Jadi aku teruskan melayan dia seperti biasa.

Satu hari dia hantar mesej di WhatsApp pada bulan Julai kalau tak silap. Dia minta untuk beberapa bulan sebelum berkahwin ini, jangan berjumpa dengan dia. Lagipun pada masa itu aku dah kerja di Kuala Lumpur. Dia pula berada di Kelantan. Nak jumpa, memang susah.

Aku tanyalah, tak kanlah tak boleh nak berjumpa langsung, nak uruskan hal perkahwinan apa semua? Tetapi dia berkeras tak nak jumpa. Kami hanya akan berjumpa pada tarikh akad nikah, which is settle dengan keluarga masing-masing. Kalau ada benda penting pun just contact through social media saja.

Aku tak kisah pun, benda itu semua boleh settle sendiri tetapi aku naik angin juga sampai nak call pun tak boleh. Aku minta gambar dia pun tak nak bagi. Kalau sebelum ini, setiap hari boleh hantar gambar. Sampai penuh memory phone aku dengan gambar dia saja. Tetapi tak apalah, sabar untuk beberapa bulan. Nanti bila dah kahwin, aku hadaplah muka dia hari-hari.

Sehingga 3 Oktober 2016, setelah seminggu lebih dia tak balas mesej aku, tak angkat call, adik dia hantar mesej WhatsApp pada aku.

 

“Abang Shah, boleh datang Kelantan a.s.a.p tak? Ada hal penting yang nak dibincangkan,” katanya.

Masa itu aku tengah lepak di kedai mamak jam 12.30 pagi. Aku dah rasa tak sedap hati bila dia hantar mesej seperti itu. Aku balik rumah, kemas baju dan terus pergi. Aku tiba di Kelantan jam 10 pagi. Aku terus call adik dia sebab adik dia nak kami bincang di luar rumah, bukan di rumah dia. Aku dengan mata rabak, tak mandi, gagahkan diri juga menunggu di Taman Anis kalau tak silap.

Sampai saja, adik dia terus tanya, “Abang ada contact akak tak?”.

Aku jawablah dah seminggu lebih tak contact akak dia.

“Akak ada tak cerita apa-apa dengan abang?” soalnya.

“Tak ada apa pun. Kami jarang contact. Dia busy sangat katanya.”

“Abang tak tahulah apa yang terjadi pada akak selama ini?” soalnya dengan muka terkejut.

Rasa tak sedap hati aku semakin meninggi bila dia tanya begitu. Dalam kepala aku fikir tunang aku dah berlaku curang dengan lelaki lain dan nak putuskan pertunangan. Terpengaruh dengan drama Melayu punya jalan ceritalah ini.

Aku minta adik dia cakap terus terang. Otak aku dah penat nak fikir lebih-lebih. Jadi dia pun mulakan dengan ayat,

 

“Akak sakit.”

“Sakit apa?”

“Kena buatan orang.”

Oh damn! Aku tergamam dengan benda ini dari mulut adik dia.

“Cerita sampai habis, abang nak tahu…”

“Kami semua tak tahu bila akak kena. Kami perasan sejak bulan Mei, perangai dia dah mula pelik-pelik. Marah-marah. Suka keluar tengah malam tak tahu ke mana. Suka duduk dalam gelap, mula tak solat, melawan cakap abah dengan umi dan paling teruk bila dia tak pergi kerja. Tak mandi sampai berhari-hari dan makan banyak gila. Dia boleh habiskan dua periuk nasi dalam sekelip mata saja.

“Umi panggil ustaz datang, pergi darul syifa, berapa ramai ustaz kami panggil pun kakak masih macam itu juga,” katanya.

Aku mencelah, pelik kalau apa yang adik dia ini cerita tunang aku jadi begitu sejak dari bulan Mei. Tetapi aku tak contact dia baru seminggu. Sebelum itu memang jarang sangat tetapi still keep in touch. Kalau betul, then siapa yang reply mesej aku selama ini? Takkanlah hantu sial? Ke dia ni saja nak menipu aku sebab nak berselindung kakak dia curang?

“Akak tak bercakap dengan kami satu keluarga dan kami pun tak pernah nampak dia pegang telefon. Tak tahu pun mana dia simpan phone dia itu.

 

“Pernah umi nak call abang tetapi tiba-tiba akak muncul dan kata, ‘kalau sesiapa berani contact Shahir, aku keluar dari rumah ini’. Tipu kalau kami semua tak pernah nak beritahu abang. Tetapi setiap kali nak contact, kakak macam tahu dan umi pun suruh kami rahsiakan dulu. Umi nak usaha ubatkan kakak dan kalau boleh tak nak benda ini kecoh. Umi takut abang nak putuskan pertunangan ini bila abang dapat tahu keadaan kakak macam ini.

“Saya minta abang datang sebab kakak dah teruk, dia tak boleh bangun. Badan dia berat sangat, tak boleh nak angkat. Dia kuat makan, setiap kali makan dua periuk nasi. Dia makan baring macam kucing makan. Badan dia macam orang tua. Kalau tengok badan dia macam mereput. Ustaz semua kata dia kena buatan orang tapi tak boleh nak buang. Buang je, benda itu datang semula,”ceritanya.

Aku pun dah tak nak dengar panjang-panjang. Aku nak tengok sendiri keadaan dia macam mana. Sebenarnya aku masih tak boleh terima dan dalam masa yang sama aku nak tahu apa yang dia cerita ini bukan rekaan semata-mata.

Sampai di depan rumah, masuk aku nak masuk rumah terhidu bau busuk yang tersangat busuk gila, babi punya busuk. Macam bau bangkai dan hanyir. Bau yang taku tak boleh nak tahan. Aku tengok adik dia ini relaks saja masuk ke dalam rumah seperti tak ada hidu bau apa-apa.

Aku pun masuk ke bilik tunang, kali ini baunya tiga kali ganda busuk dari bau pertama yang aku hidu semasa mula-mula masuk ke rumah mereka. Sumpah aku rasa nak muntah, terpaksa tekup hidung guna baju pun bau masih kuat. Bayangkan bau beratus-ratus ekor bangkai dan hanyir darah dalam satu bilik. Sumpah busuk, sumpah.

Masa itulah aku tengok dia tengah terbaring atas lantai seperti apa yang diceritakan oleh adiknya itu. Badan dia seperti mayat hidup yang mereput. Badan dia seperti melekat di lantai, melengkung ke bawah. Tapak kaki dia rapat kena lantai, muka cengkung. Sumpah aku terkedu bila tengok dia.

Dari seorang wanita yang aktif dan ceria bertukar menjadi mayat hidup. Aku gagahkan diri datang dekat dengan dia. Dia tengok aku dan dia tergelak mengilai-gilai. Aku nak cerita ini pun rasa tegak bulu roma.

Dia non stop gelak, aku memang nak cabut keluar. Siapa tak seram, hanat! Baru aku nak berpaling, dia stop gelak dan dia kata,

“Kau takkan dapat perempuan ini. Dia milik aku. Selamanya akan menjadi milik aku.”

Ye, suara lelaki yang garau macam KimK. Aku tanya, ‘kenapa kau pilih dia? Apa salah dia dah buat dengan kau?’.

 

“Salah dia sebab pilih lelaki bodoh macam kau,” balasnya.

Aku baru nak sambung tanya, bapa dia datang dan tarik aku keluar. Kami pun berbincang tentang apa nak dibuat pada dia. Aku bab benda-benda ini bukan tahu sangat, ilmu pun cetek. Bapa dia kata, dia dah jumpa seorang ustaz ini.

Malam selepas isyak, ustaz itu datang. Jadi aku tinggal di rumah mereka sampai ustaz itu datang. Dipendekkan cerita berdasarkan apa yang dikatakan oleh ustaz berkenaan, ada orang bomohkan dia guna gambar. Orang yang melakukan perbuatan itu adalah orang yang rapat dengan dia. Tetapi tidak disebut pula namanya.

Ustaz itu kata dia boleh buang, cuma ambil masa yang lama sebab ‘benda’ yang dihantar ini bukan calang-calang punya ‘benda’. Lama dia berubat, makan masa sebulan lebih. Kami terpaksa tangguhkan majlis perkahwinan, tunggu sampai dia benar-benar sihat baru boleh diteruskan.

Alhamdulillah dia semakin sihat, dah boleh bercakap, makan pun dah okay. Tetapi dia okay untuk tiga hari sahaja. Kemudian benda itu datang balik dan keadaan dia semakin teruk sehingga 8 Januari 2017, dia meninggal dunia pada jam 11.23 malam.

Aku dengan keluarga gerak ke Kelantan pada malam itu juga sebab arwah dikebumikan selepas waktu Zohor. Aku sempat berjumpa dengan ustaz yang mengubatinya itu. Apa yang ustaz itu beritahu membuatkan aku tersentak.

“Selepas ini kalau boleh, jangan masukkan gambar dalam internet sebab arwah kena begini kerana ada orang itu curi dari gambar yang ada di internet,” katanya.

Sejak dari itulah keluarga kedua-dua belah pihak buang semua gambar-gambar di sosial media. Mujur aku ada password dia untuk semua akaun sosial media dia.

 

Aku bukan buang gambar aku sahaja, aku terpaksa delete semua akaun aku. Aku paksa semua keluarga aku buat begitu. Sebab itu kalau kau tanya kenapa aku tutup, ini jawapan aku. Memang aku lelaki tetapi kalau benda nak kena, tak kira siapa. Jadi itulah cerita tentang arwah tunang aku.

Aku nak nasihatkan, jangan terlalu galak masukkan gambar, update tentang life kita di media sosial. Orang sekarang gila, macam-macam boleh buat. Aku tak nak benda ini berlaku pada orang lain, jadi tolonglah berhati-hati. Kau tak tahu macam mana teruk keadaan arwah tunang aku dulu. Seksa dia hanya Allah saja yang tahu.

Kepada individu yang melakukan perbuatan terkutuk itu, aku tahu siapa orangnya. Hentikan semua ini. Jangan jadi bangsat. Bangsat, kau tahu bangsat? Kalau membunuh itu tak berdosa, memang aku bunuh kau. Tetapi Allah itu maha Adil. Dunia ini sementara, kau terlepas di dunia tetapi bukan di akhirat. Sekian saja cerita aku.

 

SUMBER: @SHAHIRRZZ

sumber:selendangmaya.com

 

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali Berzina

 

Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui, lebih besar dosanya daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali.

loading…

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali Berzina

Gambar Hiasan

Tahukah anda berapa besar dosa riba?

 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 

دِرْهَمُ رِبًا يَأْكُلُهُ الرَّجُلُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَشَدُّ مِنْ سِتَّةِ وَثَلاَثِيْنَ زَنْيَةً

“Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui, lebih besar dosanya daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Misykatul Mashobih mengatakan bahwa hadits ini shahih).

Subhanallah ternyata dosa riba lebih berat dari dosa zina 36 kali lipat. Padahal dosa zina besar di sisi Allah Ta’ala.

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali BerzinaGambar Hiasan

Banyak di antara kita yang lari dari riba. Ini adalah kebaikan dan menunjukkan ketaqwaan hati dan keimanan. Namun terkadang masih jatuh kepada dosa yang lebih berat dari riba.

Tahukah anda apa yang lebih berat dari riba?

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali BerzinaGambar Hiasan

Dari Al Baro bin Azib, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

((الرِّبَا اثنان وسبعون بابًا، أدناها مثل إتيان الرجل أمَّه، وإن أرْبَى الربا استطالة الرجل في عرض أخيه

“Riba memiliki tujuh puluh dua pintu. Yang paling rendah seperti menzinahi ibu kandungnya. Dan sesungguhnya riba yang paling riba adalah merusak kehormatan saudaranya” (HR Ath Thabrani. Lihat silsilah shahihah no 1871).

Perhatikanlah ini saudaraku.. berapa banyak orang yang asyik membicarakan aib saudaranya baik di majelis ataupun di media media sosial. Ini adalah musibah yang menimpa agama seseorang. Karena perbuatan tersebut merusak amalnya, bahkan mencukur agamanya. Karena perbuatan tersebut merusak hubungannya dengan sesama muslim.

Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِأَفْضَلَ مِنْ دَرَجَةِ الصِّيَامِ وَالصَّلاَةِ وَالصَّدَقَةِ؟ قَالُوا : بَلَى، قَالَ : صَلاَحُ ذَاتِ الْبَيْنِ فَإِنَّ فَسَادَ ذَاتِ الْبَيْنِ هِيَ الْحَالِقَةُ

“Maukah aku kabarkan kepada kalian yang lebih baik daripada derajat puasa, sholat, dan sedekah?”. Mereka berkata, “Tentu”. Baiknya hubungan di antara sesama, karena rusaknya hubungan di antara sesama mengikis habis (agama)” (HR. At-Tirmidzi no 2509, dan dishahihkan At-Tirmidzi, dan ada tambahannya).

هِيَ الْحَالِقَةُ لاَ أَقُوْلُ تَحْلِقُ الشَّعْرَ وَلَكِنْ تَحْلِقُ الدِّيْنَ

“Rusaknya hubungan di antara sesama adalah mengikis, dan tidaklah aku berkata mengikis habis rambut, akan tetapi mengikis habis agama“.

Ingatlah saudaraku, kehormatan seorang muslim mulia di sisi Allah. Jangan sampai kita bangkrut di hari kiamat akibat lisan yang tak dijaga.

 

KESAN RIBA KE ATAS MASYARAKAT DAN NEGARA

Islam mengharamkan amalan riba ini kerana ia mempunyai implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia. Menurut Al- Maududi riba keburukan riba boleh dilihat dari segi akal, dari segi sosial , dari segi akhlak dan dari segi ekonomi

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali BerzinaGambar Hiasan

a) Dari segi akal
Riba tumbuh di dalam diri manusia dan menjadikan mereka mempunyai sifat rakus, gelojoh, tamak, kedekut, ego dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan menebal dan akhirnya menjadi darah daging yang sukar untuk dikikis lagi.

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali BerzinaGambar Hiasan

b) Dari segi sosial dan akhlak
Amalan riba akan merosakkan kemaslahatan dunia. Riba mendorong pemakannya hidup senang-lenang tanpa bekerja dan berusaha sedangkan Islam menggalakkan umatnya untuk berusaha dan bekerja. Ia juga merupakan penindasan terhadap orang-orang miskin di mana pihak pemberi hutang akan bertambah kaya sementara penerima hutang akan bertambah miskin dan tertekan. Ini akan mewujudkan ketidaksaman di dalam masyarakat. Selain itu, amalan riba boleh menyebabkan kasih-sayang, sikap tolong-menolong dan mengasihani antara satu sama lain akan hilang. Riba boleh merosak dan merenggang hubungan antara orang kaya pemakan riba dengan orang miskin dan menimbulkan perasaan benci dan iri hati di kalangan mereka. Konflik boleh berlaku akibat ketidakpuasan hati di kalangan peminjam seperti rompakan, pembunuhan dan lain- lain. Ini boleh mengganggu gugat kestabilan masyarakat secara keseluruhan.

Inilah Dosa Dianggap Kecil Dimata Masyarakat,Tapi Bersamaan 36 Kali BerzinaGambar Hiasan

c) Dari segi ekonomi
Riba yang tinggi memusnahkan daya penarik pelabur, menyebabkan kekurangan pekerjaan dan pendapatan. Ia juga merosakkan perkembangan ekonomi dan mengakibatkan kan inflasi. Riba diperoleh tanpa mengusahakan sesuatu dan meletakkan kesemua risiko ke atas bahu peminjam.

Sumber: datariau.com
Sumber: shairozihashim.blogspot.my

sumber:suaramedia.org

 

Alhamdulillah, siap lebih awal

 

OPERASI membawa semua jemaah haji Malaysia dari Mina ke Makkah selepas selesai melontar jamrah siap lebih awal.

Ketua Rombongan Haji 1438 Hijrah Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, operasi membawa jemaah terbabit bermula jam 6.59 pagi waktu tempatan (11.59 pagi Malaysia) dan selesai dalam tempoh kurang sebelas jam.

Menurutnya, di peringkat awal, pihaknya menjangkakan proses terakhir operasi masya’ir itu hanya selesai sekitar jam 8 atau 9 malam berikutan pertambahan bilangan jemaah.

 

Katanya, kejayaan operasi masya’ir itu hasil komitmen dan pengorbanan tinggi semua petugas melalui kerjasama berpasukan sehingga dipermudahkan Allah.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan operasi masya’ir iaitu kemuncak operasi haji pada musim haji kali ini tamat sepenuhnya.

“Bagaimanapun, operasi haji masih belum selesai sehingga 4 Oktober nanti,” katanya ketika berucap pada majlis ringkas di ibu pejabat TH di sini dan disiarkan secara terus kepada petugas di lapangan melalui sistem Bravo.

Beliau berkata, secara keseluruhan, 600 perjalanan bas bagi membawa semua jemaah terbabit dengan bas terakhir tiba di Makkah dari Mina pada jam 6 petang.

Menurutnya, pada musim haji ini juga, kali pertama jemaah warga emas selepas wukuf di Arafah terus dibawa ke Makkah, tidak lagi ke Mina seperti sebelum ini.

Katanya, bagi safari wukuf pula, seramai 86 jemaah yang sakit dibawa ke Arafah dengan enam bas dan tiga ambulans.

“Mereka ini dapat berwukuf di Arafah untuk tempoh sekurang-kurangnya dua jam,” katanya.

sumber:www.hmetro.com.my