Nazim tidak sengaja pegang

PELAKON baharu Aprena Manrose menyedari tindakan Nazim Othman yang secara tidak sengaja memegang bahunya itu memberi persepsi buruk terhadap statusnya sebagai isteri.

Aprena, 25, berkata dia menerima teguran positif namun berasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang suka menambahkan cerita negatif mengenai perkara itu.

“Saya menyedari perkara itu tidak elok. Yang mana positif, saya ambil tapi yang negatif tu saya baca dan gelak sahaja.

“Sebab sudah jelas dalam video itu Nazim tidak sengaja memegang bahu saya. Yang saya hairan netizen yang suka mengada-adakan cerita yang negatif,” katanya kepada mStar Online.

Aprena ditemui ketika majlis pelancaran produk Irisa Cosmetic di Black Box, Publika, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Video Nazim tidak sengaja memegang bahu Aprena menerima kecaman.

Sebelum ini, video yang dimuat naik di laman Instagram Aprena pada awal Oktober mendapat kecaman netizen.

Rata-rata mereka menegur Nazim yang dilihat seakan sengaja memegang bahu Aprena dan menganggap tindakan tersebut tidak menghormati pelakon itu yang sudah berkahwin.

Tambah Aprena, dia enggan mengambil peduli kata-kata negatif memandangkan suaminya, Mohd. Afiq Hazman mengetahui perkara tersebut dan tidak pernah marah.

“Suami saya mengetahui perkara itu. Jadi, kenapa saya perlu dengar kata orang lain sedangkan suami saya sendiri tak marah.

“Dia pun tahu yang perkara itu tidak sengaja. Lagipun, saya tak akan berkongsi apa-apa di laman sosial tanpa kebenaran suami,” ujarnya.

Aprena bersyukur suami seorang yang memahami dan sentiasa menyokongnya.

Sumber:  mstar

Dalam pada itu, anak bongsu penyanyi dangdut terkenal Iwan ini hanya akan fokus pada satu tawaran sekiranya mendapat watak utama.

“Kalau dapat watak utama, saya akan fokus pada satu sahaja sebab bukan senang dan hari-hari nak kena jalani penggambaran.

“Manakala kalau watak sampingan atau watak kedua utama, saya akan selit tawaran lain. Selagi mana boleh kerja, saya akan kerja.

“Sebab saya masih baru dan perlu banyak lagi belajar dalam bidang lakonan,” katanya.

Perak tepati ramalan ke final

KOTA KINABALU: Perak menepati ramalan mara ke final Piala Malaysia apabila menang dengan agregat 7-2 walaupun sekadar seri 2-2 berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.

Walaupun memiliki bekalan lima gol, Perak terlebih dulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi Gilmar Jose Da Silva Filho, namun cubaannya diselamatkan penjaga gol, Rozaimie Rohim dalam keadaan satu lawan satu.

Rozaimie sekali lagi menjadi penyelamat tuan rumah apabila menghalang cubaan Muhammad Firdaus Saiyadi, juga dalam keadaan satu lawan satu.

Pada minit ke-34, Sabri Sahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pertama untuk pasukannya hasil penyudah baik dalam kotak penalti selepas satu sepakan sudut daripada Elias Sulaiman bagi menjadikan kedudukan 1-0.

Gol itu mencetuskan semangat Sabah untuk terus memburu jaringan dan hampir memperolehnya pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Elias, bagaimanapun ia diselamatkan penjaga gol lawan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.

Bermula separuh masa kedua, Sabah terus berusaha menambah gol dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-67, namun tandukan Rodoljub Paunovic tidak menepati sasaran.

Pada minit ke-74, Gilmar menambah kesukaran Sabah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dijatuhkan Rozaimie di dalam kotak penalti.

Gilmar kemudian menambah derita Sabah apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 hasil satu penyudah baik selepas memperdayakan penjaga gol Sabah bagi menjadikan kedudukan berpihak kepada mereka 2-1.

Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil kemudian  menyelamatkan pasukannya daripada kecundang di gelanggang sendiri apabila menanduk gol penyamaan pada minit ke-85 bagi menjadikan kedudukan 2-2 dan kedudukan itu kekal hingga penamat.

Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura

SINGAPURA: Mohamad Sabu atau Mat Sabu ‘dikepung’ lagi di Singapura. Kali ini di Restoran Al Jasra, Changi Rd.

Kejadian berlaku ketika Menteri Pertahanan itu singgah di restoran itu semalam selepas temu bual bersama Bernama di Changi Naval Base sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Mat Sabu berada di sini selama tiga hari sejak 18 Oktober dalam rangka lawatan pengenalan diri ke republik ini.

Beliau juga menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari hingga 20 Oktober.

Menteri itu pernah ‘dikepung’ pada Jun lalu di Singapura ketika singgah di Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat.

Beliau turut ‘dikepung’ oleh pekerja-pekerja hotel termasuk Chef tempat beliau menginap ketika di republik itu.

Semalam, beliau tidak ‘dilepaskan’ sekali lagi untuk beberapa ketika oleh orang awam.

Ia memberi sedikit tekanan dan kegelisahan di wajah pegawai pengiring Singapura yang bertugas menjaga keselamatannya.

Rata-rata pengunjung di restoran itu mengenali Mat Sabu dan ‘mengepung’ beliau bertujuan hanya untuk berswafoto bersama seorang daripada pemimpin utama Pakatan Harapan itu.

sumber: BH

Mat Sabu seperti biasa tidak menolak dan bersalaman bersama orang awam yang menyapanya.

Ketika melintas jalan bersama Mat Sabu, Bernama turut menyaksikan seorang pemandu van tergesa-gesa menurunkan cermin tingkap dan memanggil “YB Mat Sabuu.!”

Mat Sabu dengan bersahaja menyahut “Ya.. Dari mana..?” Dan dijawab pemandu tersebut “Dari Penang…”

Walaupun berjaga-jaga, pegawai keselamatan Singapura tetap memberi ruang untuk orang awam mendekati Mat Sabu.

Mereka tetap mengiringi Mat Sabu walaupun ketika beliau memilih lauk dan membasuh tangan di sinki.

Mungkin sedikit berlainan bagi mereka ‘mengiringi’ pemimpin bernama Mat Sabu ini kerana beliau tidak kekok untuk makan bukan di restoran lima bintang dan bertemu orang awam tanpa protokol. – BERNAMA

Mana budi bahasa? – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Tindakan segelintir pemandu teksi, ‘angkat kaki’ meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu GRAB disifatkan sebagai tiada budi bahasa.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman, ketika menyelar sikap dicerminkan golongan yang sebelum ini diberi jolokan ‘duta kecil negara’ itu berkata tidak mungkin sesuatu penjelasan atau maklum balas berupaya memuaskan hati semua pihak.

“Kepada pemandu teksi yang biadab dalam sesi dialog tadi, mana budi bahasa anda? Ayahanda @chedetofficial (Dr Mahathir), dont be sad and please dont give up on us (jangan bersedih dan berputus asa terhadap kami),” katanya menerusi akaun Instagram rasminya @syedsaddiq, hari ini.

Dr Mahathir ketika menghadiri Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi, hari ini dilaporkan berkata beliau sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadab dan keluar meninggalkan majlis berikutan enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

sumber: BH

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali dalam pentadbiran kerajaan selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan… saya pun tak boleh tolong. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara… Orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata kejayaan akhirnya akan ditempa dengan berbekalkan niat dan usaha.

“Selagi niat dan usaha di tempat yang betul, insya-Allah kita akan berjaya bersama,” katanya dipercayai cuba ‘memujuk’ Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU selepas kelihatan hampa dengan sikap ditunjukkan segelintir pemandu teksi berkenaan.

[VIDEO] “Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal” – Cucu Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi, yang kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta selepas ditahan dengan 45 jenis pertuduhan itu dikatakan mempunyai sebuah keluarga yang sentiasa berada bersamanya

Salah seorang ahli keluarganya merupakan cucu perempuan berusia 9 tahun yang bernama Sofee.

Baru-baru ini, dalam satu klip video yang telah dimuat naik oleh ibunya Nurulhidayah Ahmad Zahid, Sofee memberitahu pihak lawan datuknya bahawa “saya akan membuatkan anda menyesali hidup anda dan saya akan memastikan hidup anda tidak akan aman.”

Dalam klip berdurasi 28 saat itu kelihatan bahawa ibu kepada cucu perempuan presiden UMNO itu telah melatih anaknya itu untuk memberikan ucapan berunsur ‘ugutan’ bagi memberikan sokongan padu buat Zahid Hamidi.

sumber: says.com

Lihat klip penuh video tersebut di bawah:

"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi

"Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang & Anda Akan Menyesal" – Cucu Zahid Hamidi

Posted by Media Sentap on Saturday, 20 October 2018

“You can lock my grandpa up, but not his soul and his fighting spirit. We are his family and we will never stop praying for him.

“I will make your life un-peaceful (sic). I will make you regret your life. Remember – I am only nine years old and I am my country’s future.”

BAHASA:

“Anda boleh menahan atuk saya, tetapi bukan jiwanya dan semangat juangnya. Kami adalah keluarganya dan kami tidak akan berhenti berdoa untuknya.

“Saya akan membuat hidup anda tidak aman, saya akan membuat anda menyesali hidup anda. Ingat – Saya berusia sembilan tahun dan saya adalah masa depan negara saya.”

VIDEO- “Baru darjah 6 dah berani..” – Gadis kongsi pengalaman diseluk kanak2 waktu tidur dalam bas

Kena gangguan seksual dalam bas. Ambil peringatan terutamanya perempuan. Silap besar aku tak bagi penampar tadi.

Menggigil tangan, bila jadi kat diri sendiri baru tahu. Yang tak pernah kena tu memang tak rasa apa, boleh gelak-gelak. Rasa trauma sampai sekarang. Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Pertama kali dalam hidup kena macam ini.

Dalam bas balik semalam, bas bertolak lebih kurang pukul 12.30 malam. Jadi, dapat tempat duduk tiga dari belakang. Tanya driver, boleh tak kalau nak tukar tempat duduk single atau mana-mana tempat duduk lain yang kosong sebab macam tak selesa duduk belakangtepi tingkap sebelah penumpang lelaki.

Pemandu bas cakap tiada tempat duduk kosong dan tak boleh tukar tempat duduk, jadi redha saja lah. Okay takpe, tak kisah duduk macam biasa sebab sebelum ini naik bas, okay je tiada apa-apa pun.

 

Lebih kurang pukul 2.30 pagi, tengah nyenyak tidur rasa ada tangan orang menjalar dekat bahagian tengkuk nak masuk ke baju, dia sentuh dari dalam tudung okay, bukan sentuh katluar. Saya memang jenis yang sensisitif dan cepat terjaga, jadi terus terbangun.

Kau bayangkan apa yang aku nampak? Lelaki kat tempat duduk depan, tengok gambar, tengah bangun berdiri kat kerusi dia, mengadap aku. Kau bayangkan dia punya berani itu sampai tahap masukkan tangan bawah tudung aku dengan kat belakang aku ini ada ramai penumpang lain lagi (tapi semua tidur mati kot).

Bila-bila saja boleh kantoi berani sungguh jantan ni. Wei level jantan nie berani tahap apa? Sebelah aku ada orang kot. Aku terus terjaga tiba-tiba, panik jap, dia punya gelabah terus duduk balik tempat dia, tarik kerusi dia ke depan. Kau bayangkan kalau aku tak terjaga, tidur mati.

Aku menggigil rasa nak menjerit menangis, terus tak boleh tidur, waktu itu terfikir mahu bangun dan maki saja lelaki itu, tapi kau sabar kejap sebab semua orang tengah tidur dan tak nak ganggu. Tahan perasaan mahu menangis. Dia ingat aku sudah tidur balik kot, dalam pukul 3.30 pagi aku nampak dia tengah terjenguk-jenguk pakcik sebelah tak tahu nak buat apa, macam nak mencuri.

Aku bangun dari kerusi terus suluh dia guna kamera telefon. Aku tanya kau nak buat apa tu? Terkejut lelaki tu. aku lagi terkejut sebab ingat lelaki besar rupanya budak lagi, macam sekolah rendah dengan muka budak sangat.

Aku terus tanya kau nak raba aku kan tadi? Kau buat apa tadi kau ingat aku tak nampak? Muka dia sudah cuak, aku kejut kakak dia kat sebelah, masa ini aku sudah tak boleh tahan marah lagi.

Aku beritahu yang adik dia cuba nak ambil kesempatan kat aku, aku suruh tanya adik dia sendiri. Dia tanya betul ke kau cuba nak raba akak ni buat bukan-bukan? Budak ini mengangguk. Dia mengaku sambil buat muka bodoh tak bersalah. Waktu ini tak ingat nak rakam sebab tangah tahan marah dan tahan perasaan nak menangis.  n

Masih tak berpuas hati, dalam sejam lepas itu, aku tanya balik kakak dia, umur adik dia berapa. Masa ini aku cuba cakap baik-baik dengan kakak dia sebab kaka dia sudah macam mahu menangis.

Rupa-rupanya adik dia baru darjah 6 tapi sudah pandai buat benda yang tak senonoh macam ini. Aku tak boleh brain.

Moga jadi peringatan pada semua perempuan kalau menaiki bas. Berhati-hatilah. Tak payah tidur pun takpa. Tak payah tunggu orang besar, budak sekarang darjah 6 dah pandai nak raba orang, nak mencuri. Trauma dia sampai sekarang aku masih terrasa Tangan budak nie menjalar kat tengkuk aku nak masuk ke dalam baju.

Posted by Nuraiyshah AL on Monday, 15 October 2018

Nasib baiklah Allah bagi aku sedar. lambat sikit je sedar, setel tangan dia dalam baju dah. Tengah terbayang wei nasib perempuan yang kena rogol semua tu, Allah la, kena macam ini sudah terasa trauma sangat dah, orang yang kena lagi teruk?

Memang layak pencabul perogol pencuri semua nie kena hukuman berat. Hidup pun tak guna kalau perangai macam syaitan. Memang aku niat nak buat laporan polis, tapi sebab dia budak je aku lepas.

Kau memang nasib baik sebab kau budak lagi! Tapi ralat sikit patutnya aku bagi penampar sekali tadi sebab kau memang biadap budak.

Sumber : Nuraiyshah AL , ohmymedia

Mahathir luah hasrat mahu letak jawatan

LANGKAWI – Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan hasrat mahu meletak jawatan Perdana Menteri pada majlis dialog bersama pemandu teksi di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Perdana Menteri menyatakan hasratnya itu selepas kecewa dengan tindakan sekumpulan pemandu teksi bertindak keluar dewan pada majlis dialog itu.

Pemandu teksi tersebut keluar dewan tersebut selepas dipercayai mereka tidak berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai isu perkhidmatan e-hailing membabitkan Grab.

“Saya akan letak jawatan kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara, dah orang panggil balik. “Saya hari ni letak jawatan, tak ada masalah bagi saya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, beliau berusaha untuk membantu semua pihak termasuk pemandu teksi. “Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi. Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan, saya pun tak boleh tolong juga,” katanya.

Seramai 200 pemandu teksi di pulau peranginan itu hadir pada majlis dialog tersebut. – K! ONLINE

VIDEO – Terengganu FC (TFC) Malukan JDT Di Larkin

JOHOR BAHRU: Impian Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia berkecai selepas seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) dan pasukan pelawat layak ke final dengan agregat 3-2 selepas aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Kemenangan TFC itu cukup bermakna buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang akan berdepan sama ada Perak atau Sabah tatkala kali terakhir skuad Penyu mara ke pentas final ialah pada 2011 namun tewas kepada Negeri Sembilan 1-2.

Perubahan taktikal dilakukan gandingan Luciano Figueroa dan Benjamin Mora yang membimbing JDT apabila membariskan Fernando Marquez dalam kesebelasan utama sambil mengubah posisi Gonzalo Cabrera beraksi di bahagian serangan manakala Syafiq Ahmad bergerak di posisi sayap kiri.

Ketika JDT ghairah mengasak ke kubu TFC, serangan balas anak didik Irfan Bakti pada minit ke-11 mencemaskan gawang tuan rumah apabila Shahrul Aizad Zulkifli yang tidak dikawal merembat bola leret namun penjaga gol, Farizal Marlias sempat menghalang dengan kaki.

Penguasaan jelas milik JDT apabila sering mengasak ke kubu pelawat, malah pada minit ke-27 bola umpanan Safawi Rasid gagal diterjemah dengan jaringan apabila sekadar merembat bola lemah mudah buat penjaga gol, Mohd Sufian Rahman.

Tindakan Adib Aizuddin Latif mengasari Safawi di dalam kotak penalti menyaksikan pengadil, Mohd Nazri Nasaruddin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-40 dan Marquez mudah melaksanakannya dan meletakkan tuan rumah mendahului 1-0 sekali gus mengikat agregat 1-1.

Bersambung babak, kedua-dua pasukan mula mengatur gerak untuk memburu gol dengan TFC terlebih dulu mengancam kubu tuan rumah apabila kapten, Kipre Tchetche memiliki peluang pada minit ke-46 namun sempat dihalang Farizal.

Bermula daripada bola tandukan Marquez hasil sepakan lintang Corbin Ong yang terkena palang pada minit ke-62, bola disambar Safawi yang mengumpan ke belakang untuk Cabrera dan pantas melencong bola tepat ke penjuru kiri seterusnya tuan rumah mendahului 2-0 dan 2-1 secara agregat.

Bagaimanapun, jaringan tuan rumah tidak bertahan lama selepas Tchetche bangkit menjaringkan gol pada minit ke-68 apabila merembat kencang menewaskan Farizal untuk mengikat agregat 2-2 tatkala kelebihan memihak pelawat yang memiliki gol di tempat lawan.

Tchetche melenyapkan sisa perjuangan tuan rumah apabila mencetak gol kedua peribadi pada minit terakhir perlawanan untuk memastikan TFC mara ke final dengan keputusan agregat 3-2.

Johor DT vs Terengganu FC 2-2 Aggregate (2-3)

Johor DT vs Terengganu FC 2-2 Aggregate (2-3) | Highlight Separuh Akhir Piala Malaysia 2018.kredit: iskandar mukmin

Posted by Setia Viral TV on Saturday, 20 October 2018

Kecoh Semua Orang Pasal Tangan Misteri Tetapi Akhirnya Terbongkar Juga Tangan Siapa Yang Muncul

Tular dalam masa beberapa jam sahaja video menunjukkan seorang kanak kanak dan ayah nya yang dirakam oleh seorang perempuan yang dikatakan ibu dan isteri kepada 2 orang itu. Menjadi topik hangat hari ini apabila ramai netizen cuba menyelesaikan misteri yang menyelubungi ramai orang.

Ada yang kata memang tangan misteri ada yang kata ada orang sebenarnya dalam kolam renang tersebut tetapi dia sandar di dinding kolam dan disebabkan sudut tangkapan video begitu memang tidak dapat lihat siapa di dalam kolam.

Ada yang kata makhluk halus tetapi jika dilihat secara teliti tangan tersebut seperti tangan yang pelik berwarna gelap dan mempunyai kuku yang panjang ( gambar berada di bawah ).
Ibu (Si Perakam) buat kenyataan ..
Pengguna Facebook di Indonesia gempar melihat sebuah video tangan misteri cuba menarik seorang kanak-kanak yang sedang belajar berenang di sebuah kolam renang awam.

Menurut sumber, seorang bapa sedang mengajar anaknya berenang sambil dirakam oleh ibunya dari atas kolam, secara tiba-tiba muncul tangan misteri berkuku panjang memegang peha anak mereka dari dalam kolam itu.

“tiada sesiapa di sudut kolam itu kecuali suami dan anakku, kata wanita yang memuat naik video berkenaan.

selendangbiru

Lagi heboh di kolam renang ada tangan ghaib, Percaya atau tidak,tinggal anda yg menilai. Sc video Sefty shundari,memposting di fb : Aku jera ajak anak renang Itu terciduuk tangan siapa yg megang paha anak aku Baru ngecek vidio, Menurut sumber lokasi di : bengkulu

Walaubagaimanapun, status Facebook asal telah dipadam oleh sefty Shundari.


Akhirnya Terbongkar. Setelah menghantui ramai netizen tangan siapakah itu, akhirnya video penuh dimuat naik. Rupa rupanya ada seorang lagi kanak kanak di tepi kolam. Kita tidak nampak kerana sudut rakaman tersebut.

Kanak kanak tersebut munkin anak kepada mereka juga. Jadi selesai lah satu misteri yamg telah membuat seluruh warga netizen gelisah. hahaha..

VIDEO – NETIZEN KECAM UCAPAN ELLY SURIATI YANG TERJERIT JERIT DIKHALAYAK RAMAI..

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara ke atas 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Nurulhidayah Zahid bersama ahli UMNO semalam telah berkumpul di hadapan pejabat SPRM melakukan soladiriti buat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut kelihatan pelakon Elly Suriati yang bersemangat memberi ucapan perjuangannya demi parti itu.

Ucapan semangat Elly Suriati

Katanya Ucapan Elly Suriati Malam Tadi….Bersemangat Betul…. Ngeri Pon Ade… 😅😅😅

Posted by Viral Media Johor on Thursday, 18 October 2018

Dalam video berdurasi 3:48 minit ini, Elly Suriati memberi ucapan penuh emosi demi pemimpin-pemimpin UMNO. Dia melaungkan kata-kata semangat buat parti yang dakwanya dijatuhkan dengan perang persepsi terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Tambahnya, semangat juang mereka besar, mereka tidak takut sama sekali. Banyak yang telah UMNO lakukan, dan tiada siapa bisa menjatuhkan UMNO. Elly dengan tegas mengatakan ‘kamu’ tidak boleh menjatuhkan rakyat, tapi rakyat boleh menjatuhkan ‘kamu’.

Respon netizen

Sumber : Viral Media Johor via OhBulan