Sultan Johor kurniakan 60 hektar tanah untuk rakyat

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 60 hektar untuk mendirikan 1000 unit rumah mampu milik di negeri ini.

Khabar gembira itu disampaikan anakandanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasminya, sebentar tadi.

“Minggu depan, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Sultan Johor, ia selepas baginda berkenaan mengurniakan tanah untuk membina rumah mampu milik dengan harga bermula RM70,000.

“Kawasan tersebut akan dilengkapi dengan semua kemudahan asas demi keselesaan rakyat,” katanya.

Tunku Ismail berkata, sumbangan tersebut direalisasikan setelah dirinya sendiri turun padang dan mendengar sendiri rintihan rakyat menerusi beberapa lawatan yang dilakukan.

Katanya, sumbangan diberikan kepada rakyat itu juga tidak berniat apa-apa malah dianggap sebagai tanggungjawab yang perlu dipenuhi sebagai Tunku Mahkota Johor dan kerabat diraja.

“Sumbangan keluarga diraja Johor kepada rakyat bukan baru minggu lepas tetapi sejak zaman nenek moyang saya lagi iaitu pada tahun 1885. Saya cuma meneruskan legasi almarhum-alamarhum Sultan Johor dan juga ayahanda saya.

“Suka saya nyatakan kepada mereka ini bahawa ini bukan tindakan yang aneh tetapi ia adalah tugas, amanah dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota Johor. Saya melakukan kerja ini ikhlas demi kesejahteraan rakyat saya,” katanya.

Budak 12 tahun raba wanita dalam bas, kakak minta

PETALING JAYA: Biarpun baru berusia 12 tahun, perlakuan keji seorang kanak-kanak lelaki mengundang kemarahan pelayar media sosial.

Menerusi satu posting yang ditularkan di laman Facebook, seorang wanita berkongsi kisahnya yang hampir [email protected] dalam sebuah bas baru-baru ini.

Wanita berkenaan, Nuraishah Laziman, 26, dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Putrajaya sebelum tersedar sekitar 2.30 pagi akibat percubaan ‘liar’ kanak-kanak itu.

“Sewaktu sedang nyenyak tidur, saya rasa macam ada orang sentuh sekitar leher. Rupanya lelaki tu sedang masukkan tangan melalui kolar baju saya.

“Saya buka mata, nampak dia sedang berdiri dari kerusi hadapan dan membongkokkan badannya merapati saya.

“Memang terkejut dan menggigil masa tu, dia pun terus tarik tangan dan kembali duduk di kerusinya,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dia yang mesra disapa Sha bagaimanapun hanya berdiam diri pada waktu itu dan tidak mahu menimbulkan kekecohan kerana semua penumpang lain sedang nyenyak tidur.

Malah, dia juga menyangka si pelaku merupakan seorang lelaki dewasa berdasarkan fizikalnya yang tinggi.

Sekitar sejam selepas kejadian itu, dia yang tidak dapat melelapkan mata terlihat lelaki itu seolah-olah sedang mendekati kerusi seorang penumpang lain, berkemungkinan untuk mencuri barangan peribadi miliknya.

“Saya terus suluhkan lampu telefon ke bahagian kepala dia dan tanya apa yang sedang dilakukan.

Posting Sha yang tular di media sosial.

“Wanita bersebelahannya yang sedang tidur pun saya kejutkan. Rupanya dia kakak kepada lelaki itu.

“Setelah disoal, dia mengaku lelaki itu merupakan adik kandungnya yang baru berusia 12 tahun,” ujar Sha yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar si pelaku.

Menurut Sha lagi, wanita itu kemudian memohon maaf bagi pihak adiknya setelah dia menceritakan apa yang berlaku ketika dia sedang nyenyak tidur.

“Kakak dia pun macam nak menangis, tak sangka adik dia buat macam tu, dia minta settle dan tak nak besarkan kes ini.

“Yang saya geram, adik dia buat muka tak bersalah je. Ikut hati memang rasa marah, tapi saya kesian pada kakaknya. Bila fikir balik, menyesal tak lempang muka dia,” katanya lagi.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa dia dan adiknya dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah menziarahi datuk mereka yang sedang sakit.

Sumber:  mstar

Sementara itu, Sha yang tidak membuat sebarang laporan mengenai kejadian itu mengakui serik untuk menggunakan perkhidmatan bas pada masa akan datang.

Tambahnya, biarpun kejadian berlaku pada Isnin lalu, perasaan trauma masih menebal dan gambaran peristiwa itu juga masih terbayang jelas di mindanya.

Perkongsian Sha di laman Facebook turut menerima reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengaku terkejut dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Like what? Baru 12 tahun, eeee jijiknya perangai. Baju pun parents belikan lagi ada hati nak meraba orang. Patut bagi tamparan maut je, baru tahu tinggi rendah langit tu… ishh geram pulak rasa,” tulis Tyra Mohamad.

“Allahu.. ingat orang besar (dewasa), sekali budak lagi. Kesian ada, nak marah pun ada,” tulis seorang lagi pelayar Facebook.

Tak tahan setiap pagi dengar bunyi s3ks, jiran beri pengajaran!

SEORANG wanita yang tidak tahan dengan jirannya yang sering mengejutkannya setiap pagi dengan ‘bunyi s3 ks’ memutuskan berkongsi bunyi itu dengan seluruh dunia di Facebook.

Ternyata perkongsiannya itu tular!

“Kamu, dia dan keresahan saya,” demikian tajuk posting yang ditulis pengguna Facebook Mukjariya Chuaynoi, Isnin.

Postingnya itu kini telah dikongsi lebih dari 13,000 kali.

“Setiap pagi. Dah berterusan selama sebulan. Bunyinya sangat kuat dan kadang kala saya terbangun sebelum penggera berbunyi,” tulis Mukjariya.

Sumber:  mstar

Dalam salah satu daripada tiga klip yang dimuat naik, Mukjariya berjalan dan turun tangga ke lobi apartmen, namun bunyi itu masih boleh didengari dari bawah.

“Mereka macam mahu menunjuk-nunjuk. Haha,” katanya.

Wanita yang dilaporkan tinggal di wilayah Surat Thani itu memberitahu Amarin TV bahawa dia mahu menghantar satu mesej kepada penyewa apartmen lain supaya jangan bising sehingga mengganggu jiran lain.

Walaupun Mukjariya berkata dia berkongsi video itu untuk tujuan suka-suka, dia tetap berharap jirannya melihat rakaman tular itu dan mereka akan mula memperlahankan bunyi yang tidak suka didengarinya itu.

‘Mohon Deletelah Gambar Tu, Tak Senonoh’

Instagram merupakan sebuah sosial media yang terkenal dengan ciri-cirinya yang membenarkan si pengguna memuat naik gambar dan video. Disebabkan itu, ramai artis dan selebriti menggunakan platform tersebut untuk berhubung dengan peminat-peminat mereka.

Baru-baru ini, seroang pelakon Raysha Rizrose yang terkenal menerusi drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin itu dihujani dengan komen-komen yang berbaur lu [email protected] menerusi gambar yang dimuat naik beliau di Instagram.

Menampakkan bentuk buah [email protected]@

Menerusi Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah gambar di dalam kereta dengan kapsyen yang ringkas. Namun ianya menarik perhatian netizen apabila baju yang dipakai beliau ketat sekaligus memperlihatkan bentuk buah [email protected]@. Bagaimanapun ada peminat Raysha yang memberi nasihat agar pelakon itu memadam gambar tersebut.

Dakwa mereka sebagai seorang artis, Raysha seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kerana perjalanan karier mereka sering menjadi perhatian peminat.

Dihujani komen lelaki [email protected]@l

Netizen yang prihatin … Sumber: Raysha Rizrose , ohbulan

Jangan sangka ‘ikan bilis’ senang diratah !

KUALA LUMPUR: Dianggap sebagai pasukan ‘ikan bilis’ pada Kejohanan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) (B-19) di Indonesia, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat skuad muda negara yang bertekad untuk melakar kejutan pada aksi pertama menentang Arab Saudi di Bekasi, petang esok.

Menurut pengendali Bojan Hodak, beliau tidak mengambil endah berhubung status ‘underdog’ yang diberikan terhadap anak buahnya, apatah lagi bersaing dalam Kumpulan D yang turut disertai China dan Tajikistan.

Hodak berkata, perkara lebih penting adalah keinginan kuat untuk menang dalam kalangan pemainnya selepas menjalani persiapan rapi bagi menghadapi kejohanan itu.

“Apa yang bagusnya kami adalah ‘underdog’, yang mana tak ramai meletakkan harapan tinggi kepada kami.

“Jadi kami akan ambil satu perlawanan demi satu perlawanan dan ia difahami pemain dengan jelas sekali. Apa pun, saya tetap mahu pemain memberikan aksi terbaik sepanjang kempen,” katanya kepada Sukan NSTP, hari ini.

Kemenangan ke atas Arab Saudi cukup penting buat skuad negara bagi memulakan saingan dengan langkah kanan sebelum mencongak peluang berdepan Tajikistan dan China.

Di atas kertas, Arab Saudi yang juga juara dua kali (1986, 1992) memiliki kelebihan tersendiri namun kejayaan skuad Hodak menjulang mahkota B-19 AFF Julai lalu perlu diberi perhatian dan tidak mustahil kejutan mampu dilakar.

sumber: HM

“Ya (juara Piala AFF), itu yang saya katakan, status underdog boleh memberi kebaikan kepada kami. Pada saingan di AFF tempoh hari, kami bukan pasukan pilihan dengan Indonesia, Thailand dan Myanmar calon juara.

“Tapi sebaliknya berlaku apabila kami melangkah ke final sekali gus menjuarainya buat kali pertama. Jadi tak mustahil sekiranya perkara sama boleh berlaku pada aksi pertama bertemu Arab Saudi esok,” katanya.

Pada Kejohanan AFF di Indonesia Julai lalu, Malaysia mengejutkan tuan rumah pada separuh akhir menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar sebelum membuat kejutan kedua dengan menumbangkan Myanmar 4-3 di final.

Hantu kapten ‘Titanic’ melintas di belakang pasangan suami isteri ?

SEPASANG suami isteri ketakutan selepas mempercayai gambar mereka merakamkan kelibat hantu kapten kapal Titanic ketika berkunjung di sebuah pub lama yang dikaitkan dengan kapal karam tersebut.

Cheryl dan Luke Arkless menyedari sesuatu yang kabur berada di belakang mereka (dalam gambar tersebut) dan mendakwa berasa seram sejuk.

Pasangan tersebut yang kedua-duanya berusia 34 tahun bercuti ke Belfast di Northern Ireland ketika mereka berkunjung ke pub Robinson itu.

Mereka berdua mempercayai kelibat itu adalah jelmaan kapten kapal, Edward John Smith.

Pembuat kek, Cheryl berkata: “Ibu mentua saya mengambil tiga gambar saya dan suami, semuanya dirakam selang beberapa saat.

“Rasa macam sejuk di belakang kami, tapi kami tidak nampak apa-apa atau menyedari ada sesiapa di belakang kami.

“Hanya selepas kami pulang ke England dan melihat semula gambar itu, saya perasan ada sesuatu yang kabur.

Smith.

“Saya panggil suami dan dia kata mungkin ada orang berjalan dengan laju di belakang kami.

“Tapi, saya berasa skeptikal pada awalnya dan sekarang saya rasa ia memang nampak seperti seorang lelaki.

Gambar itu baru dikeluarkan untuk pertama kalinya selepas Cheryl menyenaraikan kumpulan pemburu hantu, Paranormal Investigations UK untuk mengesahkan ia adalah ‘tulen’.

“Apabila saya mendapat laporan daripada Paranormal Investigations UK, saya terkejut kerana mereka berkata gambar itu 100 peratus tidak dapat dijelaskan.

“Selepas menonton filem itu (Titanic), anak perempuan saya, Yasmin menunjukkan wajahnya dalam gambar dan berkata ‘ibu lihat, ia adalah kapten itu’.

“Bulu roma saya naik kerana saya tidak beritahu anak-anak yang kelibat itu kelihatan seperti seperti kapten tersebut,” katanya. – Mirror UK , mstar

Juara 7 kali, juara bertahan jadi calon pilihan ke final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Juara tujuh kali, Perak dan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mempunyai kelebihan untuk mara ke final Kejohanan Bola Sepak Piala Malaysia, musim ini.

Bekas pengendali pasukan Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan menyifatkan kedua-dua pasukan mampu melangkah ke final walaupun berdepan situasi yang berbeza.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Perak mengatasi Sabah 5-0 di laman sendiri  manakala   Terengganu FC (TFC) pula menang tipis 1-0 ke atas JDT, juga di laman sendiri.

“Aksi timbal balik di antara JDT dan TFC adalah satu perlawanan yang dijangka sengit, namun saya lihat JDT adalah sedikit kelebihan kerana mereka beraksi sebagai satu unit yang mantap selain kebanyakan pemain mereka mempunyai skil individu yang terbaik di negara ini ,” katanya kepada Bernama, Jumaat.

Sumber:  mstar

Nada sama turut disuarakan pengendali MIFA, K. Devan yang melihat JDT dan Perak mempunyai kelebihan untuk mara ke final.

“Perak berpeluang cerah ke final berdasarkan kelebihan agregat yang mereka miliki manakala JDT mempunyai peluang ke final berdasarkan statistik cemerlang mereka dalam saingan awal Piala Malaysia,” kata Devan yang pernah membimbing beberapa pasukan tempatan seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Pengendali pasukan PKNP FC, Abu Bakar Fadzim sebaliknya berpandangan Terengganu FC dan Perak menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Piala Malaysia berdasarkan prestasi cemerlang yang dilakar kedua-dua pasukan berkenaan sepanjang pusingan awal.

Beliau bagaimapun mengakui kehadiran penyokong yang ramai dan rekod cemerlang di laman sendiri menjadi kelebihan kepada JDT untuk memberikan saingan sengit kepada TFC.

Sabah Menang Besar

Pengendali Sabah, Jelius Ating, tidak menafikan kekalahan besar 0-5 kepada Perak dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Perak, 7 Oktober lalu, masih meninggalkan kesan kepada anak didiknya.

Bagaimanapun, beliau berharap agar pemain mengatasi situasi berkenaan dengan segera dan fokus untuk perlawanan kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Ahad ini.

“Kekalahan itu memang sukar dilupakan tetapi saya berkata kepada pemain bahawa mereka masih mempunyai 90 minit untuk membuktikan kemampuan mereka.

“Saya masih percaya dengan ungkapan bola itu bulat dan dalam bola sepak, apapun boleh berlaku. Pasukan gergasi seperti Brazil pun boleh kalah 7-1 di gelanggang sendiri, begitu juga dengan kelab-kelab besar yang pernah mengalami nasib serupa tetapi bangkit semula selepas itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bekas pemain berusia 47 tahun itu berkata beliau bukannya mahu memberi alasan dengan memberi contoh situasi pasukan serta kelab dari luar negara tetapi ingin pemainnya mengambil semangat seperti itu untuk menghadapi Perak nanti.

“Alang-alang kami sudah sampai ke tahap ini (separuh akhir Piala Malaysia), saya mahu pemain menamatkannya dengan satu prestasi baik kerana kami masih ada 90 minit walaupun ketinggalan lima gol.

“Sekarang ini terpulang kepada pemain untuk membuktikannya. Kalau pun kami tidak dapat pergi lebih jauh (final), sekurang-kurangnya pemain mempamekan aksi terbaik mereka, lebih-lebih di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Tambah Jelius, mereka kini menjalani latihan seperti biasa selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan tempatan, Tawau, yang juga juara Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017-2018, Sabtu lalu.

Perlawanan yang diadakan di Kompleks Sukan Tawau itu menyaksikan Sabah menang besar 9-0.

Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu bakal berdepan misi sukar bertemu Perak di gelanggang sendiri nanti apabila perlu mendapat sekurang-kurangnya lima gol selain harus mengelak daripada dibolosi.

Sumber : SA

Safawi Tak Pasti Jangka Hayat Karier

PETALING JAYA: Berstatus pemain bintang, Safawi Rasid tidak leka dibuai mimpi indah dan sedar kerjayanya dalam bola sepak tidak akan selalu di atas.

Justeru pemain prolifik muda Johor Darul Darul Ta’zim (JDT) itu berfikir panjang dan mengambil langkah bijak bagi memastikan kehidupannya selesa pada masa depan.

Dengan hasil titik peluhnya selaku penyerang bukan sahaja di kelab, malah dalam skuad kebangsaan, Safawi mula mengumpul asetnya sendiri.

Terbaharu pemain berusia 21 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu bersyukur kerana mampu membeli sebuah rumah banglo untuk dirinya.

“Buat masa sekarang rumah itu akan diduduki oleh mak ayahnya di kampung. Ia sebagai aset masa depan.

“Sebenarnya, sebelum ini saya sudah ubah suai rumah keluarga supaya mereka lebih selesa. Sekarang ada rezeki lebih lagi, jadi belilah satu rumah untuk saya,” ujarnya kepada mStar Online.

Sebelum itu, Safawi memuat naik video sekitar rumah banglo empat bilik di Insta Story yang mana bapanya turut kelihatan dalam video tersebut.

Jelas Safawi, dia mengambil langkah awal kerana dia sendiri tidak dapat menentukan jangka hayat kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Sekurang-kurangnya selepas itu, kita sudah ada apa yang kita nak. Memang betul, duit kalau tidak pandai urus, ia akan hilang begitu sahaja.

“Mungkin selepas ini, saya merancang untuk membeli rumah di Johor Bahru, tempat saya mencari rezeki atau di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Sumber: mstar

Dalam pada itu, Safawi  yang sentiasa tercalit dengan gosip panas apabila dikaitkan dengan artis wanita terus mahu komited mempamerkan aksi cemerlang dalam liga tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.

“Kalau boleh mahu tingkatkan lagi prestasi dengan bantuan pemain senior, import serta jurulatih yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya dan pemain muda lain.

“InsyaAllah, esok (Sabtu) pada perlawanan kedua separuh akhir kedua bertemu Terengganu, saya akan cuba menjaringkan gol jika ada peluang,” katanya.

Syed Saddiq mahu ambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya

SUNGAI BULOH: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan mengambil tiga bekas banduan bekerja di pejabatnya di kementerian berkenaan sebagai inisiatif untuk mengubah stigma dan pandangan negatif umum terhadap golongan itu.

Beliau berkata bekas banduan terdiri daripada belia yang telah tamat menjalani hukuman itu akan berkhidmat dengannya dalam tempoh masa tertentu yang akan ditetapkan kemudian.

Katanya, hasrat itu adalah satu permulaan kepada program kempen ‘Riben Kuning’ yang dilaksanakan kementeriannya bertujuan mengubah pandangan masyarakat terhadap bekas banduan terutama belia, dan seterusnya memberi peluang kedua kepada mereka.

“Saya akan berbincang secara mendalam dengan pihak Jabatan Penjara dan kementerian berkaitan agar bekas banduan belia dapat ditempatkan di pejabat saya dan saya sendiri akan pantau mereka.

“Kita perlu kotakan kata kita. Kalau saya sendiri lancar kempen ini tetapi saya tidak buat, bagaimana kita nak ‘expect’ pihak swasta dan masyarakat menerima bekas banduan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program tersebut di Penjara Sungai Buloh di sini, Jumaat.

Program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penjara, Kementerian Dalam Negeri serta badan-badan bukan kerajaan bertujuan mengadakan kempen memberi kesedaran kepada masyarakat seterusnya meningkatkan sistem sokongan terhadap bekas banduan.

Syed Saddiq berkata jika bekas banduan tersebut dapat berkhidmat dengan baik di pejabatnya, ia akan membuktikan bahawa masyarakat juga boleh menerima mereka dan memberi sokongan kepada mereka.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh penghuni belia Penjara Sungai Buloh, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan daripada kerajaan dan swasta bagi mencari mekanisme lebih baik untuk bekas banduan belia menjalani kehidupan selepas tamat hukuman.

Katanya, adalah tidak adil apabila golongan belia yang melakukan satu kesilapan dipinggirkan selepas keluar dari penjara sedangkan mereka mempunyai masa depan yang panjang dan perlu dibantu bagi mengelak melakukan kesilapan berulang. – Bernama

Sumber: mstar