Pancut Air Mani, Syaputra Irfan Didakwa

PETALING JAYA:  Seorang tukang cuci warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan memancutkan air mani pada baju dalam milik seorang wanita, minggu lepas.

Syaputra Irfan, 21, didakwa melakukan perbuatan itu pada baju dalam milik seorang pelanggan wanita berusia 45 tahun di tempatnya bekerja di sebuah bilik hotel, di sini, pada kira-kira 4.30 petang, 23 Disember lepas.

Syaputra yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan daripada pihak Imigresen.

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Januari untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.- Bernama

Sumber: mstar

 

Risiko Rahim Pecah Ketika Bersalin – Pakar

KUALA LUMPUR – Kejadian rahim pecah merupakan risiko kepada ibu hamil yang memilih kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan, menurut Pakar Perunding Perubatan Maternal dan Fetal, Pusat Perubatan Universiti Malaya Profesor Dr. Imelda Balchin.
Beliau berkata risiko itu boleh berlaku pada kira-kira empat daripada 1,000 ibu hamil yang memilih kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan.

“Kami sangat menggalakkan kelahiran normal bagi ibu dan janin tanpa masalah yang rumit, tetapi mestilah dengan cara dan lokasi yang selamat iaitu bersalin di hospital,”katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas risiko itu.

Tambahnya, berada di hospital bersalin membolehkan kebanyakan ibu selamat melahirkan dengan cara normal dan dipantau dengan teliti oleh pakar dan pegawai perubatan.

Menurut beliau, jika berlaku rahim pecah ketika bersalin di rumah, pesakit akan lewat mendapat bantuan kecemasan bagi menyelamatkan ibu dan anak di dalam kandungan.

Dr. Imelda meluahkan rasa kecewa terhadap golongan tidak bertanggung jawab yang menggalakkan ibu hamil menjalani kelahiran normal di rumah selepas pernah melahirkan secara pembedahan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko rahim pecah.

“Golongan itu tidak pernah melihat sendiri kejadian rahim pecah.

“Pendarahannya sangat serius dan boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi sekiranya tidak mendapat transfusi darah segera dan pembedahan serta merta untuk menyelamatkan bayi serta menghentikan pendarahan ibu,” jelas beliau.

Sepanjang 19 tahun pengalaman beliau bertugas di bilik bersalin, Dr. Imelda pernah melihat kejadian rahim pecah kira-kira dua kali setahun.

“Alhamdullilah setakat ini, dengan pembedahan segera, transfusi darah dan bantuan pernafasan kepada ibu dan bayi, membolehkan semua ibu dan bayi yang saya pernah bantu selamat kerana kejadian itu berlaku di hospital,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa ibu dan bayi itu sempat diselamatkan kerana berada di hospital dan menerima bantuan kecemasan serta merta.

Justeru beliau menggesa para ibu hamil untuk hanya mendengar nasihat pakar kesihatan ibu dan anak yang berpengalaman.

“Kami (doktor) tahu apa yang perlu dilakukan ketika kecemasan.

“Untuk kelahiran normal selepas pernah melahirkan secara pembedahan, bersalinlah hanya di hospital dan bukan di rumah supaya anda mendapat sokongan sepenuhnya,”tegas beliau, menambah bahawa risiko itu melibatkan dua nyawa yang perlu dihargai.

Lagipun katanya, golongan yang menggalakkan ibu hamil yang pernah melahirkan secara pembedahan untuk bersalin di rumah itu tiada pengalaman mencukupi untuk memberi nasihat itu.

– BERNAMA , mynewshub

 

Kelantan Sudah Jumpa Pengganti Marko Simic?

Setelah gagal mendapatkan khidmat bekas pemain import Negeri Sembilan dan Melaka United, Marko Simic, skuad The Red Warriors kini berubah angin kepada pemain import dari Brazil.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata kepada Sinar Harian, pemain import itu sememangnya sudah disenarai awal oleh KAFA sekiranya pemain yang dikehendaki pasukan itu gagal dibawa masuk.

Menurutnya, KAFA sudah menyenaraikan dua calon di posisi penyerang yang mempunyai rekod baik bersama pasukan masing-masing sebelum ini.

“Sebelum ini, kami tawarkan kontrak kepada Simic kerana dia sudah biasa dengan pemain tempatan,” katanya.

Bibi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti penyerang kelahiran Brazil itu yang pernah mewakili salah sebuah kelab di Indonesia dan dijangka tiba di Kota Bharu, selewat-lewatnya 1 Januari ini.

“Pemain ini orang Brazil… nama saya tidak boleh beritahu lagi. Dia sudah menyatakan persetujuan awal untuk bersama Kelantan musim depan.

“Kami sudah buat rundingan awal dan meminta dia datang ke Kota Bharu sebelum 2 Januari ini,” katanya.

Marko Simic (Kuning) menolak tawaran untuk menyertai Kelantan kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji yang ditawarkan oleh KAFA. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

Menurut Bibi, KAFA sebenarnya sudah ‘standby’ calon pemain import lain jika gagal menandatangani Marko Simic.

“Memang kita ada perancangan lain selepas gagal mendapatkan khidmat Simic. Kita ada dua pemain tetapi pilihan utama kita adalah pemain Brazil itu.

“Pengganti Simic ini tidak kurang hebatnya. Dari segi rekod (jaringan) pun dia mengatasi Simic dan kita menaruh harapan agar dia dapat menyertai Kelantan, nanti,” katanya kepada pemberita.

Akhbar tempatan, Sinar Harian melaporkan penyerang kelab Persija Jakarta dalam Liga 1, Bruno Lopes yang meledak 10 gol dalam 29 penampilan bersama pasukannya dikhabarkan akan menyertai sebuah pasukan liga super dari pantai timur.

Sementara itu, mengulas kegagalan membawa Simic ke Kota Bharu, Bibi Ramjani berkata, kegagalan mencapai persetujuan menyebabkan rundingan bersama penyerang import Croatia itu berakhir tanpa memihak pihaknya.

“Memang kita hendak ikat Simic kerana dia bukan sahaja menjaringkan banyak gol bersama Melaka United dan sudah biasa dengan suasana Liga-M tetapi apa boleh buat, rundingan itu berakhir dengan sangat mengecewakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan, Kafa sudah melepaskan Abou Bakr Al-Mel dengan pemain Lubnan itu memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) bagi membolehkannya mewakili pasukan lain.

“Bako (Abou Bakr) sudah pulang dan bermain dengan kelab di negaranya. Tentang tuntutan gajinya, kita ambil pendekatan tunggu dan lihat daripada pihak dia kerana keputusan (gugurkan) ini kita terpaksa buat untuk membantu mengubah pasukan,” katanya.

sumber: semuanyabola

 

Rahsia Perangai Wanita Berdasarkan Bentuk PUNGGUNG!!! Anda Yang Mana?

Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan.Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi. Yang mana satu anda?

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik,periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosiol dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja.Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.

2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang.Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat.. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah.Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang.Seorang bapa yang jelas pemikiran ke man a hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berse ron ok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang ro man tik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita.. Ceria,pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis no problem.. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

krdt: airsoya

 

Terpegang ‘Nasi Lemak’ Jasmin Hamid, Fasha Dikritik

KALAU dah namanya public figure maka setiap tindak tanduk yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian ramai.
Perkara inilah yang berlaku kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha apabila salah satu entri di laman Instagram miliknya teruk dikritik netizen.

Entri itu menunjukkan pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan itu sedang bergambar dengan pelakon senior, Jasmin Hamid.

Berdasarkan foto tersebut, Fasha secara tidak sengaja terhala tangan atau dalam bahasa mudahnya terpegang ‘aset’ milik Jasmin.

Tindakan yang mungkin tidak disengajakan itu secara tidak langsung telah membuatkan ‘mata-mata nakal’ terbuka luas!

Bukan itu sahaja, malah Fasha turut menerima kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata meminta agar dia memadam posting berkenaan.

Bagaimanapun, Mynewshub difahamkan entri berkenaan sebenarnya adalah perkongsian behind the scene untuk program televisyen, Mamu Mami Gosip episod 15 dan 16 bersama artis jemputan.

Sebenarnya, tak lah teruk mana pun pose mereka berdua tu. Tidak menggambarkan ke arah ‘itu’.

Tetapi itulah, kita hanya akan lihat apa yang hati dan minda kita gerakkan. Jadi, maknanya apa ya?

sumber– MYNEWSHUB.CC/AM

 

Corbin bakal sandaran JDT perkukuh benteng

JOHOR BAHRU: Kehadiran pemain kacukan, La’Vere Corbin bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka mampu mengukuhkan lagi posisi bek kiri pasukan itu bagi mengharungi pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan.

Sepanjang musim ini, skuad Harimau Selatan sering menurunkan Muhd Fazly Mazlan beraksi di posisi itu, namun dengan adanya Corbin yang berpengalaman beraksi di Eropah, pastinya memberi pilihan buat pengendali, Ulisses Morais.

“Beraksi di posisi bek kiri memang kegemaran saya. Malah ada ketika saya beraksi di posisi bek tengah dan mampu bermain di posisi sayap kiri memandangkan saya pemain kidal.

“Apa pun, saya serahkan kepada ketua jurulatih untuk menentukan posisi. Saya harus berkerja keras sepanjang latihan untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan,” katanya.

Pemain kacukan Malaysia-Barbados itu berkata, tahap fizikal dan kecergasannya kini semakin mantap namun terpaksa berdepan cuaca panas yang menjejaskan sedikit tumpuan ketika latihan.

Sebelum tiba di sini, Corbin berada di Belanda yang ketika itu sedang musim sejuk. Pun begitu, dia optimis mampu mengatasi masalah keadaan cuaca panas dalam tempoh terdekat ini.

“Apa pun itu perkara kecil yang boleh diatasi. Malah saya gembira kerana berlatih di padang yang cukup berkualiti sekali gus memudahkan pergerakan bola ketika latihan. Ia penting bagi setiap pemain berlatih di padang yang baik walaupun keadaan padang berbeza ketika saya di Eropah.

“Saya juga sedang menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak di sini. Setakat ini tampak tidak berdepan masalah kerana latihan yang disediakan oleh Morais begitu tersusun dan profesional,” katanya.

Corbin berkata sebaik mengetahui JDT ingin mendapatkan khidmatnya, dia melakukan kajian dengan melayari internet untuk mengetahui lebih mendalam mengenai skuad Harimau Selatan.

“Hasil daripada kajian yang saya lakukan, ternyata JDT memiliki keazaman yang tinggi. Falsafah bola sepak yang diterapkan cukup jelas malah ia penting untuk mendapat keputusan positif bagi mengharungi saingan Liga M nanti,” katanya.

sumber: BH

 

Peminat K-pop, Kenapa Sensitif Sangat? – Zara Zya

GARA-GARA pertanyaan secara terbuka berkaitan keistimewaan artis K-pop,  laman Instagram aktres Zara Zya diserang peminat-peminat artis Korea Selatan itu.

Zara, 32, berkata, pertanyaan yang diajukan beberapa hari lalu itu hanya menerima cacian dan komen negatif netizen yang berasa kurang senang.

“Soalan saya apa istimewanya kpop? jawapan yang saya dapat adalah caci maki dan sumpah seranah.

“Tak sangka sensitif sangat. Kenapa sensitif sangat sehingga ada yang melibatkan agama?” tulisnya pada Khamis.

Status Zara Zya dapat perhatian peminat K-pop.

Status pertanyaan yang dimuat naik pada Selasa lalu menerima lebih seribu komen yang rata-rata menganggap pelakon berkenaan cuba menghina artis kesayangan mereka.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia membuat pertanyaan secara umum itu sekadar ingin mengetahui punca artis dan drama dari Korea Selatan mendapat perhatian ramai terutama golongan remaja.

“Saya bertanya kerana saya tidak faham” ujarnya.

Sumber: mstar

JDT Uji Tiga Kelab Bintang Luar Negara

Setelah hampir melengkapkan sepenuhnya pemain pasukan, kini tiba aksi untuk menguji pemain-pemain bagi menghadapi musim 2018.

TIGA aksi persahabatan menentang kelab Thailand bulan depan bakal menguji kemampuan Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018, Februari depan.

Menurut laman JOHOR Southern Tigers, juara Liga Super empat musim berturut-turut dan Piala Malaysia 2017 itu akan diuji Army United (10 Januari) disusuli Chonburi FC (13 Januari) dan Port FC (15 Januari).

“Skuad JDT semakin giat melakukan persiapan rapi menjelang musim 2018.

“Pastinya persiapan ini akan membolehkan kelab lebih bersedia untuk sai-ngan musim depan. Luaskan Kuasamu Johor,” katanya.

Perlawanan persahabatan di Bangkok adalah musim kedua buat skuad itu yang memilih untuk berlatih di Negara Gajah Putih tersebut.

sumber:- SH

 

6 Kelab Bolasepak Dari Kemboja Dan Indonesia Uji Negeri Sembilan

Pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan membuat persiapan rapi untuk memastikan tahap kecergasan pemainnya berada dalam keadaan terbaik apabila bakal menghadapi 6 kelab dari Indonesia dan Kemboja.

Mereka telah bersetuju untuk menyertai kejohanan bola sepak Piala Super Asia 2018 di Makassar, Indonesia, dari 19 hingga 21 Januari depan.

Kenyataan laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menjelaskan tiga lagi pasukan akan bertanding pada kejohanan itu iaitu PSM Makassar selaku tuan rumah, Adelaide United (Australia) dan Home United (Singapura).

“Ini peluang terbaik buat pasukan untuk menguji kombinasi antara pemain lama dan baharu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Malah, kehadiran pasukan berwibawa seperti Adelaide United dalam kejohanan itu dapat memberi peluang kepada pemain Negeri Sembilan menimba pengalaman selain menunjukkan kemantapan dalam persembahan,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bimbingan Jorg Steinebrunner itu juga akan menghadapi perlawanan persahabatan  pra musim menentang 3 kelab di Kemboja dalam siri lawatan ke negara itu dari 4 hingga 11 Januari depan.

Negeri Sembilan akan menentang tiga pasukan kelab di sana iaitu Army FC, PPC FC dan Svay Rieng FV.

Selepas beraksi dalam Liga Perdana selama empat musim berturut-turut sejak 2014, Negeri Sembilan akan bermain dalam Liga Super tahun depan.

PBNS dijangka mengumumkan barisan pemain dan pegawai pasukan itu bagi musim 2018 pada 3 Januari ini.

Pasukan Liga Super Negeri Sembilan akan mengadakan beberapa perlawanan Pra Musim dengan beberapa kelab di Kemboja dalam lawatan ke negara berkenaan pada 4hb Januari – 11 Januari 2018.

Posted by Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan – RASMI on Monday, 25 December 2017

Negeri Sembilan membuat kejutan apabila membawa masuk bekas pemain utama skuad Piala Dunia 2006 Korea Selatan, Kim Do-Heon untuk mengisi kuota pemain import dari Asia.

Beliau adalah pemain tengah utama Korea untuk skuad Olimpik U23 dan juga Piala Dunia 2006 ketika dibawah bimbingan Dick Advocaat.

Selain Kim Do Heon, Negeri Sembilan turut menandatangani bekas pemain Suphanburi FC, Nicolas Velez dan pemain skuad kebangsaan Singapore, Madhu Mohana.

Difahamkan seorang lagi pemain import yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia musim ini, Flavio Beck Junior turut menyertai Negeri Sembilan.

Mulai musim depan, 21 garis panduan tatatertib akan diwujudkan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi memastikan setiap pemainnya mengamalkan disiplin tinggi sepanjang bersama pasukan itu.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kepada Berita Harian, setiap pemain tidak boleh keluar sesuka hati pada waktu malam dan akan diheret ke jawatankuasa disiplin jika didapati bersalah.

“Antara elemen atau pantang larang yang terkandung dalam garis panduan itu ialah pemain dilarang melepak sesuka hati di tempat tertentu seperti di kelab malam pada malam hari.

“Pemain juga diingatkan supaya tidak sengaja melanggar disiplin ketika beraksi di padang seperti sengaja mahu dikenakan kad merah dengan memaki pengadil atau menumbuk pemain lawan,” katanya

sumber: semuanyabola