PAU: Exco Puteri Selar Fathia

KUALA LUMPUR: Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar pelakon, Fathia Latiff semasa Perhimpunan Agung Umno pada Rabu.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

Beliau menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagramnya baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff,” kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *