Penyokong Kedah Agar Tidak Terlalu Ghairah…..

Penulis Analisis Tangga Ayam, Azlee Harun meminta penyokong Kedah agar tidak terlalu ghairah dan hilang pertimbangan rasional dalam meletakkan harapan kepada Ramon Marcote.

Semalam pengendali berbangsa Sepanyol itu tiba di Kedah dan dalam proses memuktamadkan kontrak dengan Kedah FA. Berikut adalah bingkisan daripaa Azlee Harun.

Realiti bukan fantasi

Seperti yang kita (fans kedah) tahu, untuk saingan AFC cup 2018 kedah secara umumnya kita sudah pun mengucapkan “Goodbye AFC cup” kerana atas beberapa faktor tertentu.

Masih ada sesetengah penyokong yang masih boleh move-on dengan kegagalan untuk layak saingan AFC 2018 dan ada penyokong yang masih lagi memendam rasa tidak berpuas hati.

Oklah kita berhenti dekat situ dulu pasal AFC cup ni sebab nak sembang banyak pun memang 89.99% tak boleh masuk dah pun.

Kehadiran Ramon Marcote

Namun berita pasukan kedah menandatangani head coach baru bagi menggantikan coach Nidzam sedikit sebanyak boleh menggembirakan hati fans2 yang frust sebelum ni.

Tapi adakah dengan lantik Ramon Marcote Paqueno ni boleh menggembirakan hati penyokong-penyokong yang kecewa?

Jawapannya Ya!

Akan tetapi, adakah dengan lantiknya ramon marcote menjadi headcoach pasukan kedah untuk musim depan sebagai jaminan kedah menjadi pasukan terhebat.

Dan kita boleh sapu semua piala (seperti majoriti penyokog dok cakap sebelum ni) di MSL 2018?  Jawapan dari pihak kami ialah tidak!

Kenapa tidak? Disini kami ingin sampaikan kepada semua penyokong kedah, mengikut rekod Ramon Marcote tidak pernah menjadi head coach sepenuhnya.

Beliau hanya menjadi caretaker untuk beberapa perlawanan piala malaysia 2015 sahaja. Berikut adala rekod statistik Ramon Marcote:

4 perlawanan sebagai caretaker (saingan suku akhir – separuh akhir piala malaysia 2015)
– 2 seri (tempat lawan)
– 2 menang (tempat sendiri)
– 8 gol
– 5 bolos

(Betulkan kami kalau stats di atas ada kesilapan)

Berdasarkan rekod di atas, adakah ianya cukup kita katakan coach Ramon boleh membawa pasukan jadi juara 3 piala tahun depan?

Rasanya fans kedah perlu relevan dan jangan terlalu mengharapkan sentuhan magik daripada coach Marco dan jika kedah menang banyak piala tahun depan, tu dikira bonus untuk pasukan Kedah.

Bukan menafikan kebolehan beliau malah kami disini menyokong sepenuhnya Ramon Marcote andai dia menjadi jurulatih kedah kerana beliau mempunyai kebolehan mengubah taktikal corak permainan pasukan Kedah menjadi lebih baik.

Rasional dalam meletakkan harapan

Tetapi kami mahukan penyokong Kedah  lebih rasional jangan terlalu mengharapkan Kedah boleh sapu semua piala untuk saingan MSL 2018.

Takut nanti beliau gagal bawak pasukan dapat apa-apa piala nanti akan berulang macam dulu penyokong mendesak tukar jurulatih pula.

Ini sebab bagi kami, setiap jurulatih memerlukan masa yang panjang untuk bina atau mantapkan pasukan bukan hanya dengan 1 musim atau setengah musim saja.

Kita harus percaya kepada kualiti yang ada pada Ramon Marcote untuk membentuk projek bola sepak jangka panjang.

Pasukan Kedah sendiri pun mula bina pasukan semula pada tahun 2013 dari liga perdana untuk menjadi antara pasukan kuat di MSL skrg ini, kecualilah pasukan Kedah mempunyai “skuad depth” yang besar & kuat untuk saingan MSL 2018.

Terlepas AFC cup 2018, nak fokus juara liga super tahun depan untuk layak secara automatik ke saingan ACL 2019, kena ingat, bukan pasukan Kedah saja yang buat persediaan untuk MSL 2018, takut apa yang depa hajat tak sampai nanti.

Kesian sama dekat penyokong yang bagi sokongan penuh dari dulu sampai sekarang ni dengan harapan kedah kembali bersaingan di peringkat Piala AFC akhirnya kecewa.

Nota Editor: Untuk lebih banyak kupasan bola sepak Kedah, anda boleh ikuti laman Analisis Tangga Ayam dan juga penulis Azlee Harun. / semuanyabola.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *