Pesawat TUDM terputus hubungan

 

MARKAS Tentera Udara mengesahkan pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu persempadanan antara Terengganu dan Pahang, 11.30 pagi, hari ini.

 

Dalam satu kenyataan dikeluarkan TUDM, pesawat itu dilaporkan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada 11.30 pagi.

 

Difahamkan pihak TUDM sudah mengaktifkan Operasi dan Menyelamat (SAR) untuk mencari pesawat berkenaan.

Pihak TUDM memaklumkan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

sumber:hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *