Potongan 50 peratus pengguna MRT, LRT, BRT dan Monorel sehingga 31 Ogos

Potongan sebanyak 50 peratus akan diberikan kepada semua pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Bas Rapid Transit (BRT) dan Monorel bermula esok hingga 31 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh – Kajang hari ini.

Beliau berkata, potongan itu adalah bagi memberi penghargaan kepada semua pengguna selain menarik lebih ramai rakyat memanfaatkan kemudahan awam berkenaan.

 

Bermula 4.00 petang ini, orang ramai boleh mula menggunakan perkhidmatan MRT laluan kedua antara Kajang dan Sungai Buloh.

Jajaran keseluruhan laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) melibatkan 51 kilometer merentasi 31 stesen

Ini termasuk tujuh stesen bawah tanah, dengan integrasi laluan LRT di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka yang berintegrasi dengan stesen LRT Plaza Rakyat.

Jajaran ini turut mempunyai kemudahan sambungan dengan rangkaian LRT, monorel, KTM Komuter dan ERL di stesen Muzium Negara, yang dihubungkan dengan stesen KL Sentral.

Perkhidmatan MRT dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik dengan sasaran penurunan 160,000 kenderaan memasuki ibu kota setiap hari.

Ini sejajar dengan sasaran tingkatkan penggunaan pengangkutan awam kepada 40 peratus menjelang 2030 seperti yang ditetapkan kerajaan.

sumber:malaysiadateline

 

PERINGATAN
media heboh tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *