Pusat pemindahan dibuka di Skudai

SEBUAH pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai, malam tadi bagi menempatkan enam keluarga terdiri daripada 23 mangsa yang terjejas banjir di Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Manakala, PPS di Dewan Serbaguna Blok 18, Kampung Paya Kenangan, Kangkar Tebrau yang dibuka 5.10 petang semalam, sudah ditutup pada 9.40 malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, mangsa yang masih berada di PPS kini terdiri daripada masing-masing lima lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak lelaki, serta tiga kanak-kanak perempuan, dua warga emas lelaki dan masing-masing seorang bayi lelaki, bayi perempuan serta warga emas wanita.

 

“Banjir yang berlaku di kawasan terjejas ini adalah berikutan dengan hujan lebat pada 3.30 petang semalam.

“Pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah akan mengemaskini laporan dari semasa ke semasa.

“Agensi-agensi terbabit seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta ketua-ketua kampung dan jawatankuasa masih menjalankan operasi bantuan dan pemantauan,” katanya.

Sumber:- HM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *