Rebah dalam sujud

 

JEMAAH lelaki meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika solat Isyak di Masjid Al-Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan, kelmarin.

Sekretariat Masjid Al-Ittihad, Rustam berkata, Allahyarham Izhar, 58, meninggal dunia ketika imam melakukan duduk di antara dua sujud.

 

 

“Dalam CCTV kami, Allahyarham berada di saf depan baris keenam. Saat duduk di antara dua sujud, Allahyarham terlihat tidak mengikuti gerakan imam dan (seakan) tersujud,” katanya kepada Liputan6.com, semalam.

Katanya, jemaah lain hanya menyedari keadaan Allahyarham selepas selesai solat itu dan ada yang meminta jemaah yang bekerja sebagai doktor untuk memberi bantuan.

 

Rustam berkata, jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Tebet.

Katanya, Allahyarham tidak mempunyai sejarah penyakit dan dipercayai merancang untuk berlepas ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama keluarganya, semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *