Remaja perempuan didera, dirogol dan dipaksa jilat kemaluan isteri suspek

KAJANG, Selangor – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mendakwa dia telah dirogol dan didera sepasang suami isteri sejak Julai lalu, lapor Berita Harian.

Mangsa yang tidak bersekolah itu berkata, dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya yang berusia 18 tahun dan tinggal di rumah suspek, di sebuah pangsapuri di Bukit Mewah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa telah membuat laporan kelmarin dan hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan teman lelakinya telah dibawa suspek ke Melaka pada Februari sehingga Jun lalu.

 

“Pada Julai, mangsa dan teman lelakinya dibawa bekerja di sebuah kedai besi buruk milik suspek di Bandar Teknologi. Namun sejak bekerja bersama suspek, mangsa dan teman lelakinya didakwa sering dipukul menggunakan kayu, paip, besi dan penyangkut baju serta tangan oleh suspek dan isterinya.

“Mereka akan dipukul jika melakukan kerja yang tidak memuaskan hati. Mangsa juga mendakwa dirogol beberapa kali dan dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek,” katanya.

Bagaimanapun, pada September lalu, teman lelaki mangsa berjaya melarikan diri, manakala mangsa melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang lelaki yang tidak dikenali yang menghubungi bapa mangsa.

“Hasil pemeriksaan doktor di Hospital Kajang mendapati, terdapat kesan koyakan lama di kemaluan mangsa serta kesan parut dan luka di bahagian telinga kanan, leher, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan kaki mangsa yang dipercayai dipukul,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan dan polis sedang giat mengesan kedua-dua suspek.

Sumber:www.thereporter.my

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *