Rita Rudaini Tak Sindir Fazura, Fattah..

PETALING JAYA: Aktres Rita Rudaini kesal apabila kenyataannya di sebuah akhbar dituduh sebagai menyindir pasangan pengantin baharu Fattah Amin dan Nur Fazura.

Rita Rudaini Mokhtar, 41, berkata, apa yang diberitahu dalam laporan bertajuk ‘Amboi Rita’ itu hanyalah sekadar berkongsi cerita tentang kucing kesayangannya semata-mata.

“Saya cerita yang sebenar tentang kucing saya pun salah ke, saya dituduh memerli seorang artis pengantin baru?

“Saya blur sekejap, bila siasat rupanya saya dituduh memerli Fazura. Saya sedih dengan manusia sekarang,” ujarnya menerusi laman Instgaram pada Khamis.

Tambah Rita, kenyataan yang diberikan berkaitan kucing perliharaan bernama Dahlia itu adalah bagi menggambarkan kasih sayangnya kepada haiwan berkenaan.

 

Rita Rudaini menjelaskan perkara itu di laman Instagramnya.

Dia juga meminta netizen tidak terlalu berfikiran negatif dan sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.

“Saya berkongsi cerita dengan semua bahawa kucing saya memang manja sampai ikut ke mana sahaja saya pergi sehingga ke dalam bilik air pun dia ikut. Macam mana sayangnya saya pada kucing saya dan rindu jika tidak nampak depan mata.

“Apa masalah anda sampai kata saya manusia berhati hitam, selalulah bersangka baik pada orang lain,” ujarnya.

Terdahulu, Fazura di sebuah portal berita memberitahu bahawa dia kini melalui fasa bahagia sehinggakan tidak mampu berpisah dengan suaminya Fattah Amin walau hanya ke bilik air.

Kenyataan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyifatkan ianya romantik dan lucu.

Pasangan selebriti tersebut berkahwin pada 27 November lalu dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sumber: mstar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *