Safiq Rahim Tidak Lagi Dipanggil

Setelah Safiq Rahim tidak lagi dipanggil bagi menjadi arkitek utama pasukan negara, ketua jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe telah memanggil Nazmi Faiz Mansor bagi mengisi posisi tersebut dan bekas pemain Selangor ini telah menjalankan tugas dengan baik setakat ini.

Namun, pada dua perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan Kyrgyzstan, Cheng Hoe tidak memanggil Nazmi dan ketiadaan Nazmi di bahagian tengah sedikit-sebanyak memberi masalah kepada corak permainan pasukan negara.

Ramai pihak yang berpendapat pasukan negara tidak akan menghadapi masalah di bahagian tengah pada dua perlawanan terakhir jika Azam diturunkan dalam kesebelasan utama. Dengan kualiti yang dimiliki oleh beliau, Azam mampu untuk membantu bahagian serangan dalam merancanakan serangan.

Sebelum beraksi pada perlawanan pertama kumpulan A Piala AFF Suzuki, skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan dengan menentang pasukan Maldives. Pada perlawanan ini, Cheng Hoe boleh menyenaraikan Azam bagi menilai prestasi bersama pasukan senior.

Dengan adanya Nazmi Faiz dan juga Nor Azam, maka Cheng Hoe akan memiliki lebih banyak pilihan bagi diturunkan sebagai watak utama dalam merencanakan gerakan serangan pasukan negara. Nazmi dan Azam merupakan pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh Malaysia ketika ini.

Apa yang pasti, beraksi dalam saingan merupakan peluang terbaik buat Azam untuk membuktikan bahawa beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dengan beraksi bersama pasukan senior. Dengan adanya pemain yang pernah beraksi bersama beliau dalam skuad bawah 23 tahun sebelum ini, perkara ini akan memudahkan lagi tugas Azam.

Seperkara lagi, Harimau Malaya perlu membawa pemain terbaik bagi mencabar trofi yang kali terakhir dibawa pulang ke bumi Malaysia pada edisi 2010 lalu.

Sumber : inikanbola.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *