Senarai Lagu Konsert Ketiga GV4: Berani Ke Tidak?

Konsert minggu ketiga GegarVaganza 4 (GV4) bakal menyaksikan 11 bintang menyampaikan lagu yang berada di luar zon selesa yang bertemakan ‘Berani ke Tidak’.

11 bintang tersebut adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Sepanjang minggu ketiga, 11 bintang berkenaan sibuk membuat persediaan dan juga latihan bagi memastikan persembahan malam ini berjalan dengan lancar.

 

Dalam pada itu, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi minggu lalu, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan Ferhad tersingkir selepas berada di kedudukan terakhir.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu ketiga:

1. Liza Hanim –  Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)

2. Haida – Kenangan bersamamu (Lefhanded)

3. Hazami – Joget Kenangan Manis (Allahyarham Datuk Sudirman)

4. Syura – Knock Knock (Elizabeth Tan)

5. Aishah – Terukir Di Bintang (Yuna)

6. Tia Jimbara – Bila Resah (Anuar Zain)

7. Lan Kristal – Sayang Sayang (Alif Aziz)

8. Aqasha – Cinta Tak Keruan (Amigos)

9. Firman Siagian – Zalikha (Floor 88)

10. Elyana – Wulan Merindu (Cici Faramida)

11. Raja Azura – Perhaps Perhaps Perhaps (Pussycat Doll)

Mash Up 1 Kali #3

Dengar banyak kali pun tak muak 😍😍😍 Best sangat..www.gegarvaganza.com.my #GegarVaganza #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali

Posted by Astro Gempak on Friday, 10 November 2017

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Mya Amri

Sumber:-  gempak.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *